KALAU PUAK PUAK NI TANYA....JAWAB ..WOIII..UPSEREY NAPETEY...KIOK.

 



Kalau ada 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 atau 𝘄𝗮𝗹𝗮𝗷𝗶𝗯 nak mengusik pasal SST naik 2% tu, kita tanya dia soalan-soalan ni:


- Ko main golf?

- Ko pergi clubhouse?

- Ko rajin pergi night club?

- Ko suka main loteri?

- Ko tinggal kat hotel?

- Ko selalu dapatkan khidmat professional?


Kalau tak, cakap dia tak payah bisinglah pasal cukai SST naik 2% ni. Dia 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗿𝗷𝗲𝗷𝗮𝘀.


Tapi kalau ya, maknanya dia tu orang kaya dari 𝗹𝗲𝘃𝗲𝗹 𝗸𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻. Dah tu takkan naik cukai tak berapa ringgit pun nak berkira? Kata kaya!


Kalau dia 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗮𝘆𝗮 tapi pergi semua tempat tu, suruh dia bertaubat. Sedarlah 𝘁𝗮𝗵𝗮𝗽 𝗸𝗲𝗺𝗮𝗺𝗽𝘂𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗿𝗶. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



RAMAI ORANG TERUTAMA WALAUN BAGI SALAM SST 8 PERATUS HARI INI.



Pada saya, mengkritik tak ada masalah. Cuma mesti kena ada fahaman yang betul.


Masalah orang kita, dia pun tak faham apa yang naik 8 peratus tu, tapi melompat bising lebih-lebih.


Di Malaysia, cukai kita adalah SST (Sales and Service Tax). Kadar cukai sales dan service adalah berbeza.


Sales tax dikenakan pada kadar 10 peratus (ada sesetengah barangan kena 5 peratus) tapi service tax sebelum ni ialah 6 peratus.


Yang kerajaan nak naikkan itu ialah service tax dari 6 peratus kepada 8 peratus. 


Sementara itu, tiada perubahan kepada sales tax.


Salah jika kita cakap SST naik 8 peratus


Betul jika kita cakap service tax naik 8 peratus


Akan tetapi, kenaikan dalam service tax ni pun ada pengecualian. Makanan, minuman dan telekomunikasi akan kekal pada 6 peratus.


Contohnya, kau pegi restoran yang sebelum ni caj kau service tax dia akan still kenakan kau caj 6 peratus service tax. Rate ni tak berubah.


Tapi kalau kau check in hotel, rate dia akan naik dari 6 peratus kepada 8 peratus.


Kau check in hotel hari-hari ke?


Soalnya, adakah akan wujud tekanan pada harga? ya jika yang dinaikkan itu adalah sales tax. Tapi yang naik ni ialah service tax.


Kenaikan mungkin ada tapi minimal sebab yang naik ni ialah service tax terhadap perkhidmatan bukan makanan dan minuman.


NazriHamdan

BroEconomiss



MENGADAKAN LAWATAN KE LHDN SEMPENA HARI HASIL

 








Pagi ini saya meluncurkan Sambutan Hari Hasil ke-28 pagi ini anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL). 


Alhamdulillah, komitmen warga HASiL untuk menjayakan nilai kesaksamaan dan kesejahteraan selaras kerangka Ekonomi MADANI menyaksikan hasil kutipan cukai langsung mencatat sebanyak RM183.34 bilion — yakni angka terbesar dalam sejarah.


Saya amat faham bahawa isu cukai adalah perihal sensitif dalam kalangan rakyat, namun kita harus sedar bahawa cukai ini ialah instrumen penting bagi membolehkan Kerajaan memiliki ruang kewangan untuk memelihara kebajikan rakyat. Lebih banyak hasil cukai yang ada, lebih banyak manfaat Kerajaan boleh berikan kepada rakyat.


Hakikat ketika ini adalah hasil Malaysia jauh corot berbanding negara-negara lain. Hasil cukai kita yang bersamaan 11.2 peratus saiz ekonomi negara adalah jauh lebih kerdil ketimbang jiran kita Thailand yang mempunyai nisbah cukai kepada KDNK sebanyak 16.2 peratus. Singapura yang dikatakan rejim percukaian rendah juga mempunyai hasil cukai 12.6 peratus daripada KDNK.


Namun hasrat utama Kerajaan untuk memastikan keadilan dalam kutipan cukai dengan menoktahkan kekebalan golongan elit dan mahakaya daripada melunaskan tanggungjawab mereka kepada negara. Mereka tidak boleh culas membayar cukai. Golongan ini mungkin kecil bilangannya, namun harta yang digondol adalah teramat besar nilainya.


Walhasil, saya berterima kasih kepada HASiL kerana meletakkan matlamat utamanya pada tahun ini untuk melenyapkan ketirisan cukai daripada individu mahakaya, ekonomi bayangan dan pendapatan yang disimpan di luar negara. Saya ucapkan selamat maju jaya kepada warga HASiL untuk melunaskan usaha murni ini.


#MalaysiaMADANI



KHAIRUDDIN DILANTIK PENGARAH J KOM


MSO

Kekosongan jawatan pengarah J-Kom yang ditinggalkan oleh Agus Yusuff dalam keadaan sedikit kontroversi kini telah diisi dengan pelantikan bekas Exco Selangor Khairuddin Othman ke jawatan itu berkuat kuasa hari ini.


Jawatan itu kosong berbulan bulan sejak Agus berundur. J-Kom yang sebelum ini terletak dibawa PMO dipindah ke Kementerian Komunikasi bawah Fahmi Fadhil.


Sebelum ini beberapa nama disebut-sebut untuk memegang jawatan itu termasuk Lokman Noor Adam, Ismail Yusuff timbalan pengarah J-Kom kini dan lain, tetapi beralun begitu sahaja kononnya jawatan itu hendak diisikan oleh pegawai PTD dan bukan dari politik.


Tidak dapat dipastikan apakah Khairuddin sebelum terlibat dalam politik dan kalah dalam Piraum lepas merupakan bekas PTD atau tidak.


Itulah kenyataan politik jangan mudah ditelan kerana ia tidak semudah telan biji sawi. Kenyataan politik hanya boleh dikemen kiluh saja jangan ditelan. Trims.



85% PENGGUNA MALAYSIA TAK KENA PUN CUKAI.


Ahmad Mursi






 600kWj bil RM219.80 (no sst)

700kWj bil RM289.68 (sst RM3.28)


6% ST RM3.28.

8% ST RM4.37

Tambahan: RM1.09


85% pengguna tak sampai pun 600kWj untuk kegunaan domestik... Orang kaya2 je.. 


Yang terlebih pakai tu mmg layak lah contribute skit... Tak perlu memgamuk sangat bila orang kaya contribute pada yang susah.


Kira guna calculator TNB. Jangan pakai calculator Walaun


https://www.mytnb.com.my/residential/understand-your-bill/bill-calculator



BERITA SAKIT TELINGA




 Ini pula berita yang walaun tak mahu dengar. Defisit negara 𝗯𝗲𝗿𝗸𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴 daripada 5.6% pada tahun 2022 ke 5% di akhir 2023 dan dijangka turun ke paras 4.3% di penghujung 2024.


Sungguh aku tak menyangka. Sesungguhnya aku tak fikir kita boleh capai sasaran defisit itu bila melihat betapa 𝗯𝗼𝗿𝗼𝘀 DS Anwar berbelanja untuk rakyat.


Dari betulkan tandas sekolah, perindah gerai, perbaiki jalan hinggalah ke bonus penjawat awam sampaikan pesara tanpa pencen pun dapat, aku kira defisit kita akan meningkat.


Tapi tak. Malah bukan sahaja defisit menurun, 𝗵𝘂𝘁𝗮𝗻𝗴 negara juga 𝘁𝗲𝗿𝗸𝗮𝘄𝗮𝗹. Pertumbuhan hutang juga kian menurun daripada 10.2% di tahun 2022 kepada 8.6% di tahun 2023.


Baca berita penuh di https://tinyurl.com/bdfunhsk


Bagaimana ini boleh berlaku? Banyak berbelanja untuk rakyat tapi defisit dan pertumbuhan hutang menurun?


Bagi aku satu perkara yang jelas. Ternyata DS Anwar dan Kerajaan Perpaduan tak sakau wang negara. Atas sebab itu semua wang untuk rakyat 𝘀𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁.


Alhamdulillah. Inilah cara membalas budi yang kami harap-harapkan. Terima kasih DS Anwar dan Kerajaan Perpaduan kerana membalas kepercayaan kami.


Aku tahu orang akan sebut 𝘀𝗼𝗮𝗹 𝗦𝗦𝗧 juga. Jadi biar aku jawab siap-siap.Bagi aku itu bukan masalah. Kenaikan cuma sedikit, bahkan untuk sektor yang melibatkan ramai marhaen 𝗸𝗮𝗱𝗮𝗿 𝗰𝘂𝗸𝗮𝗶 𝗱𝗶𝗸𝗲𝗸𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻.


Jika jelas duit itu benar dibelanjakan kepada rakyat serta akaun negara bertambah baik seperti sekarang ini, aku tiada masalah dengan kenaikan 2% itu. 𝗔𝘀𝗮𝗹 𝘀𝗮𝗷𝗮 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗶𝘀𝗮𝗸𝗮𝘂. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


WALAUN...OH WALAUN


Hadi Awang Hina raja...Un boleh pulak tuduh Sultan tak tahu fungsi dan hanya sekadar mengisi perut.






 

KALAU MISKIN SANGAT NAK BAYAR CUKAI 8% HANGPA JANGAN BELI.

 





Awani siarkan berita ni, 𝗦𝗵𝗼𝗽𝗲𝗲 mengenakan cas SST untuk penghantaran. Menjengah ke komen, ramailah yang kutuk kerajaan macam-macam.


Aku dah berhenti guna Shopee. Sebab kedekut sangat semenjak untung banyak. Aku lebih suka guna 𝗟𝗮𝘇𝗮𝗱𝗮 yang berikan lebih banyak diskaun.


Tapi aku tak perasan pula kalau Lazada pun kenakan 𝗰𝗮𝘀 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝗺𝗮.


Cuma yang Awani tak cerita, berapa jumlah cas yang dikenakan. Berdasarkan gambar dalam berita tersebut, aku lihat jumlahnya hanya 29 𝘀𝗲𝗻


Punya la membebel sebab naik 29 sen? Logik tak logik walau oi? Ko beli rokok atau 𝘦𝘺𝘦 𝘴𝘩𝘢𝘥𝘰𝘸 jauh lebih mahal la. Walaun memang spesis lemau. Tak reti nak dapatkan fakta sebelum komen.


Kalau 29 sen rasa tak mampu bayar, rasa boleh buat ko miskin, aku sarankan walaun 𝗱𝘂𝗱𝘂𝗸 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗴𝘂𝗮 je la. Pakai cawat, masak pakai kayu api, tak ada elektrik dan tak kena sebarang cukai. Baru sesuai perangai berkira walaun tu. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


YA AMPUSALAM


 

UPSEREY NAPETEY- MAU DOK PI AZAN KAT LEBAI LEBAI WASSAP NI.


 

SEMBOYAN PI MANA..LAMA TAK TIUP. PRESIDENG PAS NU DOK KATA MACAM MACAM..CUBA PI TIUP TROMPET KAT TELINGA SAT.


 

JANGAN SALAHKAN KERAJAAN PUSAT


 

SEKILAS BERITA TERKINI


 

ELOKLAH DIADAKAN PRK DI ENAM KAWASAN LOMPAT SOKONGAN ITU…

 

Setakat ini tiga daripada enam Ahli Parlimen Bersatu yang melompatkan sokongan mereka kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, bersedia untuk mengosongkan kerusi masing-masing jika pindaan perlembaan parti itu pada 2 Mac ini membuatkan mereka tiada pilihan lain.

Mereka ialah Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim dan Ahli Parlimen Labuan, Suhaili Abdul Rahman.

Ini bermakna, ketiga-tiga Ahli Parlimen ini tidak mahu berpatah balik menyokong Bersatu dan PN yang telah memenangkan mereka sebagai Ahli Yang Berhormat pada PRU15 lalu.

“Daripada kami tarik balik sokongan (kepada Anwar) dan kembali menyokong pihak asal (BERSATU) yang tak boleh buat apa-apa, kami rela rakyat yang buat keputusan (melalui pilihan raya).

“Kita bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk mengosongkan kerusi sekiranya ia kenyataan yang perlu diterima,” kata mereka.

Pokoknya, mereka tidak akan berganjak darioada memberi sokongan kepada Anwar yang telah diputuskan sebelum ini.

Berdasarkan maklumat daripada beberapa sumber Bersatu, pindaan perlembagaan Bersatu yang akan dilakukan esok (2 Mac) hampir memberi tiada pilihan untuk enam Ahli Parlimen yang telah mengalihkan sokongan kepada Anwar itu.

Ia antara lain dikatakan menetapkan seseorang Ahli Parlimen yang merupakan ahli Bersatu tidak dibenarkan memberi sokongan kepada pihak lain selagi mereka masih ahli parti, melainkan perlu mengosongkan kerusi masing-masing.

Untuk mengelakkan daripada tergugur sebagai Ahli Parlimen, ia hanya boleh dilakukan dengan mereka kembali bersama Bersatu dan PN.

Dalam hal ini, kenyataan tiga Ahli Parlimen berkenan yang sedia mengosongkan kerusi mereka adalah suatu langkah terpuji.

Diharapkan selepas 2 Mac nanti, mereka tidak berlengah lagi berbuat demikian sebagai mengotakan apa yang telah dijanji itu.

Jangan pula nanti janji dicapati lagi dengan macam-macam alasan dan hujah rekaan.

Sebaiknya tiga lagi rakan mereka – Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Iskandar Dzulkarnanin Abdul Khalid, Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik dan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Zulkafperi Hanapi yang turut mengalihkan sokongan kepada Anwar, sedia juga mengosongkan kerusi mereka.

Jika sudah begitu ketetapan pindaan perlembagaan Bersatu, tambahan lagi mereka pun masih ahli Bersatu sehingga sekarang, terima sajalah keperluan mengosongkan kerusi itu dengan hati yang terbuka.

Daripada segi maruah sebagai pemimpin pun, dengan peralihan sokongan yang dilakukan itu, hanya dengan meletakkan jawatan dan kemudian bertanding semula saja yang dapat membersihkan nama mereka semula.

Kalah menang dalam pilihan raya kecil nanti, biarkan rakyat menentu dan mengadilinya.

Di waktu yang sama, daripada segi tafsiran pindaan perlembagaan yang dibuat Bersatu nanti, diharapkan juga Speaker Parlimen, Johari Abdul tidak membuat tafsiran yang lebih memihak kepada kerajaan semata-mata, meski perlantikannya ke jawatan itu diputuskan oleh PH dan Anwar.

Tafsiran mestilah dibuat berdasarkan keadilan dan untuk memelihara maruah Ahli-Ahli Parlimen bersama gelaran Ahli Yang Berhormat yang mereka sandang.

Lagi pula, sebagaimana PH sebelum ini mengecam hebat kumpulan Azmin Ali yang khianat melalui Langkah Sheraton, menyimpan “enam jahanam” ini tidak pun memberi markah tambahan kepada Anwar dan kerajaan perpaduan di mata rakyat.

Apa lagi sokongan yang diberi itu hanya demi mendapatkan peruntukan dan kerana kerana ada kelompongan dalam akta lompat parti.

Maka, lebih baiklah ada pilihan raya kecil dan PH/BN mesti berusaha sebaik mungkin untuk merampas enam kawasan terbabit melalui cara yang sah lagi dihormati.

Jika PH/BN gagal sekali pun menang dalam semua enam pilihan raya kecil itu nanti, setidak-tidaknya semua sokongan yang bersama Anwar adalah asli yang masuk memberi sokongan melalui pintu depan, sekaligus meletakkan kerajaan madani lebih dihormati. – ShahbudinHusin 01/03/2024.



 

SIASATAN TAK DIHENTIKAN, SPRM SERAH KEPADA PEGUAM NEGARA UNTUK KEMBALIKAN KES ZAHID HAMIDI KE MAHKAMAH

 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mengembalikan semula kes mahkamah membabitkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Tinggi di sini, tahun lalu.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan yang boleh dilakukan terhadap kes membabitkan Timbalan Perdana Menteri itu, susulan keputusan Mahkamah Rayuan semalam, yang memerintahkan tuduhan salah guna kedudukan membabitkan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dikembalikan ke Mahkamah Sesyen untuk tindakan lanjut.

Katanya, siasatan oleh pegawai SPRM berhubung kes Ahmad Zahid juga tidak dihentikan.

“Kita serahkan kepada AGC untuk membuat keputusan (kes mahkamah Ahmad Zahid). Buat masa sekarang pegawai kita masih menyiasat, seperti apa yang kita nyatakan dalam mahkamah,” katanya.

Beliau ditemui media selepas perasmian Sidang Kemuncak Pencegahan Rasuah Kebangsaan 2024 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini hari ini.

September lalu, Mahkamah Tinggi di sini melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid daripada 12 tuduhan pecah amanah, lapan tuduhan rasuah dan 27 kes pengubahan wang haram milik Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.

Pejabat Peguam Negara menjelaskan, permohonan untuk melepas tanpa membebaskan Ahli Parlimen Bagan Datok itu daripada keseluruhan 47 tuduhan itu dibuat berdasarkan alasan dikemukakan dan diterima oleh mahkamah dan disifatkan oleh Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah sebagai kukuh.

Mahkamah Rayuan semalam memerintahkan kes salah guna kedudukan bagi mendapatkan suapan berjumlah RM232.5 juta untuk Parti BERSATU berkaitan Projek Jana Wibawa yang membabitkan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dikembalikan ke Mahkamah Sesyen untuk tindakan lanjut.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail, sebulat suara dalam membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan pendakwa raya selaku perayu untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Presiden Parti BERSATU itu daripada empat pertuduhan berkenaan pada 15 Ogos tahun lalu. 

Pada 15 Ogos tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin melepas dan membebaskan Ahli Parlimen Pagoh itu daripada empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi Parti BERSATUberkaitan Projek Jana Wibawa selepas membenarkan permohonan Muhyiddin untuk membatalkan kesemua pertuduhan itu.

Mengulas lanjut mengenai kes Muhyiddin itu, Azam berkata tarikh perbicaraan akan diputuskan selepas perbincangan bersama antara Peguam Negara, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) SPRM yang terbabit dan peguam Ahli Parlimen Pagoh.

“Tarikh perbicaraan selepas perbincangan antara mereka pada masa akan datang,” katanya.

Sumber – https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/02/1218058/saranan-kembalikan-kes-ahmad-zahid-sprm-serah-kepada-agc#

 

Apa Tujuan Dakwaan Rasuah Wan Saiful? (Why did Wan Saiful allege he was ...

PANAS! Kenapa diam 'maha kaya' disiasat? | Jangan jadi pembangkang | Kad...






1. Anwar: Aneh, pembangkang membisu SPRM siasat 'maha kaya' 2. Anwar harap KEB 2024 cetus anjakan usaha perkasa agenda ekonomi bumiputera 3. Kadar SST 8% berkuatkuasa hari ini 4. Tiong balas Akmal: Jangan jadi seperti pembangkang atau kumpulan ekstremis 5. MP PKR cadang kerajaan apungkan harga beras 6. Budaya Ali Baba punca bumiputera ketinggalan


[panas] PEMBANGKANG KEPANASAN CUBA PERTAHANKAN H4D1 HINA RAJA RAJA!

YDP AGONG HADIAHKAN PMX KERETA MILIK BAGINDA



𝗠𝗘𝗡𝗝𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗸𝗽𝗱 𝗗𝗬𝗠𝗠 𝗦𝗣𝗕 𝗬𝗗𝗣𝗔 𝗸𝗲 𝟭𝟳 𝗦𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻 𝗜𝗯𝗿𝗮𝗵𝗶𝗺 𝗶𝗯𝗻𝗶 𝗔𝗹𝗺𝗮𝗿𝗵𝘂𝗺 𝗦𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻 𝗜𝘀𝗸𝗮𝗻𝗱𝗮𝗿 yg berkenan mengurniakan PMX dengan kenderaan baharu Mercedes Benz milik baginda.


PMX bukan shj tidak mengambil gaji sebagai Perdana Menteri, beliau juga enggan membeli kereta baharu bagi  menjimatkan wang Rakyat. 


Tapi kemurnian dan kemurahan hati Tuanku YDPA sungguh menyentuh hati Rakyat. Menjunjung kasih. Daulat Tuanku..!!


Hanya lebai, walaun & untit yg bermata lalat sahaja yang sakit hati, geram, bengang, menyampah, dengki, iri hati, dendam kesumat, SENTAP, KOYAK RABAK sebab hati mereka busuk, hitam pekat bak suasana malam yang sangat gelap gulita. Puak 𝗣𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗔𝗷𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗦𝗘𝗧𝗔𝗡.


Wallahualam


- Zus Din 

01032024



SARAWAK AKAN JADI SEKINCHAN KE 2

 

Dijangka hasilkan 400,000 tan beras dalam masa 2 tahun.




PENINGKATAN PELABURAN


 

KEH..KEH..KEH


 

APA CRITA PULAK NI? INI UNTUK PENANAMAN BERAS MENCUKUPI KEPERLUAN DALAM NEGARA


 

TUUU DIAAAA....


 

CHOIIH ...BUKA MULUT JA MOHONG


 

Sebuka Mata.


MSO


Teguran berupa peringatan oleh Sultan Selangor kepada presiden Pas Abdul Hadi Awang perlu dilihat dalam konteks lebih luas. Walaupun ia spesifik kepada Tok Dor tetapi nasihat terkena kepada semua khasnya orang Melayu agar lebih berhati hati dalam membuat amal kebajikan seperti menegur mana mana pihak agar selari dengan ajaran Islam. 


Islam itu indah jika kita memahami keindahannya.


Pepatah ada mengatakan kalau hendak menjolok jangan sampai terkena saran tebua, bahaya. Jolok boleh tetapi harus bijaksana.


Agar sesuatu niat baik kita tidak menjadi mudarat maka kita harus berhati hati. 


Jangan mudah merosakkan santan dengan pulut, sebab masih ada cara lain untuk merosakkan santan tanpa membabitkan pulut.


Dalam hal ini saya melihat apa yang berlaku itu membuktikan bahawa Tok Dor Hadi sudah tidak relevan bagi Pas. 


Tindak tanduk beliau merugikan Pas dan juga umat Islam sendiri. Abdul Hadi tidak fatanah mengguanakan kekuatan pengaruh dan sokongan yang beliau terima dari orang tamai demi kepentingan bangsa dan agama.


Dia terus terbawa dengan kehendak peribadinya. Malang pula kepada parti gemulah Chek itu ia tidak mendapat manfaat seoptimanya dari kekuatan dan sokongan yang ada kini. Masa ini  kekuatan Pas ditahap puncak dengan memiliki 43 kerusi. Pencapaian ini sepatutnya dihayati bukan untuk dimegahi dan disia siakan.


Pas jangan terus terdodoi yang mereka akan kekal dengan jumlah itu dan perlu mengingati akan sejarah naik turun parti itu. Setiap dua dekad Pas akan mengalami kemerosotan dan perlu untuk dua dekad pula untuk naik.


Justeru usah terlalu ghairah sangat sehingga berlaku apa dikatakan orang yang dikejar tak dapat yang dikendung keciciran. Dinasihat kepada pemimpin Pas janganlah menghormati Tok Dor sehingga merugikan masa depan parti dan sehingga menyebabkan Tok Dor jadi seperti Mahathir. Trims.



KENYATAAN MEDIA PEMUDA AMANAH NASIONAL




27 Februari 2024


BERI RUANG MENTERI PELANCONGAN MEREFORMASI INDUSTRI, DATO' SRI TIONG DISARAN BENTANG KERTAS PUTIH PELANCONGAN


1. Dato' Sri Tiong King Sing perlu diberi ruang secukupnya untuk menjalankan tanggungjawab selaku Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). Ini termasuk melantik individu yang mahir dan "reform-minded" untuk membaharui industri pelancongan tempatan yang terus dihimpit oleh persaingan daripada negara-negara jiran.


2. CUEPACS atau Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam Malaysia diminta untuk tidak memanjangkan isu penukaran jawatan Datuk Ammar Abd Ghapar, bekas Ketua Pengarah Tourism Malaysia. Pemuda AMANAH memandang positif keputusan Datuk Ammar untuk tidak lagi memberi komen mengenai isu ini kepada media.


3. Dato' Sri Tiong dan pasukannya di MOTAC mempunyai cabaran lebih besar yang perlu diberikan perhatian. Kebangkitan destinasi pelancongan serantau seperti Phuket (Thailand), Bali (Indonesia), Ha Long Bay (Vietnam) dan Boracay (Filipina) menjadi pesaing utama kepada Malaysia dalam menarik pelancong asing. Lihat sahaja data pelancongan antara tahun 2010-2019, di mana bilangan pelancong asing hanya berada antara 24-27 juta setahun.


4. Malah, semakin ramai rakyat kita yang lebih gemar melancong ke luar negara. Tidak ada gunanya salahkan sesiapa jika tiada pembaharuan signifikan dilakukan dalam industri pelancongan. Namun, sekiranya trend ini berterusan, saya khuatir ramai pemain pelancongan tempatan akan gulung tikar.


5. Terlalu banyak aduan daripada para pelancong dan pemain industri yang perlu diselesaikan. Antaranya, harga bilik hotel dan makanan terlalu mahal, pantai-pantai popular negara kurang aktiviti-aktiviti unik yang dirancang oleh agensi pelancongan, ketiadaan "direct flight" daripada negara-negara utama dan macam-macam lagi. Paling penting, proses imigresen di pintu utama negara harus dipermudahkan. Promosi pelancongan Malaysia secara besar-besaran di negara luar juga perlu diperhebatkan, terutamanya di India, China dan negara-negara Barat.


6. Kegagalan menarik pelancong asing akan memberi tekanan kepada ringgit. Memandangkan industri pelancongan menyumbang 14% nilai KDNK negara dan hampir satu-perempat tenaga kerja tempatan, kelemahan permintaan pelancongan akan turut merencatkan ekonomi Malaysia.


7. Alhamdulillah, data pelancongan terbaru termasuk bilangan pelancong asing amat memberangsangkan. Keputusan untuk mengecualikan visa 30 hari kepada pelancong China dan India adalah tindakan positif. Namun, ini hanyalah permulaan.


8. Pemuda AMANAH juga cadangkan agar Dato' Sri Tiong membentangkan Kertas Putih di Parlimen mengenai isu-isu jangka pendek dan panjang yang menjadi cabaran kepada sektor pelancongan. Malah, peranan kerajaan negeri dan kerjasama dengan kerajaan persekutuan perlu turut dikaji. Semoga Kertas Putih ini dapat mengenalpasti solusi-solusi terbaik untuk para pemain pelancongan negara.


AMMAR ATAN

Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional


#PemudaAMANAH

#PartiAmanahNegara

#AMANAH #KerajaanMADANI #MalaysiaBersamaPalestin




Tahukah anda kisah Haji Hadi tak hormat Sultan bukan sekali dua ;

 Tahukah anda kisah Haji Hadi tak hormat Sultan bukan sekali dua ;







🔴Dec 2020 | Hadi vs Sultan Perak

Hj Hadi minta 3 Adun PAS Perak batal menghadap Sultan walaupun Sultan telah titahkan mereka hadir ke istana.


🔴Mac 2023 | Hadi vs Sultan Terengganu

Hj Hadi pertikai Sultan larang ahli politik berpolitik di masjid /surau di Terengganu.


🔴Feb 2024 | Hadi vs Sultan Selangor

Kenyataan tak beradap terhadap Sultan Selangor selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.


4 pemimpin utama Parti Ajaran Sesat menjadi penderhaka


- Presideng : Uhaha 

- Timb Presideng : Tuan Muhong

- SU Agong : Taki-udang

- MB : Nucibad


Tercipta sejarah negara parti sarat penderhaka.Jadi kalau ikutkan apa kata @PASPusat dalam @harakahdailyHD ,@abdulhadiawang

dan @SanusiMNor patut di penjarakan? 🤷‍♀️


Dengar khabar Azmin Ali dengan Halim Tamuri Pesuruhjaya PAS Selangor kena tegur dengan Sultan Selangor berkenaan kenyataan Hadi Awang tempoh hari yang mempertikaikan Raja Raja Melayu 


Takda harapan la Azmin Ali nak tawan Selangor kalau masih duduk dengan PAS ☺️



JIKA ADA MENTERI RASUAH. SILA LAPORKAN







 Jika benar ada anggota Jemaah Menteri yang terpalit dengan rasuah, mana-mana individu berkenaan boleh digugurkan daripada barisan Kabinet.


Saya singgung perkara itu ketika berucap merasmikan Sidang Kemuncak Anti-Rasuah Kebangsaan (NAC Summit) 2024 hari ini seraya diapit Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki dan Pengerusi HRD Corp Datuk Abu Huraira Abu Yazid.


Sayugia, SPRM bebas menyiasat mana-mana pemimpin dalam kerajaaan dan seterusnya mengambil tindakan sewajarnya sebagai prakarsa menghapuskan ‘penyakit’ tersebut yang akan menjalar nescaya melemah longlaikan semangat bangsa di negara ini.


Saya tekankan, sesiapa sahaja yang terlibat dengan korupsi perlu diheret ke muka pengadilan hatta mereka tidak lagi berada dalam pemerintahan kerajaan.


#MalaysiaMADANI


JAHAT YA MP PAS


 Kecoh cerita MP Bangi, Syahredzan yang sekolahkan MP Hulu Terengganu Rosol Wahid apabila orang tua itu mengelirukan dewan dengan mengatakan nanti di bulan Ramadhan, 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝘂𝗮𝘀𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗱𝗶𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝘁𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻.


Ini rentetan dari isi Nik Elin yang mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan baru-baru ini. Ia telah membuatkan Syahredzan bangkit dan membetulkan kesalahan fakta yang dibawa oleh Rosol yang akhirnya menarik balik pernyataan itu..


Pertama sekali, menangkap orang tak berpuasa itu bukan sebahagian dari hukum Islam. Kecuali kalau orang itu 𝘀𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗮 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 di tempat awam atau 𝗵𝗮𝘀𝘂𝘁 orang lain agar tidak berpuasa. Manakala perbuatan menghendap rumah orang semata-mata kerana syak orang itu melakukan maksiat adalah perbuatan yang 𝘁𝗲𝗿𝗸𝘂𝘁𝘂𝗸 menurut Islam.


Keduanya, keputusan mahkamah 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 membatalkan keseluruhan Enakmen itu. Hanya 18 seksyen saja yang terbatal dan tak puasa, seperti kesalahan minum arak dan berzina, 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗸𝗮𝗹. Bermakna, pihak jabatan agama masih boleh mendakwa mereka yang ingkar.


Yang menghairankan, takkanlah seorang ahli politik senior seperti Rosol tak boleh faham tentang hal ini? Macamana seorang ahli parlimen tak boleh faham soal undang-undang sedangkan dia sendiri pembuat undang-undang?


Persoalannya, Rosol tak faham atau sengaja buat-buat tak faham? Tujuannya biar nanti boleh dikongsikan di TikTok yang dia dah bawa isu ni di parlimen supaya dia boleh 𝗺𝘂𝗻𝗰𝘂𝗹 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗵𝗲𝗿𝗼 di mata walaun?


Kalau tengok dari cara dia respon selepas ditegur oleh Syahredzan, aku nampak sepertinya Rosol tahu apa yang dia sebutkan itu salah. Riak mukanya bersahaja dan cepat je dia tarik balik. Tak ada usaha pertahan hujahnya. Cuma orang yang tahu faktanya salah saja akan berkelakuan begitu.


Beginikah cara PAS berpolitik? Sanggup 𝗸𝗲𝘁𝗲𝗽𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗮𝗻 dan mencipta kekeliruan demi untuk menunggang isu dan beroleh laba? Itu bukan kaedah politik Islam. Itu lebih teruk dari sekular dan liberal. Itu teknik politik 𝗱𝗮𝗷𝗷𝗮𝗹.


Bagi aku cara Rosol tak matang. Kalau sungguh pun dia tak tahu fakta, sebelum nak bercakap di parlimen, paling tidak semaklah dulu kesahihan. Janganlah buat parlimen macam kedai kopi boleh cakap sesuka hati sampai menjurus kepada fitnah.


Kalau sekalipun tak takut kepada undang-undang penjajah (seperti kata Hadi), setidak-tidaknya takutlah kepada Allah. Menipu dan memfitnah itu perbuatan yang Allah benci. Kata parti Islam. Takkan tak percaya kepada hari pembalasan? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


ALLAH BAYAR CASH

 

ALLAH BAYAR CASH KAT PA$ YG SUKA MENUDUH PAKATAN HARAPAN MENGHINA RAJA-RAJA MELAYU🤣



KONGRESS EKONOMI MELAYU

 


Bersempena dengan Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 yang sedang berlangsung hari ini sehingga Sabtu, satu sesi ‘fireside chat’ akan diadakan bersama Saudara Ibrahim Sani, CEO Yayasan Peneraju, dimana saya akan membincang dan membentangkan pelan dan aspirasi saya untuk masa hadapan masyarakat bumiputera pada hari Sabtu, 2 Mac jam 11:30 pagi.


YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim juga akan menyampaikan ucapan penutup bagi Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 pada hari tersebut. 


Kedua-dua sesi ini juga akan disiarkan secara langsung di semua laman sosial saya. 


Saya ingin menjemput orang ramai ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya untuk memeriahkan acara penutup kongres ini pada hari Sabtu mengikut ketetapan berikut :


🔹Tempat : Dewan Plenary, PICC

🔹Hari: Sabtu, 2 Mac 2024

🔹Masa : 

Sesi ‘Fireside Chat’: 11:30 pagi

Ucapan Penutup Kongres: 3:10 petang


Jumpa di sana.



MACAM NAK UCAP SELAMAT TINGGAI SAJA.


MSO









 Mungkin foto² ini sudah lama dirakam tetapi ada signifikan dengan apa berlaku semalam, dimana kes rasuah membabitkan Mahiaddin yang dibuang Mahkamah Tinggi  tetapi dikembalikan balik ke Mahkamah Seksyen oleh tiga hakim mahkamah rayuan. 


Apakah para pemimpin tertinggi Bersatu sudah dapat petanda dan alamat buruk tentang nasib dan masa depan ptesiden mereka? Trims.



YA AMPUSALAM...HANGPA PILIH BUAT APA..


 

HAH...


 

TU DIA NOH


 

𝗣𝗔𝗦 𝗳𝗼𝗿 𝗔𝗹𝗹 untuk kempen PAS di Selangor.


Betul 𝘢𝘭𝘭 𝘰𝘶𝘵 PAS nak rampas Selangor. Mereka yakin dah dapat tawan pengundi Melayu. Jadi kempen PAS for All bertujuan untuk pikat 𝗽𝗲𝗻𝗴𝘂𝗻𝗱𝗶 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂 pula.


Persoalan pertama, PAS nak buat apa kalau menang di Selangor? Sekarang ni negeri yang PAS pegang semua gagal dengan 𝗞𝗲𝗱𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗱𝗮𝗵𝘂𝗹𝘂𝗶 senarai negeri yang gagal itu. Kalau dapat Selangor, takutnya yang PAS boleh buat cuma memiskinkan Selangor je nanti.


Tapi baru-baru ini Presiden PAS 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹 𝗛𝗮𝗱𝗶 𝗔𝘄𝗮𝗻𝗴 keluarkan yang telah menyinggung Sultan Selangor. Kenyataan Hadi begitu tajam hinggakan as-Sultan telah mengutuskan 𝘀𝘂𝗿𝗮𝘁 𝗯𝗮𝗹𝗮𝘀𝗮𝗻.


Apakah kenyataan Hadi itu adalah salah satu kempen PAS for All? Mungkinkah itu strategi PAS untuk PAS buktikan mereka tak rasis sampai sanggup melawan Sultan?


Apakah ini yang PAS belajar daripada 𝗚𝗲𝗿𝗮𝗸𝗮𝗻 sejak berkongsi katil dengan parti itu dalam PN?


Apa pun, orang Melayu Selangor harus lihat perkara ini dengan minda yang terbuka. Bukan sekali PAS berlaku biadab terhadap Sultan Selangor. Sebelum ini Sanusi dan kini Hadi.


Orang Melayu yang undi PAS/PN dalam pilihanraya yang lepas, tanya diri sendiri. Adakah kurang berpuas hati serta merelakan kebiadapan Sanusi dan Hadi terhadap Sultan korang?


Kalau begini cara PAS berpolitik, jangankan nak tawan hati pengundi bukan Melayu, pengundi Melayu pun meluat tengok PAS. Jadinya 𝘗𝘈𝘚 𝘪𝘴 𝙣𝙤𝙩 𝘧𝘰𝘳 𝘢𝘭𝘭 tapi 𝙋𝘼𝙎 𝙤𝙣𝙡𝙮 𝙛𝙤𝙧 𝙞𝙙𝙞𝙤𝙩𝙨. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.

Mata walaun suka tengok dari sudut lain.


Aku post senarai video yang Asma' ajarkan doa tarik rezeki, sambil menyindir supaya Asma' belajar dari dirinya sendiri. Maksud aku, Asma' ni ajar orang tapi dia tak amalkan ke?


Yang mata walaun nampak, dia kata aku 𝗽𝗲𝗿𝗹𝗲𝗸𝗲𝗵𝗸𝗮𝗻 doa. Siap ada cikgu pencen awal pun buat posting tapi crop nama aku, kata aku salah faham. Tapi aku faham cikgu tu memang walaun.


Walaun memang ada masalah pemahaman. Sebab tu dia selalu nampak satu-satu isu tu berbeza daripada manusia  normal.


Tapi cuma nak kata, yang hina Islam bukan posting aku tu. Tapi orang yang sengaja 𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗰𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝗽𝘀𝗹𝘀𝘂 dan memfitnah hanya untuk mendapatkan sokongan dari masyarakat.


Contohnya reka cerita kononnya peguam di Malaysia selepas 𝘤𝘩𝘢𝘮𝘣𝘦𝘳𝘪𝘯𝘨 kena kurung dan disemaikan dalam kepala agar mempromosikan LGBT. Cerita yang tak disertakan bukti.


Tujuannya nak timbulkan rasa takut di kalangan umum supaya nanti semua sokong parti yang berlabel Islam walaupun parti tu dipenuhi pemfitnah tegar. Itu barulah menghina Islam.


Tapi tak apa. Walaun memang 𝗼𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗮𝗹𝗶𝗸. Sebab tu lagi banyak orang tu menipu, lagi dia suka. Terutama kalau orang itu berserban dan berjubah. 𝗞𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗮𝗺𝗮𝗻 fitnah berbelas kali pun tetap bagi walaun dia manusia suci. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


PENGERUSI BERSIH ADALAH BEKAS PRESIDEN ABIM, SEBAB ITUKAH DEMO HANYA 100 PESERTA PUN DAPAT PERHATIAN PM?


Berikutan tindakan Bersih mengadakan demonstrasi ke Parlimen Selasa lalu yang cuma dihadiri 100 peserta, banyak pihak, terutama yang pro Anwar Ibrahim, tampil mengecam dan memperlekeh gabungan pemantau pilihan raya itu.


Bersih mengadakan demonstrasi berkenaan untuk menuntut kerajaan melaksanakan semua agenda reformasi dengan sesegera mungkin melalui tema #reformasi100peratus.


Disebabkan hanya 100 peserta saja yang hadir, rata-rata mengatakan Bersih sudah hilang taring dan tidak lagi segagah dulu di ketika ia bergerak seiring dan berganding tangan dengan PH dalam mengadakan beberapa demonstrasi jalanan.


Tanpa PH, kata mereka, Bersih hanya tinggal nyawa-nyawa ikan.


Tidak kurang yang mengecam Bersih kerana tuntutan reformasi yang mereka utarakan itu.


Menurut mereka yang mengecam itu, tuntutan Bersih melalui demonstrasi agar reformasi segera dilaksanakan adalah tidak munasabah kerana sebarang perubahan memerlukan masa.


Tambah yang lain, reformasi adalah gerakan evolusi dan bukan demonstrasi.


Secara mudah, kesimpulan bagi mereka yang ingin mempertahankan Anwar itu, demonstrasi Bersih tersebut adalah gagal.


Namun, di sebalik kecaman dan perlecehan itu, hanya sehari selepas Bersih mengadakan demonstrasi menuju ke Parlimen, gabungan itu tiba-tiba dijemput mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim semalam (Rabu).


Dalam perjumpaan itu, Bersih berkata, Anwar pada prinsipnya bersetuju dengan beberapa daripada 10 pembaharuan yang dibentangkan semasa mesyuarat mereka.


“Perdana Menteri menyatakan bahawa beliau secara prinsip bersetuju dengan beberapa perkara, namun ada beberapa reformasi yang beliau rasakan perlu ada perbincangan lanjut,” kata kumpulan itu lagi.


Dalam satu kenyataan berasingan, Anwar berkata beberapa pembaharuan yang dicadangkan Bersih kepada kerajaan sudah pun dipertimbangkan kerajaan.


“Kerajaan Perpaduan terbuka kepada sebarang rekomendasi atau saranan pihak Bersih, khususnya dalam penambahbaikan proses pilihan raya dan reformasi institusi.


“Beberapa saranan pihak Bersih menjadi perhatian saya dan terdapat antara cadangan dalam memorandum tersebut telah pun berada dalam pertimbangan dan tindakan kerajaan perpaduan,” katanya.


Apa yang nyata, dengan hanya sehari setelah berdemonstrasi yang dihadiri cuma 100 peserta dan dianggap tidak berjaya, tetapi Bersih kemudiannya sudah dijemput bertemu Perdana Menteri, ertinya demonstrasi yang mereka lakukan tidaklah boleh dianggap gagal.


Malah, jika mengambil kira tiada mana-mana kumpulan pendemo sebelum ini pernah mendapat jemputan bertemu Perdana Menteri hanya sehari selepas mengadakan demonstrasi, Bersih boleh dikira amat berjaya.


Tuntutan reformasi mereka kepada kerajaan maknanya mendapat perhatian yang segera dan pantas daripada Perdana Menteri sendiri.


Kenapakah keadaan ini berlaku?


Siapa Pengerusi Bersih sekarang, Mohd Faisal Abdul Aziz yang nampaknya begitu mendapat perhatian yang istimewa daripada Anwar sendiri?


Kepada yang belum tahu, Mohd Faisal adalah bekas Presiden Abim sesi 2019 -2023.


Anwar pula menjadi Presiden Abim antara tahun 1974 – 1982.


Sebagaimana diketahui umum, walaupun Abim itu bermaksud Angkatan Belia Islam Malaysia, tetapi ia juga sering dijolok sebagai singkatan nama Anwar bin Ibrahim.


Sebab itu, tidak menghairankan apabila Abim sepanjang masa dilihat sebagai gerakan yang pro Anwar, manakala mereka yang menjadi presiden pula dianggap mempunyai hubungan baik dengan beliau.


Nah…itulah barangkali sebabnya hanya sehari selepas berdemonstrasi, Bersih yang kini dipimpin Mohd Faisal dapat dengan mudah mengadakan pertemuan dengan Anwar.


Dalam hal ini, tidak mustahilkah demonstrasi menuntut reformasi anjuran Bersih yang berarak ke Parlimen, Selasa lalu, walaupun cuma dihadiri cuma 100 peserta, adalah perancangan bersama untuk memperlihatkan Anwar seorang yang sentiasa responsif terhadap tuntutan reformasi, di samping gabungan itu sendiri dilihat kekal sebagai kumpulan pendesak yang berkesan terhadap kerajaan?


Dan apa khabar sekarang mereka yang semalam mengutuk dan melekehkan Bersih ? – ShahbudinHusin 29/02/2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/02/29/pengerusi-bersih-adalah-bekas-presiden-abim-sebab-itu-demo-100-peserta-mudah-dapat-perhatian-pm.html



UPSEREY NAPETEY- MANA DIA COP SWMBOYAN PERTAHANKAN RAJA MELAYU. NI SULTAN SELANGOR KATA PRESIDENG BIADAP...FUHH TAK HORMAT SULTAN MELAYU


 

TAK PERNAH LAGI AHLI POLITIK DITEGUR SAMPAI BEGINI


 

WEE KA SIONG MINTA TARIF AIR TIDAK DINAIKKAN.


 

OPERASI BERTERUSAN TANGKAP PATI




Kementerian Dalam Negeri mengesahkan lima negeri merekodkan jumlah pendatang asing tanpa izin tertinggi iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Sabah dan Sarawak.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan, pihaknya menerusi Jabatan Imigresen telah melakukan 20,800 operasi sejak sejak awal tahun sehingga Selasa lalu, sementara lapan kawasan panas dikenalpasti di sekitar daerah Klang membabitkan Pasar Borong Klang, Pasar Besar Klang, Kawasan Perindustrian Bandar Sultan Suleiman dan Kawasan Perindustrian Pulau Indah.



NARATIF JAHAT KELIRUKAN RAKYAT




Bukan masalah tak faham. Tapi masalahnya mereka sengaja bina naratif mengelirukan untuk tipu rakyat.


Kalau bukak TikTok Saddiq, ada banyak je video dia yang kutuk kerajaan. Elok je ada. Video 𝗦𝗮𝗹𝗶𝗺 dan 𝗚𝗼𝗺𝗼 fitnah DS Anwar pun berderet. Tak diturunkan pun? Sampai tersebar meluas cerita Planta yang pada akhirnya cytro PN sendiri akui ianya cerita 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵.


Sebenarnya penyedia media sosial ni akan lebih ikut 𝘳𝘦𝘱𝘰𝘳𝘵 dari pengguna berbanding arahan kerajaan. Page lama aku, Raja Gelap yang follower dah lebih 17k masa tu pun kena. Dituduh buat posting pasal 𝗯***𝗵 𝗱𝗶𝗿𝗶 padahal tak ada pun. Walaun fitnah. Itu apa kes? Penyokong kerajaan pun kena.


Saddiq masa dia bersama Perpaduan dulu pun dah taraf sampah. Sekarang bila bersama PN (walaupun dia dakwa dia bebas), terus turun taraf loji kumbahan. Nampak sangat dia dah ketandusan idea. 𝗠𝗮𝘁𝗶 𝗮𝗸𝗮𝗹. Sebab dah tak jumpa isu nak kritik Perpaduan.


Sekarang ni bukan macam masa Mahathir berkuasa dulu. Kalau kritik kerajaan je, kena panggil ke Bukit Aman. Silap-silap masuk 𝗜𝗦𝗔. Dah macam diktator. Saddiq tak tau sebab dia masih menggonggong botol susu masa tu. Mahathirlah sezalim-zalim manusia.


Masa sekarang ni la kebebasan bersuara amat mutlak hinggakan fitnah berleluasa. Sampai 𝗠𝗣 𝗽𝘂𝗻 𝗮𝗸𝘁𝗶𝗳 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵, menipu rakyat, menghasut benci kerajaan pada perkara yang tak berlaku. Nak bebas macamana lagi? Sampai video bogel pun dibenarkan? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


𝗦𝗨𝗡𝗚𝗚𝗨𝗛 𝗠𝗘𝗠𝗔𝗟𝗨𝗞𝗔𝗡 : 𝗣𝗥𝗘𝗦𝗜𝗗𝗘𝗡 𝗣𝗔$ 𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗘𝗧𝗜 𝗞𝗘 𝗡𝗔𝗞 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧 𝗥𝗔𝗝𝗔-𝗥𝗔𝗝𝗔 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗬𝗨?

 




𝗦𝗨𝗡𝗚𝗚𝗨𝗛 𝗠𝗘𝗠𝗔𝗟𝗨𝗞𝗔𝗡 : 𝗣𝗥𝗘𝗦𝗜𝗗𝗘𝗡 𝗣𝗔$ 𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗘𝗧𝗜 𝗞𝗘 𝗡𝗔𝗞 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧 𝗥𝗔𝗝𝗔-𝗥𝗔𝗝𝗔 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗬𝗨? 

#Sebarkan #Biar_Rakyat_Faham sikap biadap pada Raja-Raja Melayu.


1) KITA sedia maklum bahawa 𝗣𝗔$ 𝗣𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗕𝗨𝗡𝗚𝗔 𝗣𝗡𝘆𝗮𝗸𝗮𝘂 𝗡𝗮𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹 𝗺𝗲𝗻𝗼𝗹𝗮𝗸 𝗧𝗶𝘁𝗮𝗵 𝗖𝗔𝗗𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗬𝗗𝗣𝗔 𝗸𝗲 𝟭𝟲 utk membentuk kerajaan Perpaduan dgn PH. Sepatutnya mereka persetanlah dgn prinsip, sbb YDPA nak cari jalan perdamaian. Itu Islam tuntut, 𝗣𝗘𝗥𝗣𝗔𝗗𝗨𝗔𝗡. 


2) Sudah le derhaka dgn titah Tuanku, walaun & untit mempermainkan pulak titah Diraja di TikTok kunun itu 𝗧𝗶𝘁𝗮𝗵 𝗖𝗮𝗱𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝗵𝗷 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗧𝗶𝘁𝗮𝗵 𝗔𝗿𝗮𝗵𝗮𝗻. Awat bengong sangat? 𝗞𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗧𝘂𝗮𝗻𝗸𝘂 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗧𝗔𝗛𝗞𝗔𝗡 parti politik bermakna Raja-Raja campurtgn dlm politik sedangkan Perlembagaan TIDAK mengizinkan. 𝗥𝗮𝗷𝗮-𝗿𝗮𝗷𝗮 𝗕𝗲𝗽𝗲𝗿𝗹𝗲𝗺𝗯𝗮𝗴𝗮𝗮𝗻 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 "𝗮𝗯𝗼𝘃𝗲 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗰𝘀" 𝘁𝗮𝗽𝗶 𝘁𝗲𝗿𝘁𝗮𝗸𝗹𝘂𝗸 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗹𝗲𝗺𝗯𝗮𝗴𝗮𝗮𝗻. 𝗦𝗲𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗧𝘂𝗮𝗻𝗸𝘂 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗶𝘁𝗮𝗵 : " 𝗪𝗵𝗮𝘁 𝗰𝗵𝗼𝗶𝗰𝗲 𝗱𝗼 𝗜 𝗵𝗮𝘃𝗲"??. 𝗦𝗲𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝘁𝗲𝗿𝘀𝗲𝗽𝗶𝘁 𝗧𝘂𝗮𝗻𝗸𝘂 𝗽𝘂𝗮𝗸 𝘁𝘂 𝗯𝘂𝗮𝘁. 𝗧𝗮𝗽𝗶 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗧𝗢𝗟𝗔𝗞, 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 yg 𝗞𝗢𝗬𝗔𝗞? Meroyan tak habis-habis.


3) Berkali-kali kelihatan puak PEMBANGANG derhaka dengan Raja-Raja Melayu. Raja-Raja Melayu larang mereka berpolitik di Masjid dan Surau mereka salahkan Kerajaan pula. PMX sering jadi mangsa. Memg lsg tak ada hormat pada Kerajaan. Baru-baru ini pun YDPA ke 17 menegur supaya 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗽𝗶𝗵𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗸𝗲𝗻𝘆𝗮𝘁𝗮𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧𝗜 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗽𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻 / 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜. Tapi mcm saya tulis hari tu walaun & untit TETAP DERHAKA : 𝗬𝗗𝗣𝗔 𝗧𝗘𝗚𝗨𝗥 𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗚𝗨𝗚𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗦𝗧𝗔𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔  Link : https://www.facebook.com/Zusdin3/posts/pfbid0327XaWQsRWbLgAhnXYiXd6ySyGL3zqt2uRubpvabDnNyCtsvxoX1wLFW2FwacmWvCl


4) Dulu Eddy Weng pernah kata bahawa titah YDPA ke 16 yg menasihatkan supaya jangan bertukar-tukar PM dan Kerajaan sebagai tidak Qati'e atau bukan muktamad. Tidak wajib patuh, malah usaha menjatuhkan kerajaan MADANI tidak boleh dihalang. 𝗖𝘂𝗸𝘂𝗽 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗺𝗽𝗮𝘂 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗵𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘁𝗶𝘁𝗮𝗵 𝗥𝗮𝗷𝗮. 


5) 𝗦𝗨𝗡𝗚𝗚𝗨𝗛 𝗠𝗘𝗠𝗔𝗟𝗨𝗞𝗔𝗡 dikatakan 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗗𝗔𝗕 selepas tulisannya di kolum Minda Presiden, Eddy berkias dan mengaitkan 𝗥𝗮𝗷𝗮-𝗥𝗮𝗷𝗮 𝗞𝗨𝗡𝗨𝗡𝗻𝘆𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗯𝗲𝗿𝘄𝗮𝘄𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗲𝗵𝗶𝗱𝘂𝗽𝗮𝗻 𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝗷𝗮𝗿 𝗸𝗲𝗽𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮 𝘀𝗲𝗺𝗮𝘁𝗮-𝗺𝗮𝘁𝗮. Seolah-olah Raja-Raja tidak peduli dgn kehidupan akhirat atau tidak menjaga aqidah? Sebab itu saya pernah menulis menyelar tulisan Eddy Weng yg derhaka. Baca : 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗠𝗣𝗔𝗨 : 𝗦𝗨𝗗𝗔𝗛 𝗟𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗕𝗢𝗛𝗢𝗡𝗚, 𝗗𝗜𝗦𝗘𝗥𝗘𝗧𝗡𝗬𝗔 𝗣𝗨𝗟𝗔 𝗥𝗔𝗝𝗔-𝗥𝗔𝗝𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗛𝗔𝗞𝗜𝗠𝗔𝗡 (𝗝𝗨𝗗𝗜𝗖𝗜𝗔𝗥𝗬) Link : https://www.facebook.com/Zusdin3/posts/pfbid0FwMGZcHxdGRxx3jrEHZq8JFhxeCjeThyrs4UMqq3JXuN9R1v9raN5ha5jx2ayMU5l


6) Menurut kenyataan 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿 𝗥𝗼𝘆𝗮𝗹 𝗢𝗳𝗳𝗶𝗰𝗲 𝗱𝗶 𝗙𝗮𝗰𝗲𝗯𝗼𝗼𝗸 : 


“Mengaitkan titah ucapan baginda dengan sikap Raja-Raja yang perlu berwawasan kepada kehidupan akhirat dan tidak mengejar kepentingan dunia semata-mata adalah satu kenyataan yang amat tidak bersesuaian serta 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗗𝗔𝗕 dari sudut budaya orang Melayu yang sentiasa menghormati dan memelihara adab ketika menyuarakan pandangan dan nasihat kepada Raja-Raja Melayu".


7) Anda boleh baca kenyataan penuh dan warkah diutus wakil baginda 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗣𝗲𝘀𝘂𝗿𝘂𝗵𝗷𝗮𝘆𝗮 𝗣𝗔$ 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿 itu di : https://www.facebook.com/selangorroyaloffice/posts/pfbid0eWZX4RhHkwSUrFogCWcCUkwfzTvJ78PaFeehFehHTmnbDzPRepj2dYMzicDUd2wcl

Tahukah anda apa maksudnya apabila 𝘀𝗲𝗼𝗿𝗴 𝗥𝗮𝗷𝗮 "𝗺𝗲𝗻𝘇𝗮𝗵𝗶𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗿𝗮𝘀𝗮 𝗱𝘂𝗸𝗮𝗰𝗶𝘁𝗮"?? Eddy Weng Presiden PA$ tu tak reti ke utk menghormati Raja-Raja Melayu?


8.) ANDA boleh membaca "Screenshots" warkah utusan 𝗦𝗲𝘁𝗶𝗮𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮 𝗦𝘂𝗹𝗶𝘁 𝗗𝗬𝗠𝗠 𝗧𝘂𝗮𝗻𝗸𝘂 𝗦𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿 kpd Presiden PA$ si Eddy Weng yg saya sertakan dalam posting ini. Jelas menunjukkan Ke Bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor sangat memahami sindiran biadap Eddy Weng terhadap Raja-Raja Melayu.


9) Jelas Tuanku Sultan Selangor sangat dukacita dgn sindiran dan tuduhan Eddy Weng tapi 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝗿𝗮𝘀𝗮 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗱𝘂𝗸𝗮𝗰𝗶𝘁𝗮 kerana MDN dan pihak PDRM tidak mampu berbuat apa-apa ke atas Eddy Weng meskipun beliau tergamak melakukan perkara seperti ini terhadap Raja-Raja Melayu. 𝗗𝗶𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗮𝗹𝘂 "𝗞𝗘𝗕𝗔𝗟" 𝗸𝗲 𝗠𝗗𝗡 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗗𝗥𝗠 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝘀𝗲𝗻𝘁𝘂𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗔𝗚 𝗽𝘂𝗻 𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗺𝗲𝗻𝗱𝗮𝗸𝘄𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗱𝗶 𝗺𝗮𝗵𝗸𝗮𝗺𝗮𝗵?


Wallahualam.


- Zus Din 

29022024

************

News Link : 𝗔𝗿𝘁𝗶𝗸𝗲𝗹 𝗺𝗶𝗻𝗱𝗮 𝗽𝗿𝗲𝘀𝗶𝗱𝗲𝗻, 𝗦𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿 𝘁𝗶𝘁𝗮𝗵 𝗛𝗮𝗱𝗶 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗱𝗮𝗯 https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/02/29/artikel-minda-presiden-sultan-selangor-titah-hadi-tak-beradab/