Perbincangan bersama BN wujudkan kerajaan stabil
Pakatan Harapan (PH) berpuas hati dengan perbincangan bersama pemimpin BN hari ini di Kuala Lumpur bertujuan untuk mewujudkan kerajaan yang stabil.
Menurut Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibtahim, perbincangan kedua dua belah pihak pagi tadi dianggap membina.
“Kita telah adakan beberapa perbincangan khususnya dengan perwakilan BN yang telah menetapkan 7 orang untuk berunding.
“Isu dasar kita tumpukan dan saya puas hati. Perbincangan itu lebih kepada keperluan untuk mewujudkan satu kerajaan yang stabil. Yang inklusif menjaga semua kepentingan rakyat di negara ini
“Kemudian kita menetapkan beberapa keutamaan dalam dasar pemerintahan terutama dalam memacu pertumbuhan ekonomi yang meyakinkan,” katanya dalam sidang media di Hotel Seri Pasific semalam
Bagaimanapun, katanya pihak BN meminta tangguhan waktu untuk membuat keputusan kerana mereka akan berbincang dengan pihak pihak lain untuk isu yang sama.
“Saya sangat berpuas hati dengan perkembangan ini dan komitmen ditunjukkan. Walaupun dari segi muktamatnya BN memohon sedikit waktu kerana mereka nak meneruskan perundingan dengan semua pihak yang memohon nak berunding dengan mereka,” katanya lagi.
“