MENGEPONG PADANG YANG KOSONG








Bersih 3 kali ini sememangnya berjaya untuk membuka mata pimpinan Umno bahawa jika kebenaran di berikan,pastinya jutaan yang datang.Namun dalam masa yang sama ada pula lucunya.Lucunya pemerintah ialah hanya kerana tidak membenarkan dataran merdeka yang selalunya digunakan sebagai padang untuk persembahan berbagai acara hiburan,Ianya seolah-olah membenarkan hanya acara yang dikelolakan oleh Umno dan kebenaran dari pimpinan UMno sahaja yang membolehkan padang yang dinamakan dataran merdeka itu dihargai.Kalau dahulunya dataran itu hanyaah menjadi pentas bagi mengisi acara hiburan

Apa yang menarik pada kali ini ialah sikap lemah dan rasa tidak bertanggungjawab pihak berkuasa melayan rakyat sedemikian rupa.Sikap keganasan ini berlaku di mana-mana sistem pemerintahan ditaktor yang takut kepada kehilangan kuasa dan dihukum rakyat. Maka kerana itu lah,anggota polis dan tentera digunakan.Untuk seketika ini rakyat melihat kekejaman pasukan polis membelasah rakyat,rakyat berdiam melihat bagaimana anggota keselamatan menendang mereka,menjadikan peserta demontrasi ini sebagai bahan untuk melepaskan geram ,  kerana rakyat masih lagi menghormati undang-undang.

Namun keadaan ini sampai bila?  Adakah rakyat yang jumlahnya hampir sejuta orang itu, takut ditahan polis atau lari dari menghadapi risiko?Jawapan ini tidak mungkin diperjelaskan kerana ianya bersifat subjek.Kata orang dulu-dulu, bangsa melayu ini kalau dia bencikan kepada sesuatu....dia akan terus membenci dan selalunya mencari sahabat yang sama-sama membenci itu sudah pastinya akan menambahkan lagi dari  sedikit kepada banyak, dan akhirnya apabila masalah yang sering berlaku ini seringkali menyalahkan rakyat dan membela pihak polis sedangkan bukti menunukkan bahawa polis memukul orang yang di bawa untuk ditahan.

Sama ada anda dibelasah oleh polis atau tidak, perhimpunan ini adalah tidak lebih dari keegoan pihak pemerintah mempertahankan status quo mereka demi sebuah padang yang kosong yang sepatutnya rakyat boleh dan berhak untuk duduk dan menyatakan apa sahaja yang mereka rasakan diatas maklumat yang mereka percaya.Jika pemerintah hari ini masih lagi tidak faham isyarat jelas bahawa rakyat negera ini telah mendapat banyak maklumat, dan tidak lagi mengangguk semata-mata adalah salah dan qilaf sama sekali, dan rakyat juga kini sedang meneliti apakah kesalahan mereka sehingga diperlakukan seperti binatang dan anjing.Jika banyak negara tumbang kerana pasukan keselamatan bersekongkol pemerintah, maka elok sangatlah anggota keselamatan yang melakukannya di hadap kemua pengadilan.