PRU DUN Negeri Sembilan: SPR Bermesyuarat 12 Jun

 


Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun akan mempengerusikan mesyuarat bagi membincangkan tarikh penting seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon dan hari pengundian pada 12 Jun 2026.

PUTRAJAYA, 8 Jun – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas berkaitan urusan Pilihan Raya Umum Dewan Negeri, Negeri Sembilan Ke-16 pada 12 Jun ini.

Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, mesyuarat khas itu akan dipengerusikan Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun, bagi membincangkan tarikh penting seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon dan hari pengundian.

Katanya, mesyuarat juga akan membincangkan mengenai daftar pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya berkenaan.

SPR telah menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran DUN Johor dan kini sedang melaksanakan tindakan susulan mengikut peruntukan undang-undang pilihan raya.

“Berikutan pembubaran Dewan Negeri Sembilan ke-15 pada 5 Jun 2026, SPR menetapkan mesyuarat khas berkenaan urusan PRU Dewan Negeri, Negeri Sembilan Ke-16 akan diadakan pada 12 Jun 2026 bersekali dengan mesyuarat khas PRU Dewan Negeri Johor Ke-16,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Khairul Shahril berkata, satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat khas terbabit selesai.

Sebelum ini dilaporkan, DUN Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi dibubarkan untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mengadakan sidang media khas di kediaman rasmi Menteri Besar di Seremban pada 4 Jun 2026.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun mengumumkan perkara itu dalam sidang media khasnya.

Negeri Sembilan juga merupakan negeri kedua membubarkan DUN untuk memberi laluan kepada PRN selepas Johor.



Terlajak kata buruk padahnya, sayang berpada-pada, benci pun berpada-pada


 


Pemimpin politik diingatkan supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan antara parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Datuk Fahmi Fadzil mengingatkan hal tersebut susulan kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berhubung pendirian Barisan Nasional (BN) negeri itu yang enggan bekerjasama dengan DAP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Terlajak kata buruk padahnya,” katanya secara ringkas selepas Sesi Persidangan Meja Bulat Pelaporan Media Selamat Berkaitan Tingkah Laku Bunuh Diri, di ibu negara, hari ini

Sementara itu, Naib Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, turut mengingatkan semua pihak supaya tidak mengambil pendirian terlalu tegar dalam soal kerjasama politik.

Ini kerana, jelas Ahli Parlimen Kuala Selangor itu, keadaan boleh berubah pada masa hadapan.

Do not burn bridges (Jangan bakar ‘jambatan’). Sayang berpada-pada, benci pun berpada-pada.

“Kita tidak tahu apa takdir yang mendatang jadi jangan terlalu ekstrem dan inflexible (tidak fleksibel), jangan terlalu jumud,” nasihat Menteri Kesihatan itu lagi.

Semalam, Onn Hafiz yang merupakan Pengerusi BN Johor bertegas tidak akan bekerjasama dengan DAP bagi menghormati hasrat rakyat negeri itu yang mahu BN bergerak sendiri pada PRN.

Berucap pada Majlis Pelancaran Jentera BN Johor yang disempurnakan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di Stadium Educity, Iskandar Puteri, Onn juga berkata, dia lebih rela tidak memegang jawatan daripada duduk semeja dengan DAP.



PENDEDAHAN YB NGA KOR MING! ONN HAFIZ MERAYU KEPADA DAP!


 

Keadaan cemas dalam Bersatu atas kebimbangan PAS keluar PN


 

SEJARAH PRU 14 2018 BAKAL BERULANG

 


SEJARAH PRU 14 2018 BAKAL BERULANG



Situasi PRN Johor dan PRN N9 2026 mungkin akan mengulangi apa yang telah berlaku dalam PRU 14 tahun 2018.


Kalau kita masih ingat, menjelang PRU 14 tahun 2018, Pas mula menyatakan keghairahannya untuk bersama UMNO sehingga akhirnya lahir Muafakat Nasional (MN). 


Walaupun pada hakikatnya Pas telah membentuk kerjasama dengan parti Ikatan dan berbagai NGO's dalam Gagasan Sejahtera untuk dilihat tidak bersendirian dalam PRU 14, realitinya semua orang tahu Pas dan UMNO secara sembunyi bunyi telah ada hubungan yang intim.


UMNO pula seperti sebelum sebelumnya tetap meletakkan Dap sebagai lawan politik yang paling dibenci, mungkin untuk mengambil hati Gerakan dan MCA yang ternyata tidak mampu untuk mewakili BN menentang Dap. 


Tanpa siapa pun yang menjangka, Mahathir dan Muhyidin dengan parti barunya Bersatu tampil bersama PH dalam PRU 14. Akhirnya Allah takdirkan UMNO dan BN bukan sahaja kalah terok dalam PRU 14, bahkan banyak parti parti komponennya telah isytihar keluar dari BN sehingga BN hilang penguasaan secara total di Sarawak. Pas seperti biasa kekal sebagai pembangkang.


Bukan mustahil UMNO sengaja menampakkan permusuhan terbuka dengan Dap agar kehendak Pas untuk bersama UMNO semakin menggila gila, tetapi apa yang UMNO mahu ialah PN yang berkubor. 


Kita tunggu dan lihat, jika PRU 14 menyaksikan kekalahan dan kehancuran kepada BN, maka PRU 16 giliran PN pula menerima nasibnya. PH dijangka semakin mengukuhkan kedudukan dengan sokongan GPS dari Sarawak dan GRS di Sabah serta beberapa parti lain di Semenanjung.


Maknanya Dap akan terus kekal sebagai parti politik mewakili kaum bukan melayu terutama kaum cina yang telah menolak parti Gerakan dan MCA semenjak PRU 12 2008. Dap akan terus gagah dan perkasa walaupun UMNO dan Pas membencinya kerana UMNO dan Pas bukan lawan Dap dalam pilihanraya, mereka hanya sekadar "khadam* kepada MCA dan Gerakan.


Kredit : Che Ibrahim Mohamed




MELAYU MUDAH LUPA.


 

VIDEO KEMALANGAN 6 BERANAK


 

LALUAN LRT... KOT SANUSI SEMPAT RASMI


 

Onn Hafiz Sindir TPM Zahid, MB Perak, MB Pahang Yang Duduk Semeja Dengan DAP

 

Onn Hafiz Sindir TPM Zahid, MB Perak, MB Pahang Yang Duduk Semeja Dengan DAP

1. Onn Hafiz kata dia lebih rela tak jadi MB daripada duduk semeja dengan DAP.
2. Kenyataan Onn Hafiz ini seolah-olah nak beritahu Presidennya, "Saya di Johor lebih berprinsip. Saya sanggup hilang jawatan. Tak macam Datuk Seri yang sanggup peluk musuh demi nak jadi TPM."
3. Bukan Presiden saja yang kena tampar. MB Perak dan MB Pahang pun mesti panas telinga dengar kenyataan ini. Terasa pedasnya.
4. Kita tahu di Perak dan Pahang, UMNO terhegeh-hegeh bentuk kerajaan negeri dengan DAP. Kongsi kuasa, sama-sama jadi MB dan Exco.
5. Apabila Onn Hafiz cakap dia rela letak jawatan, ini sama macam dia meludah ke muka kawan-kawan sendiri. Macam dia nak beritahu MB Perak dan MB Pahang itu gila kuasa dan tak ada prinsip, asalkan kekal atas kerusi Menteri Besar.
6. Mungkin Onn Hafiz rasa dia lebih mulia. Lebih UMNO dan lebih 'Melayu' dari kawan-kawan dia di negeri lain dan di Pusat.
7. Ataupun dia sekadar main wayang. Nak tunjuk lagak wira di Johor dan lupa cermin diri bahawa pemimpin partinya sendiri di pusat, di Perak dan di Pahang sudah lama 'tidur sebantal' dengan DAP.
8. Kita tengok sajalah.

Secara undang-undang, Tunku Mukhris adalah YTB yang sah pada ketika ini.

 


Jamzuri Ardani




Pada saya, kenyataan ini bukan bermaksud campurtangan urusan adat di Negeri Sembilan. Ini adalah pernyataan tentang kesetiaan kepada Raja, menjunjung kedaulatan undang-undang, dan mengangkat keluhuran perlembagaan.

Secara undang-undang, Tunku Mukhris adalah YTB yang sah pada ketika ini. Inilah yang dimaksudkan dengan kenyataan bahawa Kerajaan Persekutuan mengiktiraf Tunku Mukhriz sebagai YTB yang sah. Ini bukan sikap memihak, tetapi menjunjung kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan. Siapa pun kita, keputusan mahkamah adalah undang-undang.
Pada pukul 11 pagi Mahkamah Tinggi telah mengeluarkan injunksi menghalang pemecatan Setiausaha DKU dan Persidangan Khas DKU. Ini bermaksud, istiadat perlantikan YTB baharu yang dimasyhurkan di sebuah resort di Melaka adalah tidak beperlembagaan.
Sebagai kerajaan yang beroperasi di atas prinsip `rules of law`, kenyataan ini adalah perlu dan wajar. Ini negara hukum, bukan negara ikut suka aku.





Kemajuan sesebuah bangsa tidak hanya diukur pada kemakmuran zahir dan pembangunan fizikal











 Kemajuan sesebuah bangsa tidak hanya diukur pada kemakmuran zahir dan pembangunan fizikal, tetapi pada ketinggian ilmu, kekuatan akal budi serta keutuhan nilai yang menjadi pedoman.

Masyarakat yang dangkal ilmunya, tidak berpaksikan kebenaran, tidak menjunjung prinsip keadilan serta kehilangan ihsan dalam pertimbangan dan tindakan, akan mudah terjerumus ke dalam kancah jahiliah yakni suatu keadaan yang lahir daripada kealpaan, prasangka dan kejahilan.
Justeru, dalam era yang menuntut komunikasi yang lebih berkesan dan bertanggungjawab, kita mesti mengangkat wacana yang berteraskan hikmah, ilmu dan adab.
Kebebasan bersuara harus dipandu oleh tanggungjawab moral, manakala perbezaan pandangan tidak boleh menjadi alasan untuk memecahbelahkan masyarakat atau meruntuhkan nilai kemanusiaan yang kita junjung bersama.
Itulah antara penegasan saya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi hari ini dan mengingatkan hadirin, dalam menjayakan agenda pembangunan negara, kita tidak hanya dituntut membina kemajuan ekonomi dan teknologi, tetapi juga membentuk masyarakat yang berilmu, berakhlak, berbudaya ilmu serta bersatu atas landasan kebenaran, keadilan dan ihsan.



[LANGSUNG] Perhimpunan Bulanan bersama warga Kementerian Komunikasi | 8 Jun 2026


 

PERJUMPAAN YAB PERDANA MENTERI BERSAMA-SAMA WARGA KEMENTERIAN


 

Era satu parti sapu bersih dah tamat, kata Pemuda AMANAH


 


Timbalan Setiausaha Pemuda AMANAH Nasional, Ammar Izham berkata, era parti dominan dalam politik Malaysia telah berakhir dan semua parti perlu menerima hakikat bahawa kestabilan negara kini bergantung kepada kerjasama rentas parti.

Katanya, landskap politik negara telah berubah dan menuntut budaya politik baharu yang berteraskan kesepakatan, akauntabiliti serta kematangan.

Menurut beliau, gagasan Kerajaan Perpaduan yang menjadi asas kepada landskap politik negara hari ini lahir dalam suasana tiada parti memperoleh majoriti mutlak selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, kestabilan tidak boleh bergantung kepada hubungan peribadi antara pemimpin semata-mata, sebaliknya perlu diperkukuh melalui perjanjian, persefahaman dan komitmen institusi.

Namun katanya, politik Malaysia masih dibayangi oleh segelintir pemimpin oportunis yang melihat kuasa sebagai matlamat, bukan amanah. 

“Mereka cenderung mengukur kejayaan melalui jawatan dan pengaruh, sedangkan rakyat mengukur kejayaan melalui harga barang yang stabil, peluang pekerjaan yang mencukupi dan perkhidmatan awam yang berkesan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru katanya, menjelang Pilihan Raya Negeri Johor dan Negeri Sembilan akan datang, fokus utama bukan sekadar menentukan siapa menang atau kalah. 

Yang lebih penting ialah memastikan wujudnya komitmen jelas antara parti-parti politik untuk menghormati mandat rakyat sehingga tamat penggal, memperkukuh perjanjian kerjasama politik dan menolak budaya pengkhianatan yang menggugat kestabilan.

“Rakyat perlu menyedari bahawa era parti dominan telah berakhir. Politik abad ke-21 menuntut budaya baharu yang berteraskan kesepakatan, akauntabiliti dan kematangan.

“Kapal yang sedang belayar dalam lautan bergelora tidak boleh ditukar nakhodanya sesuka hati di tengah badai. Sebaliknya, ia perlu dipandu dengan kebijaksanaan, kesetiaan kepada amanah dan komitmen untuk sampai ke destinasi yang telah dipilih oleh rakyat.

“Kestabilan politik bukan milik mana-mana parti. Ia adalah hak rakyat dan prasyarat utama kepada kemajuan negara,” tambahnya lagi.




Sesi Temu Mesra bersama Ketua-Ketua JPKKP Negeri Kedah di Merbok - Ucapan Anwar Ibrahim


 

GEMPAK! BEKAS HAKIM SEKOLAHKAN ZAHID! ISU KRISIS ISTANA DI NEGERI SEMBILAN!


 

ONN HAFIZ RASIS? INI LAH SEBABNYA DAP & KAUM CINA TIONG HUA BANGKIT BERI PENGAJARAN KEPADA UMNO!


 

BN Johor habis madu sepah dibuang, dulu masa nak kuasa elok je berkawan DAP

 


AMANAH mengkritik kenyataan Datuk Onn Hafiz Ghazi terhadap DAP kerana Pengerusi BN Johor itu sendiri pernah dilihat berjabat tangan dan duduk semeja dengan DAP ketika “mahukan kuasa” membentuk kerajaan.

Exco Pemuda AMANAH Nasional, Fadhli Umar Aminolhuda memuat naik tiga keping foto memaparkan Onn Hafiz yang bergambar bersama Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dan berjabat tangan penuh erat dengan Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo.

Beliau mengkritik sikap hipokrit Onn Hafiz, menyifatkan pemimpin BN itu seperti habis madu sepah dibuang.

“Bila perlukan kuasa, semua boleh jadi kawan, bila dah duduk selesa di puncak kuasa, tiba-tiba jadi jijik nak sebut nama dan tak mahu duduk semeja. Hipokrit.

“Kononnya tolak DAP atas dasar prinsip. Eh? bila perlukan sokongan untuk bentuk kerajaan, semuanya boleh. 

“Bergambar boleh, berjabat tangan boleh, duduk semeja pun boleh. Bagaimana nak ukur pendirian mereka? ke memang sandiwara sahaja?,” katanya dalam satu kenyataan pagi ini.

Fadhli Umar pada masa sama menyindir Umno-BN Johor, mengatakan parti itu tiba-tiba menjadi “garang” apabila mahukan undi Melayu.

Tetapi apabila mahu cukupkan kuasa dan kekalkan nombor, parti itu terus berubah menjadi lembut, yang diumpamakan Fadhli Umar seperti “lembut tengkuk”.

Beliau mengingatkan kembali usaha Pakatan Harapan (PH) menggembeleng tenaga membantu kemenangan BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota, dan bersama-sama meraikan setiap kejayaan.

Semua itu katanya tiada masalah untuk PH, namun beliau hairan mengapa  tiba-tiba DAP dijadikan musuh nombor satu apabila tiba pilihan raya.

“PH gembleng tenaga membantu kemenangan BN di PRK Mahkota, tak ada masalah. Duduk dalam Kerajaan Perpaduan bersama-sama, tak ada masalah. Bergambar, bermesyuarat dan meraikan kejayaan bersama pun tak ada masalah. 

“Tetapi bila pilihan raya semakin dekat, tiba-tiba DAP dijadikan musuh nombor satu. Cepat betul ingatan politik berubah.

“Ini bukan soal suka atau tidak suka DAP. Ini soal konsistensi. Kalau sesuatu itu salah, maka salah lah dari awal. Kalau sesuatu itu betul, maka pertahankanlah pendirian itu. Kalau prinsip boleh hidup dan mati mengikut keperluan politik, itu bukan prinsip. Itu kepentingan,” balasnya lagi.

Beliau juga menggunakan kata-kata George Carlin, “Never underestimate the power of stupid people in large groups.” 

Bezanya kali ini kata beliau, bukan rakyat yang ditunjukkan bodoh, tetapi pemimpin yang menyangka rakyat tidak nampak permainan mereka sendiri.

“Madu habis, sepah dibuang. Bila perlukan bantuan, dipanggil kawan. Bila rasa sudah kuat, kawan lama pula dijadikan lawan. 

“Politik seperti ini bukan menunjukkan kekuatan, politik beginilah yang mendedahkan siapa yang sebenarnya tidak konsisten dengan prinsip sendiri,” tambahnya.





‘Presiden Kamu Tiap-Tiap Minggu Duduk Sebelah SU Agung DAP’, Anthony Bidas Onn Hafiz

 


Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi duduk bersebelahan dengan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke pada mesyuarat mingguan Jemaah Menteri setiap minggu.

KUALA LUMPUR, 7 Jun – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke membidas Onn Hafiz Ghazi susulan kenyataan Menteri Besar Johor itu yang menegaskan, ‘rela kehilangan jawatan’ berbanding duduk semeja dengan DAP.

Sedangkan, menurut Menteri Pengangkutan itu, Presiden BN sendiri iaitu Ahmad Zahid Hamidi setiap minggu duduk bersebelahan dengan beliau dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

Onn Hafiz bersama Anthony Loke selaku Menteri Pengangkutan pada 2024.

“Anda tak nak duduk semeja dengan DAP……Hebat! Teruskan keangkuhan kamu.

“Tapi, Presiden anda tiap-tiap minggu duduk sebelah dengan Setiausaha Agung DAP ya…harap maklum…terima kasih!” katanya menerusi Facebook hari ini.

Terdahulu, Onn Hafiz yang juga Pengerusi BN Johor berkata, beliau lebih rela tidak memegang jawatan daripada duduk semeja dengan DAP.

Malah, katanya, BN Johor juga tidak akan bekerjasama dengan DAP sekiranya diberi mandat membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-16.

Menteri Besar Johor itu berkata, pendirian tersebut adalah sebahagian daripada ketetapan politik bagi gabungan berkenaan di peringkat negeri.

“Jika diberi mandat sekali lagi, kita tidak sesekali akan bersama-sama DAP dalam kerajaan. Ini bukan isu emosi atau perkauman, tetapi pendirian politik BN Johor.

“Saya lebih rela tidak memegang jawatan daripada duduk semeja dengan mereka,” kata Onn Hafiz ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera BN Negeri Johor di Stadium Educity di sini, hari ini.

HATI HATI

 


JIWA KENTALL UMNO.


I'm ONN HAFIZ LAMBANG JIWA  TULEN UMNO, SAMBUTLAH KEBERANIANNYA!!




 






8 Jun 2026


Saya lebih rela tidak memegang jawatan Menteri Besar daripada duduk semeja dengan DAP - ini adalah ungkapan paling berani Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi menjelang PRN yang bakal tiba tidak lama lagi.


Sebenarnya itulah isi hati jiwa tulen seorang pemimpin UMNO yang berjiwa UMNO yang sebenar-benarnya.


Hakikatnya, sejak dulu, kini dan selamanya - UMNO memang tidak boleh bekerjasama dengan DAP kerana dasar dan laluan perjuangan kedua-dua parti itu adalah jauh berbeza.


Meskipun UMNO di peringkat pusat sedang bekerjasama dengan PH yang ada DAP di dalamnya bagi membentuk kerajaan perpaduan, namun Onn Hafiz bertegas tidak mahu menbenarkan keadaan itu berlaku di Johor.


Ertinya, jika seluruh pemimpin, ahli dan penyokong UMNO di negeri itu mahu senada dengannya, tiada lain caranya ialah melainkan UMNO/BN mesti berusaha menghasilkan kemenangan mutlak dalam PRN mendatang.


Kalau ditakdirkan UMNO/BN akirnya tidak cukup kerusi untuk membentuk kerajaan negeri dan terpaksa bekerjasama dengan DAP, Onn Hafiz dengan jelas menyatakan pendiriannya tidak rela terus duduk sebagai Menteri Besar.


Ertinya, jika bekerjasama juga dengan DAP, berilah pemimpin lain memegang jawatan Menteri Besar Johor selepas ini.


Dalam hal ini, ada juga pihak yang bendul dengan menyiarkan gambar-gambar lama Onn Hafiz sedang berbual-bual dengan beberapa pemimpin DAP.


Yang beliau maksudkan enggan duduk semeja dengan DAP ialah tidak mahu berkongsi kuasa dalam pembentukan kerajaan negeri, bukan menolak untuk berbual atau berbincang mengenai isu-isu tertentu dengan mana-mana pemimpin DAP.


Janganlah bendul sangat Beb!!


Apa pun, ungkapan Onn Hafiz enggan duduk semeja atau berkongsi kuasa dengan DAP adalah bertujuan untuk membakar semangat UMNO Johor agar lebih gigih berjuang mencari kemenangan pada PRN mendatang.


Tetapi, dengan beliau seorang saja berani menolak DAP ketika ini, ia mungkin tidak cukup untuk merangsang kebangkitan bagi merealisasikan kemenangan yang diharap-harapkan.


Seharusnya UMNO pusat juga mengambil tindakan yang sama dengan segera memutuskan hubungan dengan DAP, sekaligus keluar daripada kerajaan perpaduan yang tidak dapat dilindungi lagi memang ada DAP di dalamnya.


Lagi pun, Presiden UMNO sendiri, Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan di Johor Bahru semalam turut menyebut bahawa kerajaan perpaduan tidak akan terbentuk dan Anwar Ibrahim tidak mungkin jadi Perdana Menteri jika tanpa sokongan UMNO/BN.


Hanya dengan UMNO secara total berani memisahkan dirinya daripada DAP berupaya memungkinkan UMNO/BN Johor mampu terus membentuk kerajaan negeri secara solo.


Jika tidak, pengundi tidak akan percaya dan menganggap episod gaduh-gaduh dengan DAP yang tiba-tiba muncul ini hanya babak drama pilihan raya belaka.


Lantaran itu, UMNO mesti berhenti main wayang dan membuktikan kepada rakyat melalui perbuatan bahawa menolak DAP bukanlah sekadar ucapan, tetapi betul-betul realiti yang dibuktikan dengan tindakan.


Keberanian dan ketegasan menolak DAP yang ditunjukkan Onn Hafiz sepatutnya segera disambut oleh seluruh kepimpinan UMNO tanpa menunggu siang bertukar malam kalau mereka benar-benar mahu melihat kemenangan di Johor sebagai suatu kebangkitan yang bermakna kepada seluruh negara. - ShahbudinHusin 08Jun2026.

#ayuhbangsajohor


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1305599408229842&id=100063393840098




KISAH PERGI PASAR.KELAKU PEMBELI .

 “



Kamarul Arifin


Dik, jangan buat macam tu. Bendi-bendi ni sampai sekali. Dah 5 batang awak buat macam tu, semua awak tak berkenan, makna semua pun awak tak akan berkenan.”


Masa tu aku pergi ke pasar untuk beli bahan-bahan untuk masak asam pedas. Ketika aku tengah pilih bunga kantan di kedai jual sayur, aku nampak ada seorang wanita patah-patahkan tangkai bendi.


Aku rasa dia buat macam tu untuk periksa tua ke muda bendi-bendi tu. Lepas dia cuba patahkan, aku nampak ada dia letak semula bendi tu. Itu yang dia ditegur makcik penjual sayur tu. 


“Tak boleh pilih ke?” tanya wanita tu.


“Boleh pilih, tapi tak eloklah buat macam tu” balas makcik penjual tu.


“Kenapa tak boleh patahkan? Awak tak akan jual bendi yang tua macam ni, kan?” kata wanita itu, berhenti seketika sambil menjeling penjual di hadapannya, kemudian menyambung “Tak berkat tau tipu pembeli!”


“Bila masa saya tipu. Bendi tu ada di situ, harga situ. Saya tak paksa beli. Nak pilih-pilihlah— “ kata-kata penjual terhenti bila wanita tadi tiba-tiba memotong percakapannya. 


“Dah tu, kenapa gelabah sangat? Kan saya tengah pilihlah tu!” sampuk wanita berkenaan.


“ — tapi janganlah dipatah-patahkan. Jika layu, saya masih boleh jual murah, tapi kalau dah rosak tak ada orang nak beli. Beri percuma pun belum tentu orang nak ambil.” sambung penjual tu,


“Weh makcik! Aku boleh bayarlah! Jangan kata 5 batang ni, semua ni pun aku mampulah!” jerkah wanita tu sambil melempar keluar sekeping RM50.


Makcik penjual tu hanya lihat sahaja nota hijau yang jatuh pada longgokan bendi di atas meja, lalu digelengkan kepalanya.


“Ha, ambillah! Tadi sibuk risau tak ada orang nak beli. Kenapa, tak cukup? Jap” kata wanita tu sambil membuka semula beg duitnya.


Kemudian datang seorang pemuda dan berkata kepada wanita yang mula naik angin tu — “Dah dah lah tu. Saya rasa baik puan pergi(beredar).”


“Awak tak payah masuk campurlah! Ni urusan saya dengan orang tua yang sibuk fikir duit lagi. Tak sedar diri dah nak mati. Duit tak bawa masuk kuburlah. Berniaga pun tak jujur, patutlah sampai tua jual sayur je.” pekik wanita tadi.


“Puan, orang tua ni mak saya. Tak perlulah puan kata macam tu pada dia,” kata pemuda berkenaan sebelum mengutip nota hijau di longgokan bendi.


“Puan, ambillah duit puan ni balik,” kata pemuda tu lagi sambil menghulur duit berkenaan.


“Ambil balik duit awak tu. Saya tak hadaplah duit awak tu. RM50 ni nilai harga diri awak, bukan nilai harga diri saya. Walaupun kami ni penjual sayur, diri sayai awak takkan mampu bayarlah!” kata makcik tu.


“Mak!” tegur pemuda tadi dan mendapatkan maknya yang sedang kemam bibir. Menahan amarah barangkali. Nampak juga butir air jernih bergenang di hujung matanya.


Ketika tu, orang ramai dah berkumpul. Paling tidak, ada 15 pasang mata yang menyaksikan drama yang berlangsung tu. Kelihatannya, setiap pasang mata di situ bersetuju bahawa wanita tadi perlu beredar. 


Wanita tadi terpaksa akur dengan pendapat orang ramai. Dia beredar pergi dengan langkah penuh amarah. Semua orang yang ada di situ memandang sesama sendiri, dan mengangkat bahu tanda tak faham kenapa wanita itu sangat bitter.


Selepas pilih bunga kantan, aku ambil kelima-lima bendi yang rosak tu dan beberapa batang lagi, masukkan dalam plastik dan ikat. Sejujurnya aku beli bendi patah tu sebab aku yang rasa kasihan pada makcik berkenaan.


Jika ikutkan, memamg bendi tu tua. Cuma aku terbayangkan kalau mak aku diperlakukan begitu. Pedih dia macam tangkai jantung aku pula yang di patahkan oleh wanita tadi.


Aku tabik dekat pemuda tadi tu. Walaupun wanita tu berkasar pada emak dia dulu, tapi bila emak dia berkasar semula, dia tegur mak dia. Mesti dia dibesarkan dengan baik oleh ibubapa dia. 


Apapun, tak kiralah siapa kita, tinggi mana darjat kita, tak usah pandang rendah pada orang. Kalau orang tegur, kita ambillah secara positif. Jika dikasari, tak usah balas dengan kekasaran.


Jika kita amalkan itu, pasti tinggi nilai kita di mata orang sekeliling. Jika tidak pun, InsyaAllah tinggi di sisiNya.


Kamarul Ariffin Nor Sadan

Sebatang bendi


Gambar hiasan




Berani Lawan DAP di Johor, Berani Ke Tegur Presiden di Putrajaya?


Jason.





1. Saya dengar ucapan Onn Hafiz. Katanya sanggup letak jawatan daripada tubuh kerajaan dengan DAP di Johor.


2. Hebat bunyinya. Menggegar dewan. Nampak macam pejuang yang paling berani. Sanggup buang pangkat, buang kuasa. Kononnya demi prinsip.


3. Tapi saya rasa lucu. Di Johor dia kata geli, tak sanggup duduk semeja dengan DAP. Tolak bulat-bulat.


4. Habis itu, bos besar dia sendiri hari-hari bertepuk tampar dengan pemimpin DAP di Putrajaya. Boleh pula senyum kongsi kuasa jadi Timbalan Perdana Menteri.


5. Kenapa Onn Hafiz tak suruh Presiden dia letak jawatan? Atau keberanian dia ini cuma laku di dalam sempadan negeri Johor sahaja?


6. Inilah wayang orang politik. Dia tahu UMNO sekarang sudah hilang taring. Jadi kenalah berlakon tunjuk hero depan orang Johor. Acah-acah nak letak jawatan supaya orang nampak dia ini pejuang.


7. Kononnya soal prinsip. Kalau dia betul-betul berani, lawanlah pucuk pimpinan yang bersama DAP dalam kerajaan pusat itu. 


8. Cakap memang senang. Kita tunggu dan lihat sajalah. 


#PRNJohor




CAKAP...SEMBANG....

 



Zainudin  Omar


Kemain lagi kamu kata tak mahu duduk semeja dengan DAP walhal kamu berharap dengan pengundi Cina yang kebanyakan adalah penyokong DAP. 









Politik perkauman tak bermanfaat pada negara apatah lagi dilaungkan oleh seorang pemimpin Johor. 


Kamu dah sama sek dengan ahli politik terlampau Melaka dan lebai-lebai Walaunistan.


Kenyataan begini sebenarnya akan menguntungkan PH.





KEMPEN TOLAK DAP KEMAIN LAGI. MASA PILIHANRAYA TAK PULAK NAK BERBANDING....TU SEMBANG.

 


Che Ibrahim



Sepatutnya yang kuat kempen tolak Dap ialah MCA dan Gerakan, tapi peliknya UMNO dan Pas yang didepan melawan Dap, masa praya, UMNO dan Pas tak lawan Dap pun. 




Sekitar 40 - 50 kerusi Parlimen majoriti pengundinya adalah bukan melayu. Dap tetap akan menang selagi undi kaum cina tidak memihak kepada BN atau PN.




KETIKA KEDUA PARTI BERKEMPEN.


