Pelakon Pak Jabit meninggal dunia



Pelakon, aktivis dan ahli PKR Abdul Kader Samsi atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Jabit di kalangan rakan artis meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan kecemasan di Klinik Kesihatan Lanchang di sini jam 7.10 pagi semalam.
Berita kematian pelakon filem Hantu Kak Limah itu dimaklumkan salah seorang anaknya menerusi akaun Facebook dan dikongsi rakan-rakannya pagi semalam.
Allahyarham turut dikenali dengan nama Mankadir Shamsi telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Rantau Panjang di sini selepas solat zohor semalam.
Pak Jabit terkenal menerusi lakonannya dalam filem-filem komedi arahan Mamat Khalid antaranya Man Laksa, Zombi Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah.
Allahyarham terkenal sebagai pelakon pembantu dalam filem-filem tersebut yang dibarisi pelakon popular lain seperti Awie, Allahyarham Zami Ismail dan ramai lagi.


No comments: