Hamdan Taha
Kisah cikgu ahmad fadli yang tersebar di seluruh dunia adalah salah satu kisah dari jutaan kisah guru guru di sekolah
Sebenarnya sistem kita yang ada adalah satu sistem yang sudah lapok dan sudah tidak boleh di pakai
Menteri dan pegawai atasan tidak pernah ambil peduli pandangan guru guru semasa buat keputusan
Guru yang berdepan dengan murid hari hari puluhan tahun tapi tak boleh nak bagi pendapat atau memberi cadangan apatah lagi mengkritik
Jika di beritahu pada guru besar maka guru besar nak bagitahu siapa ke ppd maaf cakap yang ada di ppd pula antara mereka yang juga tak tahu nak bagitahu kepada siapa
Kerana sistem di kementerian pelajaran atau apa juga kementerian dalam negara kita ni sifatnya pegawai bawahan hanya perlu jalankan tugas atas arahan atasan dan tak boleh memberi pendapat keculai mendengar arahan atasan jika gagal akan di kenakan tindakan
Jadi lahirlah orang orang politik di semua jabatan bukan ahli politik kepartian tapi politik jabatan untuk jaga perut dan naik pangkat
Tu yang kualiti yang ada dalam negara kita