KEADAAN YANG SEDANG BERLAKU DI KAMPUNG BUAH PALA.









updates 13/08/09

Kg Buah Pala bakal lenyap
Aug 13



Lebih kurang 10.50 pagi tadi pihak pemaju telah cuba untuk meruntuhkan rumah-rumah di kampung buah pala.penduduk telah membuat rantaian manusia bagi menghalang pihak pemaju dari merobohkan rumah-rumah mereka.Nampaknya kerajaan negeri tidak berbuat sesuatu , malahan mendakwa pendudk meminta rumah bernilai 3.5 juta seorang.Ini adalah karut dan tidak sebegitu sebagaimana yang didakwa penduduk.

Pihak polis menggunakan kuasa mereka dengan memukul dengan baton, ada yang tercedera akibat tindakan tersebut.Penduduk berteriak menyatakan bahawa pihak berkuasa bersekongkol dengan pamaju untuk meruntuhkan rumah-rumah mereka.Mereka juga melaungkan perkataan "rasuah" kepada yang berkenaan.


Seorang wanita M.Mahadevi 51 tahun telah tercedera apabila di pukul oleh pihak berkuasa tempatan.Beliau mengalami kecederaan yang agak serius di bahagian perut dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.


Beberapa pihak terutamanya ahli CAP (persatuan pengguna Pulau Pinang) NV Subbaraw telah cuba menghubungi beberapa ahli DAP namun mereka mematikan telefon tangan mereka.Pihak polis telah mengiringi pihak mahkamah dan juga pengarah syarikat Gary Ho untuk menyerahkan surat perintah mahkamah kepada tuan punya rumah .Beberpa penduduk cuba menahan perintah mahkamah tersebut dari disampaikankepada beberapa tuan punya rumah , namun tidak berhasil.Penduduk melaungkan perkataan rasuah dan juga slogan anti polis dan dalam masa yang sama amaran di keluarkan dan rumah mereka untuk dirobohkan.



lagi berita akan menyusul......