Salam saudara Shahril Hamdan,
Ketua Penerangan UMNO Malaysia
Dari segi kepimpinan politik, saya sangat meminati saudara. Been
following you for a while now. And I’m impressed still. Harap-harap saudara
Shahril menang PRU15 kali ni. Nak juga dengar suara saudara Shahril di
Parlimen. Bukan hanya di socmed dan di dada akhbar.
Saudara,
Seminggu kebelakangan ini, rakyat dihidangkan dengan isu dan
propaganda mengenai kapal perang LCS. Daripada banyak2 penerangan yang saya
dengar, dalam dua2 kem, video saudara saya rasa yang paling best. Jelas, adil
dan juga penuh fakta dan data.
Saudara nyatakan, kapal2nya ada cuma terlewat serahan kepada
Kerajaan.
Cuma bila bab terlewat ni, penerangan dan alasan yang UMNO dan
saudara berikan ialah kerana:
1. “Stop work order” atau arahan pemberhentian kerja oleh
Pakatan Harapan pada tahun 2018. PH membalas dengan menyatakan perkara tersebut
berlaku ketika BN masih lagi dalam Kerajaan.
2. Pada tahun 2019, Pakatan Harapan memberhentikan terus Projek
ini. Itu punca sebenar kelewatan, kata UMNO lagi.
Saya telah membaca Laporan PAC dan Hansard2 mesyuarat yang ada.
Masalahnya fakta dan data untuk back up 2 kenyataan itu saya tak jumpa cari.
Dan saya dapati:
1. Tiada arahan daripada mana-mana Kerajaan untuk hentikan
projek. “Stop work” itu sebenarnya tindakan subkontraktor OEM syarikat kerana
mereka tidak berbayar berbulan2. Mereka mula berhenti kerja pada April 2018.
UMNO masih lagi dalam Kerajaan.
Pohon rujuk Hansard PAC di link Parlimen di sini. Muka Surat 21.
Ini dikatakan sendiri oleh KSU Kementerian Pertahanan kepada PAC.
https://www.parlimen.gov.my/.../Prosiding%20Bil.%201%20(b...
2. Saya juga tak jumpa cari dalam mana2 dokumen yang tunjuk
Pakatan Harapan menghentikan projek secara total pada tahun 2019. Yang saya
dapati projek terhenti terus pada Oktober 2020 selepas Sheraton move. UMNO
dalam Kerajaan pada masa itu.
Pohon rujuk Hansard PAC di link Parlimen di sini. Ini dirumuskan
dalam infografik yang PAC sediakan. Mengenai Progres Kemajuan Kerja. Muka surat
71.
https://www.parlimen.gov.my/.../Prosiding%20Bil.%201%20(b...
Saya amat berharap agar saudara Shahril, bakal YB kita, dapat
tunjukkan pada rakyat, di mana dalam Laporan PAC dan Hansard mesyuarat, yang
boleh mendokong kenyataan UMNO.
Iaitu Pakatan Harapan memberhentikan projek dan seterusnya
melewatkan serahan kapal. Sebab dapatan saya projek ini telah tenat dan lambat
sejak 2016 lagi. Pohon rujuk infografik yang sama di atas.
*****************************************
Kami hanya mahukan mana2 pegawai yang bertanggungjawab ke atas
kelewatan dan ketirisan tidak masuk akal ini, dibawa ke muka pengadilan segera.
Tambah RM6b sudah kita belanja, kapalnya tak muncul tiba. Satu pun tak
diserahkan kepada Kerajaan lagi. Walaupun dah 11 tahun.
Sekiranya ada pendakwaan dan sabitan, MENHAN dan PM yang
terbabit perlu ambil tanggungjawab juga. Kerana kejadian berlaku di bawah
pemerintahan mereka.
Saya harapkan saudara dapat membantu kami dengan menjelaskan
perkara di atas. Bukan lagi yang dispin2.
Terima kasih dan semoga saudara sentiasa di bawah barakah Allah
jua.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
Geng Atas Pagar dan tidak berparti
#manabaikkitasokong
#manasalahkitabantah