Sayur-sayuran seperti kobis, brokoli, kobis bunga, 'brussel sprout' dan kobis kerinting adalah antara sayur yang mempunyai sifat antikanser yang kuat.
Sumber ini kaya dengan bahan khasiat yang dikenali sebagai ‘glucosinolate’.
‘Glucosinolate’ adalah bahan bersifat antikanser.
Kajian Penyelidikan Kanser di Amerika Syarikat mendapati sayur-sayuran jenis ini boleh membantu elakkan kanser usus besar, kanser rektum dan kanser tyroid.
Sayur-sayuran jenis ini juga bantu elakkan kanser paru-paru, kanser prostate dan kanser payudara.
Kajian epidemiologi (kajian ke atas ramai orang) juga mendapati diet kaya brokoli, juga dapat keputusan yang sama iaitu kurangkan risiko kanser prostat.
Kadar minimum yg disarankan adalah 10 g setiap hari.
Untuk hilangkan kesan racun sebaiknya kobis direndam beberapa minit dalam larutan garam pada kadar 20g dalam 1 liter air.
Kajian yang dilakukan ke atas wanita Poland mendapati wanita yang memakan kobis sekurang-kurangnya 3 kali seminggu menunjukkan pengecutan sel kanser payudara dengan nyata.
Kobis yang dimakan adalah kobis mentah atau kobis yang dimasak sekejap. Sebaliknya, kobis yang dimasak lama tidak memberi kesan.
#DrSuriRoowi Ph.D KMN
Principal Scientist
Photo: Getty image