Syed Shah


 Apa perbezaan program Pelancaran Jentera PH dan Pelancaran Jentera BN di Johor. Bezanya adalah crowd BN terdiri dari ahli2 parti yang disusun dan diarahkan untuk hadir tetapi PH yang hadir majoriti adalah rakyat Johor yang terdiri daripada semua bangsa Melayu, Cina, India.







Yang peliknya adalah Pengerusi BN Johor Dato Onn Hafiz sebut tak mau duduk semeja dengan DAP tapi dia tak berani sebut perkataan CINA. Sebab apa? Sebab dibawah pentas ada MCA. Mungkin dia anggap MCA tu Melayu dan DAP tu Cina. 





Hahaha...




JOM RAKYAT JOHOR.MB KAMU NI BOLEH CAYA KA?


Mandeep Singh



 “Saya lebih rela tidak memegang jawatan Menteri Besar daripada duduk semeja dengan mereka.”








— Datuk Onn Hafiz Ghazi


Datuk,


Saya kongsikan semula beberapa gambar yang dirakam pada Ogos 2025.


Bukankah itu Datuk yang duduk semeja berhadapan dengan Pengerusi Kebangsaan DAP?


Bukankah itu Datuk yang berjabat tangan dan berbincang dalam suasana penuh hormat dengan Pengerusi Kebangsaan DAP?


Bukankah itu juga Datuk yang hadir membawa cenderamata dan mengadakan pertemuan sempena ASEAN AI Summit di MITEC?


Jadi, yang mana satu rakyat Johor harus percaya?


Gambar-gambar ini atau kenyataan yang Datuk 

 buat hari ini?


Cukup-cukuplah menjadikan DAP sebagai bahan kempen politik setiap kali musim pilihan raya menjelang.


Enam puluh tahun dahulu DAP ditakut-takutkan kepada rakyat. Hari ini, skrip yang sama masih dimainkan.


Kepada rakyat Johor, saya kongsikan gambar-gambar ini untuk tatapan semua.


Lihat sendiri. Nilailah sendiri.


Kerana dalam politik, perbezaan pendapat itu perkara biasa.


Tetapi percanggahan antara kata-kata dan tindakan adalah soal integriti.


DAP sudah lebih 60 tahun berada dalam landskap politik Malaysia.


Kami tidak perlu dipersetujui oleh semua pihak.


Namun kami juga tidak wajar dijadikan alat untuk menakut-nakutkan pengundi demi meraih keuntungan politik.




KIOK.

 


Onn Hafiz kata 𝗕𝗮𝗻𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗞𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿 (𝗕𝗞𝗝) fasa 1 sampai 3 tak pernah ada orang komplen. Tiba-tiba bila kata nak tanding semua kerusi di Johor,  BKJ jadi menyusahkan rakyat.


Bebal jugak dia ni.





Macam ni la. Ada jiran dalam taman yang selalu laju bila bawak motor dalam taman. Masa mula-mula dia bawak laju, orang diam. Fikir mungkin sebab dia dah lambat nak masuk kerja.


Bila kali kedua laju juga, orang biar lagi. Mungkin dia nak terberak. Tapi bila dah berlanjutan, lama-lama orang pun tak boleh tahan. Memang la kena sound.


BKJ 1, 2, 3 orang tak komplen bukannya sebab tak menyusahkan. Tapi orang fikir mungkin ada sebab sebab tertentu. Sistem tak siap lagi ke. Atau apa. Kita bersangka baik.


Tapi bila dah berterusan, orang pun mula terfikir. Ini bodoh ke apa? Kalau one-off tak apa tak kalah selalu sangat, kan menyusahkan.


Benda mudah je kalau nak fikir. Tapi kalau dah jenis tak reti nak fikir. Jahanam la kalau MB pun jenis yang malas berfikir ni.


Satu lagi, ciri pemimpin yang baik, bila ditegur, dia akan nilaikan dan tambah baik. Tapi bila ditegur dia bukan nak nilaikan atau improve diri, sebaliknya dia cuba pusing cerita, itu menunjukkan sifar seorang yang 𝘀𝗼𝗺𝗯𝗼𝗻𝗴, 𝗯𝗼𝗻𝗴𝗸𝗮𝗸, 𝗲𝗴𝗼 dan 𝘁𝗮𝗸𝗮𝗯𝗯𝘂𝗿


Orang ego ni tak layak jadi pemimpin. Layak cuma berkawan dengan iblis sebab ego tu sifat iblis. Nak jadi pemimpin yang baik, kena terima kritikan. Bukan spin cerita. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.