Melawan benci dengan rahmah setiap hari


 

JON TYSON/UNSPLASH

Follow us on our Malay and English WhatsApp, TelegramInstagramTiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Kami, pertubuhan-pertubuhan dalam masyarakat sivil dan media, menggembleng tenaga untuk menyeru semua rakyat Malaysia untuk melawan ungkapan kebencian dan provokasi etnik-agama dengan rahmah setiap hari.

Kami menyeru seluruh rakyat Malaysia mengangkat amalan “maaf zahir batin” ke tingkat yang lebih tinggi. Amalan memohon dan memberi maaf adalah ajaran dalam Islam dan dalam sistem nilai agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh, Taoisme, dan komuniti-komuniti Orang Asal atau Asli di Sabah, Sarawak dan semenanjung.

Mari kita lazimkan amalan memohon dan memberikan “maaf zahir batin” sepanjang tahun, tidak terhad kepada raya Aidilfitri dan Syawal, tetapi dari awal Muharam sampai ke akhir Zulhijah, dari 1 Januari sampai ke 31 Disember, sepanjang 365 hari setahun.

Mari kita jayakan pergerakan #MZB365 ini kerana kita sebagai manusia berbuat salah setiap hari, perlu insaf dan memohon maaf setiap hari, dan juga bersedia memaaf setiap hari.

Jika kita segan memohon maaf, maka pembinasaan yang kita lakukan, sama ada berniat atau tidak, kerana kejahatan mahupun kekhilafan, tak kira besar atau kecil, akan berkekalan dan merosakkan hubungan dan silaturahim antara insan.

Mohon dan beri maaf boleh berlaku di antara suami dan isteri, antara anak dan orang tua, antara saudara-mara, antara murid, ibubapa dan guru, antara jiran tetangga, antara rakan sejawat, antara orang-orang yang saling tidak mengenali tetapi menemui sesama lain di lalulintas, antara individu-individu yang melanggar undang-undang dan masyarakat, dan antara komuniti yang berlainan.

Pada masa yang sama, apabila kita memaafkan orang lain, ini tidak bermakna kita menjadi lebih lemah dan secara tidak sedar menggalakkan lebih banyak salah laku.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran

·         Become an Aliran member

Tel: 04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com

Ini sudahnya bukan untuk mengkompromikan kedaulatan undang-undang. Apabila pesalah melanggar undang-undang, pesalah tetap menghadapi pengadilan dan hukumannya.

Pengampunan dan pengurangan hukuman hanya terjadi apabila si pesalah menyedari kesalahannya, mengaku bersalah, menembusi pembinasaannya dan/atau berikhtiar untuk tidak mengulangi kesalahan itu.

READ MORE:  A security guard raises the bar

 

Memberi maaf kepada mereka yang ikhlas memohon maaf sebenarnya memperkuatkan kita dan masyarakat secara keseluruhan. Ia membina pendamaian, mengurangkan salah faham, menghapuskan benci dendam, dan mengeratkan silaturahim kita sebagai manusia yang dicipta berlainan, supaya kita lebih mengenali sama satu lain melalui kelainan.

Memupuk semangat dan amalan memohon dan memberi maaf menjadi semakin penting kerana terdapat individu-individu dan puak-puak yang setiap hari mencari peluang dan alasan untuk memecahkan masyarakat demi kepentingan politik, perniagaan dan peribadi.

Mereka mencari setiap salah laku yang boleh diperbesarkan untuk menyemai perasaan sangsi dan benci supaya mereka dapat diangkat menjadi pahlawan sampai ada yang melampaui batas undang-undang dengan membakar dan mengganas.

Gejala populisme yang berasaskan kebencian dan teori konspirasi sudah pun melumpuhkan negara, membinasakan masyarakat, menjatuhkan ekonomi, melaparkan kanak-kanak, menenggelamkan impian malah meragut nyawa di banyak pelosok dunia. Kita mesti pastikan Malaysia tidak mengikut jejak mereka.

Di mana batas undang-undang dilampaui, kedaulatan undang-undang mesti ditegakkan tanpa kompromi. Di mana akal ditipu dengan propaganda dan pembohongan, kebenaran dan pemikiran logical mesti ditegakkan.

Akan tetapi, tiada penawar yang lebih baik daripada rahmah, yang boleh mengeratkan silaturahim, menghancurkan benci, melenyapkan sangsi dan menewaskan mereka yang ingin menangguk di air keruh.

Rakyat Malaysia berupaya menghadapi keadaan mencabar dengan kekuatan. Apabila pandemik Covid melanda, kita ada #KitaJagaKita. Kini kebencian merebak, mari kita #MZB365, melawan benci dengan rahmah setiap hari.

Sertai dan jayakanlah pergerakan ini!

 

No comments: