KULAI, 8 MEI: Syarikat kontroversi 1MDB meraih keuntungan besar RM184
juta dengan hanya bertindak sebagai ‘broker’ dari urusniaga jual-beli
tanah Tun Razak Exchange (TRX).
Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching berkata, sekiranya tanah TRX seluas
70 ekar itu tidak dijual kepada 1MDB dengan harga murah pada 2010,
kerajaan mampu mendapat perolehan berjumlah RM8,455 juta, dan bukannya
RM194 juta.
“Datuk Seri Najib mesti menjelaskan mengapa tanah itu dijual kepada 1MDB hanya RM64 sekaki persegi pada tahun 2010. “Rakyat Malaysia kehilangan (hasil) berjumlah RM8,261 juta,” kata Nie Ching dalam satu kenyataan.
Media sebelum ini melaporkan Lembaga Tabung Haji (LTH) membeli satu
plot tanah di TRX dari 1MDB pada harga RM188.5 juta atau RM2,773 sekaki
persegi.
Tanah TRX seluas 70 ekar itu telah dijual kepada 1MDB pada harga
RM194 juta pada 2010, namun dinilai semula sebanyak dua kali kepada
RM1.1 bilion dan RM1.59 bilion dalam masa dua tahun.
Berdasarkan laporan kewangan bagi tahun berakhir Mac 2013, tanah
tersebut telah dinilai semula sekali lagi pada kadar RM2.7 bilion,
bersamaan RM885.50 sekaki persegi. Difahamkan LTH memperoleh 1.56 ekar plot pada harga RM188.5 juta atau RM2,773 sekaki persegi.
Ketua Pegawai Eksekutif LTH Datuk Johan Abdullah sebelum ini berkata,
kadar RM188.5 juta itu harga ‘diskaun’ berbanding nilai pasaran semasa.
Ujar Nie Ching, dakwaan tersebut munasabah berdasarkan dokumen yang
dibocorkan, bahawa panel pelaburan LTH pada 30 Mac 2015 mengusulkan
kepada Lembaga Pengarah untuk mencadangkan kepada Menteri meluluskan
pembelian dari 1MDB Real Estate Sdn Bhd pada kadar RM194 juta, bersamaan
RM2, 860 sekaki persegi.
“Dalam erti kata lain, LTH mengambil alih tanah tersebut pada harga
yang lebih rendah daripada RM188.5 juta atau RM2,773 sekaki persegi,
sepadan dengan diskaun kurang tiga peratus berbanding harga belian yang
disarankan.
“Perjanjian ini membolehkan 1MDB meraih keuntungan besar RM184 juta, dengan hanya bertindak tidak lebih sebagai broker tanah.
“Lebih penting lagi, keuntungan untuk 1MDB adalah kerugian kepada semua.
“Datuk Seri Najib berhutang penjelasan kepada rakyat Malaysia,” kata Nie Ching. – Roketkini.com
Ini dia rakaman permohonan maaf barua/kaki bodek UMNO yg buat kelakuan lucah di Sek Guar Perahu...Menurut rkaman ini yang disiarkan melalui perbualan , pemuda Umno ini dari Pulu..dibawa ke Permatang pauh.Mungkin akibat tindakan kelakuan beliau di sekolah Guar Perahu..orang Guar Perahu mengepung rumah sewa mereka dan meminta supaya permohonan maaf di lakukan sebelum sesuatu kejadian berlaku...CARI DI FB DJFIQ NI SKROL SAMPAI JUMPA..ADA RAKAMAN DI SITU
p/s:- baru Ada akai...duk mai buat perangai tempat org.
Ini dia rakaman permohonan maaf barua/kaki bodek UMNO yg buat kelakuan lucah di Sek Guar Perahu...p/s:- baru Ada akai...duk mai buat perangai tempat org.
Posted by DjFiq Ubahfm on Thursday, May 7, 2015
Oleh : Al Husseyn (BUKTI PRESIDEN SEORANG YANG LEMBAB)
Pemimpin Umno Datuk
Abdullah Abu Bakar menerima surat tunjuk sebab dari ibu pejabat parti
itu yang menuntut penjelasan berhubung pembabitan beliau dalam bantahan
simbol salib di Taman Medan bulan lalu.
Beliau, bagaimanapun enggan menjelaskan apa-apa mengenai perkara itu.
Abdullah yang juga
abang kepada Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata
tiada keperluan untuk beliau menjelaskan apa-apa buat masa ini.Baca
lagi di sini
Tindakan Umno ini
tentunya memalukan Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar yang pernah cuba
membela abangnya itu, malah nak jadikan beliau sebagai hero pendamai
kononnya! Baca entri saya di sini.
Perkara kedua, walaupun Umno parti bukan Islam macam PAS, ia berani bertindak terhadap ahlinya yang buat kalut begitu.
Kita masih menunggu tindakan PAS terhadap beberapa demo kalangan yang mengaku sebagai pro ulama. Ramai ahli akar umbi
mahu melihat ketegasan Presiden PAS bertindak keatas sikap biadap
sekumpulan ahli yang membuat sabotaj dan provokasi melampau terhadap
kestabilan parti dan hubungannya dengan rakan tahallufnya. Antaranya demo yang lakukan oleh puak-puak ini ialah :
1) Demo mendesak
beberapa AJK PAS Pusat letak jawatan oleh Pemuda Kuantan yang dikepalai
sendiri oleh Ketua Dewan Pemudanya, Fadhli Ibrahim pada 8 Februari
lalu.
2) Demo di Kampung
Kubang Semang yang menghasut para pengundi PRK Permatang Pauh supaya
menyokong Umno yang kononnya menyokong hudud.Ketua Penerangan PAS Bagan, Azmi Jaafar dilaporkan sebagai kepalanya.
3) Demo Depan Masjid
Batu Kampung Pertama pada 1 Mei oleh sekumpulan yang sama, PAS Cawangan
Bagan yang dikepalai oleh Azmi Jaafar. Selagi PAS tidak
mengambil tindakan yang wajar keatas gejala yang dilakukan sebagaimana
di atas itu, keadaan pasti akan bertambah buruk di masa hadapan dan Hj
Hadi dilihat seolah-olah merestui kelakuan biadab mereka itu. Protes pemuda terhadap
Timbalan Presiden, Hj Mohd Sabu sewaktu merasmikan Muktamar Pemuda yang
lepas tanpa diambil apa-apa tindakan hingga ke saat ini, membuktikan
kepada kita semua bahawa Hj Hadi adalah seorang pemimpin yang lembab.
Naib Presiden Umno Zahid Hamidi berpuas hati dengan kemerosotan
3,000 undi majoriti buat PKR pada pilihan raya kecil (PRK) Permatang
Pauh. Pada pilihan raya umum (PRU) ke 13, calon PKR ketika itu Anwar
Ibrahim mencatat majoriti kira-kira 11,000 undi namun semalam Dr Wan
Azizah hanya mendapat 8,841 undi.
Sesungguhnya Umno adalah parti degil dan tidak memandang fakta
sebagai tonggak hujah. Suasana mengundi pada hari bekerja tidak boleh
disamakan dengan PRU yang dilakukan pada hari bercuti. Sekiranya Zahid mengkaji lebih mendalam maka mereka akan mendapati
kekalahan BN dengan majoriti 8,000 undi adalah tidak masuk akal.
Sepatutnya BN hanya kalah sekitar 2,000 undi sahaja. Jentera BN di
Permatang Pauh sangat besar dan memberi gula-gula politik yang banyak.
Menteri samseng
Pelbagai janji peruntukan dan hadiah kempen diberi kepada penduduk.
Tidak cukup dengan itu Menteri Pertanian berlagak samseng, berjanji akan
menghalau Wan Azizah dari lobi kementeriannya di Putrajaya sekiranya
wakil pembangkang itu datang meminta projek pertanian. Pengundi
Permatang Pauh hanya akan mendapat peruntukan pertanian sekiranya
memenangkan calon BN dan bukan sebaliknya.
Di kawasan bukan kubu pembangkang ugutan seperti itu akan membuat
pengundi menyembah BN. Namun tidak di Permatang Pauh yang terkenal
dengan sifat melawan penduduknya. BN juga harus merasa malu dengan kemenangan awal yang diisytihar pada
6 Mei lalu, kononnya PKR kalah kerana tidak mampu menyediakan manifesto
buat pengundi. Walaupun PKR berhujah manifesto BN biasanya tidak akan
ditunaikan namun tanpa manifesto, PKR dilihat seolah-olah tidak bersedia
untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat.
BN menyediakan pukulan maut di kawasan Melayu apabila penceramah
bebas Kazim Elias dijadikan kuda tunggangan pada hari-hari terakhir
kempen. Kazim dengan tegas meminta pengundi menolak Dr Wan Azizah kerana
beliau menolak Hudud. Kata Kazim orang yang menolak Hudud cenderung
untuk berlaku zalim. Kazim terlupa banyak ahli parlimen Umno yang
mempersenda Hudud tetapi tidak dianggap zalim semata-mata kerana mereka
memegang banyak peruntukan!
Pemulauan PAS
Lebih memalukan lagi, BN juga gagal memanfaatkan pemulauan kempen
oleh Pemuda PAS. Pada peringkat awal, pemuda telah melakukan gerak kerja
rumah ke rumah untuk memujuk agar pengundi Melayu jangan menyokong Wan
Azizah.
Bagaimanapun, kempen itu gagal diteruskan BN dengan baik selepas
pemuda PAS menghentikan boikot. BN juga didakwa menggunakan PAS Bagan
untuk melakukan tunjuk perasaan pada hari Jumaat terakhir agar 10,000
ahli PAS tidak keluar mengundi. Sehingga sehari sebelum mengundi, PAS
cawangan Bagan sekali lagi menganjurkan tunjuk perasaan menentang Wan
Azizah.
Degan faktor-faktor seperti itu BN yakin mereka akan mengurangkan
dengan teruk majoriti PKR. Sekiranya majoriti di bawah 4000 maka BN akan
mengumumkan kebangkitan parti itu di Pulau Pinang.
GST malaikat maut
Malangnya, BN terlupa mereka telah memperkenalkan cukai GST. Cukai
itu amat dirasai keperitannya di kalangan pengundi. Walaupun hanya 73
peratus keluar mengundi namun pengundi pelbagai kaum memberi isyarat
jelas kepada BN bahawa mereka sakit hati dengan cukai yang membebankan.
Analisis awal menunjukkan undi PKR meningkat 3 – 4 peratus di kawasan
Melayu. Sekali gus mencemarkan imej Umno yang bermati-matian
memburukkan PKR di mata kaum itu malah dengan menggunakan ahli PAS.
Kemerosotan sokongan kepada PKR dalam lingkungan 3,000 undi tidak
boleh diimbangi dengan kemerosotan undi BN lebih 4000 berbanding PRU
lalu. Ini menunjukkan pengundi BN sama ada memberi undi kepada PKR atau
memulaukan pengundian.
Apa pun alas an BN untuk menegakkan benang basah, mereka pasti akan
menghadapi post mortem yang tidak menyenangkan selepas ini. GST dalam
dua bulan pertama perlaksanaan telah menunjukkan kesan negatif di
Permatang Pauh dan Rompin.
Di kedua-dua tempat undi Melayu kepada pembangkang meningkat. Sekali
gus membenarkan teori Dr Mahathir BN akan kalah dalam PRU ke 14. Pada
PRU lalu undi Cina kepada Pakatan Rakyat adalah 90 peratus, India
kira-kira 65 peratus. Hanya undi Melayu yang menyelamatkan BN. Mereka
mendapat kira-kira 56 peratus undi kaum itu.
Masa depan BN gelap
Oleh kerana Melayu pengundi terbesar maka BN dengan mudah mendapat
simple majority untuk membentuk kerajaan. Pakatan Rakyat membuat analisa
BN akan hilang kuasa jika PR mendapat tambahan 5 peratus undi dalam PRU
14.
Peningkatan 5 peratus sokongan Melayu di Permatang Pauh dan 10
peratus di Rompin adalah jelas kawasan-kawasan yang dimenangi BN di
bawah 2,000 undi akan lenyap.
Menjelang dua tahun lagi, GST akan menambah kenaikan harga yang tidak
tertanggung dan BN akan menemui takdir yang lebih buruk. Permatang Pauh
mengajar BN bahawa mereka tidak boleh menggunakan ahli PAS mensabotaj
PR.
Juga ugutan menggunakan fatwa agama oleh ulama tersohor tidak laku sekiranya poket rakyat tiris dan hidup menderita!
YB Khalid Samad sewaktu menyampaikan ucapannya dalam program
penerangan Diskusi dan Dialog anjuran Pemuda PAS Ipoh Timur pada mlm
tadi di hotel Seri Malaysia Ipoh , telah mendedahkan bagaimana mula
timbulnya puncanya yg menyebabkan ada golongan-golongan yang menuduh
bahawa PAS telah menyeleweng, bahawa pimpinan-pimpinan Liberal telah
berkuasa dan sebagainya.
Menurut Khalid ini kerana mereka datang kemudian dan tidak faham
ijtihad yang dilakukan oleh al-Marhum Ust Fadzil Mohd Noor,
latarbelakangnya, dan matlamat dan tujuan disebaliknya . Bibit-bibitnya dilihat pada 2008, satelah PAS mencapai satu prestasi
dlm pilihanraya yg baik, dan membentuk kerajaan dgn penubuhan Pakatan
Rakyat. Khalid turut mengulangi kata-kata almarhum Ust Fadzil Mohd Noor dengan menyebut :
“Kemana sahaja kita pergi, orang menyebut tentanginginkan perubahan.
Oleh itu ianya merupakan satu kewajipan bagi PAS yg merupakan wadah yg
terlibat didlm arena politik untuk memungkinkan kehendak rakyat yang
inginkan perubahan ini untuk tercapai
“Maka ianya memerlukan satu keberanian daripada PAS untuk melakukan
ijtihad siyasi yg memungkinkan gabungan dan kerjasama diantara PAS dan
parti-parti lain utk mengemukakan ataupun membentangkan kepada rakyat
pilihan dan alternatif selain daripada Umno dan Barisan. Tidak mungkin
PAS akan mampu memerintah seorang diri. Lebih-lebih lagi di
negeri-negeri di Pantai Barat.”
Demikian lebih kurang kata-kata almarhum didalam ucapan dasarnya pada
tahun 1998. Ini hasil daripada kes Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dan
kemarahan rakyat, jelas Khalid.
Khalid berkata, hasil daripada itu terbentuk Barisan Alternatif dan
pada ketika itu PAS hanya menang di Kelantan dan Terengganu, dan
kemenangan kita di situ, merupakan kemenangan yg tidak mengubah sangat
suasana dan realiti politik bagi org-org atau ahli-ahli PAS, kerana di
Kelantan memang PASlah walaupun dinamakan Barisan Alternatif, dan begitu
jugalah di Terengganu. Ianya tetap merupakan ‘PAS dominated State
Government’.
Tetapi pada 2008, suasana yg baru telah dialami. Pembentukan kerajaan
melalui Pakatan Rakyat, tetapi Pakatan Rakyat tidak lagi didominasi
oleh PAS. Dan ini menyebabkan ada dikalangan org-org PAS yg tidak
menghargai kemenangan yg telah diperolehi dimana ianya merupakan
gandingan diantara PAS, PKR dan DAP, iaitu Pakatan Rakyat, dimana PAS
tidak dominan; kerana mereka kehilangan support, dia tidak kehilangan
wawasan dan halatuju, dia tak faham!”
Khalid memberikan contoh sepertimana kerajaan Pakatan Rakyat di
negeri Selangor, PAS tidak dominan, maka bagaimana kita nak bawa agenda
kita? tanya Khalid. Khalid turut mendedahkan bagaimana ada kalangan apabila ditanya apa agenda mereka? Apa itu agenda PAS? Mereka kata Hudud! Dan masalahnya, kata Khalid, mereka ini merumuskan perjuangan Islam
ini sebagai Hudud dan mereka menganggap kita berkompromi jika tidak bawa
Hudud.
Menurut Khalid, bibit-bibit perasaan kecelaruan ini bermula pd 2008
apabila PAS Selangor menang 8 kerusi dan Umno/BN 20. Maka timbul usaha
dengan jumlah 28 itu, supaya PAS boleh dipilih untuk menjadi Menteri
Besar. Khir Toyo tawarkan Hasan Ali jd Menteri Besar. Dengan 28 ni,
terus jumpa Sultan, Sultan boleh terus suruh Hasan Ali angkat Sumpah –
PAS yg akan menjadi Menteri Besar!
Maka ada kepimpinan PAS kebingungan dlm keadaan diberi peluang utk
memegang kuasa memerintah di lima negeri – Selangor , Perak, Kedah,
Trengganu dan Kelantan sebagai Menteri Besar dan berkemungkinan
diperingkat Pusat sebagai Menteri dan disebut-sebut juga mungkin
Timbalan Perdana Menteri. Maka kenapa kita tidak mengambil kesempatan
ini?
Apabila ada kalangan beberapa pimpinan PAS sepertinya menolak
cadangan kpd usaha-usaha tersebut, lalu mereka di tohmah sebagai tidak
pentingkan PAS kerana kononnya mementingkan Anwar; kerana kalau Pas
pergi bersama Umno/BN, maka hancurlah Anwar! Tapi kerana nak bela Anwar
peluang keemasan ini dilepaskan ! Maka disitulah dimunculkan atau diperkenalkan istilah ‘Anwarinas’ –
terlalu wala’ kepada Anwar, sampai mementingkan PKR dan DAP lebih
daripada PAS itu sendiri!
Khalid berkata, kalau kita pd 2008 mengkhianati Pakatan Rakyat atas
sebab kita nak jwn-jwtn Menteri Besar sini, Menteri Besar sana, Menteri
Besar situ , kononnya atas sbb kita sayangkan PAS maka kita nak semua
jwtn-jwtn ini dipegang oleh PAS.
Bila kita kena kembali balik kpd rakyat dan meminta supaya rakyat
kembalikan kuasa dan mandat itu kpd kita sedangkan rakyat inginkan
perubahan dan kita yg mendapat sokongan atas mandat itu, rakyat nak
tolak Umno/BN, kita pula setelah dimenangkan atas mandat yg sebegitu,
kita pula mengkhianati kehendak rakyat , kita pula yg menghidupkan balik
Umno/BN di Selangor, di Perak di Kedah dan sebagainya oleh kerana kita
besama mereka.
Kalau dinegeri Selangor, lapan kerusi yg dimenangi pada ketika 2008,
maka 8 kerusi ini sahajalah nanti PAS akan bertanding! Yang lain kita
kalah dengan Umno. Takkan Umno nak serah kepada kita? Tanya Khalid.
Khalid juga mengingatkan bahawa 8 kerusi itu pun atas mandat tolak
Umno. Tiba-tiba kita khianat. Rakyat tak akan menangkan kita lagi.
Kita melihat jangka masa panjang pejuangan membina sokongan
integriti, kredibiliti, politik baru bebas perkauman, bebas kronisma,
bebas rasuah, terang Khalid.
Itu adalah mesej Islam dan perjuangan Islam yg kita fahami bukan dirumuskan kepada Hudud semata-mata, tambahnya lagi.
Bercakap mengenai istilah ‘Negara Berkebajikan’ berbanding dgn
‘Negara Islam’, Khalid menyatakan kesalnya kerana ada pimpinan dalam AJK
PAS Pusat itu sendiri yang tidak faham. Pimpinan itu kata penggunaan
istilah ini semata-mata untuk mendapatkan undi! Kita kompromi! Malah dia
mempersoalkan apa salahnya dengan mengekalkan dengan ‘Negara Islam!
Khalid menjelaskan, istilah ‘Negara Islam’ itu adalah kerangka
kenegaraan yang berasaskan kepada Islam, yang hasilnya, isinya ialah
sebuah negara berkebajikan, yg digambarkan didalam al-Qur’an dgn
‘Baldatun Thayyibatun Wa rabbul-ngapoor’ – tak digunakan Daulah Islam
tapi menjelaskan, isi kandungan Negara Islam itu.
Ataupun Negara yang dibina atas prinsip-prinsip Islam apa yang dikata
‘Negara Berkebajikan’, Negara Rahmat, Negara ‘Adil. Inilah
istilah-istilah kontemporari yg sepatutnya kita sebagai ahli politik
memahami. Tidak ada bezanya cara kita menjelaskan isi kandungannya dan
bukan istilah dan nama.
Melalui correspondence di Permatang Pauh dan anillnetto.com
Live – Permatang Pauh by-election result
5.55 PM: Lagi skandal 1 MBD di bongkar Datuk Husam
Husam: TH mengaku selamatkan 1MDB
Naib presiden PAS Datuk Husam Musa berkata pengakuan Tabung Haji hari
ini menunjukkan wang caruman sememangnya digunakan untuk menyelamatkan
firma pelaburan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Husam berkata, pengakuan Tabung Haji hari ini juga bercanggah dengan
kenyataan asal oleh pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,
yang menafikan mengenai pembelian tanah milik 1MDB.
Sedangkan, pengerusi lembaga berkenaan sepatutnya sudah tahu mengenai
butiran transaksi berkenaan, kata Husam yang mahu Abdul Azeez meletak
jawatan.
“Adakah pengerusi Tabung Haji cuba berbohong?
6.00: PM..Dr Afif bahardin Adun PKR Seberang Jaya yakin bahawa majoriti sekitar 8000
6.05 : PM Wan Azizah dan para wartawan sedang mengambil gambar dan temubual beliau.
6.10 : PM Sehingga kini apa yang jelas peratus keluar undi adalah sekitar 74-75% sahaja.
6.12 : PM Peratusan keluar mengundi selepas peti undi ditutup sebanyak 73 peratus, turun 15.3 peratus berbanding pilihan raya umum lalu.Lapormalaysiakini
6. 20 : PM Jika belum tunaikan kewajipan solat..sila tunaikan ..anda mungkin boleh berehat sehingga kemenangan malam ini.. Pengiraan undi bermula dan keputusan dijangka diumumkan sebelum jam 10 malam.
6.25 : PM rehat sebentar...........
Golongan berumur menunjukkan kepada peyokong Umno kad lama Umno dengan berkata " Kami dah lama tinggalkan Umno."
PKR mendahului melalui 5165 melalui anill dari Yayasan Aman
7.24 PM : Terima kasih kepada jentera PAS yang diketuai oeh Mat Sabu dan Suhaizat kerana peti undi Permatang Pasir , PKR mendahului dengan 3374.PAS menguasai DUN Permatang Pasir di bawah YB Datuk Salleh Man.
Semoga mereka ini akan menjadi pejuang yang kental sekental Anwar Ibrahim....
