KENAPA PERIHAL "BLACROCK" NI SUSAH NAK DI SELESAIKAN?



Wan Hasni Wan Sulaiman. 


Pertama-tama nya Blackrock ni bukan nya suatu yang mudah nak diungkaikan. Ianya sebuah badan pleaburan terbesar di dunia, dengan aset bertriliunan dollar. 


Mereka pula sudah lama melabur di Malaysia didalam pelbagai entiti, didalam pelbagai sektor, termasuk perbankan (e.g. Affin Bank (as per my last recollection)), Lynas di Pahang, melalui Australian parent company), dan pelbagai lagi. Boleh check sekejap saja kalau nak buat.


Dalam Global Infrastructure Projects (GIP) yang mahu ambil saham dalam Malaysia Airports pula, mereka pula menjadi pemegang saham penuh dalam GIP.


Mereka ini asal nya bermula bersama dengan Goldman Sachs/First Boston (sewaktu 90an) dan saya sendiri pernah dealings dengan mereka sewaktu itu (via Goldman Sachs, akhir 90an, dibawah jenama Blackstone).


Sekarang aset dibawah pengurusan mereka USD10 trillion. Terbesar didunia. With that size of assets, makna nya hampir mana saja company yang kita deal with, they must have some shares inside.


Adakah wang itu wang mereka? Tidak. Ianya aset yang diuruskan.  Wang itu datang dari pelbagai sumber, termasuklah banyak wang dari negara Islam sendiri (terutama nya dari Gulf region). Juga termasuk wang dari China dan Jepun, serta Korea. Apatah lagi dari negara-negara Eropah.


Hanya satu saja permasalahan nya ialah, pengurusan mereka itu dituduh sebagai Yahudi. Kita bukanlah nak bezakan anatara Yahudi dengan Israel, tetapi dalam aspek diplomatik, Yahudi tu dimana-mana saja. Di Singapura pun ada. Tak semua orang Yahudi adalah warga negara Israel. Dan tak semua orang Yahudi tu mesti di kutuk.


Yang menjadi masalah ialah peperangan di Gaza. Kita jangan pula nak bawa hal itu kepada antara negara Malaysia dan negara lain, termasuk juga negara Israel. We are NOT at war with any countries.


Penentangan negara dan PMX terhadap Israel dan peperangan Gaza sudah jelas. Kita must be against it in all counts. Itu sudah pun dijelaskan.


Ini yang saya katakan awal-awal dulu, jangan sampai kita "terperangkap dalam naratif sendiri". Kalau kita nak perangi dan musuhi kewangan dunia adalah suatu yang amat besar dan berat. Kita tak bersedia to go for that. Saya pun tak pasti bila kita mampu.


For now, kita mesti hidup dalam keadaan yang realistik. Sebab nya kalau nak memerangi "BlackRock" dalam naratif yang sama, ianya tiada hujung yang jelas. Bayangkan kita nak masukkan "Glencore", "Vitol", "Intel", ....,senarai nya tak berkehujungan. Bahkan openAI (Sam Altman) adalah Yahudi. Habislah tak boleh pakai chatGPT. Google founders, Sergei Brin (juga Yahudi), Elon Musk, Tesla pun ia juga.


Semua kita nak halang ke? Tak logik.


Kalau nak kita tegur, baiklah kita cuba membawa alternatif yang lain. Sebagai contoh, kenapa tidak Malaysia Airports bergabung dengan AOT Thailand (ASEAN)? Atau Turkish Airports atau Dubai Airports (Muslim countries). Saya dari awal lagi melihat kepada gabungan ASEAN airports lebih munasabah. 


Tetapi masalah nya, semua nya mungkin tiada "financial might" yang mencukupi dan tidak dapat membuat "cash injections" yang memang amat diperlukan. Sedangkan bagi Malaysia, we do need to redo our balance sheets. Oleh itu, perlu kita "let go some of the assets from the balance sheets" to pare off some of the debts, iaitu hutang negara yang terlalu menumpuk besar.


Logik dan rasional untuk dapatkan cash injection tu betul dan benar. Dan kalaulah betul Blackrock melalui GIP boleh buat sedemikian, barulah ada logik nya yang betul.


Otherwise, kita hanya sembang dalam gelap. Lempar batu sana-sini tanpa memahami apa yang mendasar nya. Sebab itu, kalau boleh Kerajaan jelaskan apakah rasional nya. Janganlah bagi sebab "the train has left the station". Ini tak muncukupi untuk khlayak ramai.




No comments: