Peluang PH menang PRU 14 lebih baik berbanding 2008, 2013 – Penganalisis
Penganalisis politik berpendapat pilihan raya umum mungkin akan diadakan seawal bulan September sekiranya BN yakin mereka mampu mempertahankan kerajaan.
Albert Kwok, seorang penganalisis ekonomi pula berpendapat tanda-tanda besar PRU semakin hampir telah kelihatan. Katanya, banyak program BN turun padang dilakukan sejak akhir-akhir ini melibatkan gerak kerja membantu golongan wargamas masyarakat Cina dan India untuk mendapat kad pengenalan biru. Menurut beliau, biasanya aktiviti seumpama itu giat dijalankan 2 atau 3 bulan sebelum pilihan raya umum.
Apatah lagi, katanya, Pakatan Harapan telah pun membentuk organisasi rasmi dan berjanji untuk memansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan dalam tempoh 100 hari memerintah.
“BN terpaksa menggandakan kerja pilihan raya mereka menghadapi pembangkang yang semakin tersusun dan bersatu kali ini
“Ramalan saya paling cepat BN akan memanggil PRU14 adalah pada Ahad, 17 September.
“Namun saya percaya kali ini PH mempunyai peluang besar untuk menang berbanding 2 pilihan raya umum yang lalu dalam era Pakatan Rakyat,” katanya kepada Suara pakatan daily.
Albert berharap PH akan memberi tumpuan untuk mencelikkan minda pengundi di kawasan kampung sebab undi mereka amat perlu untuk memenangkan banyak kerusi bukan sahaja di Semenanjung bahkan juga di Sabah dan Sarawak.
Beliau juga menilai pihak BN semakin gentar dengan cabaran PH dan membuat tuduhan rambang bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad hendak membantu anaknya menjadi Perdana Menteri dan DAP akan menguasai Pakatan Harapan.
“Musuh sudah ‘panik’. Pakatan harus bersedia pembubaran Parlimen pada bulan Ogos ini.