JANGAN KISAH KALAU "KATAK" BERCAKAP.KALAU PEGUAM NDAK DUIT, RASANYA PEGUAM NI KAYA RAYA DARI HANG BRAHIM OIIII

  • 1.Di awal reformasi 1998...inilah orangnya yang bodek mahathir sehingga diberikan jawatan ketika itu. Kalau ketika itu di sebut al kataki rasanya pelayar internet kenal orangnya
  • 2. Kemudian berkokok ikut sedap pemimpin mana yang nak bagi peluang dapat jawatan
  • 3. Menang atas ihsan menggunakan tiket PAS, belum tentu boleh menang kalau guna tiket bebas
  •  .Aku bagi 3 sebab pendek ini sudah lah.Aku rasa rakyat Malysia punmeluat manusia ni.

Meluat.itulah luahan rasa hati rakyat apabila mendengar akan percakapan yang datang dari perut yang busuk sejak berdekat lamanya.Setelah mendapat kemenangan atas ihsan parti lain, kini , dengan mendabik dada dia cuba menjadi jagoan dengan mengtutuk orang lain sesuka hatinya.Ramai yang mendoakan nya mampus secepat mungkin diketika dia sedang sakit tenat..namun umurnya masih panjang untuk menjadi pelokon yang sanggup menjual harga diri demi mendapat nama dan jawatan.Jika sultan Kelantan sendiri menarik gelaran yang diberikan...apa lah nak dikata lagi selain dari mendongak kelangit dan meludah ke muka sendiri.

Aku pasti sangat Datuk Yusof akan mengeluarkan kenytaan sedikit masa lagi...sebab manusia yang bernama brahim tak boleh pakai........




  • Ibrahim: Anwar guna isu Mohd Yusof demi politik
  • NONEdikemaskini 6.05pm Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata isu bekas Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abidin mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah hari ini akan digunakan untuk kepentingan politik ketua umum PKR itu.

CERAMAH BEKAS PEGAWAI POLIS







APAKAH TERCAPAINYA MATLAMAT MENAWAN PUTRAJAYA?ATAU SEBUAH MIMPI......


 OLEH: RONASINA



Sudah tiga minggu perhimpunan BERSIH 3.0 berlalu, sebuah perhimpunan yang menuntut agar Pilihanraya Umum dijalankan dengan bersih dan telus.  Ketakutan pemerintah dengan kebangkitan hampir 300 ribu rakyat memenuhi jalan-jalan dan lorong di ibu kota daripada diketahui umum khususnya pengundi atas pagar segera ditangkis dengan mengalih isu kepada keganasan demonstran yang mencetuskan ketegangan awam.  Media dan segala jentera digunakan bagi menggambarkan betapa jahatnya perhimpunan ini yang kemudiannya dikaitkan pula semua ini adalah agenda rakus Pakatan Rakyat.

Tidak cukup itu, cubaan memperkakaskan Majlis Fatwa pula dilakukan dengan menjatuhkan hukum haram menyertai perhimpunan sebegini.  Heboh-heboh perdebatan di antara pemerintah yang menuduh Pakatan Rakyat cuba menggulingkan kerajaan dengan cara rusuhan dan Pakatan Rakyat pula membalas hujah tersebut berlarutan lamanya.  Paling celaka apabila Anwar Ibrahim dan Azmin Ali tiba-tiba menjadi panas namanya kerana kononnya merekalah penganjur segala bentuk keganasan pada hari itu.  Jawatankuasa penganjur seperti Ambiga pula terus diburukkan imejnya sehingga hari ini dan terus diganggu keselesaan hidup sehingga sampai ke halaman rumahnya.

Saya bukan hendak mengulas tentang kisah semua ini akan tetapi saya berasa gusar apabila semua heboh-heboh ini telah menyebabkan matlamat perjuangan lapan tuntutan BERSIH 3.0 ditunaikan telah tersasar.  Pakatan Rakyat telah membuang masa yang sangat berharga dek kerana sibuk melayan kerenah badut-badut upahan yang membuat cerita lucah, menonggeng dan menfitnah.  Sepatutnya perjuangan menuntut lapan perkara yang digariskan di dalam BERSIH 3.0 ini diteruskan dengan konsisten.  Ditambah pula lagi baru-baru ini tersebar berita yang Pilihanraya Umum akan diadakan pada bulan Jun.

Maka dengarnya parti-parti Pakatan Rakyat sudah mula bermesyuarat untuk bersiap sedia menghadapi pilihanraya tersebut.  Inilah persoalan yang bermain di minda rakyat.  Bagaimana dengan perjuangan BERSIH 3.0?  Mengapa tiba-tiba hendak menyertai PRU sedangkan kerajaan Barisan Nasional dilihat tidak berminat untuk menunaikan lapan tuntutan tersebut?  Apakah Pakatan Rakyat mahu ditipu lagi dan apakah rakyat mahu juga mengundi dalam keadaan sudah terjamin kalah akibat penipuan yang dirancang rapi seperti apa yang telah berlaku pada pilihanraya sebelum ini?  Seriuskah sebenarnya Pakatan Rakyat hendak menakluki Putrajaya sedangkan perjuangan untuk memastikan pilihanraya adil dan telus pun hangat-hangat tahi ayam?  Itu belum lagi perjuangan yang lain seperti Mansuhkan ISA, perjuangan menentang PPSMI yang sepatutnya dimansuhkan tahun ini tetapi kerana protes yang lesu maka kerajaan masih boleh terus bernafas lega dan menyorokkan masalah ini di bawah karpet.
Yang dipukul teruk dalam perhimpunan BERSIH 3.0 adalah rakyat marhaen, yang ditangkap ISA sekarang juga marhaen yang tidak popular, apakah mereka ini terus dibiarkan?  Ada sesetengah pemerhati politik berpendapat perjuangan politikus hanyalah untuk menjadi Yang Berhormat sebenarnya dan bukanlah hendak memerintah sangat.  Asalkan kedudukan mereka selamat dan boleh cari makan.  Ini tanggapan yang tidak boleh diketepikan dengan begitu mudah kerana inilah yang disangkakan oleh rakyat pada hari ini.

Anak-anak muda dalam parti politik Pakatan Rakyat juga sepatutnya harus terus turun mendekati rakan sebaya mereka menerangkan risalah perjuangan, bukannya berpolitik dan melobi menjadi calon.  Agak mengecewakan juga apabila perjuangan mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka sebagai protes menentang PTPTN disambut dingin oleh anak-anak muda parti politik disebabkan tidak sebulu.  Kata anak-anak muda parti, mahasiswa ini berlagak dan mengkritik parti.  Seharusnya mereka mencari titik persamaan apatah lagi isu PTPTN ini isu anak muda.  Jika isu anak muda gagal disahut sendiri oleh anak-anak muda di dalam parti politik yang bercita-cita untuk memerintah, makanya apa sebenarnya obor perjuangan anak muda di dalam parti politik?


(NAK MELAWAN APA RONASINA...YANG DAH PINJAM DAN TENGAH BAYAR SEDANG MENGIRA JUMLAH YANG DIBAYAR.BAIK JAGA PERUT DAN BAWAH PERUT DARI MEMBERIKAN SOKONGAN KEPADA TUNTUTAN MEMBAYAR PTPTN...KATA MEREKA,..... GOLONGAN INI.....HANGPA PI LA KEDEPAN...KAMI SOKONG DARI JAUH...MALUNYA AKU JADI ANAK MUDA SEPERTI INI....SEDANGKAN PUNYA BERLAMBAK YANG TELAH BERUSIA HADIR BAGI MENUNTUT PEMERINTAHAN YANG BARU DAN ANAK MUDA PULA HANYA MELIHAT DARI JAUH. .. DAN YANG PALING SYAHDU PULA AKAN MENGATAKAN...KAMI SOKONG..KAMI SOKONG ..KAMI  SOKONG....DAN TAK  SEMESTINYA KAMI TURUT HADIR...UMPAMA MENANGGUK DI AIR KERUH, TIDAK MAHU BERUSAHA DAN MERASA MALU MENDAPAT FAEDAH DARI KEPERITAN ORANG LAIN.JIKA BEGINILAH ANAK MUDA...MAKA HILANGLAH APA YANG PERNAH DIUNGKAPKAN OLEH ALLAYARHAM SUKARNO......ANAK MUDA HARUS BERJUANG..BERANI MENGAMBIL RISIKO KERANA KEHORMATAN SEBAGAI MANUSIA)WRLR

Itu belum lagi golongan pencinta bahasa, budayawan dan golongan sebagainya yang terawang-awang berjuang dan masih gagal melihat "musuh" sebenar dalam kemelut ini.  Mereka lantang apabila isu bahasa dipinggirkan malah sekumpulan seniman juga pernah membuat persembahan protes menentang rampasan tanah kampung tradisional untuk tujuan pembinaan projek tetapi itu kerana salah seorang daripada seniman tersebut adalah penduduk asal kampung tersebut.  Dalam isu lain mereka membisu pula walhal mereka seharusnya sedar segala mehnah yang timbul pada hari ini baik isu bahasa, pencerobohan tanah, rasuah mahu pun penyelewengan kuasa atau segala bapa kejahatan di atas bumi Malaysia pada hari ini datangnya dari satu musuh sahaja iaitu sebuah kerajaan yang zalim.

Perjuangan mestilah berstrategi dan strategi mestilah ampuh mengepung dari semua sudut agar musuh bersama jenteranya dapat dilumpuhkan.  Strategi juga mestilah bijak dan kreatif.  Kalau kita hayati salah satu tuntutan tersebut ialah mahukan akses media yang bebas dan adil tetapi apa yang kita lihat media tetap terus menfitnah peserta perhimpunan dengan memberikan imej ganas dan jahat.  Jika akhbar dan stesen televisyen kroni percuma itu memanglah tidak dapat dinafikan tapi mengapa membiarkan stesen televisyen berbayar turut juga terlibat menfitnah?
Saya percaya sekurang-kurangnya 10% daripada 300 ribu orang peserta demonstran adalah pelanggan sebuah stesen televisyen berbayar.  Hari ini mereka terus membayar stesen itu untuk terus menfitnah mereka sendiri.  Bayangkan 10% daripada peserta perhimpunan BERSIH 3.0 ini (mungkin lebih daripada itu) memboikot dan menghentikan langganan apakah stesen televisyen berbayar ini tidak rasa tergugat dan akan berfikir lebih daripada sekali untuk melaporkan fakta yang salah pada lain kalinya?  Mengapa ini pun tidak mampu dilakukan?  Apakah susah untuk melakukan ini?  Apa kata buat sahaja yang ini dahulu sebelum melangkah berteriak dengan kuat.  Tidak ketinggalan zaman kita rasanya jika tiada benda-benda seperti itu.  Jangan biarkan musuh ada di dalam rumah kita sendiri.

Semua rakyat Malaysia, seniman dan budayawan, ahli politik, anak muda tidak kira di dalam atau di luar parti jika mahu melihat kerajaan yang zalim ini tumbang haruslah duduk bersama mencari titik persamaan agar Malaysia baru dapat ditegakkan.  Percayalah jika kita bersatu meneriakkan slogan "tunaikan lapan tuntutan" dengan lantang dan konsisten tanpa henti-henti segala tonggeng punggung, jual burger depan rumah orang, mengheret ibu ahli politik masuk televisyen akan gugur dengan sendirinya dan mimpi menakluki Putrajaya akan jelas dan memang nyata akan menjadi realiti!
*Ronasina dengan nama asalnya, Mohd Affandi Ramli adalah penulis, kartunis dan aktivis.

KERAJAAN PULAU PINANG PERUNTUKKAN 1.5 JUTA UNTUK WANITA PR.


SHAH ALAM 21 MEI : Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengucapkan tahniah dan syabas atas komitmen Wanita PR yang diterajui Wanita DAP, Muslimat PAS dan Wanita PKR dalam memperjuangkan hak rakyat.
Ucapan itu disampaikan beliau dalam Majlis Konvensyen Wanita Pakatan Rakyat (PR) kali ke-2 yang bertempat di Dewan Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Bandar Perda semalam.
“Syabas dan tahniah wanita PR yang berjaya membongkarkan kes NFC dan rasuah Menteri Wanita BN dan akibat kegagalan mewujudkan kepimpinan wanita cekap dan amanah oleh BN, maka pada hari ini mereka ketandusan pemimpin wanita sehingga jawatan Menteri Wanita di sandang oleh Perdana Menteri yang gender lelaki.
“Walaupun menghadapi dilema besar, BN masih tidak sedar dan masih berdegil melakukan anasir-anasir kotor dan keji dengan memanipulasikan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) demi kepentingan politik mereka,” tegas Guan Eng.
Beliau turut memberi kredit atas pilihan slogan ‘Bersama Bersihkan Malaysia’ yang diangkat sebagai tema konvensyen pada tahun ini dalam usaha menunjukkan keprihatinan wanita PR untuk menambah baik pilihanraya ke arah pilihanaraya yang bersih , bebas dan adil.
“Segala tuntutan rakyat mengenai kelemahan-kelemahan dan cadangan untuk penambahbaikan SPR harus dilaksanakan segera sebelum menjelang PRU 13.
“Tuntutan Bersih yang dipengerusikan oleh seorang wanita Datuk Ambiga Sreenevasan menunjukkan komitmen golongan wanita untuk pentadbiran negara dan mempertahankan hak rakyat,” ujar Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.
Dalam majlis yang sama, beliau turut mengumumkan pemberian dana sebanyak RM1.5 juta oleh Kerajaan Negeri untuk Penang Women Development Corporation(PWDC).
“PWDC ditubuhkan Wanita PR pada tahun ini khusus untuk berperanan melaksanakan agenda dan dasar-dasar demi pembangunan gender, keadilan gender dan sosial di peringkat negeri,” jelasnya.

TAK HABIS-HABIS LAGI NAK DAKWA ANWAR....RAMAI LAGI YANG HADIR....

 Kalau ya pun nak dakwa...rasanya ramai lagi yang kena dakwa.Hampir semua pimpinan Pakatan Rakyat hadir sama ada di negeri masing-masing atau pun di Kuala Lumpur.Jadi kesudahannya dakwa dan jatuh hukum.Wah senang betul ni, negara apa macam ini?..Rasa suka nak dakwa , dakwa, kalau tak suka sudah tentu kena dakwa lagi.alahai silap lagi tindakan ini.Setiap tindakan kerajaan dilihat hanya cuba mengenakan Anwar Ibrahim.Jadinya memang Anwar adalah musuh no 1 dalam negara ini.Musuh politik no 1 bagi Kerajaan Malaysia.......adoiiiii , rakyat dah  faham dan mula beredia untuk mengundi.




Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali akan didakwa esok berhubung perhimpunan BERSIH 3.0.
Satu kenyataan pejabat Azmin menyebut beliau menerima writ saman untuk hadir ke Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur atas dua pertuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Kanun Keseksaan.

Beliau diminta hadir ke Mahkamah pada jam 9 pagi esok.

Writ saman tersebut diterima oleh Hilman Idman yang merupakan pegawai Khas Azmin di Tingkat 1, Ibu Pejabat PKR Damansara.

UTHAYAKUMAR PATUT BERTANDING DI KAWASAN YANG TIDAK DIMENANGI CALON PAKATAN




Jika beliau bertanding dikawasan yang dimenangi calon Pakatan, ianya bukan sahaja menjadi calon pengacau dan patut di boikot.Tindakan ini bertentangan dengan hasrat memenangi pilihanraya akan datang.Malah hasrat bertanding satu melawan satu menentang Bn adalah hasrat Pakatan Rakyat dan impian rakyat  Beliau boleh sahaja bertanding dikawasan lain yang difikirkan sesuai....malah masih banyak yang belum di menangi oleh calon dari Pakatan Rakyat.
Hindraf calon Uthayakumar

Hindraf akan menawarkan ketuanya P Uthayakumar sebagai calon untuk pilihan raya akan datang.

Ketika dihubugi, Uthayakumar berkata beliau akan bertanding di dua kerusi – parlimen Kota Raja dan di DUN Sri Andalas.

Kawasan parlimen Kota Raja kini diwakili oleh Dr Siti Mariah Mahmud (PAS) manakala Sri Andalas oleh Dr Xavier Jayakumar (PKR).

"Jika saya menang, saya akan menjadi calon Hindraf pertama di parlimen dan DUN Selangor," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Katanya, beliau menawarkan platform untuk peluang sama rata, peluang naik taraf dan penghapusan rasisme oleh kerajaan dan sektor swasata.

Uthayakumar merupakan pemimpin utama perhimpunan Hindraf pada 2007 dan ditahan bawah ISA selama 514 hari berhubung peranan tersebut.

PIMPINAN PERSATUAN PEKERJA HARUS PUNYA KEBERANIAN





DAH MASUK JUAL BUKU BARU NAK CAKAP?...APA LA JAMIL KHIR.....

 
 Patutnya sebagai "imam besar" , Jamil Khir dah usaha sebelum kemasukkan dia ke Malaysia lagi.Hassan Jati patut faham dah soal ni. Tapi dok kalut hal lain.Hal nak minta Umno join PAS....Cakap ja tu..ingat PAS tak ingat kah peristiwa dahulu.Muzakarah ini macam berdebat la juga....Elok disiarkan secara langsung muzakarah Umno dan PAS ni.Biar rakyat sama-sama jadi hakim sebabnya rakyat nak mengundi...Umno atau PAS.
 
 
 
 
 
Irshad bercakap di sebuah forum terbuka di KLSCAH di Kuala Lumpur, 19 May 2012. — Gambar oleh Choo Choy May
ALOR SETAR, 20 Mei — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya segera menyiasat buku terbaru hasil tulisan seorang aktivis muslimah liberal, Irshad Manji. Katanya hasil pandangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, buku bertajuk “Islam, Liberty and Love” itu dipenuhi unsur penghinaan terhadap Islam.
Beliau berkata setakat ini, pihak berwajib termasuk KDN telah menjalankan siasatan dan membuat pemeriksaan di sekitar Kuala Lumpur serta Selangor namun kuasa untuk menyekat penjualan buku itu di negara ini terletak di tangan KDN.
“Di Kuala Lumpur, tempat-tempat yang dia (Irshad) pergi tu pihak-pihak bertanggungjawab sama ada di Kuala Lumpur ataupun di Selangor telah pun mengambil tindakan masing-masing,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya tindakan memeriksa sama ada buku itu ada dijual atau sebaliknya, perlu dilakukan kerana tidak mendapat kebenaran untuk dijual.
“Tindakan untuk pengharaman buku ni di bawah KDN. Kita (Jakim) boleh bagi pandangan kepada KDN dan berdasarkan daripada pengamatan awal kita, buku ini merupakan buku yang berbahaya kepada umat Islam, jadi kita akan panjangkan pandangan kepada KDN untuk buku ni diambil tindakan,” katanya.
Irshad, seorang pendukung lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) di peringkat antarabangsa, dikatakan masuk ke negara ini tiga hari lalu untuk melancarkan buku terbarunya itu.
Dia telah melancarkan buku terbarunya itu semalam dan pulang ke Kanada malam tadi.
Irshad pernah mengarang buku yang menimbulkan kemarahan umat Islam di dunia yang berjudul “The Problem With Islam Today” yang mengandungi idealisme yang sama dengan Salman Rushdie, penulis novel “The Satanic Verses”.
Sebelum ini, Jakim dan KDN menyekat sebarang program melibatkan wanita itu kerana ideologi yang dibawanya boleh memberi implikasi yang buruk terhadap umat Islam di negara ini.
Ideologi tersebut juga jelas bertentangan dengan kedudukan Malaysia sebagai negara Islam berdasarkan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan (Islam sebagai Agama Persekutuan), akta dan enakmen agama Islam negeri-negeri, undang-undang sivil dan norma masyarakat. — Bernama

DAHSYAT BETOI ANWAR IBRAHIM....DRAMA BARU PULAK DAH.






Hari ini aku terserempak dengan akhbar pengalas kaki keta ...utuseks..nama baru bagi akhbar Umprono tu.Baca punya baca..kali ni giliran Ghani pulak buat story..lain-lain semua dah buat story pasai Anwar Ibrahim ni...kini guna Ghani pulak dah...masuk pulak aku rasa kali ni...boleh bahagia 5 ka bg 6 ka...

Hairan juga aku....sebab orang umno ni boleh pula terimaberita-berita macam itu.Kali ini kononnya Anwar dok minta gambar budak baru habis belajar.Ishh terdesak sangat kah Anwar ni sampai tahap gaban macam tu?Aku ingat la, kalau Anwar ni nak buat kerja tu, paling dekat dia pi Singapore, kot takut,pi la cari di Siam nu....kalau la kata dia nak buat kerja tu....ishhh tak masuk akal dibuatnya.

Tapi setahu aku dan semua yang lain...Najib dan Bn sedang takut menghadapi gelombang kebangkitan rakyat yang sedang menunggu untuk membuang undi.Jika Tuhan nak izinkan, Insyallah boleh memerintah ....setakat ini 97 kerusi telah disahkan berpihak kepada PAKATAN RAKYAT...

Dan perlu diingatkan Anwar juga bukan calang-calang manusia yang berani menentang Mahathir....Siapa pula Njib dan Muhyiddin?...anak didik Anwar dulunya.....dan sekiranya ditambah dengan yang mahu melompat dari Sabah, dan Sarawak, kuasa Bn memang tidak ada lagi.....Inilah yang ditakuti musuh-musuhnya....Umno...dan manusia bernama Anwar ini, tidak pula mudah mengalah..jadinya Kerajaan sedang menentang seorang manusia bernama Anwar Ibrahim.

WRLR

Isteri Bekas Tahanan ISA Terima Anugerah


SHAH ALAM, 19 MEI : Walaupun suaminya menjadi mangsa kekejaman Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Nor Laila Osman setia dan sabar menuntut kebebasan suaminya  Mat Sah Mohd Satray yang ditahan selama lapan tahun.
Penerima Anugerah Isteri Setia ini merupakan seorang guru di sebuah sekolah swasta dan juga aktivis Gerakan Mansuh ISA (GMI) yang berjuang mencari jalan bagi membebaskan suaminya sejak 2002 hingga 2009.
Nor Laila berkata, walaupun suaminya  dibebaskan namun dia akan terus bersama GMI untuk menerangkan kepada seluruh rakyat tentang akta tersebut.
“Saya tidak akan berhenti daripada terus menyebarkan maklumat mengenai kekejaman ISA ini,” katanya ketika memberikan ucapan.
Anugerah ini merupakan penghargaan daripada AMALNITA yang bernaung di bawah Yayasan Amal Malaysia (AMAL) dan disampaikan oleh Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali bersama Presiden AMAL, Husin Ismail pada Majlis Pelancaran AMALNITA di Kompleks PKNS pagi ini.
Selain pelancaran AMALNITA, majlis hari ini juga turut mengumpulkan sukarelawan untuk kerja-kerja kemasyarakatan serta misi bantuan kemanusiaan akan datang.
Selain Nor Laila, seorang warga emas Raden Siti Bahja Munir,73, turut menerima Anugerah Siti Khadijah di atas sumbangan selama 37 tahun meneruskan kerja dakwah dan kemasyarakatan.
Beliau melibatkan diri dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM) dan banyak menginfakkan harta untuk kerja-kerja amal sejak tahun 1975 sehingga kini.
Bagi Anugerah Ibu Berjasa, penerimanya adalah Siti Habsah Zakaria, 52, yang mengidap kanser payudara tahap ketiga.
Wanita gigih ini membesarkan empat orang anak termasuk seorang anak Orang Kurang Upaya (OKU) selepas suaminya meninggal dunia semasa anak-anaknya masih kecil.

Mahasiswa Dakwa Dipukul Dengan Pistol Oleh Polis


KUALA LUMPUR, 19 MEI : Seorang penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mendakwa diserang dan dipukul anggota polis dengan menggunakan pistol pada 28 April lalu ketika demonstrasi aman BERSIH 3.0.
Mangsa berkenaan Mohd Saufi Othman menjelaskan akibat daripada serangan tersebut kini masih berbekas di tubuhnya.
Menceritakan detik serangan itu, Mohd Saufi berkata, ia berlaku sekitar jam 5 petang dihadapan OCBC Bank berhampiran Masjid Jamek.
Beliau mendakwa dipukul secara beramai-ramai  oleh anggota polis yang memakai uniform dan tidak mempunyai nombor.
“Saya dipijak dan ditumbuk hingga jatuh tetapi kemudian dibantu seorang yang ada berdekatan untuk bangun semula.
“Tetapi bila bangun dengan lagi ramai polis datang memukul dengan gari dan pistol  serta diheret ke kawasan belakang. Saya kena dengan lebih teruk di mana anggota polis menumbuk saya secara berganti. Hidung saya berdarah teruk, bahagian kiri muka luka, tangan saya pun dan dada saya masih ada lebam kerana pistol itu,” katanya sambil menunjukkan bahagian tubuhnya yang cedera itu.
Mohd Saufi adalah salah seorang daripada kira-kira 17 orang mangsa BERSIH 3.0 yang hadir dalam sidang media di Dewan Perhimpunan Cina di sini hari ini.
Seorang lagi peserta, Mohd Najib Rahim, 27, dari Kajang berkata, bahagian kepalanya mengalami retak akibat diserang dan dipukul sekumpulan polis pada hari berkenaan.
Dakwanya, insiden di Masjid India berlaku kerana provokasi  polis sendiri biarpun dia mahu memberikan kerjasama dalam perkara tersebut.
“Polis serbu dalam masjid di mana saya lihat ada seorang tua terkena (pukul) dan saya cuba menyelamatkannya. Saya cuba bekerjasama dengan anggota polis tetapi lain yang terjadi apabila baju BERSIH saya ditarik dengan digambarkan saya melawan. Dengan itu anggota polis yang lain datang dan memukul dan menumbuk saya,” katanya.
Katanya, beliau turut diheret hingga ke Dataran Merdeka yang akhirnya dimasukkan ke dalam ‘Black Maria’ hingga malam.
Sementara itu, Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk A Samad Said berkata, pihaknya kesal kerana  polis dilihat bertindak ganas.
Menurutnya, selepas penganjuran BERSIH 3.0 pelbagai aduan diterima mengenai kekejaman pihak berkuasa itu dengan pelbagai bukti dikemukakan.
“Amat mengecewakan hingga ke hari ini, pihak kerajaan tidak mengambil tindakan untuk mendakwa pegawai penguatkuasa yang telah menjalankan keganasan. Ini gambaran budaya kebal dan tidak bertanggungjawab pihak polis,” katanya.
Berikutan itu, BERSIH menyarankan betapa pentingnya satu badan bebas untuk mengandalikan siasatan terhadap apa yang berlaku.
“Ini untuk mengenal pasti apa dan siapa yang memulakan huru hara dan keganasan. BERSIH bersama SUARAM, Jawatankuasa Hak Asasi Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor serta Peguam Untuk Kebebasan (Lawyers For Liberty telah mengumpulkan pengakuan sah dari mangsa keganasan polis ketika Duduk Bantah BERSIH 3.0,” katanya.
Hingga kini, katanya, BERSIH telah mendapat aduan daripada 80 individu yang menjadi mangsa akibat keganasan pihak berkuasa itu.
Beliau menambah, pihaknya meminta mangsa yang lain merujuk kepada jawatankuasa BERSIH bagi membuat laporan dan tidak terus pergi kepada pihak polis secara bersendirian kerana ia diyakini mengundang bahaya.
Untuk tujuan itu, pihak terlibat boleh menghubungi talian 012-3496013 atau menyalurkan maklumat menerusi emel : info@bersih.org

YANG WARAS MEMERINTAH , YANG TIDAK WARAS MUNTAH

BARU NAK CERDIK....... BENDAHARI UMNO BAHAGIAN KAMPAR MENGAMUK

Mak aiiii....mengamuk sakan mamat ni...kah..kah...kah...woiii .........project tak dapat ke?? lama dah orang tukar...



Hero senaman punggung mengaku beli 'datuk'


Ini lah yang selalunya terjadi.Ada saja yang bakal menimpa umno dan keahlian yang sama dengannya.Bukan apa, kalau dok buat kalut semacam ja...ada la pulak kekalutan disebaliknya. Kah..kah...kah...awat la awang pencen oiiiii..... perang tidak, operasi tidak... dok bela perut ngan bawah perut ja askar Malaysia ni.Kesian aku tengok.

JANGAN SOKONG BUTA TULI LA BROOOOOO








(Senaman 'punggung' di depan rumah Datuk S Ambiga)


KUALA LUMPUR: Siapakah sebenarnya tokoh di belakang 'senaman punggung' di depan rumah Datuk S Ambiga kini menarik perhatian ramai kerana beliau juga mengeluarkan fatwa air '100 plus' haram untuk orang Islam.

"Kami orang Islam tak minum air ni, kami minum air suam sahaja," kata Mohd. Ali Baharom kepada Ambiga.

Beliau mengetuai sekumpulan bekas tentera membuat senaman 'punggung' di depan rumah pemimpin Bersih itu baru-baru ini.

Jawapan itu diberikan Ali ketika menjawab tawaran air tin '100 Plus' oleh Ambiga selepas kesemua mereka kelihatan letih membuat senaman itu di depan rumahnya.

Rupanya, Mohd. Ali (gambar) jugalah salah seorang yang membeli gelaran 'datuk' untuk dipakainya sebelum ini.

Pengakuan ini dibuat beliau dalam akhbar Umno, Utusan Malaysia pada 12 Januari 2011 lalu.

Dalam berita itu, Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), (Datuk) Mohd. Ali Baharom itu memohon maaf kepada semua pihak yang mengenalinya dengan gelaran ‘Datuk’ sebelum ini kerana ia sebenarnya palsu dan tidak diperakukan.

Menurutnya, kesilapan itu perlu diakui dan diperbetulkan segera memandangkan beliau kini bergiat aktif dalam kerja-kerja kebajikan dan tidak mahu ia disalah anggap pada masa depan.

“Hari ini saya mahu membersihkan nama saya dengan memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak termasuk media kerana menggunakan gelaran ‘Datuk’ yang telah saya ‘beli’ pada 2006 dengan RM250,000.

“Selain untuk saya sendiri, saya juga membelikan gelaran ‘Datuk’ buat seorang lagi kawan dengan harga sama dan kos keseluruhan termasuk menyediakan hiburan kepada penjual adalah sekitar RM1 juta,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mohd. Ali memakai gelaran itu yang kononnya dianugerahkan oleh institusi diraja dari sebuah negeri di bahagian utara Semenanjung pada 2006 menerusi seorang ejen dan ahli kerabat institusi itu.

(Mohd. Ali [tengah] ketika dalam satu majlis bersama anggota Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan)

Mohd. Ali memimpin 15 rakan-rakannya membuat senaman punggung dengan cara menonggengkan punggung mereka ke rumah Datuk Ambiga kerana membantah penglibatannya dalam Bersih.

Bagi Mohd. Ali, Ambiga tidak menghormati Perdana Menteri ketika menganjurkan perhimpunan Bersih yang dihadiri oleh lebih 250,000 orang yang kebanyakannya anak muda itu.

Muzakarah: Silap faham Muhyiddin

Muzakarah: Silap faham Muhyiddin

 Aku pun nak kata juga ke Muhyiddin ni.Sebab setahu aku yang naif ni, kebanyakan calon presiden,PM negara maju, sessi berdebat ini dijalankan bagi manfaat rakyat.Ini bagi membuktikan idea,perancangan masa depan seorang Ketua negara untuk rakyat. Kenyataan Muhyiddin ni, nampak macam penakut.Nak kata apa lagi selain dari penakut.Hari-hari hentam anwar,hari hari hentam Nik Aziz, dalam akhbar,TV semua jentera kerajaan yang sepatutnya adil untuk semuanya, disalahgunakan.

Rakyat kata disalahgunakan untuk kepentingan bn...tapi kerajaan kata hak mereka sebagai pemerintah.Umpama ajak lawan ikat tangan dibelakang.Itu Mat Sabu kata.Umno ni nampaknya dah terkebelakang sangat. Sedangkan Burma yang mendapat kemerdekaan kini nampaknya mula berubah, malaysia..nampaknya semakin teruk.Teruk nya pemikiran pemimpin.

Ajak debat isu semasa tak ndak,tapi kemain lagi dengan slogan kita sedia berdialog,kata itu ini, sama macam penyokong juga la.....sempit akal minda dan pemikiran.....

Ahmad Fadhli Shaari, 18 Mei 2012
Saya merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 17 Mei 2012 yang lalu yang dikatakan sedia menyahut seruan Pas untuk bermuzakarah asalkan tujuannya adalah untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara. Di dalam kenyataan tersebut, Muhyiddin turut dilaporkan berkata, "...Kalau ikut yang lepas, Nik Aziz tak pernah setuju. Masa itu dia kata Umno tak boleh dipercayai, tapi kalau hasrat dia ikhlas, tujuan untuk kebaikan ummah, masyarakat Islam dan negara Malaysia kita tidak jadi masalah.."

Suka saya membuat sedikit penjelasan terhadap kekeliruan Muhyiddin tentang sikap Tuan Guru Nik Abdul Aziz selaku al-Mursyidul Am PAS. Di dalam isu dialog dengan mana-mana pihak atas nama muzakarah, muqabalah mahupun mujadalah, YAB Tuan Guru sentiasa konsisten dengan komitmen bahawa pertemuan dialog harus dilakukan sentiasa bagi mencari penyelesaian. Antaranya sukalah saya merujuk kepada kronologi berikut :

1. Kenyataan yang dikeluarkan oleh YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz pada 5 Februari 2011 yang antara lain menyatakan kesediaannya untuk berdialog dengan mana-mana pihak termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan ekoran dakwaan yang menyatakan beliau mengeluarkan fatwa yang melanggar syarak. Antara lain beliau berkata, “Saya setuju benar orang berdialog dengan saya. Ini kerana ajaran Islam menggesa diadakan mujadalah sekiranya ada isu tertentu, dan ‘hendaklah kamu berdebat dengan mereka dengan cara terbaik.." Kenyataan ini boleh dirujuk di pautan berikut :
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30703:belajar-kesan-ulama-mesir-yang-ditutup-mulutnya&catid=1:utama&Itemid=50
dan juga http://paspb2.blogspot.com/2011/02/hosni-mubarak-lama-dah-tutup-mulut.html

2. Pada 20 Ogos 2009, YAB Tuan Guru sebagaimana dilaporkan BERNAMA juga menyatakan kesediaannya untuk bersemuka dengan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung isu-isu yang timbul ekoran kenyataan yang dikeluarkan olehnya. Laporan BERNAMA di pautan berikut boleh dirujuk :
http://bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=434567

3. Bahkan pada tahun 2008, YAB Tuan Guru juga menyatakan kesediannya untuk bermuqabalah (bersemuka) dengan mana-mana pihak yang tidak setuju dengan pelaksanaan undang-undang Islam. Ia boleh dirujuk melalui laporan BERNAMA di pautan :
http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?id=349406&cat=ut

Justeru, apabila Muhyiddin menyatakan bahawa YAB Tuan Guru tidak pernah setuju untuk bermuzakarah, ia menunjukkan kekeliruan di pihak Muhyiddin yang gagal membezakan antara muzakarah dengan penyatuan antara PAS-UMNO. Di dalam isu penyatuan PAS-UMNO, benar sekali YAB Tuan Guru konsisten menentang penyatuan ini yang dilihat hanyalah helah UMNO untuk menyelamatkan diri dari lemas dalam pilihanraya. Kekeliruan Muhyiddin memahami perbezaan antara kedua-dua isu ini menyebabkan beliau mengeluarkan kenyataan bahawa YAB Tuan Guru tidak pernah setuju untuk bermuzakarah. Ia diperkuatkan lagi dengan kenyataan Muhyiddin sendiri yang menolak debat dengan pembangkang seperti yang dilaporkan di pautan berikut : http://malaysiakini.com/news/198296

Menolak debat dengan pembangkang namun dalam masa yang sama bersetuju dengan muzakarah bersama PAS membuktikan sedikit sebanyak silap faham Muhyiddin dalam isu ini. Sekalipun muzakarah dan debat berkemungkinan sedikit berbeza tetapi asasnya sama iaitu bertemu, berdialog dan berhujah. Apatah lagi jika muzakarah ditafsirkan sebagai penyatuan, ia lebih silap!

Hakikatnya, bukan YAB Tuan Guru yang mengemukakan pelawaan untuk bermuzakarah. Beliau hanya menjawab soalan wartawan selepas mesyuarat exco kerajaan negeri Kelantan pada 16 Mei 2012 yang lalu iaitu, "Adakah PAS sedia bermuzakarah?" maka jawapan dari YAB Tuan Guru ialah, "Ya.." Dipercayai soalan wartawan tersebut merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Datuk Seri Presiden PAS yang memberikan respon ekoran kenyataan Mufti Perak yang menyatakan bahawa PAS telah terpesong daripada perjuangan Islam. Justeru, respon Tuan Guru Datuk Seri Presiden PAS ialah, "Pas bersedia membuka pintu dan bermuzakarah dengan semua badan bukan kerajaan (NGO) Islam termasuklah Umno..." (Rujuk : http://www.sinarharian.com.my/politik/pas-sedia-muzakarah-soal-islam-1.47630)

Kesimpulannya, pendirian YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am PAS dalam isu muzakarah ialah jelas. Pintunya sentiasa terbuka untuk sesiapa sekalipun. Tetapi untuk berpadu dengan UMNO bagi menyelamatkan UMNO yang sedang terkapai-kapai, pohon maaf.

Ahmad Fadhli bin Shaari,
Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 18 Mei 2012

INI LAKONAN SEMENTARA ....Dua polis didakwa cederakan jurugambar

 Nak dikatakan betul atau tidak,selepas tu,mula hentam rakyat.banyak dah terjadi.Mula-mula tangkap lepas tanmgkap,tangkap,tangkap dan tangkap lagi.Yang kena rakyat....Lama dah kot.....kena tukar dah sistem zaman darurat dulu ni.Zaman IT cyber...menteri otak karat lagi....



Dua anggota polis didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan mencederakan jurugambar Guang Ming Daily, Wong Kin Onn sewaktu himpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.

NONEMohd Khairul Asri Mohd Sobri dan Shahrul Niza Abd Jalil dibenarkan ikat jamin sebanyak RM3,000 setiap seorang selepas memohon dibicarakan.

Mereka didakwa bawah Seksyen 350 Kanun Keseksaan kerana menggunakan keganasan jenayah terhadap Wong (kiri).

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara selama tiga bulan setiap seorang, denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

Menurut dakwaan Khairul dan Shahrul Niza, bersama dua orang lain yang masih belum dikenal pasti, menyerang Wong di simpang Jalan Tun Perak dan Jalan Raja di antara jam 5.20 dan 5.30 petang pada 28 April.

Ditembak Gas Pemedih Mata, Dibelasah Ramai-ramai Oleh Polis


PETALING JAYA, 17 MEI : Dua lagi peserta BERSIH 3.0 tampil mendakwa mereka menjadi mangsa keganasan polis semasa himpunan gergasi itu di Kuala Lumpur pada April 28 lalu.
Babak-babak ngeri yang mereka alami itu dimuatkan di dalam dua laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling pagi tadi.
Pang Choy Wan, 27, berkata beliau ditembak dengan gas pemedih mata pada jarak kira-kira 10 meter di Jalan Yap Ah Loy selepas bersurai daripada perhimpunan itu.
“Tembakan pertama terkena di peha kiri dan tembakan yang kedua tevrkena belakang badan saya,” kata Pang semasa ditemui.
Tembakan itu katanya, meninggalkan kesan lebam kebiru-biruan di pehanya.
Ketika insiden itu beliau bersama beberapa orang wanita dan warga emas.
Seorang lagi mangsa, Abdul Razib Abu, 45, mendakwa beliau di belasah sekumpulan anggota polis lengkap beruniform di hadapan IPD Dang Wangi pada hari kejadian.
Dakwanya, dia diserbu kira-kira lapan hingga 10 orang anggota polis ketika sedang menunggang motosikal sewaktu pulang ke rumah selepas perhimpunan tersebut.
“Saya tidak diberikan arahan untuk memberhentikan motor dan mereka terus menyerbu dan memukul saya dari arah belakang badan,” katanya sambil menambah seorang anggota berpangkat Sarjan cuba menarik baju BERSIH yang dipakainya.
Beliau juga merayu untuk tidak dipukul dan mendakwa begnya diselongkar lalu dicampak ketepi jalan.
Abdul Razib berkata insiden tersebut berlaku selama 15 minit dan beliau diarahkan untuk beredar selepas itu.
Turut mengiri Pang dan Abdul Razib di IPD tersebut adalah Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih, Maria Chin Abdullah dan peguam dari Lawyers for Liberty (LFL), Fadiah Nadwa Fikri.
Maria Chin mengesa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) supaya menyiasat siapa yang memberi arahan kepada pihak polis untuk menggunakan kekerasan dan keganasan walaupun peserta BERSIH 3.0 bersurai.
“Peserta himpunan ini tiada jalan untuk bersurai kerana semua jalan ditutup oleh pihak polis, macam mana mereka hendak bersurai?” soalnya.
Fadiah Nadwa menyatakan beliau telah menerima 70 laporan daripada peserta BERSIH yang mendakwa dikasari polis.
Laporan-laporan tersebut akan difailkan kepada SUHAKAM untuk menuntut satu siasatan bebas demi membela nasib mereka.

Penganalis Politik : Pilihanraya Berasingan Beri Kelebihan Kerajaan Selangor


SHAH ALAM, 17 MEI: Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan memperolehi kelebihan sekiranya ia mengadakan pilihanraya bagi peringkat negeri secara berasingan daripada pilihanraya parlimen peringkat pusat.
Penganalisis politik Merdeka Center, Ibrahim Sufian berkata terdapat tiga faktor utama yang akan memberi kelebihan kepada Kerajaan Selangor sekirannya ini berlaku.
“Memang beri kelebihan kepada Kerajaan PR Selangor kerana terdapat beberapa kontroversi berhubung daftar pemilih dan perjalanan pilihan raya.
“Jadi sekiranya pilihan raya negeri tak dijalankan selari dengan peringkat parlimen, kelemahan-kelemahan ini akan timbul semasa pilihan raya umum berlangsung.
“Ia akan beri kesempatan kepada kerajaan negeri untuk mengenalpasti kelemahan perjalanan pilihan raya dan ada ruang untuk diperbaiki,” kata Ibrahim.
Menurut Ibrahim lagi, pilihan raya berasingan akan membolehkan pemimpin di peringkat negeri membantu rakan mereka di peringkat pusat.
“Walaupun pilihan raya negeri akan menyebabkan pemimpin Umno-BN lain bertumpu di Selangor, tetapi situasinya seimbang kerana pemimpin Pakatan dari negeri lain turut turun melakukan perkara yang sama.
Ketiga, kata Ibrahim, kerajaan negeri dapat meneruskan program seperti biasa walaupun kakitangan kerajaan pusat terlibat dengan pilihanraya.
“Di Selangor, dasar dan program kerajaan negeri masih dapat diteruskan seperti biasa.
“Menyalurkan peruntukan di Selangor oleh kerajaan negeri pun tak boleh dituduh sebagai pancing undi sebab mereka sedang menyalurkan pelbagai peruntukan daripada belanjawan 2012, geran Selangorku dan lain-lain,” ujar Ibrahim lagi.
Semalam, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau hanya akan membubarkan Dewan Selangor selepas daftar pemilih dibersihkan daripada pemilih yang statusnya meragukan.
Mengikut anggaran Abdul Khalid, usaha menjejaki pemilih di Selangor menerusi program “Selangorku Bersih” hanya akan selesai pada akhir bulan Julai.
Abdul Khalid juga berkata, Kerajaan Selangor mahu memastikan bahawa dana di dalam belanjawan negeri 2012 dan Geran Selangorku habis diagihkan sebelum pilihanraya negeri diadakan.

Pilihanraya Selangor Hanya Selepas Daftar Pemilih Dibersihkan


SHAH ALAM: Kerajaan negeri hanya akan membubarkan Dewan Negeri Selangor (DNS) selepas daftar pengundi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dibersihkan dari unsur-unsur yang meragukan.
Dianggarkan, proses semak semula daftar pemilih melalui program ‘Selangorku Bersih’ hanya akan selesai pada pertengahan Julai, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Ini bermaksud, masih ada kemungkinan pilihan raya bagi kerusi DNS tidak akan diadakan serentak dengan pilihanraya bagi kerusi parlimen.
Spekulasi bahawa pilihan raya umum (PRU) bagi parlimen akan diadakan pada bulan Jun ini.
Selain itu, pilihanraya selepas pertengahan tahun ini akan memberikan peluang kepada Kerajaan Selangor untuk mengagihkan wang di dalam bajet 2012 dan Geran Selangorku.
“Lebih 400 ribu pengundi baru dan yang seratus ribu itu adalah pengundi yang dipindahkan kawasan dan projek ini dalam perlaksanaan.
“Kita rasa kita hanya dapat selesaikan pada pertengahan bulan Julai dan  barulah kita buat keputusan samada kita berjumpa semula SPR tentang kesahihan daftar pengundi itu.
“Saya rasa dengan sebab-sebab ini, kalaulah pilihan raya diumumkan berlaku dalam bulan Jun sudah tentulah saya akan memberikan cadangan kepada DYMM Sultan Selangor supaya Kerajaan Negeri Selangor tidak terlibat dalam pilihan raya yang diumumkan dan kita akan adakan pilihan raya yang berasingan,” kata Abdul Khalid kepada Selangor Kini.
Kempen ‘Selangorku Bersih’ yang dilancarkan bulan lepas akan menggunakan tenaga kerja Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi menyemak nama di dalam daftar pengundi.
Usaha ini bagi menentukan pengundi sahih dan membersihkan daftar pemilih daripada pengundi yang meragukan.
Kajian yang dilakukan oleh penganalisis politik dan aktivis Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini mengenal pasti antara 40,000 hingga 300,000 pemilih yang statusnya diragui.
Antaranya termasuk pemilih yang berumur lebih dari 100 tahun dan mereka yang kad pengenalannya menunjukkan tempat lahir luar dari Malaysia.
Ada juga pemilih yang didaftar sebagai pengundi pos tetapi tidak layak untuk klasifikasi tersebut.
“Kita juga meminta ketua-ketua masyarakat mengenal pasti mereka sebab biasanya dalam penentuan tempat-tempat mengundi adalah orang yang tinggal di tempat-tempat tersebut yang diberikan kemudahan mengundi di tempat tersebut.
“Kita memang berharap rakyat Selangor diberi peluang untuk mengundi dan kita juga mahukan demokrasi ini berasaskan keadaan bertanding yang adil atau pun ‘level playing field’ supaya semua dapat kesempatan membuat pilihan yang baik,” Abdul Khalid berkata.
Selain itu Abdul Khalid berkata, kurang daripada 40 peratus daripada dana belanjawan untuk tahun ini telah diagihkan untuk projek dan program di seluruh Selangor.
“Jadi oleh sebab itu kita memerlukan masa lagi untuk melaksanakan perancangan atau penggunaan dalam belanjawan Kerajaan Negeri Selangor,” katanya.

Media Baru sebagai ruang awam

Fenomena BERSIH 2.0 dan 3.0
 
15 tahun selepas melangkah masuk ke abad ke-21 ala Malaysia, kita sekali lagi menyaksikan betapa signifikannya peranan teknologi maklumat dan media baharu sebelum, semasa dan selepas perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 dan BERSIH 3.0 pada 28 April 2012.  Kemuncak gelombang kedua fenomena media baharu begitu terserlah berikutan fenomena BERSIH 2.0 dan 3.0 yang menyaksikan kelahiran generasi baru yang hebat yang diberikan gelaran Generasi BERSIH.
 
Kehebatan Generasi BERSIH bukan sahaja kelihatan dalam dunia siber di mana sebahagian besar Facebook diselubungi gelombang kuning.  Yang paling menguja semangat kekitaan dalam kalangan rakyat Malaysia ialah keberanian yang ditonjolkan oleh para demonstran BERSIH 2.0 dalam dunia nyata biarpun BERSIH diisytiharkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai pertubuhan haram, polis melakukan "penangkapan bersifat penangkalan" (preemptive arrest) ala McCarthyisme, dan suasana tertekan atau "keganasan putih" (white terror) ditonjolkan oleh akhbar arus perdana dan media elektronik menjelang hari perhimpunan BERSIH 2.0.
 
McCarthyisme merujuk kepada taktik era perang dingin yang dipelopori Senator Amerika Syarikat Joseph McCarthy dari parti Republikan sekitar tahun 1950-an di mana tuduhan melampau seperti subversif dilontarkan terhadap sasaran tertentu khususnya sasaran politik tanpa bukti yang menyakinkan.  Kedua-dua tahanan tanpa bicara dan penangkapan bersifat penangkalan menonjolkan ciri-ciri selaras dengan fahaman McCarthyisme.
 
Apabila menelusuri dialektikal struktur penindasan rejim pemerintah dan kebangkitan sebahagian besar rakyat, keberanian dan keseronokan yang ditonjolkan oleh Generasi BERSIH biarpun terpaksa berdepan dengan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang dilengkapi gas pemedih mata dan meriam air, rejim pemerintah yang memain-
mainkan "politik ketakutan" (politics of fear), serta sekatan jalan yang dilakukan oleh pihak polis, adalah suatu fenomena perubahan sosio-politik yang mempunyai makna mendalam.
 
Gerakan BERSIH 2.0 dan 3.0 bukan sahaja menyaksikan puluhan ribu dan seterusnya ratusan ribu rakyat jelata khususnya Generasi Facebook dengan latar belakang yang pelbagai membanjiri beberapa lokasi sekitar ibu kota negara, kota-kota lain di Malaysia dan puluhan lokasi kota-kota besar di luar negara, bahkan selepas perhimpunan BERSIH 2.0, dunia siber diselubungi suasana "tak kenal BERSIH 2.0 maka dikira ketinggalan zaman".  Daripada murid sekolah hingga golongan profesional, ikon BERSIH 2.0 seperti Auntie Annie atau makcik Annie Ooi yang berusia 65 tahun dan sasterawan negara A. Samad Said yang berusia 76 tahun menjadi topik perbualan hangat.  Banyak halaman Facebook masih diselaputi gelombang kuning beberapa minggu selepas perhimpunan BERSIH 2.0 dan 3.0.
 
Media Baharu sebagai Ruang Awam
 
Tanggal 7 Julai 2011, dua hari sebelum Generasi Facebook menggegarkan rejim pemerintah yang mendakwa gerakan BERSIH 2.0 bakal mengambil bentuk demonstrasi ala-Mesir yang mampu menggulingkan rejim represif, majalah antarabangsa berpengaruh The Economist dalam siri laporan khasnya telah mengupas perubahan landskap media dan kedinamikan ruang awam (public sphere) berikutan populariti dan perkembangan media baharu.
 
Dalam artikel The Economist berjudul "Masa depan berita: Kembali kepada kafe" (The future of news: Back to the coffee house), perenggan pertamanya menyebut: "THREE hundred years ago news travelled by word of mouth or letter, and circulated in taverns and coffee houses in the form of pamphlets, newsletters and broadsides."
 
Terjemahannya berbunyi, Tiga ratus tahun dahulu, berita dikhabarkan melalui perbualan atau persuratan, dan diedarkan di warung dan kafe dalam bentuk risalah, surat berita dan selebaran.
 
Apa yang cuba dilakarkan oleh The Economist dalam laporannya adalah, Internet kini membawa dunia kehidupan dan pemberitaan kembali kepada suatu budaya siber bersifat perbualan sebelum kemunculan era media massa khususnya surat khabar. Kalau sebelum itu orang ramai bertukar-tukar berita di warung dan kafe, kini orang ramai bertukar-tukar berita melalui jaringan media sosial khususnya Facebook dan Twitter.
 
Tekanan diberikan kepada sifat kafe yang sesuai untuk perbualan secara bebas. Apabila diteliti sejarah Eropah, kafe yang muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan sekitar tahun 1650-an menyediakan suasana yang sesuai untuk mengikuti perkembangan terkini komuniti peniaga, ahli politik mahupun cendekiawan awam dengan harga secawan kopi.
 
Contohnya di Perancis, meskipun kafe terkenal sebagai tempat himpunan para pengkritik kerajaan dan tempat pewujudan gelombang subterranean atau bawah tanah, namun pemerintah Perancis tidak menekan aktiviti kafe dan menganggapnya sebagai tempat untuk menjejaki pandangan umum.
 
Sesungguhnya, lakaran dunia siber oleh The Economist yang menggunakan perbandingan corak kafe di Eropah adalah sejajar dengan konsep ruang awam yang dicetuskan oleh ahli falsafah Jerman Jürgen Habermas dalam karyanya berjudul "Transformasi Struktural Ruang Awam: Sebuah Kajian tentang Kategori Masyarakat Borjuis" (The Structural Transformation of the Public Sphere: An Inquiry into a Category of Bourgeois Society).  Konsep tersebut merujuk kepada kemunculan ruang awam kelas borjuis sekitar abad ke-17 sehingga ke-18 di mana orang ramai berbicara secara bebas mengenai hal ehwal semasa di kafe dan salon.
 
Sebagai lanjutan kepada dunia kehidupan era Internet, konsep ruang awam kini dipanjangkan supaya merangkumi dunia siber di mana warga siber berbicara secara bebas mengenai hal ehwal semasa di Facebook dan Twitter.  Berlandaskan dunia kehidupan yang memberdayakan rakyat jelata dan bukan sekadar masyarakat borjuis, ruang awam dunia siber memaparkan ciri-ciri partisipasi, kepelbagaian, partisan dan kebebasan.
 
Kelangsungan Hayat Portal Berita Atas Talian
 
Kekompleksan institusi media di Malaysia dapat difahami dengan lebih menyeluruh sekiranya analisis dibuat berasaskan kerangka ekonomi-politik yang lebih luas. Apabila pendekatan ekonomi-politik diambil, tiga sifat asas harus difahami iaitu struktur, sistem dan sejarah institusi media. Setiap maklumat dikatakan berkait rapat dengan struktur institusi media.  Struktur institusi media pula diintegrasi ke dalam suatu struktur ekonomi, politik, budaya dan sosial yang lebih luas yang berteraskan sistem kapitalisme dan rejim kawalan.
 
Apabila ditinjau dari perspektif makro seperti pendekatan ekonomi-politik, wacana kebebasan kewartawanan tidak bertapak atas kekosongan, sebaliknya berdepan dengan soal realiti.  Ekonomi-politik bagi komunikasi massa bermula dengan melihat media massa sebagai suatu industri dan organisasi kemersial yang terlibat dalam pengeluaran dan pengagihan komoditi.  Menyentuh dimensi komersial yang sememangnya mengutamakan keuntungan, konteks ekonomi pada arena global dan lokal haruslah diambil kira dan perubahan pada media massa haruslah dianalisa dengan mengambil kira perubahan konteks ekonomi juga.
 
Tanggal 14 April 2000, lebih daripada tiga tahun selepas keghairahan pengumuman projek MSC dan kurang daripada enam bulan selepas gelombang pertama media baharu terasa semasa PRU Ke-10, pasaran saham antarabangsa dan serantau menyaksikan kejatuhan besar indeks saham teknologi dalam tempoh kurang daripada satu bulan, bermula dengan kejatuhan Indeks Komposit Nasdaq melebihi 40 peratus dan Indeks Dow Jones melebihi 60 peratus.  Pecahnya Gelembung Teknologi (Tech Bubble) juga membantutkan potensi pertumbuhan industri teknologi maklumat di Malaysia.
 
Dalam konteks ini, Malaysiakini yang mencatatkan pengunjung harian melebihi 100 ribu dalam tempoh sembilan bulan semenjak pelancarannya berdepan dengan cabaran penurunan nilai pengiklanan bulanan dari RM15 ribu pada tahun 2000 ke RM10 ribu pada tahun 2001, dan terpaksa mengambil langkah berani memulakan eksperimen
langganan demi kelangsungan hayatnya (survival).  Tanggal 16 Julai 2001, Malaysiakini memulakan perkhidmatan berbayar untuk seksyen baharu bergelar "Analisis Malaysia", kemudian pada tahun 2002 memulakan perkhidmatan berbayar untuk rencana (feature) dan seterusnya berita harian yang dibekalkan kepada pelanggannya.
 
Semasa pelancaran kempen Jom Baca Media Alternatif anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor pada 7 Ogos 2011, Ketua Pengarang Malaysiakini Fathi Aris Omar mengakui bahawa media alternatif berdepan dengan masalah kewangan, di mana ramai peniaga masih tidak yakin bahawa iklan di ruang internet mampu membawa pulangan.
 
Sesungguhnya, sebahagian besar iklan di Malaysia dikaitkan dengan badan kerajaan
atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang berkepentingan bersama parti pemerintah.
Menurut Nielsen, jumlah perbelanjaan pengiklanan (Adex) di negara kita sepanjang
tahun 2010 ialah RM9.6 bilion di mana syarikat-syarikat telekomunikasi merupakan pihak yang menyumbang nilai Adex tertinggi kepada industri pengiklanan iaitu sebanyak RM364 juta, diikuti dengan kementerian-kementerian dan agensi-agensi kerajaan yang menyumbang nilai Adex kedua tertinggi iaitu sebanyak RM324 juta.
 
Media baharu memerlukan bukan sahaja sokongan dari segi audiens, tetapi juga sumber kewangan untuk menampung kelangsungan hayatnya.  Soal ini cukup kritikal khususnya apabila wacana kebebasan kewartawanan diketengahkan.  Hari ini, konsep portal berita berbayar tidak lagi terbatas kepada Malaysiakini.  Setelah penaja MerdekaReview berhenti untuk menyuntik dana pada pertengahan Mei 2011, MerdekaReview yang dilanda krisis kelangsungan hayat terpaksa menjalin hubungan strategik dengan edisi bahasa Cina Malaysiakini untuk memulakan perkhidmatan berbayar pada 3 Oktober 2011.  Sebelum ini, kedua-dua edisi bahasa Cina Malaysiakini dan MerdekaReview dapat diakses tanpa bayaran.
 
Sebelum menarik diri, para penaja MerdekaReview telah menyuntik dana dan menyokong kelangsungan hayatnya selama hampir enam tahun.  Kini MerdekaReview terpaksa berdepan dengan logik kapitalisme. Pada peringkat awal penubuhan, Ketua Pengarang Kumpulan merangkap pengasas bersama Malaysiakini Steven Gan juga menyatakan keazaman untuk menyampaikan berita kepada seramai audiens yang mungkin dan mengharapkan sumbangan pendapatan berbentuk pengiklanan mampu menampung keperluan kewangannya, namun satu setengah tahun kemudian, Malaysiakini juga terpaksa mencari sumber pendapatan baharu dan memulakan konsep portal berita berbayar.
 
Demi memelihara kebebasan kewartawanan, dua prinsip utama dipegang kuat oleh Malaysiakini dan seterusnya MerdekaReview semasa mereka berunding dengan pelabur ialah 51 peratus daripada kuasa kawalan harus dipunyai pasukan wartawan dan staf, dan pelabur tidak boleh campur tangan dalam polisi kewartawanan atau bilik editorial.
 
Penutup
 
Negara mempunyai kuasa legitimasi dan memiliki jentera-jentera pemerintahan yang ditadbir oleh kerajaan tetapi negara mungkin disalahgunakan untuk kepentingan ekonomi dan politik oleh golongan berpengaruh politik.  Di Malaysia, terutamanya pasca 8 Mac 2008, golongan dominan yang berpengaruh politik sering memperbesarkan malahan mempermainkan isu perkauman dan agama serta menjadikan pembangunan dan program transformasi sebagai kesamaran bagi melindungi kepentingan parti politik dan individu tertentu.  Tindak-tanduk tersebut kononnya dilakukan untuk menjaga kepentingan bangsa dan negara.
 
Bagi mengimbangi wacana pemerintah yang berkecenderungan memelihara kepentingan tertentu, pengiktirafan media sebagai institusi kuasa yang dapat memainkan peranan semak dan imbang secara berimpak, dan juga dalam membina ruang awam yang aktif menghasilkan wacana-wacana yang pelbagai, wacana kebebasan kewartawanan wajar diketengahkan sejajar dengan nilai zaman taknologi maklumat.
 
Menurut Antoni Gramsci, kelas pemerintah cenderung melaksanakan hegemoninya dengan bertopengkan kuasa letigimasi negara, terutamanya semasa kerajaan (baca: parti politik) dilanda krisis besar. Cabaran kita hari ini adalah untuk mengangkat wacana media yang dapat memelihara kepentingan rakyat dan negara, bukan kepentingan parti politik yang memerintah. (Bahagian kedua, tamat)
 
Bahagian pertama: Gelombang internet sebelum BERSIH 2.0 dan 3.0
 
*Artikel ini merupakan kemaskini kepada sebahagian daripada penulisan Ooi Heng pada bulan September 2011 yang dimuatkan dalam buku baharu penerbitan SIRD berjudul “Membina Bangsa Malaysia” sebagai Bab 2 bertajuk 'Media, Teknologi Maklumat dan Cabaran Semasa'.
 
**Ooi Heng ialah Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) dan kolumnis MerdekaReview.

Teresa Kok Mengecam Tindakan Polis Berdiam Diri Dalam Protes Anti-Ambiga


SHAH ALAM, 16 MEI : Exco Selangor Teresa Kok mengecam sikap polis yang tidak mengambil tindakan terhadap beberapa NGO yang mengadakan demonstrasi berterusan di hadapan rumah Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 3.0), Datuk Ambiga Sreenevasan beberapa hari lepas.
Teresa mempersoal kenapa Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar membenarkan kumpulan terbabit mengadakan senaman punggung dan demonstrasi burger di hadapan rumah Ambiga.
Menurut Teresa, tindakan boleh diambil terhadap NGO tersebut di bawah Seksyen 506 dan 509 Akta Ugutan dan Gangguan Seksual kerana menganggu keharmonian kawasan perumahan dan mengugut keluarga Ambiga.
“Tindakan sedemikian ini hanya bertujuan memalukan Ambiga sekeluarga dan turut mengganggu ketenteraman kawasan rumah disekitarnya,” kata Teresa, yang memegang portfolio Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan.
Sebelum ini, sekumpulan peniaga burger dari Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) memasak burger di hadapan rumah Ambiga, seorang penganut agama Hindu, dan menggantung makanan tersebut di pintu pagar beliau.
Agama Hindu menganggap lembu sebagai haiwan yang suci.
Semalam, seramai 20 orang dari Kelab Kebajikan dan Veteran Tentera (PVTM) mengadakan senaman ‘punggung’ di hadapan kediaman Ambiga di Bukit Damansara.
Khalid mempertahankan sikap polis dengan mengatakan Akta Perhimpunan Aman 2011 (APA), membenarkan semua orang boleh berhimpun asalkan notis diberi notis kepada polis dan  tidak mengganggu ketenteraman awam.
Teresa juga mengesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengambil tindakan terhadap kumpulan tersebut.
“Najib selaku Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat juga perlu bertindak terhadap polis kerana lepas tangan dari mengambil sebarang tindakan,” katanya yang juga MP Seputeh dan Adun Kinrara.
Katanya lagi, kerajaan pusat perlu menghentikan tindakan berdiam diri terhadap kumpulan itu untuk mengelak dari tanggapan bahawa mereka disokong kerajaan pusat.

SPRM Harus Siasat Shafie Dan Zahida Atas Pemberian Wang Yang Besar


PETALING JAYA,16 MEI : Pemimpin PKR mendesak Menteri Kabinet, Datuk Seri Shafie Afdal untuk menjelaskan penggunaan wang yang jumlahnya besar yang diberikan kepada pelakon Zahida Rafik.
PKR juga menyeru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan terhadap Shafie yang memegang portfolio Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat Sivarasa Rasiah berkata ini bukan persoalan tentang hal peribadi antara Shafie, yang juga Naib Persiden Umno, dan Zahida.
“Kita bangkitkan isu ini kerana ia melibatkan pembayaran wang tunai yang bukan melibatkan RM1 atau RM2.
“Tetapi melibatkan ratusan ribu Ringgit Malaysia, di mana jumlahnya amat besar dan apakah puncanya wang ini,” kata Sivarasa yang juga MP Subang, di dalam satu sidang media Ibu pejabat PKR di sini hari ini.
Dalam sidang media sama, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin mempersoalkan bagaimana Shafie memperolehi wang itu dan tujuan beliau memberikan kepada artis tersebut.
“Kita masih menunggu jawapan daripada Shafie Afdal mengenai penjelasan tentang daripada wang yang dia dapat untuk setiap kali pertemuan.
“Kita masih tidak memperolehi apa-apa jawapan lagi daripada Shafie Afdal selepas kita mendedahkan pada bulan lepas.
“Beliau kena tampil ke hadapan dan memberikan penjelasan samada menafikan ataupun tidak,” kata Zuraida.
Dalam sidang media itu, bekas pemandu Zahida mendakwa bahawa beliau pernah menemani aktres itu untuk membawa duit berjumlah RM 1 juta yang didakwa diberikan oleh Shafie.
Noor Azman Azemi, yang bekerja selama tiga tahun untuk Zahida,
mendakwa wang tersebut merupakan jumlah tertinggi yang pernah dibawa untuk dimasukkan dalam akaun milik Zahida pada tahun lalu.
Beliau mendakwa menteri itu menemui pelakon itu seminggu sekali di hotel-hotel sekitar Kuala Lumpur.
“Yang paling rendah sebanyak RM100,000, manakala RM200,000 itu biasa.
“Saya pernah sekali saya tak tahu dalam beg ada RM 1juta. Itu nilai paling tinggi,” katanya sambil mengesahkan ia dibawa masuk ke dalam bank dalam bentuk tunai.
Noor Azman menjadi perhatian selepas membuat laporan polis pada 13 Mac selepas Zahida menuduh beliau melarikan diri dengan wang sebanyak RM 200,000.
Selepas laporan Noor Azman, Zuraida mendedahkan di dalam kenyataan media bahawa transaksi wang itu berlaku antara Oktober 2011 hingga Januari 2012.
Pada Oktober, sebanyak dua transaksi dibuat dengan jumlah RM36,000 dan RM22,000. Manakala pada November 2011 sebanyak RM112,000 dimasukkan dalam akaun.
Disember sebanyak RM330,000 dan Januari tahun ini sebanyak RM510,000 telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi artis terbabit.
Polis menahan Noor Azman selama tiga hari daripada 13 – 16 Mac untuk siasatan berhubung laporan polis yang dibuat oleh Zahida.
Laporan polis itu didedahkan oleh Zuraida pada 18 April lepas. Zahida dan Shafie bagaimanapun menafikan dakwaan itu. Zahida pula telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Zuraida.
Turut hadir dalam sidang media itu ahli keluarga Noor Azman, Tengku Intan Tengku Abdul Hamid yang dikenali sebagai “Dayangku Intan” (ibu saudara), Rosman Yahil (bapa saudara) dan peguamnya, Lateefa Koya.
Tengku Intan, yang juga seorang artis terkenal era 80-an, mendakwa keluarganya mengalami gangguan daripada individu yang tidak dikenali menunggu depan rumah beliau sejak Noor Azman dibebaskan.
“Rumah kami diganggu kerana alamat kad pengenalan Noor Azman adalah alamat rumah saya.
“Saya tidak kenal individu yang buat gangguan itu, tapi sedar di antara jam 2.00 – 4.00 pagi mereka ada depan rumah. Tak tahu polis atau siapa,” kata Tengku Intan.
Menurut Tengku Intan, mereka sekeluarga tampil untuk membersihkan nama dan maruah mereka kerana ia juga membabitkan maruah pihak kerabat DiRaja Kedah.

Bekas pemandu pernah bawa RM1 juta untuk artis








PETALING JAYA: Bekas pemandu seorang artis popular, Noor Azman Azemi (gambar dua dari kanan) memberitahu beliau pernah diarah membawa wang tunai berjumlah RM1 juta untuk diberikan kepada artis tersebut.

Beliau juga mendakwa setiap kali pertemuan antara artis itu dengan seorang menteri, artis itu akan diberikan paling sedikit RM100 ribu.

Menurutnya lagi, beliau tampil mengadakan sidang media hari ini kerana mahu membersihkan namanya yang dituduh melarikan RM200 ribu wang artis itu yang juga bekas majikannya.

Beliau mengadakan sidang media itu di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) petang ini dengan ditemani peguamnya Latheefa Koya dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.

Noor Azman juga turut memberitahu rumahnya sering diganggu oleh beberapa individu yang tidak dikenali hampir setiap malam selepas pendedahannya itu.

Turut menerima gangguan itu adalah makciknya Tengku Intan Tengku Abd Hamid yang lebih dekenali sebagai Dayangku Intan.

Noor Azman menjadi perhatian selepas membuat laporan polis pada 13 Mac sebagai reaksi atas dakwaan beliau melarikan diri dengan wang pelakon Zahida Rafik sebanyak RM200,000.

Laporan polis itu turut mengaitkan pemberian wang itu dengan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Shafie Apdal.

Laporan polis itu didedahkan oleh Zuraida pada 18 April.

Zahida dan Shafie bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan akan mengambil tindakan undang-undang.

Sementara itu, Zuraida menegaskan PKR tidak berminat langsung dengan soal peribadi antara Shafie dengan Zahida tetapi apa yang perlu dijelaskan oleh Shafie dari manakah beliau memperolehi wang tunai untuk diberi kepada artis tersebut.

Sebelum ini, Zuraida dan Noor Azman telah menerima surat saman yang dikemukakan oleh Zahida melalui Shafee & Co.

Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Dayangku Intan dan suaminya, Rosman Yahil serta Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa.

BERSIH : Polis Diminta Keluarkan Senarai Nama 120 Individu Dijejaki


KUALA LUMPUR, 16 MEI: Polis diminta mengeluarkan senarai nama kepada pihak media sekiranya mereka benar-benar ingin menjejaki peserta yang didakwa mencetuskan keganasan pada hari perhimpunan Bersih 3.0 yang lalu.
Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih, Maria Chin Abdullah berkata, perkara ini perlu bagi mengelakkan kesilapan tangkapan meskipun ada beberapa perserta yang menyerah diri setelah melihat gambar yang dipaparkan oleh polis.
“Apa yang penting adalah kalau ada 100 orang yang diburu oleh polis senarai mesti dikeluarkan. Kalau saya tidak tahu saya ada dalam senarai bagaimana saya ingin menyerahkan diri kepada pihak polis,” katanya.
Maria Chin berkata awal minggu ini, seorang individu bernama Mohd Safuan Mamat @ Nordin, 25 telah menyerahkan diri kepada pihak polis di Balai Polis Dang Wangi bagi membantu siasatan berhubung himpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.
Mohd Safuan mendakwa dia dipukul oleh seorang aggota berpakaian biasa ketika dibawa ke lokap dan dipaksa untuk mengaku merosakkan kereta peronda polis.
Apabila beliau tidak mengaku bersalah terhadap tuduhan itu Mohd Safuan mendakwa dia telah dipukul menggunakan batang paip hitam di bahagian badan dan ditendang.
Setelah dia dimasukkan ke dalam lokap, beliau mendakwa tahanan lain di dalam bilik tersebut menampar beliau sebanyak empat kali namun pihak polis tidak mengambil apa-apa tindakan.
Beliau dihadapkan ke mahkamah dengan pertuduhan di bawah Seksyen 440 dan 174 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen  Jenayah (5), Jalan Duta Kuala Lumpur pada 15 Mei lalu.
Maria turut memaklumkan, setakat ini pihaknya sedang mengumpul segala maklumat berhubung mangsa kekasaran polis pada perhimpunan berkenaan dan akan berbincang bersama pihak guaman bagi menentukan tindakan seterusnya.

Rafizi : Hanya 20% Pengurusan Tertinggi Felda Sokong Penyenaraian FGHV


PETALING JAYA,16 MEI : Hanya 20 peratus dari pengurusan tertinggi Felda yang benar-benar menyokong proses penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Saham Malaysia ,dedah Rafizi Ramli.
Beliau yang juga Pengarah Strategi PKR berkata, lebih separuh dari pengurusan Felda atau 55 peratus tidak bersedia untuk melalui proses penyenaraian itu.
“Pendedahan ini mengesahkan bahawa proses penyenaraian yang cuba dilakukan kerajaan BN mendapat tentangan hebat dari kalangan pimpinan tertinggi Felda sendiri.
“Ini memberi gambaran bahawa mereka yang lebih arif dan mengikuti proses dalaman sepanjang keputusan menyenaraikan Felda berpandangan penyenaraian ini lebih membawa keburukan daripada kebaikan kepada Felda dan peneroka,” jelas Rafizi dalam sidang media di Pejabat PKR di sini hari ini.
Tambah Rafizi, tentangan pengurusan tertinggi Felda ini akan menyulitkan proses penyenaraian dan membawa risiko bahawa ia akan gagal kerana tidak mendapat kerjasama kakitangan Felda.
“Adalah menjadi tanggungjawab Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Isa Abdul Samad untuk memberikan penjelasan kenapa pandangan dan tentangan pengurusan tertinggi Felda ini tidak diambil kira dan penyenaraian Felda diteruskan jua.
“Mereka juga perlu memberi jaminan bahawa pengurusan Felda sedia ada tidak diketepikan dan muka-muka baru yang lebih akur dengan kehendak BN akan dilantik mengisi sebahagian besar jawatan baru di dalam Felda,” tegas Rafizi.
Beliau juga mendedahkan kira-kira 65 peratus dari pengurusan tertinggi Felda percaya proses penyenaraian ini akan gagal kerana Felda masih belum bersedia.
Kesimpulan itu dibuat oleh Boston Consulting Group (BCG) setelah menemuramah dan mengadakan kaji selidik melibatkan 30 orang pengurusan tertinggi Felda dalam bulan Oktober tahun lalu.
Pada 18 Oktober 2011 , pengurusan FGVH mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Penyenaraian FGV yang ketiga dipengerusikan oleh Isa.
Antara lainnya, mesyuarat tersebut membincangkan kesediaan pengurusan Felda dan pandangan mereka mengenai penyenaraian FGV dan penstrukturan korporat yang akan berlaku berikutan penyenaraian tersebut.

PKR : Asas FGVH Lemah, IPO Didorong Politik Bukan Ekonomi


PETALING JAYA,16 MEI : PKR menggesa Felda dan Kerajaan Pusat untuk mendedahkan secara terperinci mengenai yuran-yuran yang bakal diterima oleh pihak bank dan penasihat, hasil daripada penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Saham Malaysia.
Pengerusi Biro Pelaburan Dan Perdagangan PKR, Wong Chen dalam sidang media di ibupejabat parti itu berkata, ‘Initial Public Offering’ (IPO) FGVH ini didorong oleh politik dan bukannya berdasarkan kekukuhan kewangan FGVH.

“Kami merujuk kepada laporan dari Wall Street Journal mengenai IPO FGVH, di mana kebimbangan dibangkitkan mengenai keuntungan FGVH kerana profil pokok kelapa sawit yang tersangat teruk,” kata Wong.
Wong menjelaskan sesebuah syarikat akan mencuba IPO di bursa apabila ia berada dalam kedudukan yang kukuh dan mempunyai prospek yang sangat cemerlang.
Menurut beliau, bisnes FGVH bukanlah berada didalam kedudukan yang kukuh dan masa hadapan untuk pertumbuhan yang tinggi adalah sangat terhad malahan Prospektus IPO mendedahkan bahawa kedudukan sebenar FGVH di dalam pengurusan perladangan adalah lemah.

“Pada asasnya, profil umur pokok sawit FGVH mendedahkan bahawa lembaga pengarah Felda tidak memberi tumpuan sewajarnya kepada pengurusan penanaman pokok.
“Sangat mengejutkan adalah 53 peratus daripada pokok-pokok sudah tua, 31 peratus muda dan tidak matang dan hanya 16 peratus pokok sawit pada tahap matang perdana.
“Bayangkan sebuah syarikat yang berprestasi hanya pada tahap 16 peratus daripada potensi sebenarnya membuat percubaan IPO,” jelas beliau.

Tambah Wong, sebagai perbandingan am, sebuah ladang yang sihat diurus dengan baik akan mempunyai profil pokok berusia tujuh peratus pokok tua, dan 15 peratus muda dan belum matang dan 78 peratus matang perdana.
FGVH perlu menanam balik dan menunggu selama sekurang-kurangnya 10 tahun sebelum majoriti pokok pokok sawitnya menjadi matang perdana.
“Jadi jika anda membeli saham FGVH pada hari ini, kemungkinan besar anda perlu menunggu sekurang-kurangnya 10 tahun sebelum FGVH pulih ke tahap pengurusan perladangan yang baik,” ujar beliau.
Justeru, Felda dan kerajaan perlu menjawab persoalan apakah tujuan utama mereka membuat penyenaraian itu yang mungkin mempunyai kepentingan politik.

“Adakah dorongan utama bertujuan untuk memperkayakan bank, dan penasihat, pengarah-pengarah Felda dan juga untuk menyediakan pembayaran durian runtuh kepada peneroka untuk membeli sokongan politik di dalam pilihanraya yang akan datang.
“IPO FGVH adalah satu IPO yang sebesar RM10.2 bilion, ianya yang kedua di dunia tahun ini dan pihak bank dan penasihat kepada IPO ini akan untung yuran berpuluh-puluh juta ringgit,” katanya.

Gelombang internet sebelum BERSIH 2.0 dan 3.0

Pengenalan
 
Dalam dunia kewartawanan, berita sering digambarkan sebagai naskhah kasar pertama sejarah.  Media merupakan wahana komunikasi yang menyalurkan sesuatu berita, justeru media juga mentakrifkan catatan asal sesuatu peristiwa sejarah.  Namun, proses kewartawanan yang kompleks dan dipengaruhi pelbagai faktor khususnya kuasa politik sering mengubah catatan asal sehingga berita yang dipaparkan dalam media terpesong daripada kebenaran.
 
Media wujud dalam pelbagai wahana.  Di Malaysia, media cetak dan penyiaran sering dianggap sebagai media tradisional.  Apabila kawalan media yang ketat dikenakan terhadap media tradisional, liputan berita atau siaran sesuatu peristiwa penting lebih merupakan "konstruk kompleks" mengikut acuan rejim kawalan, maka gambaran tertentu dipaparkan, persepsi tertentu ditonjolkan.  Dimensi kebenaran yang tertentu menjadi pilihan, dimensi kebenaran yang lain tersisip dalam kekaburan, kalau bukan kepalsuan.
 
Kini dengan perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), media baharu sedang mencorakkan persekitaran sosio-politik semasa dalam negara dengan begitu rancak.  Kawalan terhadap media tradisional masih berterusan, tetapi rejim kawalan yang bersifat monolitik sedang berhadapan dengan cabaran besar media baharu yang bersifat interaktif dan bergerak pantas berentap dengan media tradisional dalam proses representasi sesuatu peristiwa.
 
Semenjak kewujudan media baharu termasuk portal berita atas talian seperti Malaysiakini, MerdekaReview dan The Malaysian Insider serta media sosial seperti blog dan mikroblog, ketegangan antara rejim pemerintah dengan media baharu dan juga antara media tradisional dengan media baharu tidak pernah reda.  Semasa perhimpunan BERSIH 2007, apabila media tradisional melaporkan angka empat ribu, media baharu melaporkan angka puluhan ribu.  Seterusnya semasa perhimpunan BERSIH 2.0 dan 3.0, warga siber mendapat manfaat dari segi perbandingan maklumat ekoran kewujudan media baharu lantas memikirkan tentang kesahihan berita berkaitan.
 
Lahirnya media baharu menjadikan perspektif bahawa "kebenaran menjadi pilihan" begitu menonjol sekali.  Maka perbandingan dapat dilakukan dan representasi media baharu khususnya portal berita atas talian dapat mencabar representasi media tradisional dengan kredibiliti yang setanding jika tidak lebih tinggi kredibilitinya.
 
Kredibiliti representasi sesuatu peristiwa tidak lagi dimonopoli oleh media tradisional, malahan kredibiliti media tradisional semakin terhakis. Contoh klasik ialah Utusan Malaysia yang mengalami kemerosotan sebanyak 31.12 peratus dari segi jumlah edarannya semenjak zaman Reformasi. (sila lihat Jadual 1 Bab 2 buku Membina Bangsa Malaysia penerbitan SIRD). Dalam hal ini, Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) berpendapat bahawa "kejatuhan edaran akhbar Utusan Malaysia disumbangkan atas beberapa faktor dan kebanyakannya disebabkan polisi yang ditetapkan oleh Ketua Pengarang dan Pengarang-pengarang Kanan", antara lain termasuk "laporan berat sebelah" dan "tidak memberi peluang kepada orang yang dituduh untuk menjawab dan disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia".
 
Empat tahun selepas BERSIH 2007, gerakan BERSIH 2.0 menyaksikan fenomena kemunculan Generasi Facebook ekoran populariti jaringan media sosial dalam kalangan warga siber serta suasana politik yang dinamik dan memberangsangkan pasca 8 Mac 2008.  20 tahun selepas Tim-Berners Lee mengumumkan ciptaannya yakni jaringan seantero dunia yang juga dikenali dengan nama singkatan WWW (World Wide Web), kesan media sosial terhadap politik kebangsaan terserlah apabila Generasi Facebook mengemparkan bumi Malaysia dengan tuntutan
pembaharuan sistem pilihan raya dalam negara.  Semasa kemuncak gerakan BERSIH 2.0, sebahagian besar halaman Facebook diselubungi kekuningan apabila ramai pengguna Facebook memasang lencana BERSIH 2.0 pada gambar profil masing-masing. Begitu juga semasa BERSIH 3.0.
 
Jaminan tiada penapisan Internet
 
Apabila diimbas kembali perkembangan dalam negara kita, mungkin lebih sesuai jikalau tahun 1996 dan bukannya tahun 2000 diambil kira sebagai permulaan abad ke-21 Malaysia.  Tanggal 1 Ogos 1996, Perdana Menteri (PM) ke-4, Dr.Mahathir Mohamad yang kini bergelar Tun Mahathir telah mengumumkan projek mega Koridor Raya Multimedia (MSC) semasa merasmikan Persidangan Multimedia Asia.
 
Ekoran itu, Mahathir mengumumkan suatu Rang Jaminan MSC Malaysia (MSC Malaysia Bill of Guarantees) yang mengandungi sepuluh jaminan kerajaan untuk menggalakkan pertumbuhan syarikat-syarikat berstatus MSC dan industri teknologi maklumat di Malaysia.  Antara jaminan penting yang menyediakan kerangka tatakelola dan mewujudkan persekitaran untuk perkembangan industri teknologi maklumat dan media ialah:
• Rang Jaminan ke-6: Menjadi pendahulu serantau dalam perlindungan hakmilik
intelektual dan undang-undang siber.
• Rang Jaminan ke-7: Tiada penapisan Internet.
• Rang Jaminan ke-8: Menyediakan tarif komunikasi yang kompetitif pada peringkat global.
 
Apa yang menarik ialah, atas andaian bahawa pembangunan MSC dapat mentransformasi masyarakat dan "melonjatkan" (leapfrog) pembangunan negara untuk mencapai tahap pembangunan sepenuhnya, sejajar dengan tesis masyarakat maklumat dan Wawasan 2020, paradigma pembangunan yang acap kali melegitimasikan tindakan rejim kawalan kini menjanjikan keterbukaan dari segi penapisan Internet.
 
Seterusnya, jaminan tiada penapisan Internet diketengahkan oleh masyarakat madani sebagai syarat penting pewujudan persekitaran kondusif untuk pengoperasian portal berita atas talian tanpa sekatan politik dalam dunia siber.  Perlu ditekankan di sini bahawa jaminan tiada penapisan Internet hanya diutarakan oleh Mahathir semasa beliau berucap di hadapan para pelabur Amerika Syarikat pada 14 Januari 1997, lima bulan selepas pengumuman MSC.  Seterusnya, Fasal 3 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 mengisytiharkan bahawa "tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh ditafsirkan sebagai membenarkan penapisan Internet."
 
Jaminan tersebut dapat dilihat sebagai satu-satunya legasi penting Mahathir yang menyumbang secara tidak langsung dan "secara tidak diingini" (unintended) kepada ruang demokrasi dunia siber selepas tercetusnya gerakan massa bergelar Reformasi dua tahun selepas pelancaran MSC.
 
Setahun selepas pelancaran MSC, Malaysia mengalami krisis kewangan Asia 1997/98 yang bermula dari negara Thailand dan juga melanda negara-negara serantau termasuk Indonesia, Filipina, Korea Selatan dan Hong Kong.  Industri ICT berorientasikan MSC yang diagung-agungkan kelihatan lebih signifikan dari segi pembinaan projek mega seperti Lebuhraya Putrajaya-Cyberjaya, Putrajaya dan Cyberjaya yang kerja pembinaannya bermula sekitar pertengahan tahun 1990-an.
 
Dalam sebuah kajian ilmiah berkenaan pembangunan MSC, Tim Bunnell menyifatkan projek MSC sebagai suatu usaha penswastaan untuk mengecualikan rakyat terbanyak, sejajar dengan wacana dominan Mahathirisme yang cenderung mengaitkan slogan "Malaysia Boleh" dengan kehebatan pembangunan berorientasikan projek mega.
 
Faktor dorongan perkembangan ICT
 
Sementara pembangunan MSC kelihatan lemah tatkala krisis kewangan 1997/98, gelombang menuntut perubahan bergelar Reformasi memukul kuat politik tanah air lantas mendorong rakyat marhaen menerokai kemungkinan penyebaran maklumat tanpa sekatan menggunakan teknologi Internet.  Justeru, gerakan Reformasi banyak mendorong perkembangan ICT apabila potensi ruang siber dikenalpasti sebagai manifestasi baharu politik partisipasi supaya mobilisasi rakyat terbanyak dapat dicapai sepanjang zaman Reformasi.
 
Pelancaran laman sesawang zaman Reformasi yang pertama - Anwar Online - pada 1 September 1998, disusuli dengan pemecatan mantan Timbalan Perdana Menteri merangkap mantan Menteri Kewangan Anwar Ibrahim keesokan hari, serta perisytiharaan Deklarasi Permatang Pauh olehnya di kampung halaman beliau, Cherok Tok Kun, Permatang Pauh pada 12 September 1998, bukan sahaja menandakan permulaan gelombang gerakan Reformasi 1998, tetapi juga menandakan permulaan masyarakat siber ketika Malaysia melangkah masuk ke abad ke-21 dan mengejar impian masyarakat berpengetahuan.
 
Selepas itu, fenomena media baharu mulai menyerlah selari dengan arus perkembangan industri teknologi maklumat peringkat global dan gerakan Reformasi 1998 yang menyaksikan kelahiran sebuah parti baharu bersifat massa - Parti Keadilan Nasional - yang berjaya memenangi lima kerusi Parlimen di Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu serta empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor, Pahang, Pulau Pinang dan Perak melalui gabungan parti oposisi Barisan Alternatif yang memberikan cabaran kuat kepada Barisan Nasional (BN).  Komponen parti oposisi tatkala itu termasuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).
 
Gelombang pertama fenomena media baharu berkisar sekitar kemunculan laman sesawang pro-Reformasi atau pro-Anwar bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, bersama-sama dengan penerbitan cakera padat (CD), video cakera padat (VCD), penerbitan berkala dan tidak berkala lidah rasmi parti oposisi dan masyarakat madani, serta pelancaran Malaysiakini selari dengan hari penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-10 (PRU Ke-10) pada 20 November 1999.
 
Jika sekiranya gerakan Reformasi 1998 dan PRU Ke-10 pada tahun 1999 dianggap sebagai petanda gelombang pertama fenomena media baharu, gerakan massa sekitar tahun 2007 khususnya gerakan BERSIH dan PRU Ke-12 pada tahun 2008 dapat dilihat sebagai permulaan gelombang kedua fenomena media baharu berikutan populariti media sosial seperti blog, Facebook dan YouTube. (Bahagian pertama, bersambung)
 
Bahagian kedua: Media Baru sebagai ruang awam
 
*Artikel ini merupakan kemaskini kepada sebahagian daripada penulisan Ooi Heng
pada bulan September 2011 yang dimuatkan dalam buku baharu penerbitan SIRD
berjudul "Membina Bangsa Malaysia" sebagai Bab 2 bertajuk "Media, Teknologi
Maklumat dan Cabaran Semasa".
 
**Ooi Heng ialah Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) dan kolumnis MerdekaReview.