Perlantikan Christoph Mueller sebagai ketua eksekutif Malaysia Airlines beberapa bulan lepas menimbulkan banyak tanda soal dan kritikan dari masyarakat termasuk gerakan Pemuda Umno Malaysia.
Tetapi ada yang menyambut baik perlantinkan beliau dalam memulihkan keadaan Malaysia Airlines pada 31 Mei 2015 selepas beliau menyatakan langkah-langkah dalam menyelamatkan Malaysia Airlines.
Pada pertengahan minggu lepas, muka akhbar penuh dengan berita tentang pemecatan secara besar-besaran kakitangan sedia ada Malaysia Airlines yang akan berlaku dan alasan-alasan yang dinyatakan yang menjadi faktor kepada keadaan parah Malaysia Airlines hari ini. Antaranya, tuntutan overtime, elaun kakitangan dan sebagainya.
Kalau kita lihat pada dasarnya, langkah ini amatlah baik. Tetapi apabila diselami, adakah langkah ini konklusif dan holistik?
Adakah ia mengatasi root cause of the problem yang ada dalam isu Malaysia Airlines?
Apa yang sering diperkatakan adalah kontrak catering yang melibatkan penambahan nilai atas angin yang melampau dan tata kelola urus tadbir yang tidak baik dalam pentadbiran eksekutif Malaysia Airlines. Kepincangan yang membawa keadaan parah Malaysia Airlines ini tidak lah harus dipertanggungjawabkan kepada insiden MH17 dan MH370 sepenuhnya.
Hal ini sebenarnya bermula dari era pimpinan Tan Sri Tajuddin Ramli dan ketua eksekutif-ketua eksekutif seterusnya menghadapi misi sukar untuk membawa Malaysia Airlines ke era gemilangnya di bawah pimpinan Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman.
Langkah pemotongan tenaga kerja Malaysia Airlines ini memangsakan rakyat Malaysia sendiri walhal mereka ini gajinya bukan lah semewah seperti eksekutif-eksekutif di peringkat atasan. Bukan sahaja itu, mereka ini tidaklah melakukan keputusan dan strategi yang merugikan Malaysia Airlines hatta bukan punca utama sehinggakan harus dipecat. Pihak Nufam mempunyai sebab yang substantif bagi membawa isu ini kepada masyarakat sejagat.
Pada hemat saya dan ramai lagi, langkah menyelamat Malaysia Airlines harus la konlusif, holistik dan adil. Tidak kira kepada kakitangan bawahan atau atasan mahupun golongan berkepentingan. Apa yang mustahak dan perlu disingkirkan dari Malaysia Airlines adalah ketirisan dan kontrak jangka masa panjang yang memangsakan Malaysia Airlines sendiri.
Isu anak bangsa dan warga asing tidak lah harus menjadi perkara pokok dalam hal memulihkan Malaysia Airlines. Syarikat penerbangan yang ternama seperti Malaysia Airlines wajib dipimpin oleh seorang no-nonsense man dan tegas dalam pendirian dalam urus tadbir bersih.
Beliau bukan sahaja memimpin sebuah syarikat biasa, Malaysia Airlines merupakan kebanggaan rakyat Malaysia dan ia menjadi harapan majoriti rakyat Malaysia Airlines akan kembali ke era kegemilangannya.
Haziq Farhan is studying law at a local university. He is currently involved in Mahasiswa Keadilan Malaysia, the students wing of Parti Keadilan Rakyat.
Haziq participated in a recent Aliran Young Writers Workshop on Federalism and Decentralisation, supported by the Canada Fund for Local Initiatives. “The workshop has taught me how to express the concerns of the public and students through better and more effective writing,” he says.