7.35 PM Tunaikan solat anda dahulu dan berjuang.....Sila tekan butang refresh untuk maklumat terkini
7,36 PM : SK Permatang Pauh 200 Pakatan 70 BN
7.40 PM TERKINI BN 14193 PKR 21019 Bekas Selangor Menteri Besar Mat Taib hadir di Yayasan Aman
7.41 PM : PAKATAN PKR HAMPIR MENDAHULUI RAMALAN MENGUSAI MAJORITI 7000
7.42 PM : SILA REFRESH KOMPUTER ANDA UNTUK MAKLUMAT TERKINI.
7.43PM :
BN 14682, PKR 21982
TERKINI
7.49 PM:BN 16291 PKR 23441
8.00 PM MENDAHLUI 8299...TQ ANIL.
8.15 PM : PKR MENDAHULUI DENGAN 9338 Bn 18633 PKR 27971
SILA REFRESH HP ATAU KOMPUTER ANDA. MAKLUMAT TERKINI AKAN MENYUSUL. 8.19 PM : Wan Azizah mendapat hampir 60% undi
8.20 PM :
8.20pm: Keputusan tak rasmi setakat ini:
BN 18633
Bebas 342
PKR 27971
PRM 98
Majoriti 9338 malaysiakini
8.21 PM: Membuktikan bahawa politik sempit dan kawasan bandar tidak dapat menipu pengundi yang celik maklumat, juga membuktikan bahawa kerjasama antara parti amat penting.Walau berbagai dugaan melanda di awalnya dengan berbagai onar dari ahli politik yang berfikiran sempit , penduduk Permatang Pauh matang dalam berpolitik. PAS di Permatang Pauh tidak terjebak dengan politik sempit sesetengah pihak...
8.25 PM : Suara dan pendangan yang begitu gembira di dalam dewan di Kubang Semang dan kegembiraan ini disambut bersama Pakatan Rakyat PKR,PAS dan DAP. Tidak ada gang ulamak tidak bermakna tidak wujudnya PAS di Permatang Pauh ini. Malahan ulamak setempat memainkan peranan besar dalam gerakan PAS tempatan.
8.25 PM :BN 19872 PKR 29314
8.30 : Menakjubkan majoriti 9000 lebih ini, 4888 adalah undi dari PAS dari DUN Permatang Pasir- TAKBIR
8.35 PM: BN 19994 Bebas 347 PKR 29456 PRM 97
8. 39: PM : MAJORITI SEKARANG Majority now 9445.
8.40 : PM : Maklumat yang di didapati menunjukkan bahawa PKR menang di semua kawasan pengundi Melayu kecuali satu dua peti undi dan menunjukkan peningkatan dari pilihanraya 2013 lalu.Sekarang sedang mendahului dengan 9445 dan tinggal 2000 undi yang sedang dikira.
8.41 : PM :Boleh kah undi ini mencecah lebih 10,000 ??. Kita tunggu lagi.
Sumber gambar: Malay Mail Online
Jahat kah mereka ini? Adakah politik ini yang ditunjukkan oleh ahli Umno??
8.48 PM : Seperti tradisi, selepas kemenangan markas PAS Kubang Semang akan di penuhi oleh penyokong dan siri ceramah ucapan akan dilagsungkan untuk mengucapkan tahniah kepada para pengundi di Permatang Pauh.
TERKINI
8.51 : PM :
8.55 : PM : Apa Ahmad Maslan nak cakap? Kan Tuanku Sultan Johor tak mahu salam dengan beliau?
8.56 : PM : Umno gagal menipu pengundi Permatang Pauh kerana rakyat menerima maklumat......
foto : zamri matsilah
9.00: PM :Lagi keganasan Umno
foto: omakk kau
9.05: PM : BN 20172 PKR 29653 terkini
BN 20019
Bebas 350
PKR 29561
PRM 96
Majoriti 9542 malaysiakini 10.15 : PM: Keputusan ini adalah hampir sama dengan pilihanraya ke 13 lalu...
9.20. PM .
Lagi satu video serangan dari penyokong Parti Keadilan Rakyat terhadap penyokong Barisan Nasional di Sekolah Kebangsaan Guar Perahu. Mereka semakin ganas!!!#PRKPermatangPauh#MelakarSejarahPilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh P44Pilihanraya Kecil P44 Permatang PauhBERSIH - Gabungan Pilihanraya Bersih dan AdilPermatang Pauh - P44 补选战情资料PRK P044 Permatang PauhPergerakan Pemuda UMNO Permatang PauhPermatang Pauh 峇东埔 P44Permatang Pauh CommunityDr Wan Azizah Wan IsmailDato Zainal Abidin OsmanLim Kit Siang (林吉祥)Tian Chua 蔡添强
Posted by Malaysian Patriots on Thursday, May 7, 2015
9,25 PM
Tentera berkuda di PERMATANG PAUH..#P044#PermatangPauh#noGST
Posted by Zahirudin Ahmad on Thursday, May 7, 2015
9.40PM : BN 21393 Bebas 364 PKR 30253 PRM 96.
9.41 PM : Dengan dunia HP yang canggih , ramai boleh jadi wartawan sekarang ini. Menurut Anilnetto, perkembangan sihat ini adalah bagus untuk menyebarkan maklumat kepada sahabat handai dan kaum keluarga.....
9. 50 : PM: Menunggu keputusan rasmi di umumkan...foto sham ASD
foto DAP
10:00: PM : Tok Guru Hj Daud Awang Besar (Pondok Penanti), Seberang Perai, dlm satu majlis. Antara pondok paling lama di negara kita, Pondok Penanti Darul Ulum...
Antara points utama yg dikongsikan oleh Tok Guru;
1. Kalau kita belajar betul2 fekah politik Islam, ana yakin semua orang
akan faham kewajipan untuk undi hanya calon PKR itu sahaja di Permatang
Pauh.
2. "Jatuh haram" kalau undi calon lain. Bahkan jatuh haram
juga kalau boikot untuk khianat pengundi utk tidak mengundi calon yg
dah dipersetujui itu.
3. Di Pulau Pinang ni ada kelompok PAS
sendiri yg dgn sengaja mencipta pelbagai masalah dalam PAS hingga ajak
boikot parti sendiri untuk ganggu gerakerja pilihanraya. Mereka itu ada
yg dah dibuang dari PAS, dan ramai yg masih aktif dlm PAS. Kumpulan
mereka ramai pemuda2.
4. Kerja golongan itu hanya berikan peluru
pada musuh sahaja, utk serang calon yg ada. Kerja mereka jelas
bertentangan fekah Islam dan sgt gembirakan UMNO dan BN, sampai sanggup
buat demo terbuka.
5. Kesan dari tindakan2 golongan begitulah yg sebenarnya rosakkan jamaah PAS sampai tak kenal lagi siapa kawan dan lawan.
6. Katanya; Tok Guru Hj Salleh sendiri dah sebut dalam ucapan beliau
baru2 ini utk kewajipan bantu menangkan calon yg telah dipersetujui itu
(Wan Azizah). Tapi itu pun masih ada yg bantah.
Untuk rekod,
Tok Guru Hj Daud Awang Besar (Ayah Chik) berumur 85 tahun, berasal
Kelantan (Fattani), tetapi seorg yg sangat petah berhujjah dalam arab,
dgn rujukan pelbagai ayat Quran dan Hadith ketika pertemuan itu,
disamping cukup cakna dgn perkembangan politik semasa.
Muhasabah bersama.
W'alam.
Ahmad Sayuti Bashiron.
10.10;PM
Wanita PKR dan Muslimah seperti biasanya turun berkempen dari rumah ke rumah dan ini diakui oleh wanita PKR bahawa muslimat PAS bekerja kuat demi kemenangan Kak Wan. Kerja menjadi mudah kerana maklumat sampai , dan hubungan akhrab ini akan di perhebatkan lagi..
10.15 PM : Bernama tweets: TIDAK RASMI: BN 21,428, PKR 30,285, PRM 99. BEBAS 323. Undi rosak 737. Majoriti: 8,857.
10.17: Sementara di bilik dan pusat pengiraan undi PKR majoritinya begini BN 21397, Bebas 362, PKR 30252, PRM 101. Majority: 8855
foto Dato Tarmizi Mohd Jam
10.20 PM : Selamat berjaya dan salam REFORMASI kepada semua pengundi PRK Permatang Pauh , kerana anda memang hebat.Kepada petugas orang orang penting anda juga hebat...dan buat pengundi PAS terima kasih kerana anda bijak dan kebijaksanaan anda kerana anda berada di kawasan yang telah lama maju dan berpolitik sejak turun temurun dan mengetahui permainan orang orang yang cetek akalnya .Macamana nak perintah kalau bersendirian dan bercakap tidak sebagaimana sepatutnya anda.
Melalui correspondence di Permatang Pauh dan anillnetto.com
Live – Permatang Pauh by-election result
3.13PM : TKMPP Abdul Rashid Hasnon menunjukkan beberapa keping surat dan senaraipanjang yang dipercayai pengundi hantu sebagaimana yang telah di ulas oleh Rafizi Ramli semasa sidang akhbar semalam. 3.15PM.. Menurut Anillnetto.. beliau yang berbual dengan TKMPP yang menyatakan bahawa mereka sedang menunggu pengundi sebenar yang mengundi , sementara slip mengundi yang diberi menunjukkan nama lain dan pengundi lain menggunakan alamat yang sama. 3.17 . PM MP Bukit Mertajam Steven Simmenjelaskan apa yang telah di terangkan oleh Rafizi Ramli , dimana , pengundi tadi yang dikatakan pengundi hantu telah menggunakan ic dan alamat yang sama dengan pengundi asal. 3.20. PM: Menurut YB Hasnul beliau menjangkakan bahawa PKR mungkin mengalami kemerosootan undi namun yakin melebihi 12000 dan bukan di bawah itu disebabakan mood.Buat masa ini , tiada lagi penunggang motosikal yang membawa bendera Umno kecuali pemuda yang menunggang motosikal membawa bendera PKR. 3.25 PM . Menurut seorang penduduk Permatang Pauh , para peraih undi BN berkempen dari rumah ke rumah dengan memakai pakaian tanpa lambang untuk berkempen bagi pihak Umno. 3.30 PM . Seorang penyokong tegar PKR memaklumkan bahawa pengundi perlu segera keluar membuang undi dan sekiranya melebihi 80% , maka PKR boleh mendapat majoriti antara 8000 ke 10000 undi. 3.45 PM.. Berdasarkan undi lalu GE2013 88.3 % ; majority 11721. GE2008 - t81 % ; majority 13398. GE2004 - 81 % ; majority 590. 3.45 PM : Gambar ihsan Lan Ampang yang turut berkempen di Permatang Pauh.SPR - P.44 Jam 2 petang 40173 (55.88%) keluar undi 3.45 PM : SILA REFRESH BLOG UNTUK UPDATES.... 3.47 : PM ; Gambar dari wan Fawdzin sekitar jam 3 tadi..tq.3.48 PM : Komen pertama....
3.54 PM: Sehingga jam 3.00PM jumlah keluar undi adalah 63% 3.55 PM :Jumlah keluar makin meningkatfoto Wan Fawdzin
"Ini Permatang Pauh ..Penang tau....kami sokong Pakatan....anak Permatang Pauh celik politik" foto wan Faudzin 4.13 PM: Cuaca panas hari ini dan dijangka mencecah hampir 90F. Mungkin punca banyak gadoh.ha..ha..ha..Biasanya nak tahu Umno kalah ka tidak jam 5.00 ptg nanti khemah semua akan diturunkan...itu petanda awal Umno nak kalah.. 4.15 PM :FOTO INSPIRASI SYAKILLA Di hadapan sekolah kebangsaan Tok Kandu polis berkawal...juga di semua tempat pembuangan undi...polis berkawal ketat. 4.25 PM : Belum ada lagi pilihanraya yang semeriah ini..rakyat merayakan pilihanraya yang luka dan cedera itu adalah kenangan....kita berpolitik cara bijak...yang pastinya Pakatan Harus menang.Ini warga celik politik. 4.27: Telah masuk waktunya Asar : Tunaikan solat dahulu untuk terus berkempen sebelum penutupan tempat megundi. 4.35PM: Lagi isu 1MBD
4.35 PM: Jika ahli Umno masih lagi mahu menyokong dan tidak mahu berubah, maka mereka sebenarnya jahil tentang kejatuhan negera akibat penyelewengan..adakah ahli Umno yang ada ini lebih bijak sebijak Hassan Malek, Ismail Sabri dan juga Ahmad Maslan????? DI SK SRI PENANTI KUBANG SEMANG- FOTO INSPIRASI SYAKILLA.TQ, 4.50 PM Masa pengundian jam 5 petang hampir tamat. 4.50 PM :Jentera Amk Klang Tetap Bersemangat Berkempen Meraih Undi Di Saat Akhir Walaupun Panas Terik... Lawan Tetap Lawan... KAK Wan Pasti Menang... 4.55 PM: Mangsa pertama pengundi hantu. Makcik ni mangsa tak dapat mengundi tapi nama dah ditanda sebagai yg sudah mengundi..Foto siti aishah 5.00 PM: SK Permatang To' Kandu. Seorang anggota polis sdr Wahab Noor cedera terkena batu yg dibaling dari kumpulan penyokong GST@BN LAPORAN DAN FOTO YB YUNUS 5.10 PM: Dijangkakan hampir 85.7% keluar mengundi sehingga jam 5 petang
SPR - P.44 Jam 4 petang 49934 (69%) keluar undi
5.35 PM Kisah bagaimana Umno cuba membeuat provokasi dengan mencetuskan pergadohan dan antara penduduk yang cedera. Penyokong BN terpaksa dikepong kerana cuba cetus provokasi di sk tanah
liat..turut serta gambar salah seorang penduduk tempatan penyokong
keadilan dipukul oleh umno-gambar dan laporan oleh siti aishah