KENYATAAN MEDIA BIRO UNDANG-UNDANG (KANUN) PARTI AMANAH NEGARA LAPORAN POLIS TERHADAP POSTING MENGHASUT DAN RASIS

 















KENYATAAN MEDIA

BIRO UNDANG-UNDANG (KANUN)

PARTI AMANAH NEGARA

LAPORAN POLIS TERHADAP POSTING MENGHASUT DAN RASIS

1. KANUN menerima banyak aduan semenjak semalam terhadap pihak yang tidak berpuashati dengan pembentukan Kerajaan Negeri Perak pada 21.11.2022 dan proses pembentukan Kerajaan Persekutuan pada hari ini.

2. Sehubungan itu, peguam KANUN bersama Biro Mobilisasi akan menggerakkan laporan polis dibuat ke atas pihak-pihak yang membuat posting berbaur menghasut dan bersifat rasis di semua media sosial.

3. KANUN menegaskan bahawa tindakan sedemikian adalah tindakan berbahaya kepada negara dan boleh mencetuskan pergaduhan serta pertumpahan darah. Tindakan ekstrimis atas nama bangsa dan agama ini akan memudaratkan keamanan.

.

4. KANUN menegaskan bahawa pihak-pihak yang telah membuat posting sedemikian atau atau telah berkongsi posting sedemikian di media sosial tiktok, Facebook dan Instagram perlu memadamkannya segera. Sekiranya pihak kami mendapati posting sedemikian masih wujud maka pihak kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

5. Sayugia kami mengingatkan bahawa pihak yang membuat posting sedemikian bakal berhadapan dengan hukuman denda dan penjara.

Dr. Zulqarnain Lukman

Pengerusi KANUN (Biro Undang-Undang)

Parti Amanah Negara

22 November 2022

 

No comments: