BODOHNYA MENTERI MULTIMEDIA.

 


Penyokong dan pemimpin Pas pelbagai peringkat nampaknya masih kenyang ‘dapat makan’ di bawah pentadbiran kerajaan Madani diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun pelbagai fitnah membadai.

Bukan sahaja Yang Dipertua Kawasan, Pemuda, Ameerah dan TikTokers Pas terus mengulit jawatan dalam Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM), malah pusat tahfiz kelolaan pemimpin utama parti pembangkang itu juga mendapat ruang di saluran TV AlHijrah.

Pagi tadi, stesen TV di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu mengetengahkan seorang wakil dari sebuah pusat tahfiz di Temerloh, Pahang.

Pihak pondok tersebut memohon sumbangan orang ramai menerusi program bual bicara, Assalamualaikum.Ustaz politik Pas masih bermaharajalela dalam kerajaan, mudah je masuk dan iklan dalam tv.

Penyokong dan pemimpin Pas pelbagai peringkat nampaknya masih kenyang ‘dapat makan’ di bawah pentadbiran kerajaan Madani diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun pelbagai fitnah membadai.

Bukan sahaja Yang Dipertua Kawasan, Pemuda, Ameerah dan TikTokers Pas terus mengulit jawatan dalam Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM), malah pusat tahfiz kelolaan pemimpin utama parti pembangkang itu juga mendapat ruang di saluran TV AlHijrah.


Pagi tadi, stesen TV di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu mengetengahkan seorang wakil dari sebuah pusat tahfiz di Temerloh, Pahang.

Pihak pondok tersebut memohon sumbangan orang ramai menerusi program bual bicara, Assalamualaikum

Semakan Harapan Daily mendapati Pengerusi Institut Tahfiz Thurath Al Banna iaitu Aire Roslan merupakan calon Perikatan Nasional (PN) bagi Parlimen Paya Besar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Aire Roslan, 41, juga adalah Timbalan Ketua Pemuda PN Pahang merangkap Ketua Pemuda Pas negeri.


Menerusi poster kempennya pada PRU15, turut terpampang info “Selebriti TV AlHijrah” dalam ruangan pekerjaan selain menjadi “Pendakwah Bebas sekitar Pahang dan Selangor”.

Sementara itu, penasihat institut tahfiz di Kuala Krau it, Ahmad Nafiri merupakan Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Pahang.

Penonjolan selebriti agama dan pemimpin Pas-PN di saluran TV dan radio Islam kendalian kerajaan masih berlaku walaupun Kerajaan Perpaduan telah lima bulan ditubuhkan.

Walaupun atas kapasiti sebagai “pendakwah bebas”, peminggiran tokoh agama dari Kerajaan Madani dibimbangi akan membantutkan iltizam Anwar untuk menyampaikan gagasan besar itu kepada segenap lapisan masyarakat.

Hal ini memandangkan rata-rata program yang diisi oleh penceramah yang juga pemimpin Pas terbabit tidak menyelitkan langsung gagasan ‘Malaysia Madani’ yang diumumkan Perdana Menteri pada 19 Januari lalu.

Sehubungan itu, banyak pihak terutama penyokong Kerajaan Perpaduan bimbang pengaruh pemimpin dan personaliti agama yang secara terbuka menyokong PN itu akan mengulang kejatuhan kerajaan PH pada tahun 2020 yang hanya mampu bertahan selama 22 bulan.

Dalam masa sama, penyokong PH juga khuatir kewujudan apa yang dipanggil deep state dalam Pejabat Perdana Menteri, Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) dan RTM yang mungkin secara diam sedang mensabotaj pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Desakan supaya pemimpin PH segera mencantas elemen deep state dalam kementerian, jabatan dan agensi kerajaan semakin ketara memandangkan banyak badai fitnah pembangkang dilihat lembab bahkan gagal diurus secara pantas dan berkesan oleh pihak berkaitan.


KEMANA HALA TUJU PAS KEDAH ?


 

KDN CUBA SOAL SIAT SIAT MAMAT NI. MANA DIA DAPAT MAKLUMAT NI. YANG AKU TAU SOAL TOLAK ANSUR DAN BINCANG IALAH MENGENAI TELAGA MINYAK DAN KAWASAN YANG BERTINDIH. NI KAITKAN ANWAR DENGAN ISRAEL MACAM DIA EGEN 007. KDN TAK KAN NAK PEJAM MATA ?


 

NI LAGI TAK BOLEH PAKAI. ANWAR ADA BUKTI MASA HANG JADI MENTERI KASA DULU. TUNGGU LA GILIRAN.


 

SAYA BUKAN ORANG YANG SANGGUP MENGANIAYAI ORANG LAIN. TAPI DOKUMEN DI KEMENTEDIAN KEWANGAN YANG ADA PADA SAYA SUNGGUH MENGEJUTKAN.


 

NAK KATA ANWAR KHIANAT ORANG MELAYU SEBAB TOLONG PETANI DAN PESAWAH ? MMMMM.,


 

KERAJAAN MANA YANG TUKAR DARI ROYALTI KE WANG EHSAN


 

TUGAS SIAPA ENTAH LAH..KALAU MENTERI MCMC...ORANG TAU DAH. KERJA TAK TAU BUAT. BODEK ANWAR PANDAI. KALAU KDN....PUN RAMAI JUGA DOK TEROPONG....DULU PRESTASI BAGUS...TAPI TAK KAN NAK TANGKAP JA KERJANYA...NAK KATA JKOM...DULU DULU PUN TAKAT JADI MODERATOR DAN KELUARKAN KENYATAAN ..JADI MADANI SUNGGUH LA.


 


MAJLIS BERBUKA DI KEDAH TU , DIA PUN TAU ORANG TAK AKAN JEMPUT DIA- NAK JEMPUT BUAT APA , JENIS TAK BOLEH BAWA MASUK MAJIS ORANG. RUSA MASUK KAMPUNG.....

 



Masa buat majlis berbuka rakyat Kedah di IDCC Shah Alam tu, dia ada jemput DS Anwar tak? MB Selangor Amirudin ada dijemput tak?

Aku rasa tak, sebab tu dia gunakan majlis tu dijadikan ceramah politik sambil cerita cita-cita nak tumbangkan Kerajaan Pusat.

Kalut apa Nusi oi! Hang sendiri pun dak jemput tuan rumah masa mai negeri orang. Kena tang sendiri hang teriak? Hang ikut rule mana? Guane boh?

Raja Gelap

 

BETUL. TUMPANG GEMBIRA

 

GAJI

Kawan2 geng Kerajaan, hari ni dah dapat gaji, sekali dengan bonus Raya. RM700 seorang.

Mak Ayah saya di kampung pun sama. Dapat pencen dan bonus raya, RM300 seorang. Alhamdullilah…

Itu benefit mana2 parti jadi Kerajaan. Mereka pegang kantung negara. Boleh ambil hati.

Ada yang geng swasta bunyi tak puas hati. Orang Kerajaan dapat bonus, kami macam mana?

Thing is, ada geng swasta dan GLC yang dapat bonus sampai 12 bulan. Paling busuk pun 2 bulan. Takat gaji mereka lebih tinggi. Kerajaan nak naik gaji ikut harga pasaran pun susah sekali.

Kalau kerja swasta yang susah dan B40 pula, dapat banyak kemudahan Kerajaan bagi. Termasuk untuk keluarga sekali.

Pada saya, anggaplah rezeki masing2. Jangan kita dengki. In sya Allah, untuk kita, rezeki lain Allah beri.

Saya kerja sendiri, bonus jauh sekali. Tapi saya diajar rezeki tu banyak bentuknya.

Dapat tengok kawan2 dan sedara mara kerja gomen, shopping dan makan sana sini, family pun happy. Kita pun tumpang gembira sekali.

~LM~

 

PADA DASARNYA AKU SETUJU. TAPI NANTI RAMAI YANG TAK MAU KERJA ..MELEPAK DARI MUDA SAMPAI TUA..

 




ZAINUDDIN OMAR

 

Ini saya sokong sepenuhnya.

72 negara terutamanya negara barat memberi unemployment benefits pada rakyatnya.

Di UK ianya dinamakan ‘dole’. Di Amerika namanya ‘unemployment compensation’.

Harap Kerajaan Madani boleh luluskan dalam Supplementary Budget next sitting Parlimen.

***************

Parti Sosialis Malaysia (PSM) menggesa kerajaan melaksanakan skim bantuan kewangan kepada warga emas yang tidak mempunyai pencen.

Mereka menyarankan warga emas berumur 65 tahun ke atas diberikan elaun bulanan RM500 sehingga meninggal dunia.

Pengerusi PSM Michael Jeyakumar berkata kerajaan mampu melaksanakan skim ini kerana ia hanya memerlukan kos tahunan RM10.8 billion.

“Belanjawan kita untuk 2023 hampir RM390 billion.

“Skim ini kurang daripada tiga peratus daripada keseluruhan belanjawan,” kata Jeyakumar dalam sidang media berkaitan kempen itu di Kuala Lumpur hari ini.

 

 

DIA KATA ...DIA TAK TERLIBAT- TAPI PESALAH KATA DIA TERLIBAT- OOOOOO.....BAWA KE MAHKAMAH NANTI TAHU LA YA...



AHMAD SHAHRIL SHAHRIL




 

WIBAWA KA , JANA WIBAWA ? ATAU MEMBAWA SESUATU YANG HILANG


 

LAPAQ- DALAM BANYAK BANYAK LAPAQ, LAPAQ NI PALING BAHAYA..

 


AHMAD ALBAB

Dalam ramai-ramai MB. Sanusi MB paling popular di media sosial, sebab hobi beliau suka buat benda pelik untuk tarik pertian orang. Pendek kata beliau lapar perhatian .



Raya Highway PLUS tidak mampu tampung kenderaan




NORMAN RADZUAN


Risiko sakit jantung

Raya Highway PLUS tidak mampu tampung kenderaan

KERAJAAN SEGERAKAN HIGHWAY BARU

Keseronokan Hari Raya bermula perjalanan pulang ke kampung. Kesesakan perkara biasa dan adakalanya menyeronokkan… baru ada ‘feel’ pulang berhari raya. Tapi jika perjalanan mengambil masa yg terlalu lama ia sgt meletihkan.

Tahukah anda seorang penyabar pun ketika kesesakan lalu lintas boleh bertukar jika stres dan tertekan dalam tempoh masa yg panjang.

Menurut doktor pakar Dr M. Singaravelo, pemandu akn berasa tertekan dgn pemandu dan penumpang lain yg menggunakan jalan raya sehingga menjadikan pemikiran lebih negatif dan mudah marah.

Rasa geram, marah dan tertekan akan memberi salah satu faktor besar dan berlaku Stress berlarutan atau kronik akan meningkatkan risiko penyakit jantung.

Ia merangsang penyakit tekanan darah, dinding saluran darah menebal, merangsang mendapan lemak dan sel darah beku pada dinding saluran darah. Tak hairan ramai yg terkena penyakit jantung di negara ini.

——————————————————————————

Sepatutnya pembangkang menjadi check and balance kpd kerajaan hendaklah mencadangkan dlm belanjaan utk kemudahan infrastruktur kepentingan rakyat.

Yang sgt penting bukan sahaja kemudahan tetapi utk pembangunan ekonomi yg perlu dilakukan segera ialah menyelesaikan masalah Lebuh Raya Utara Selatan dan Pantai Timur.

Bukannya pembangkang sibuk mengkafirkan org Islam lain, susunan gigi Rafizi tak teratur, hasut rakyat habis wang KWSP dan isu2 yg hanya menbodohkan rakyat.

Saya masih ingat waktu bekerja dahulu, wartawan saya ada yg ambil masa 18-20 jam utk tiba ke destinasi kampung mereka di Kota Bharu dari Lembah Klang. Itu cerita 15 tahun dahulu dan sekarang tentulah semakin teruk dan perjalanan selalunya malam bertemu malam.

Saya juga sejak tinggal di Lembah Klang sudah 5 kali pulang ke Perak. Pada minggu biasa pun highway PLUS sudah tidak mampu menampung kenderaan apatah menjelang perayaan. Highway 2 lorong Plus Highway sudah tidak relevan dan ketinggalan zaman.

Apa solusinya?

1) Pengalaman ke Johor Bharu 3 bulan lepas perjalanan yg mengambil masa 6-7 jam kerana kesesakan… saya rasa Kerajaan mesti mencadangkan segera pembinaa Lebuh Raya baru dari Skudai menembusi Lebuh Raya KASEH ( Kajang Seremban )

Ini kerana Lebuh Raya KASEH tidak ramai menggunakannya berbeza laluan Plus Highway. Jika pembinaan lebuh raya baru dari Seremban ke Skudai ia mampu mengatasi kesesakan Hihgway Plus ke Selatan untuk tempoh 30 tahun mendatang. Malah ia mampu mengembalikan semula perjalanan 3 jam dari KL ke JB.

2) Segera siapkan Lebuh Raya Pantai Barat (Taiping ke Banting). Masalah utama skg yg membuatkan ramai tidak mahu menggunakan Lebuh Raya ‘setengah masak’ itu apabila terpaksa memasuki kesesakkan melampau Kuala Selangor, Tg Karang dan Sekinchan.

Begitu juga segerakan perjalanan Bruas ke Taiping yg membuatkan ramai pengguna tidak berminat utk menggunakan Lebuh Raya tersebut sebagai alternatif ke Utara.

Yg lebih penting PLUS kena bersedia dari skg utk membina lorong 8 laluan dari Taiping ke PP utk mengelakkan limpahan kenderaan yg pengguna PLUS Highway dan Pantai Barat Highway bertembung di laluan tersebut.

Perancangan ini patut menjadi keutamaan kpd kerajaan utk ekonomi pelancongan dan kemudahan serta keselesaan rakyat atas urusan keluarga dan perniagaan.

Ketika ini 21 juta kenderaan aktif di negara ini. Jika kita tiada perancangan segera kita akan mengalami kesesakan yg di luar kawalan menjelang 2030.

 

KUTIP SAMPAI LICIN

 

ZAINUDDIN OMAR





Kutip semua yang terlibat.

Bertahun-tahun mereka duduk di lubuk sana.

Setiausaha sulit adalah penjawat awam yang bertugas berzaman di kerusi sama.

Setiausaha politik baru lantikan politik dari menteri.

*************

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai kanan Menteri Sumber Manusia V Sivakumar.

Kali ini tangkapan berkenaan dibuat ke atas setiausaha sulit menteri terbabit.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan tangkapan itu kepada Malaysiakini sebentar tadi.

"Ya, seorang pegawai ditahan dan direman tapi saya tak pasti (buat masa ini) berapa hari," katanya.

Azam bagaimanapun tidak memberitahu berapa lama suspek terbabit direman.

Penahanan terbaru hari ini menjadikan sudah ada dua pegawai kanan ahli parlimen Batu Gajah itu disiasat agensi penguat kuasa berkenaan.

Semalam SPRM menahan seorang pegawai kanan Sivakumar, selain seorang ahli peniaga dari Ipoh berkaitan dengan dakwaan rasuah yang melibatkan sebuah agensi pengambilan pekerja asing.

Difahamkan siasatan SPRM bertumpu kepada individu lain dalam kementerian dan agensi berkaitannya.

Sivakumar kemudian berkata dia tidak dapat memberikan sebarang komen lanjut kerana kes berkenaan sedang disiasat.

"Saya dan Kementerian Sumber Manusia akan memberi kerjasama penuh kepada agensi siasatan sekiranya diperlukan," katanya

Malaysiakini difahamkan, siasatan itu melibatkan kes rasuah bernilai RM97 juta.




IKTIBAR DARIPADA PENAHANAN DUA PEGAWAI KANAN MENTERI OLEH SPRM

 

Dua pegawai kanan Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar telah ditahan dan kini sedang direman oleh pihak SPRM.

Siasatan ke atas mereka adalah berkaitan penubuhan sebuah agensi pengambilan pekerja asing untuk mendapatkan kelulusan daripada kementerian yang mana mereka dikatakan mempunyai konflik kepentingan dengannya.

Dikatakan juga pembabitan dua pegawai berkenaan melibatkan rasuah yang dianggatkan berjumlah RM97 juta.

Penahanan dua pegawqi terbabit dalam tempoh tidak sampai enam bulan kerajaan perpaduan bertunjangkan Malaysia Madani yang disertai dengan penegasan berkali-kali oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim untuk memerangi rasuah, sudah tentu sesuatu yang amat mengejutkan.

Bagaimanapun, sekurang-kurangnya tiga petunjuk dapat diambil daripada penahanan tersebut:-

Pertama, ia membuktikan arahan Anwar kepada SPRM untuk memerangi rasuah tidak memilih bulu dan tidak kenal sama ada kawan atau lawan.

Siapa juga yang didapati melakukan kesalahan, tiada pintu selamat untuk mereka menyelamatkan diri.

Tidak kira ianya lawan yang sebelum ini menguasai kerajaan atau kawan yang sekarang sama-sama mentadbir kerajaan, mereka tidak akan terlepas daripada teropong SPRM jika terbabit dengan rasuah.

Ini adalah sesuatu yang boleh dipuji, dibangga dan diberi penghargaan.

Malah diharapkan SPRM terus melipatgandakan lagi usaha memerangi rasuah di peringkat tertinggi kerajaan sebagaimana dilakukan terhadap dua pegawai kanan di Kementerian Sumber Manusia ini.

Kedua, penahanan berkaitan kes rasuah dalam tempoh tidak sampai enam bulan kerajaan perpaduan ditubuh dengan sendirinya menunjukkan masih ada mereka yang berada dalam kerajaan tidak memiliki jiwa membenci rasuah seperti Anwar.

Mereka nampaknya tidak takut melakukan rasuah dan lebih cenderung menurut hawa nafsu dalam tugas yang diamanahkan.

Sepatutnya apabila Najib Razak, bekas Perdana Menteri pun boleh dipenjara kerana rasuah, ia menjadi pengajaran kepada orang biasa, ikan bilis atau ikan kembung yang berada di anjung kuasa untuk menjauhi perbuatan jijik itu.

Ini juga bermakna, Anwar dan seluruh menteri kabinet harus melipatgandakan lagi usaha memberi kesedaran dan usaha memerangi amalan rasuah dalam kerajaan dan juga negara.

Ketiga, penahanan dua pegawai kanan menteri itu hendaklah menjadi peringatan kepada semua pegawai dan kakitangan menteri-menteri lain agar jangan sesekali mendekati rasuah.

Bukan lagi rahsia bahawa pegawai di sekeliling menterilah yang paling terdedah kepada amalan rasuah kerana mereka kerap berurusan dengan ahli perniagaan yang mencari projek, selain senarai projek-projek itu sendiri selalunya memang terbentang di depan mata mereka.

Kalau gelap mata, tamak, tidak amanah dan ingin kaya cepat, di samping tidak kuat iman, pasti mudah terjebak dengan kejahatan itu.

Tidak sedikit selama ini ramai pegawai menteri yang kaya dan mewah kehidupan mereka.

Tetapi, dengan tindakan SPRM terhadap dua pegawai V Sivakumar ini, semua pegawai-pegawai menteri bukan saja harus berhati-hari, bahkan sebaiknya berhenti segera daripada ada keinginan untuk melakukan rasuah.

Di bawah kepimpinan Anwar, isyarat yang jelas ialah, tiada kompromi terhadap sesiapa jua yang didapati terbabit rasuah.

Mereka hendaklah bekerja dengan jujur dan amanah demi rakyat, bukan demi poket sendiri. – ShahbudinHusin 15/04/2023.



HADI AWANG MEREPEK LAGI


EKORAN 33 BULAN CINA JADI BUMIPUTELA

May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎Loy Slnar Langgan rolιtικ Kerajaan berisiko diambil alih bangsa lain Hadi Awang oleh RAIHAM MOHD SANUSI 14 April 2023 05:40pm Masa membaca: 2 minit Abdul Hadi Awang Minda Presiden PAS ISLAM BOLEH MENYATUKAN MELAYU Rumpun Melayu dalam daripada berbad bangsar قا 1 فارتَ YSIA (PAS) Thailand. terluas Lombok, Sulawes Amanullah Manil menunjukkan petuniuk bersama bangsa darip penting darpada sahaja. betul, tuberakal sihat. Bukannya perut dengan kemudahan dengan keperlua Tangkap layar catatan Minda Presiden Pas di Facebook Abdu Hadi pada Jumaat.‎"‎‎
All reactio
19


BILA HILANG JAWATANG DAN GAJI BUTA


Apa lagi orang tua ni merepek? Tiba2 je pulak kerajaan berisiko diambil alih bangsa lain. Semenjak merdeka, pernah ke kerajaan ini cuba diambil alih oleh bangsa lain? Bangsa lain dlm negara ini pun tidak pernah terfikir atau bercakap soal ini, tiba2 orang tua kaki ponteng parlimen ini pulak yang mandai2.

Sebelum ini, bangsa melayu Islam yg memimpin negara ini. Baik sangatkah? Bahkan, MP melayu Islam paling ramai ponteng parlimen. Tidak takut ke bangsa lain kuasai parlimen kalau kamu kaki ponteng?

Alhamdulillah, negara kita masih ada pemimpin melayu Islam yang berintegriti dan mempunyai maruah serta jati diri. Masih ada pemimpin Islam yang tidak rasuah bahkan melawan rasuah. Kita dipinjamkan seorang pemimpin melayu Islam yang memiliki roh Islam dan bekerja kuat membina semula negara ini setelah dirosakkan oleh pemimpin yang naik melalui pengkhianatan sebelum ini.

Itulah pemimpin Malaysia Madani.

WFAUZDIN NS

 

 

BEGINILAH- KENA JADI BIJAK BILA JADI PEMIMPIN.






IBRAHIM MAT ISA


Alhamdulillah. Hubungan Negeri dengan Pusat wajar diberikan sokongan walau berbeza bendera demi rakyat.

Yang bertongkat itu tak perlulah menulis perkara negatif setiap minggu minda cabuk yang hanya untuk api-apikan permusuhan di kalangan rakyat bawahan. Kesianilah rakyat!

 


DENGAR DENGAR CERITANYA- TAK ADA ANGIN TAKKAN POKOK BERGOYANG


PH MALAYSIA

AURORA 69


PANAS

Dengar cerita orang kanan Hilman Idham, iaitu Setiausaha Politik kepada Azmin Ali telah ditahan Polis?

Dikhabarkan melibatkan Kes Tipu

Bayaran Program Oleh Team RO

BSJKD Shah Alam, berjumlah RM

533,440.00..




 

APAKAH AMARAN KIT SIANG BERMAKSUD DAP AKAN KELUAR KERAJAAN JIKA NAJIB DIBEBASKAN?


 Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang memberi amaran bahawa kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim boleh runtuh sekiranya bekas Perdana Menteri, Najib Razak dibebaskan melalui pengampunan diraja.

Menjelaskan pendapatnya itu, beliau melihat masalah yang dihadapi oleh kerajaan pimpinan Anwar ketika ini lebih bersifat dalaman daripada luaran.

“Saya fikir menjadi satu kesilapan untuk percaya bahawa UMNO hanya boleh kembali ke zaman kegemilangannya jika Najib dikeluarkan daripada penjara.

“Sebaliknya, saya percaya pengampunan Najib sama sekali tidak memberi keuntungan kepada UMNO, tetapi hanya akan menguntungkan Pas dan Bersatu, selain menyebabkan keruntuhan kerajaan perpaduan yang sedang dipimpin Anwar,” kata Kit Siang pada satu kenyataan hari ini.

Apakah yang dimaksudkan bekas Pengerusi DAP itu dan bagaimana kerajaan perpaduan boleh runtuh disebabkan bebasnya Najib?

Dengan Kit Siang mengatakan pembebasan Najib hanya akan menguntungkan Pas dan Bersatu, keruntuhan paling mudah yang dipercayai ramai boleh berlaku adalah disebabkan penolakan rakyat terhadap PH dalam PRU16 akan datang.

Berdasarkan sentimen majoriti rakyat yang tidak setuju dengan pembebasan Najib, membebaskan bekas Perdana Menteri yang terkait dengan skandal 1MDB serta belum pun setahun menjalani hukuman penjara daripada 12 tahun yang diterimanya, ia secara langsung bermakna PH tidak bertindak selari dengan keinginan rakyat.

Akibatnya, rakyat pasti akan menghukum PH kerana kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri dipercayai berperanan membantu pembebasan Najib itu.

Jika itu berlaku, sebagaimana disebut Kit Siang, Pas dan Bersatulah yang akan untung.

Keruntuhan itu tidak berlaku dalam waktu terdekat ini, sebaliknya pada PRU16 yang dijangka kira-kira empat tahun lagi.

Tetapi, apabila Kit Siang memberi amaran terbuka bahawa pembebasan Najib akan menyebabkan keruntuhan kerajaan, secara tersirat ia juga sebenarnya adalah isyarat bahawa DAP tidak setuju dan menentang perkara itu.

Dalam pembentukan kerajaan perpaduan ini, sementara PH mempunyai 82 kerusi, 40 daripada adalah milik DAP.

Ini bermakna, daripada jumlah 148 sokongan Ahli Parlimen yang dimiliki kerajaan perpaduan sekarang, ia akan runtuh jika DAP bertindak keluar disebabkan tidak setuju dengan pengampunan terhadap Najib.

Adalah jelas bahawa DAP lebih bahaya daripada UMNO dan BN yang mempunyai 30 Ahli Parlimen yang mana baru-baru ini MT UMNO memutuskan untuk menghantar memorandum kepada Istana Negara bagi pembebasan Najib.

Adakah ini bermakna Kit Siang sebenarnya sedang memberi amaran kepada Anwar tentang bahaya yang bakal menanti jika Najib dibebaskan? – ShahbudinHusin 15/04/2023.




33 BULAN CINA JADI BUMIPUTELA....

 


Dalam masa 33 bulan PN perintah ada cina jd bumiputera, lagi hebat, nasib baik 33 bulan saja.