KALAU PROFESSOR TU MACAM KANGKUNG YANG MENJALAR...KALAU KERAT ELOK DIBAKAR..

 Dr Kamarul dakwa Undi18 hanya umpan PH

Dr Kamarul dakwa Undi18 hanya umpan PH

KEMELUT mengenai penangguhan pelaksanaan Undi18 segera mengingatkan saya kepada catatan Peguam Negara Kerajaan Pakatan Harapan, Tan Sri Tommy Thomas, di dalam buku biografi beliau mengenai asal usul pindaan Perlembagaan yang dibuat mengenainya.

Tidak dinafikan bahawa dalam PRU14 agenda Undi18 dimasukkan ke dalam Manifesto Pakatan Harapan sebagai Janji 17 yang berbunyi ‘Kerajaan Pakatan Harapan akan menurunkan had umur layak mengundi kepada 18 tahun dan melaksanakan pendaftaran automatik’.

Arkitek kepada pindaan Perlembagaan yang mendapat liputan istimewa Tan Sri Tommy Thomas di dalam buku biografi beliau dengan menyifatkannya sebagai ‘satu kemenangan (‘a triumph’) untuk Kerajaan Pakatan Harapan’ ialah Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Membantu Syed Saddiq ialah Tan Sri Tommy Thomas sendiri yang menyebut bahawa pindaan Perlembagaan ini pasti akan berjaya kerana tiada sebuah parti atau seorang Ahli Parlimen pun yang akan berani untuk menentangnya kerana tidak mahu menjauhkan pengundi muda.


Ini ayat Tan Sri Tommy Thomas: ‘One cannot imagine any political party or any individual Member of Parliament not supporting the reduction of voting age. Their self-interest would propel them to support it because they could not afford to alienate young voters.’
Seperti mereka jangka, bila RUU Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 yang mengandungi kedua-dua janji Pakatan Harapan ini, selain penurunan had umur menjadi calon pilihan raya kepada 18 tahun, dibentangkan di Parlimen pada 16 Julai 2019, ia disokong sebulat suara.
Selepas pindaan Perlembagaan ini diluluskan kerja mereka dikira selesai kerana pelaksanaannya adalah menjadi tanggungjawab SPR selaku Suruhanjaya yang ‘mendapat kepercayaan awam’ yang tidak terikat secara langsung dengan pihak kerajaan.





HATI-HATI ZAHID...PAS NAK BUAT ONAR TU....

 


Penyokong Pas berdiri teguh di belakang Annuar Musa

Penyokong Pas berdiri teguh di belakang Annuar Musa

Mempertahankan prinsip perjuangan dalam sebuah parti politik bukan perkara yang mudah. Parti sifatnya pragmatik. Walaupun dasarnya jelas, seringkali dasar itu dikompromi demi kepentingan kuasa.

Masih ingat nasib Tan Sri Khalid Ibrahim yang dipecat daripada PKR. Beliau tegas menolak permintaan Anwar untuk menggunakan duit rakyat Selangor untuk kempen PKR.

Dasar parti adalah keadilan tetapi arahannya jelas bercanggah.

Kini nasib sama sedang menimpa Tan Sri Annuar Musa. Arahan UMNO mengundang bahaya kepada nasib perjuangan melayu.

Adakah beliau mampu mempertahankan prinsip perjuangan walaupun bakal terbuang dari UMNO?

Hanya mereka yang kental sahaja mampu bertahan. Selamat berjuang Tan Sri.

(Alang Ibn Shukrimun)
15 Syaaban 1442
29 Mac 2021





NI UNIT TENTERA KA MANA PULAK NI?IKTTIRAF KA?




Hadi datang himpunan umno macam menteri, yang sambut dia dengan tabik hormat bukan tuan rumah, tetapi budak-budak dia sendiri.


Lucunya, selepas di 'smash' dengan teruk dalam dewan, Hadi keluar dah tak macam menteri.  Dah mcm pelarian, lari-lari cabut...wartawan cari tak jumpa....haha..May be an image of one or more people, people standing and text that says "HH ©mediaPresidenPAS"

UMNO PATUT TIDAK BERI RUANG MASA

 

MOHD SAYUTI OMAR II


Pada saya ruang masa diberikan oleh Umno untuk menarik sokongan kepada kerajaan PN dan Muhyiddin Yassin sehingga Ogos nanti adalah satu langkah tidak bijak dan boleh mendatangkan masalah kepada Umno sendiri.

Tempoh lima bulan terlalu lama menyebabkan Muhyiddin boleh melakukan apa sahaja untuk melepaskan diri. Apakah ruang tempoh itu kerana Zahid dan kluster mahkamah dalam parti itu masih mengharap apa apa ehsan daripada Muhyiddin? Masih ada deal secara senyap dan mengharap.

Kalau itu diharapkan saya yakin Muhyiddin tidak mudah untuk memenuhinya kerana ketegasan meneruskan tindakan ke atas pemimpin Umno bermasalah menjadi modal besar untuk beliau mendapat sokongan rakyat.

Jadi ruang masa diberikan Umno itu tidak ubah seperti memberi peluang kepada Muhyiddin menggali lubang seluas dan sedalam mungkin untuk kambus Umno. Trims.

 

ALLAH BAYAR CASH!

 

May be an image of 5 people, people sitting and people standing


ARIFF KADIR AL-KATAMI


ALLAH BAYAR CASH!

Ingat lagi ketika isu TSKI, Anwar Ibrahim pernah ke Marang untuk memaklumkan hasrat menukar MB Selangor kepada Hadi Awang. Jika diikutkan, boleh saja Anwar Ibrahim menukar MB Selangor tanpa memaklumkan kepada Hadi kerana jika PAS keluar PR sekalipun, majoriti kerajaan Selangor masih kekal utuh. Namun segalanya dilakukan dengan penuh hormat atas dasar Islam & persahabatan.

Apa Hadi Awang buat? Diberitakan Anwar Ibrahim & rombongannya telah diherdik & dihina dengan begitu teruk. Ditengking tanpa rasa simpati. Sekalipun perasaan hormat terhadap Anwar telah hilang, takkanlah ajaran Islam yg menyuruh kita menghormati tetamu juga harus hilang. Di mana imanmu? Di mana Islammu? Di mana sifat lembut (kononnya) seorang ulamakmu?

Hari ini, Allah telah membalasnya dengan lebih dahsyat & hina apabila Hadi bukan sahaja disanggah secara berdepan di PAU, malah diperlihatkan betapa hinanya susuk tubuh Hadi di mata UMNO. Tidak pernah Hadi diperlakukan sedemikian ketika bersama PKR & DAP. Allah Maha Adil, Allah adalah sebaik-baik pemberi balasan. Wallahua'lam.

Dr Ariff Kadir Al-Katami

Penganalisis Politik Islam Professional

 

VIDEO Shahidan Kassim Kena Boo

VIDEO : KENAPA RAKYAT TERIMA ANWAR IBRAHIM? ULASAN ISU SEMASA POLITIK OLEH SDR ...

VIDEO : GADOH-GADOH PASAL PENYAMUN SEMBANG SEMBANG Kepala Hotak Dia - Pengerusi UMNO WP

Presiden Umno tak wajar cabar sesiapa untuk letak jawatan menteri, kata Annuar Musa

 


Annuar Musa berkata budaya cabar-mencabar tidak seharusnya digalakkan dalam parti kerana akan memberikan kesan buruk. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Presiden Umno tidak wajar membuat cabaran terbuka mendesak menteri meletakkan jawatan, kata Annuar Musa.

Bekas setiausaha agung Umno itu berkata budaya cabar-mencabar tidak seharusnya digalakkan dalam parti kerana akan memberikan kesan yang buruk.

“Apa kata kalau orang lain pula yang cabar presiden? Bila presiden dicabar supaya meletakkan jawatan selepas diseret ke mahkamah, dalam tempoh satu minggu selepas saya dipecat, saya tidak bersetuju tekan presiden untuk letak jawatan.

“Kita diajar untuk menghormati institusi presiden dan ia perlu dihormati,” katanya pada program bicara #PAU2020 yang disiarkan secara langsung melalui facebook hari ini.

Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan penangguhan pada Perhimpunan Agung Umno hari ini mencabar seorang menteri daripada parti itu agar meletakkan jawatan dalam Kabinet.

Selain melabelkan pemimpin tersebut sebagai ‘makhluk perosak’, Zahid juga mendakwa menteri berkenaan ‘menikam’ Umno dari belakang.

“Jika ada di kalangan mereka yang terlalu seronok duduk dalam bilik yang terlalu berhawa dingin dan kerusi empuk, lihat dan harus tahu bahawa mereka yang ada di sana termasuk seorang menteri tapi tak ada di pentas ini tapi menikam Umno dari belakang.

“Kalau dia anak jantan dia harus letak jawatan sebagai menteri. Ini makhluk perosak, kalau bukan kerana Umno tak mungkin dia ada dalam kementerian berkenaan,” katanya.

Annuar berkata, ketika dipecat sebagai setiausaha agung Umno, beliau tidak boleh marah dengan tindakan itu hingga melemahkan institusi presiden.

Bagaimanapun katanya, setia kepada institusi presiden dengan setia kepada individu adalah berbeza, manakala tidak setia kepada parti juga berbeza.

“Setia pada parti tak semua kita kena ikut individu, tidak… kalau begitu demokrasi akan mati dalam parti kita.

“Jadi saya fikir cabar-mencabar tak perlu sebab kalau seorang diajar mencabar ada orang lain nanti turut mencabar maka kita akan jadi bahan ketawa orang lain,” katanya.

Guan Eng dakwa PN wujudkan keadaan ‘krisis kekal

 

Lim Guan Eng berkata, perbalahan Umno-PPBM menunjukkan Muhyiddin Yassin telah kehilangan majoriti di Parlimen. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Perikatan Nasional dituduh berada dalam keadaan ‘krisis kekal’ manakala Malaysia dalam keadaan ‘krisis politik kekal’ akibat ditadbir kerajaan minoriti.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, perbalahan terbuka antara Umno dan PPBM, iaitu kedua-duanya sebahagian daripada kerajaan PN, menunjukkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah kehilangan majoriti di Parlimen.

Katanya, Malaysia dalam keadaan krisis politik kekal kerana ditadbir kerajaan minoriti.

Kehilangan majoriti Muhyiddin berlaku walaupun PN di sebalik tindakan lompat parti melibatkan Ahli Parlimen PKR, katanya.

Lim berkata, kerajaan Muhyiddin terselamat daripada undian kurang percaya hanya kerana Parlimen digantung akibat darurat, dan mempunyai Speaker yang dilihat “tunduk serta lebih memenuhi kepentingan Muhyiddin berbanding Parlimen yang sepatutnya dipertahankan dan dilindunginya.”

Lim turut mengetengahkan beberapa isu seperti kemelesetan ekonomi, pengurangan pelaburan asing dan penalti tinggi bagi kesalahan perintah kawalan pergerakan, sebagai contoh kegagalan kerajaan PN.

Selain itu, Lim juga menyelar Presiden PAS Abdul Hadi Awang, dan bekas timbalan presiden PKR Azmin Ali, yang kini menteri kanan dan ahli PPBM.

Beliau menuduh Hadi sebagai hipokrit kerana mengatakan golongan bawah usia 18 tahun tidak cukup matang untuk mengundi sedangkan had usia minimum untuk keahlian PAS adalah 13 tahun.

Lim mempertikaikan bagaimana mereka yang berusia 18 tahun tidak cukup matang untuk mengundi, sebaliknya usia 13 tahun sudah cukup matang pula untuk menjadi ahli PAS.



NAMPAK GAYA ANNUAR MUSA TERLALU MELAYU LEBIH MELAYU : Tiada lagi suara perjuangan agama bangsa di PAU, tempelak Annuar

 


Tiada lagi suara perjuangan agama bangsa di PAU, tempelak Annuar


“Kira kira 18 bulan lalu, Dewan Merdeka PWTC menjadi saksi kepada himpunan penyatuan ummah dan perpaduan politik Melayu.

“Hari ini, dewan yang sama menghidangkan suasana berbeza. Tiada lagi suara perpaduan, perjuangan bangsa dan agama. Ia berganti suara perpecahan. 

“Suara menakut-nakutkan, ugutan, penggantungan dan pemecatan. Saya berbangga menjadi sebahagian suara yang dulu dan bukan suara yang baru,” demikian luahan Tan Sri Annuar Musa di Facebooknya hari ini. 

Beliau juga mengenang kembali dalam Dewan PWTC itulah pernah memaparkan ayat al-Quran dan surah pilihan yang memperingatkan mengenai pentingnya perpaduan dan perpecahan.

“Ucapan-ucapan sarat dengan sifat berjiwa besar, saling memaafkan serta penyataan iltizam berjuang demi agama, bangsa dan tanah air.

“Lagu muafakat digubah, piagam dimasyhur, MoU ditandatangani. Suasana di sambut rasa lega rakyat di iringi linangan air mata,” katanya.

Pada 14 September 2019 UMNO dan PAS menubuhkan Muafakat Nasional (MN) atas alasan untuk mengukuhkan semula kesatuan politik bangsa itu.

Gagasan berkenaan didakwa mahu membawa perubahan kepada kesatuan politik Melayu di Malaysia.

Namun, peranan dan fungsi Muafakat Nasional kini seolah-olah tenggelam dan hilang punca. 

Hubungan kedua-dua parti dilihat masih ‘tergantung’ apabila UMNO memilih untuk memutuskan kerjasama dengan Bersatu pada PRU15 nanti, dan PAS pula kekal untuk mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN). 








MAIN CURI -CURI PULAK : Umno ada bukti Bersatu mahu curi MP Umno

 


Panas! Umno ada bukti Bersatu mahu curi MP Umno


Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail mendedahkan tentang cubaan parti Bersatu memujuk Ahli Parlimen Cameron Highlands Ramli Mohd Nor supaya lompat parti.

Berucap ketika membahaskan ucapan dasar presiden Umno, Wan Rosdy berkata dia mempunyai bukti kukuh berhubung tindakan Bersatu cuba “memikat” ahli Parlimen itu.

“Sudahlah tidak ikhlas, main kotor pula. Saya ada bukti kukuh, mereka berusaha memujuk dan memikat Ahli Parlimen Cameron Highlands.

“Kita bertungkus-lumus di pilihan raya kecil (PRK) menangkan beliau (Ramli). Tetapi mereka pula nak pikat, hantar khidmat pesanan ringkas hendak berjumpa dan mencadangkan sesuatu ajak berunding.

“Ahli Parlimen Cameron Highlands, ada di sini, tanyalah YB Cameron Highlands. Sampai mereka datang ke rumah, tapi usaha mereka gagal,” katanya ketika berucap.

Ketika dihubungi, Ramli bagaimanapun enggan memberi ulasan dan sekadar berkata: “Tiada komen”.

Ramli yang juga bekas pegawai kanan polis mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands untuk BN dengan majoriti lebih besar menerusi kemenangan pertama dalam pilihan raya kecil (PRK) yang diadakan pada 26 Jan 2019.

Calon BN itu juga mencatat sejarah menjadi wakil Orang Asli pertama di Dewan Rakyat.

Ramli mendapat 12,038 undi, menewaskan pencabar terdekat daripada Pakatan Harapan, M Manogaran yang memperolehi 8,800 undi, manakala dua calon bebas, Sallehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee masing-masing mendapat 314 undi serta 276 undi.

Dia menjadi calon BN pertama yang menang melalui kerjasama Muafakat Nasional (MN) antara Umno dan PAS.

Dalam pada itu Wan Rosdy berkata, daripada sibuk untuk menjual beli ahli Parlimen adalah lebih baik kerajaan membubarkan Parlimen.

“Timbul isu Bersatu hendak letak Iima calon ahli Parlimen di Pahang, siapakah mereka untuk tentukan kerusi di Pahang?

“Sedangkan satu kerusi pun tak ada. Tidak berunding pula dengan Umno. Mereka ini tiada keikhlasan dengan kita,” katanya. 





PENTADBIRAN PERIKATAN NASIONAL FLIP-FLOP LAGI


“Sekiranya Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan sebelum Undi 18 dilaksana, ianya akan menafikan suara 3.8 juta anak muda dan menjadi dosa terbesar Kerajaan Perikatan Nasional kepada generasi yang akan datang. Terdahulu, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim berkata tidak praktikal untuk menurunkan kadar umur pengundi kepada 18 tahun pada masa kini atas kekangan masa dan sumber.





VIDEO : NEGARA KEBAJIKAN JENAMA PAS UNTUK SIAPA?



“Termasuklah sehingga hari ini, pemimpin PAS yang masih hidup dapat membuktikan pentadbiran kerajaan yang bersih daripada rasuah dan salah laku,” dakwanya. Kata Hadi, apa yang ditawarkan ialah Kebajikan mengikut perspektif Islam merangkumi segala aspek kejadian manusia dan cara hidup dalam hubungannya dengan Allah SWT dan manusia. Bahkan melibatkan juga seluruh anggota masyarakat yang berkonsepkan adil terhadap semua.







VIDEO : MAMPUKAH MASA DEPAN ANAK MUDA DIBINA TANPA MEREKA?



“Sudah tiba masanya untuk Parlimen menjalankan pengawasan pasca-legislatif (post-legislative scrutiny) terhadap pindaan yang begitu penting ini untuk mengelakkan kerajaan yang memerintah berdolak dalik dalam pelaksanaannya.” Pencetus usul menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun, Syed Saddiq Abdul Rahman berkata beliau telah berjumpa pemimpin-pemimpin yang menyatakan komitmen untuk menyokongnya, termasuk dari BERSATU dan UMNO.






ZAHID PERLI ANNUAR MUSA KE ?

 

PAU2020: 'Kalau anak jantan, dia harus letak jawatan sebagai menteri' - Zahid Hamidi


Fareez Azman
Ahmad Zahid berkata, pemimpin yang telah menerima sokongan daripada akar umbi perlu membalas budi dengan menunjukkan sokongan dan kesetiaan kepada UMNO. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencabar seorang pemimpin UMNO yang juga menteri dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) agar meletak jawatan kerana disifatkan sebagai makhluk perosak parti itu.
Dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU2020), Ahmad Zahid mengingatkan individu berkenaan yang tidak disebut namanya, bahawa jawatan yang disandang itu disebabkan oleh UMNO.
"Kita duduk sebagai menteri kerana parti meletakkan jawatan itu, jika ada di kalangan mereka telah seronok berada di bilik hawa dingin dan kerusi empuk... lihat dan harus tahu mereka berada di sana (kerana UMNO), termasuk seseorang menjadi menteri tetapi tidak ada disini, tetapi menikam UMNO.
Kalau dia anak jantan, dia harus letak jawatan sebagai menteri, ini makhluk perosak," kata Ahmad Zahid.
Tambahnya, pemimpin UMNO perlu mencontohi semangat kesetiaan yang ditunjukkan oleh bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Saya yakin rakan-rakan menjadi menteri atau di bawah, mereka adalah ahli parti pendukung parti... orang setia pada parti.
"Kita lihat contoh Ahli Parlimen Pekan, 'malu apa bossku', duduk di atas atau bawah tetap pendukung kuat parti.
"Semangat yang beginilah harus kita kagumi... kalau ketika Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri, yang mendukung beliau adalah kita semua," jelas Presiden UMNO itu lagi.
Justeru, katanya pemimpin yang telah menerima sokongan daripada akar umbi perlu membalas budi dengan menunjukkan sokongan dan kesetiaan kepada UMNO.

Perwakilan Umno beri mandat untuk tarik diri dari kerajaan PN bila-bila masa, kata Zahid

  -

PETALING JAYA: Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, berkata perwakilan memberikan mandat untuk parti itu untuk menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional pada bila-bila masa, lebih-lebih lagi jika tidak ada petunjuk bila PRU15 akan diadakan.

“Kalau dapat difahami tadi, perwakilan memberikan mandat kepada presiden dan majlis kerja tertinggi (bahawa) kita boleh tarik diri dari (kerajaan) PN pada bila-bila masa jika mereka tidak ada indikator untuk mengadakan PRU dalam waktu terdekat.”

Zahid yakin apabila Umno keluar daripada kerajaan PN, pemimpinnya yang menjadi menteri dan yang memegang jawatan kanan lain dalam kerajaan akan mendukung keputusan berkenaan dan menarik diri.

“Kalau ini jadi keputusan mereka (perwakilan), saya yakin rakan kita dalam MKT yang (menjadi)…menteri, timbalan menteri, pengerusi GLC malah seluruh Ahli Parlimen akan akur keputusan parti (dan) akan tarik diri,” katanya ketika berucap pada penggulungan Perhimpunan Agung Umno 2020.

Bagaimanapun, Zahid membayangkan kemungkinan ada menteri Umno tertentu yang tidak mahu melepaskan jawatannya, komen yang dilihat ditujukan kepada Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa.

“Jika ada dalam kalangan mereka yang telah seronok berada di bilik berhawa dingin, lihat dan harus tahu mereka yang berada di sana, termasuk seseorang yang tiada di pentas ini, jangan tikam belakang.

“Kalau anak jantan, harus letak jawatan sebagai menteri,” kata Zahid.

Beliau menyifatkan menteri berkenaan sebagai “makhluk perosak, kalau bukan kerana Umno, tidak ada dia dalam kementerian berkenaan.”

Beliau berkata pemimpin berkenaan tidak harus menjadikan kekayaan dan jawatan sebagai keutamaan dan sepatutnya sedar mereka tidak mungkin meraih kedudukan itu tanpa Umno.

“Bila (kekayaan) dan jawatan jadi kegilaan maksimum, mereka harus sedar tanpa perwakilan dan akar umbi Umno, kita tak akan merasa kedudukan sebagai menteri semula,” kata Zahid.

Terdahulu, Timbalan Presiden Mohamad Hasan berkata Umno harus menyahut desakan perwakilan untuk parti itu keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional pada Ogos.

Beliau berkata Umno tidak harus dilihat berdolak-dalik selepas ia dipersetujui perwakilan.



APA LAK BULAN OGOS. NAK KENA BELI KE ? TARIK SEKARANG LA KALAU GENTLEMAN

 

Jangan bersilat pulut, kalau sah tarik diri, Ogos ‘kita keluar ramai-ramai’, cadang Tok Mat

KUALA LUMPUR: Umno harus menyahut desakan perwakilan untuk parti itu keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional pada Ogos, kata Timbalan Presiden Mohamad Hasan.

“Jika kita dah setuju nak tarik diri pada Ogos, jadi tarik diri bulan itu.

“Jangan main silat pulut. Ogos kita keluar ramai-ramai dari kerajaan,” katanya semasa menggulung perbahasan di Perhimpunan Agung Umno 2020.

Beliau berkata Umno tidak harus dilihat berdolak-dalik selepas ia dipersetujui perwakilan.

“Jangan acah-acah je,” tambahnya.




‘Tidak boleh diterima’, NGO mahu heret SPR ke mahkamah

 

Pengerusi SPR, Abdul Ghani Salleh dilaporkan berkata, pendaftaran pengundi 18 tahun secara automatik dijangka ditangguhkan sehingga selepas September 2022. (Gambar Bernama)


PETALING JAYA: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun bercadang mengheret kerajaan ke mahkamah atas apa yang dianggapnya sebagai “kegagalan” mewartakan pindaan Perlembagaan.

Pengasas bersama Undi 18, Qyira Yusri memberitahu FMT, alasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menangguhkan pelaksanaan dasar menurunkan had umur mengundi dan pendaftaran pengundi secara automatik “tidak boleh diterima serta tidak masuk akal”.

“Ketika kemuncak Covid-19 pada November lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan mengesahkan pendaftaran pengundi berusia 18 tahun secara automatik mengikut jadual untuk dilaksanakan menjelang Julai 2021.

“Ia tidak masuk akal SPR sekarang bercakap mengenai penangguhan dan cabaran dihadapinya, selepas hampir setahun setengah pandemik menular.”

Terdahulu, Pengerusi SPR, Abdul Ghani Salleh dilaporkan berkata, pendaftaran pengundi 18 tahun secara automatik dijangka ditangguhkan sehingga selepas September 2022.

Katanya, sekatan pergerakan akibat pandemik mengganggu persiapan SPR untuk melaksanakan dasar itu, yang diluluskan Parlimen pada Julai 2019.

Sementara itu, kumpulan pembaharuan pilihan raya, Bersih 2.0 berkata, penangguhan itu “sangat mengecewakan” berjuta-juta pengundi muda yang menunggu peluang menunaikan tanggungjawab mereka buat julung kali.

“Walaupun alasan yang diberikan ialah sekatan pergerakan, kami tidak boleh memahami mengapa mereka menangguhkan pelaksanaan Undi18 memandangkan kebanyakan kerja ialah memproses data,” kata Pengerusinya, Thomas Fann.

Beliau berkata, SPR perlu menjelaskan secara terperinci kenapa pelaksanaan itu memerlukan masa lebih tiga tahun.

“Kegagalan berbuat demikian hanya menimbulkan kecurigaan orang ramai yang SPR sengaja menangguhkan Undi18 atas arahan parti pemerintah.”

Sementara itu, parti politik MUDA berkata, ia akan mencabar keputusan SPRM menangguhkan pelaksanaan Undi18.

“Alasan yang dikemukakan tidak masuk akal dan seolah-olah memperbodohkan rakyat,” katanya melalui peguam Lim Wei Jit.

 


Panas! Menteri agama tak berani update gambar nikahkan Neelofa.Bila dia ni nak di denda?

 


Panas! Menteri agama tak berani update gambar nikahkan Neelofa


Sehingga jam 2.00 petang ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tidak lagi memuatnaik gambar beliau menikahkan selebriti popular, Neelofa, 32, dan pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz, 26.

Tidak seperti majlis pernikahan kakak kepada Neelofa, sebanyak enam keping gambar dimuatnaik oleh menteri agama itu di laman Facebooknya.

Ini kemungkinan disebabkan kecaman yang beliau hadapi selepas majlis tersebut didapati melanggap SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Tular gambar Menteri Agama itu berada di tengah-tengah segerombolan tetamu yang duduk secara rapat-rapat tanpa mematuhi SOP.

Ini berbeza dengan arahan menteri agama itu yang mengeluarkan SOP di masjid agar solat secara jarak-jarak.

Tindakan ini telah melahirkan kecaman netizen yang menganggap ini adalah sikap double standard. Seolah-olah berlaku kasta dalam melaksanakan SOP dan mengenakan tindakan kompaun.

Selain itu juga, menteri agama itu turut dikecam kerana sibuk nikahkan artis-artis. Seolah-olah menteri agama itu tiada kerja hingga banyak masa dihabiskan untuk menjadi tok khadi kepada artis-artis popular.




Bersatu hina Zahid Hamidi caca marba!

 

Bersatu hina Zahid Hamidi caca marba!


Zahid kata UMNO perlu jajaran baru. Tapi tak mahu bekerjasama dengan BERSATU. Dalam pada UMNO telah dibawa ‘sikit-sikit’ mula berkhalwat dan ‘ringan-ringan’ bersama DAP dan Anwar Ibrahim, tapi si Presiden UMNO yang punyai 87 kes rasuah, pecah amanah dan salah guna kuasa jelas bersifat bacul untuk mengakui pula hubungan haram beliau dengan Anwar Ibrahim, dikatakannya “NO DAP, NO ANWAR” dengan terpancar riak dalam keterpaksaan (jelas diperkatakan hanya kerana tuntutan akar umbi yang menolak)

Ucapan Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO yang mewakili pimpinan UMNO kluster mahkamah jelas tak ada hala tuju! Umum maklum penolakan ke atas BERSATU yang dipelopori Zahid dan Najib Razak adalah kerana Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mahu melayan permintaan untuk campur tangan dalam urusan mahkamah melibatkan kedua tertuduh ini.

Lantas mereka mencipta naratif bahawa BERSATU telah menerima kemasukan ‘orang UMNO’ untuk dijadikan alasan penolakan ke atas BERSATU. Saat awal sokongan ke atas kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah tanpa syarat melainkan secara ‘en bloc’. Kluster mahkamah tipu lagi!

Nah! Sedang BERSATU yang menyahut secara bersama seruan pengukuhan destini orang Melayu atas nama Perpaduan Ummah, UMNO kluster mahkamah-lah yang menjadi tunjang pemberontakan atas kepentingan peribadi dan hanya beromongan kosong saban hari, saat tutur bicara dalam kalangan mereka yang melaungkan penyatuan Melayu dan destini bangsa ternyata hipokrasi semata.

Buktinya pada Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung kini, inti ucapan dasar Presiden adalah menjurus kepada PERPECAHAN DAN UGUTAN, malah tidak sedikitpun membincangkan hala tuju atau agenda bangsa Melayu, berbeza dengan Perhimpunan Agung Tahunan BERSATU yang banyak membincangkan soal penyatuan dan hala tuju orang Melayu.

UMNO di bawah Zahid Hamidi dan kluster mahkamah bukan lagi menunjukkan ciri sebuah parti yang membela bangsa, melainkan pemecah-belah bangsa dan gila kuasa! Merosakkan kesatuan Melayu, dan cubaan menggagalkan agenda pemerkasaan sosio-ekonomi Melayu dan Masyarakat Malaysia yang diusahakan kerajaan Perikatan Nasional menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Maka diseru segala gerombolan berperangai ‘pak hangguk’ sepertimana sebahagian perwakilan yang meraikan sorak sorai ucapan Presiden UMNO yang serba haru biru sebegitu perwakilan Pemuda UMNO yang bertempik berteriak tanda sokongan saat Ketua Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi memperlekeh, merendah-rendahkan dan cuba memperburukkan rakan penyatuan ummah dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Lagi bukti hipokrasi pimpinan UMNO pro kluster mahkamah.

Sedang ramai dalam kalangan pimpinan dan akar umbi UMNO yang jelas dan sepakat perihal penyatuan parti Melayu, yang mana naratifnya dimulakan sendiri melalui PAS dan UMNO, saat PAS kekal istiqomah bersama dengan BERSATU dan juga UMNO atas nama ummah, tetapi ternyata cubaan menyelamatkan diri kerana salah laku dan mengkhianati gagasan besar ini telah ditunjangi Zahid dan konco kluster mahkamahnya.

Persoalannya, kalau NO DAP, NO ANWAR (konon) & NO BERSATU (dan PAS), gamaknya inilah masa UMNO jalan sendiri sebagai satu-satunya parti abang kepada segala abang, tok ayah kepada segala tok ayah. Dah ‘terrer’ sangat bertandinglah 222 kerusi parlimen biarpun berkali-kali BERSATU sua tangan untuk buka ruang atau kembali ke meja rundingan. Keangkuhan yang dipelopori kluster mahkamah pasti akan membawa UMNO kepada kehancuran.

MOHD ASHRAF MUSTAQIM BIN BADRUL MUNIR
Ketua Penerangan ARMADA Nasional





JANGAN SAMPAI TIMBUL GELARAN ‘KLUSTER PELAHAP JAWATAN’….

 

Untuk kesekian kalinya, Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah terus membuat saranan agar Ahli-Ahli Parlimen parti itu yang memegang jawatan dalam kerajaan harus segera meletakkan jawatan.

Katanya, selepas putus hubungan dengan Bersatu dimuktamadkan dalam PAU kali ini, mereka tiada pilihan lain lagi selain perlu mengundurkan diri.

“Presiden UMNO menegaskan sekali lagi dalam ucapannya apa yang diputuskan oleh MT bahawa kita akan putus kerjasama dengan Bersatu.

“Ini bererti semua Ahli Parlimen UMNO yang menjadi menteri, timbalan menteri dan pegang jawatan pengerusi GLC mesti tarik diri.

“Kalau boleh hari ini juga,” tegas Ahli Parlimen Gua Musang itu.

Bagaimanapun sehingga ini hanya seorang menteri yang tampil menyatakan kesediaan berundur daripada kabinet jika itu yang diputuskan oleh parti.

Beliau ialah Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Shamsul Anuar Nasarah yang juga Ahli Parlimen Lenggong.

Dua orang menteri lain, Annuar Musa dan Reezal Merican Naina Merican seolah-olah enggan akur dengan saranan meletakkan jawatan itu, malah menyifatkan ia hanya pandangan peribadi Ku Li semata-mata.


Kata Annuar, keputusan parti setakat ini ialah UMNO terus berada dalam kerajaan sehingga Parlimen dibubarkan.

“Apa yang Ku Li cakap ini bercanggah dengan keputusan parti. Ia satu kesalahan,” katanya sambil mengingatkan bahawa Ku Li hanya sekadar ketua bahagian saja, sama jawatan sepertinya dalam UMNO.

Reezal Merican juga menyifatkan saranan Ku Li sekadar kenyataan peribadi pemimpin veteran itu.

“Pendirian parti ialah semua Ahli Parlimen UMNO akan kekal dalam kerajaan sehingga Parlimen dibubarkan,” tambah Reezal Merican yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas.

Hmmmm…nampaknya kedua-dua menteri ini amat sayang untuk melepaskan jawatan menteri mereka begitu saja.

Entah-entah, kalau ada keputusan parti agar semua Ahli Parlimen UMNO perlu segera menarik diri daripada kerajaan, nanti timbul pula hujah atau alasan lain daripada mereka untuk mewajarkan keseronokan menikmati kedudukan sebagai menteri, walau hakikatnya BN kalah dalam PRU14 lalu.

Selain itu, kalau kita perhatikan, dalam ucapan perasmian PAU pagi tadi, Zahid Hamidi juga ada menyentuh tentang keputusan MT UMNO bahawa sokongan atau keberadaan parti dalam kerajaan PN hanyalah sehingga Januari 2021 saja.

Selepas tarikh tersebut, sebagaimana pendirian asal UMNO, mandat hendaklah dipulangkan kepada rakyat membuat pilihan siapa yang mereka mahukan sebagai kerajaan.

Dengan apa yang disebut Zahid Hamidi itu, fahamlah kita akhirnya mengapa Muhyiddin Yassin beria-ia sangat mahu darurat dilaksanakan, meski cadangan kali pertama telah ditolak oleh Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.

Meskipun begitu, sebagai parti yang bertanggungjawab dan berpegang kepada pendirian sendiri, walau ada darurat sebagai sekatan daripada Muhyiddin untuk menghalang kerajaannya dijatuhkan, UMNO masih boleh berbuat sesuatu agar PRU dapat diadakan segera.

Ia tidak lain ialah dengan Ahli Parlimen UMNO yang berada dalam kerajaan, tak kira sama ada sebagai menteri, timbalan menteri atau pengerusi GLC, harus meletakkan jawatan dengan segera, sekaligus mengumumkan penarikan sokongan terhadap Muhyiddin dan kerajaan PN.

Soalnya, selain Ku Li, kenapa hanya Ahmad Jazlan Yaakob dan Nazri Aziz saja yang sanggup berbuat demikian?

Kenapa yang lain-lain enggan berbuat demikian?

Bukankah sepatutnya mereka ini, jika benar mahukan PRU dan yakin UMNO boleh kembali berkuasa semula, harus segera berundur daripada semua jawatan dalam kerajaan?

Apa yang pelahap sangat dengan jawatan dalam kerajaan sehingga sanggup melihat UMNO terus dibuli dan diperkotak-katikkan oleh Bersatu?

Dan jangan sampai nanti ahli akar umbi UMNO menggelar semua yang ada jawatan dalam kerajaan sekarang sebagai “kluster pelahap jawatan” yang hanya memikirkan tembolok saja sendiri berbanding perjuangan? 

(Shahbudindotcom 28/03/2021)





ORANG GOMBAK PUN DAH BENCI GAMAKKNYA...SEBAB TU NAK LARI....BERANI TUNGGI DAN PERTAHANLAH DI BUKIT ANTARABANGSA TU DAN GOMBAK....

 

SAM LIM


Kan dah susah,kalau jadi pemimpin pilihan rakyat tak payah pikir ape-ape,tunggu tarikh pilihanraya je 

Orang dah cakap sondol kot belakang nikmat dia sekejap je ko tak nak dengar 

Ingat.. kamar pasti datang,cepat atau lambat je..


May be an image of 2 people, people sitting and text that says "Azmin serahkan Muhyiddin tentukan lokasi kerusi selamat PRU-15 March 26, 2021 4:45 pm"

 

VIDEO : 'Kalau boleh hari ini' - Ku Li mahu menteri, timbalan letak jawatan


Tengku Razaleigh Hamzah berkata, sepatutnya semua ahli parti yang memegang jawatan dalam kabinet, kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perlu menarik diri secepat mungkin.






SIASAT JANGAN TAK SIASAT...MENTERI AGAMA PUN ADA.BANYAK KALI DAH DIA TAK IKUT SOP...MENTERI NIKAH KAWIN TU...

 

SOP COVID-19: Polis siasat majlis pernikahan Neelofa, penganjur dipanggil petang ini

Hafizi Rosli
SOP COVID-19: Polis siasat majlis pernikahan Neelofa, penganjur dipanggil petang ini
Gambar majlis pernikahan Neelofa dan PU Riz tular di media sosial didakwa tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan tiada penjarakan fizikal - Sumber foto: Pembaca Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan dan akan memanggil penganjur serta pihak hotel bagi majlis pernikahan selebriti, Neelofa, 32 dengan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 26, berkaitan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP).
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata, kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
"Kami menerima laporan berhubung isu ketidakpatuhan kepada SOP, jadi kami sudah membuka kertas siasatan pada semalam (Sabtu).
"Dijangka petang ini pihak penganjur majlis dan pihak hotel akan datang untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Ahad.
Perkahwinan Neelofa | Didakwa tidak patuh SOP, polis buka kertas siasatan
Mohamad Zainal berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan akan memanggil pengantin dan tetamu untuk membantu siasatan.
"Ada kemungkinan kita akan panggil mereka jika ada keperluan, tapi buat masa sekarang kita akan panggil penganjur dan pihak hotel yang sediakan premis untuk majlis itu berlangsung," katanya.
Dalam pada itu, Penasihat Khas kepada Perdana Menteri mengenai Kesihatan Awam Tan Sri Dr Jemilah Mahmood menerusi laman Twitter beliau dengan meluah rasa sedih atas situasi gambar itu.
"Sangat sedih melihat ini. SOP dirangka mempunyai sebab tersendiri. Saya berharap agar tiada kluster baharu wujud daripada majlis perkahwinan ini," katanya menerusi ciapan di Twitter.
Neelofa and PU Riz were legally married at 11.43am at a leading hotel in the capital on Saturday.
Since yesterday, virtual citizens questioned the wedding ceremony which allegedly did not comply with the SOP, which is that there was no physical imprisonment during the marriage contract process.
Entertainment | Neelofa is now the wife of PU Riz