Kuala Terengganu, 13 Januari 2024- Hasil kolaborasi Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Terengganu, JSPT dan Jabatan Imigresen Negeri Terengganu, Ops PeWA telah dilaksanakan di Sekitar Bandar Kuala Terengganu, dan Kuala Nerus selama dua (2) hari iaitu pada 12 dan 13 Januari 2024.
Ops yang mensasarkan penunggang dan pembonceng motosikal warga asing ini melibatkan 46 anggota JPJ Negeri Terengganu , 12 anggota JSPT dan 8 anggota Jabatan Imigresen.
Objektif Ops ini dijalankan antaranya membanteras pemandu warga asing yang memandu kenderaan di Malaysia yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya.
Sebanyak 66 buah motosikal dan 13 buah motokar telah disita dalam Ops ini. Notis saman turut dikeluarkan kepada pemilik berdaftar kenderaan yang membenarkan kenderaan mereka dipandu oleh warga asing yang tidak memiliki lesen memandu yang sah serta Lesen Kenderaan Motor dan lnsuran yang telah tamat tempoh. Manakala pemeriksaan pihak Jabatan Imigresen Negeri Terengganu telah menemukan 19 kes pendatang asing tanpa izin (PATI) dan dibawa ke depo imigresen.
Diingatkan kepada pemilik kenderaan berdaftar yang membenarkan warga asing memandu tanpa lesen memandu. Anda akan berhadapan kenderaan akan disita dan saman akan dikeluarkan atas nama pemilik berdaftar kerana membenarkan pemandu, memandu tanpa lesen.
Pengarah JPJ Negeri Terengganu YBrs. Tuan Zulkarnain bin Yasin meluangkan masa meninjau pelaksanaan ops yang berakhir pada 12.00 tengahari tadi.
Teruskan ikuti laman sosial rasmi JPJ TERENGGANU untuk mengikuti informasi terkini.
Sumber FB JPJ TERENGGANU