Rakyat berhak persoal kepincangan pengurusan kewangan Tabung Haji


Dr-Ariffin-Omar-480x300
KUALA LUMPUR 31 JAN: Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Senator Dr Ariffin Omar hari ini menegaskan, rakyat khususnya pendeposit berhak mempersoal pengurusan kewangan Lembaga Tabung Haji, lebih-lebih lagi apabila wujud kepincangan ketara.
“Lembaga Tabung Haji adalah badan berkanun kerajaan. Salahkah kalau kita mahu ia diurus dengan baik?
“Orang DAP pun ada Melayu dan Islam, jadi di mana salahnya? Saya ahli DAP dan sebagai pencarum, adakah saya tidak berhak persoalkan ke mana dan bagaimana wang saya diurus?  Apa salahnya jika saya persoalkan?” katanya kepada Roketkini.
Baru-baru ini, Timbalan Bendahari Agong DAP, Nga Kor Ming mencadangkan supaya audit bebas dibuat untuk menjamin supaya wang simpanan lapan juta umat Islam di Tabung Haji, terjamin dan tidak terjejas.
Sebaliknya, Ketua UMNO Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee dengan nada perkauman sempit memberi amaran kepada DAP supaya tidak mencampuri urusan pengurusan kewangan Lembaga Tabung Haji sekalipun umum mengetahui institusi itu mengalami kerugian besar.
Kesal atas dakwaan yang mengaitkan DAP dengan sentimen perkauman semata-mata kerana membuat teguran,  Dr Ariffin yang menyifatkan tohmahan Syed Ali sebagai songsang, berkata, tindakan segera perlu diambil sebelum Tabung Haji menanggung kerugian lebih besar.
“Mengapa Syed Ali perlu mainkan isu perkauman? Saya pun, sebagai ahli DAP dan mencarum di Tabung Haji. DAP bukan parti kaum atau agama,” katanya kepada RoketKini.
Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa pula menuntut pentadbiran Tabung Haji supaya memberi penjelasan sama ada institusi berkenaan mampu membayar dividen dan bonus kepada pendeposit.
Beliau berkata, ia berikutan kecenderungan pentadbiran Tabung Haji menggunakan rizabnya untuk membayar dividen sejak 2012 menjejaskan paras simpanan pendeposit.
Terdahulu, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli mendedahkan nilai rizab terkumpul Tabung Haji menunjukkan nilai negatif dengan kerugian terkumpul lebih besar dari RM351 juta berdasarkan penyata laporan bagi tahun kewangan 31 Disember 2014 yang diaudit.
Ia bermakna, jika semua pendeposit Tabung Haji mahu mengambil kembali simpanan RM54.358 bilion, semua aset Tabung Haji tidak cukup untuk membayar simpanan dan kekurangan dana RM351 juta.

Tony Pua: Switzerland dedah skandal baru 1MDB RM16.8 bilion


tony-pua_1mdb_600_2
KUALA LUMPUR, 30 JAN: Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali digesa membantu pihak berkuasa Switzerland menyiasat dakwaan terbaru salah laku melibatkan sejumlah USD4 bilion yang melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ia berikutan permintaan rasmi Ketua Pendakwa Switzerland kepada Malaysia dalam siasatannya terhadap kemungkinan wujud pelanggaran undang-undang oleh firma milik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Mengikut laporan The Wall Street Journal hari ini, hasil siasatan pihak berkuasa Switzerland mendapati USD4 bilion atau sekitar RM16.8 bilion daripada syarikat Malaysia disalah guna, dengan sebahagiannya dipindah ke beberapa bank Swiss dari Malaysia dan Emiriyah Arab Bersatu.
Mengikut perjanjian antarabangsa, Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua pada kenyataan media hari ini,, berkata Peguam Negara perlu memberi kerjasama kepada pihak berkuasa Switzerland dalam siasatan mereka.
“Saya menyeru Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali memenuhi kewajipan Malaysia mengikut perjanjian antarabangsa memberi bantuan perundangan, bekerjasama dengan agensi penyiasat dengan membekal semua maklumat,” katanya.
Kata Pua, kerjasama yang bakal diberi Malaysia bukan sahaja dapat menyingkap dalang sebenar skandal terbesar itu tetapi juga mengubah tanggapan Peguam Negara bersikap berat sebelah sebelum ini.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu juga mencadangkan semua agensi penyiasatan di Malaysia turut memberi kerjasama mereka menjejak dalang sebenar skandal terbesar itu.
Beliau antara lain merujuk kepada Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), polis, Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dan meminta mereka menggandakan usaha untuk mendedahkan kebenaran skandal itu. -Roketkini.com

SIASATAN 1MDB: SWITZERLAND TEMUI KES SALAH LAKU LIBATKAN DANA RM4 BILION

Potong biasiswa tapi biarkan skandal rasuah berleluasa



30  Januari 2016zairil2 jpa


KUALA LUMPUR 29 JAN: Rakyat Malaysia tidak dapat menerima pemotongan peruntukan program biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ketika gejala rasuah dan skandal kewangan pemimpin utama kerajaan menjadi-jadi.
Sepatutnya, Jurucakap Parlimen DAP untuk Pendidikan, Sains dan Teknologi, Zairil Khir Johari , berkata Kerajaan UMNO BN mengurangkan ketirisan dan skandal kewangan, bukannya memotong peruntukan empat program biasiswa JPA antara 20 hingga 60 peratus.
“Berpuluh-puluh bilion ringgit dibazirkan melalui skandal kewangan seperti skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Zon Bebas Pelabuhan Klang, Forex Bank Negara dan lain-lain.
“Mengikut laporan badan pemerhati kewangan, Global Financial Integrity terbitan bulan lalu, Malaysia kehilangan USD48.25 bilion pada 2013 melalui aliran keluar wang haram berpunca dari pengelakan cukai, jenayah, rasuah dan aktiviti haram lain.
“Dengan memperkenal dasar perolehan lebih telus seperti tender terbuka, merombak monopoli tidak kompetitif dan mengurangkan amalan mencari sewa, simpanan kira-kira RM30 bilion atau lebih 10 peratus Bajet 2016 boleh dicapai,” katanya.
Beliau mengulas pemotongan peruntukan 20 hingga 60 peratus bagi empat program biasiswa iaitu program Biasiswa Nasional, program Khas Kejuruteraan, program Lepasan Bursari dan program Ijazah Pertama dalam Negara yang dibentang Perdana Menteri, semalam.
Program Biasiswa Nasional untuk pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terbaik dipotong daripada 50 kepada 20 orang, pemotongan 60 peratus dan program Khas Kejuruteraan dari 300 kepada 200 orang, iaitu pemotongan 33 peratus.
Selain itu, lebih 250 pelajar program Lepasan Bursari dan lebih 2,000 pelajar program Ijazah Pertama Dalam Negara akan ‘dikorbankan’ kerana peruntukan dikurangkan, masing-masing mengalami pemotongan antara 25 peratus dan 21 peratus.
“DAP mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kerajaan memotong peruntukan biasiswa kerana ia mengorbankan masa depan anak muda.
“Apabila RM500 juta boleh dibayar sebagai ‘komisen’ bagi pembelian kapal selam dan RM250 juta pinjaman mudah diberi atas dasar kronisme, ia mempersenda lebih 2,000 anak muda dengan potensi besar yang bekerja keras tapi dinafi peluang melanjutkan pelajaran,” katanya.
Selain mengurangkan amalan ketirisan dan skandal kewangan, Ahli Parlimen Bukit Bendera itu berkata, banyak program boleh dimansuh antaranya Jabatan Hal Ehwal Khas, Biro Tatanegara (BTN), TalentCorp dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). -Roketkini.com

UMNO berebut kuasa, rakyat Kedah diabai


steven sim

BUKIT MERTAJAM 29 JAN: UMNO khususnya di Kedah digesa supaya berhenti berlegar dalam lingkungan ‘siapa harus ditampuk kuasa’ ketika rakyat terpaksa berhadapan dengan keparahan ekonomi global mahupun tempatan.
Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong kesal kerana UMNO hanya peduli soal kuasa sedangkan rakyat negara ini terpaksa menyesuaikan diri dengan suasana ekonomi dunia yang tidak menentu untuk tahun-tahun berikutnya.
“Kedah dan semua rakyat Malaysia sedang bersedia menghadapi tahun yang mencabar. Ramai bimbang isu kerja, apatah lagi selepas menteri mengakui pemberhentian tetap berlaku hingga 2017.
“Peningkatan kos sara hidup, penyusutan keuntungan kerajaan ekoran kejatuhan harga minyak, pengurangan perbelanjaan kerajaan serta cukai baru adalah faktor cabaran ekonomi mega untuk setiap rakyat.
“Namun, di tengah-tengah cabaran itu. UMNO hanya tahu tentang perebutan kuasa,” katanya mengulas peristiwa kehadiran tiga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) ke mesyuarat mingguan yang dipengerusi Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir Rabu lalu.
Memetik artikel 41 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah, Steven Sim berkata, mesyuarat Exco memerlukan sekurang-kurangnya kehadiran empat Exco selain anggota yang mempengerusikannya untuk membenarkan sesuatu mesyuarat itu berlangsung.
“Perkembangan itu menunjukkan krisis Menteri Besar di Kedah semakin parah. Dengan kelumpuhan Exco, cabang eksekutif di negeri itu tidak dapat berfungsi langsung. Dengan kata lain, tidak ada lagi pentadbiran di negeri itu,” katanya.
Menegaskan pertelingkahan dalaman parti itu pasti akan membahayakan Kedah, Steven Sim menggesa Mukhriz dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak bertindak segera bagi memperbaiki situasi di negeri itu, sekaligus mengembalikan keadaan sedia kala.
Suasana politik di Kedah meruncing sejak minggu lalu apabila barisan kepimpinan UMNO negeri itu secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah. -Roketkini.com

RAKYAT PRO MUKHRIZ BERHIMPUN TOLAK MB KEDAH BAHARU

MENGAPA PEGUAM NEGARA SEKAT SPRM DAPATKAN PENYATA RM2.6 B?

Keputusan Apandi bebas Najib, apa pendirian Hadi?



hadi awang apandi
KUALA LUMPUR 29 JAN: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mempersoal pendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung keputusan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali membebaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari skandal kewangannya.
Katanya, soalan itu relevan ekoran Hadi satu-satunya pemimpin pembangkang yang memberi sokongan tidak terhingga kepada Najib sebelum ini, malah mendapat pujian Najib kerana menyebelahinya berhubung skandal derma RM2.6 bilion dan RM42 juta dari SRC International.
“Bagi menyelesaikan isu itu, tindakan berani kedua-dua komuniti politik dan undang-undang atau kehakiman diperlukan, justeru penting mengetahui sama ada Hadi menyokong keputusan Apandi.
“Kita juga mahu tahu pendirian Hadi sama ada menyokong Peguam Negara ada ‘kuasa diktator’ bagi menjalankan ‘budi bicara mutlak’ melepaskan Najib dari sebarang salah laku atau tidak,” katanya.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu mengulas kenyataan Apandi yang mengisytihar tindakan mempersoal keputusan Peguam Negara bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan mana-mana panel ditubuhkan bagi tujuan itu menyalahi undang-undang.
Menentang keras kenyataan Apandi, beliau berkata, ia berlawanan dengan prinsip undang-undang asas yang diucap Pemangku Ketua Hakim Malaya ketika itu, Raja Azlan Shah dalam kes Sri Lempah tahun 1979 iaitu:
“Setiap kuasa di sisi undang-undang mesti mempunyai had dan batasannya di sisi undang-undang, jika tidak akan menyebabkan pemerintahan diktator. Secara khususnya, ia adalah satu keperluan ketat yang mengikut budi bicara yang perlu dilaksanakan untuk tujuan yang betul, dan ia tidak boleh dijalankan secara tidak munasabah. Dalam erti kata lain, setiap budi bicara tidak boleh bebas dari kekangan undang-undang; dan jika ia salah dilaksanakan, adalah menjadi tugas mahkamah untuk campur tangan.”
Kata Kit Siang, sistem keadilan dan kedaulatan undang-undang mendapat perhatian serius pelbagai pihak dalam negara mahupun masyarakat antarabangsa membabitkan tujuh negara yang mahu siasatan bebas dibuat ke atas Najib berikutan keputusan Apandi itu.
“Adakah Malaysia ada dua diktator – Perdana Menteri hasil dari Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara dan Peguam Negara yang mendakwa ada ‘budi bicara mutlak’ ala-Apandi?” katanya pada kenyataan media, hari ini.
Namun, Kit Siang berkata masih ada harapan buat rakyat apabila beberapa bekas hakim Mahkamah Persekutuan dan Rayuan, juga pakar undang-undang utama dan peguam di Malaysia, bersedia mencabar doktrin ‘jijik’ yang dibawa Apandi.
Katanya, bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan bersetuju tidak wujud kuasa mutlak dalam sistem demokrasi dan budi bicara Peguam Negara perlu dijalankan secara munasabah selepas mengambil kira seluruh faktor. -Roketkini.com

MENGAPA TIDAK UBAHSUAI BAJET RM8.5 BILION JPM – AMANAH

Peguam Negara tiada kuasa tutup kes –Gobind Singh


gobind singh deo
KUALA LUMPUR, 29 JAN: Peguam Negara tiada kuasa mengikut Perlembagaan Persekutuan untuk mengarahkan mana-mana kertas siasatan termasuk kes skandal derma RM2.6 bilion membabit Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ditutup.
Justeru, Ketua Biro Undang-undang DAP, Gobind Singh Deo, berkata sebarang siasatan terhadap skandal berkaitan derma ke akaun peribadi Perdana Menteri itu, sepatutnya boleh diteruskan.
“Merujuk Artikel 145 (3), Peguam Negara diberi kuasa untuk memulakan, menjalankan atau menghentikan prosiding jenayah. Ia tak nyatakan sebarang kuasa kepada Peguam Negara untuk tutup kes.
“Perlembagaan Persekutuan tidak memberi kuasa kepada Apandi sebagai Peguam Negara untuk menutup kes,” kata Ahli Parlimen Puchong itu yang juga seorang peguam ketika dihubungi Roketkini, hari ini.
Kata Gobind, semua kes perlu sentiasa dibuka dan pendakwaan boleh membukanya semula pada mana-mana peringkat jika berasa perlu berbuat demikian terutama apabila bukti baru diperoleh.
“Seseorang itu hanya dilindungi jika ia dibebaskan di bawah Perkara 7 Perlembagaan Persekutuan berhubung kes yang serupa,” katanya.
Apandi pada 26 Januari lalu membuat kenyataan bahawa Najib tidak melakukan apa-apa kesalahan berhubung dua skandal kewangan melibatkan sumbangan derma RM2.6 bilion dan kes SRC International Sdn Bhd hingga membangkitkan kemarahan ramai.
Apatah lagi, tersebar berita Apandi dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji yang kini berdepan kemelut kewangan akibat paras negatif rizab institusi itu sejurus selepas keputusan kontroversi itu dibuat. -Roketkini.com

KES RASUAH SCORPENE AKHIRNYA MASUK MAHKAMAH PERANCIS