Presiden
Umno, Datuk Seri Najib Razak ketika membuat ucapan penggulungan di
Perhimpunan Agung Umno 2012 (PAU 2012) telah mengemukakan soalan cepumas
untuk menguji kesetiaan ahli kepada perjuangan parti.
Beliau telah memberikan lima opsyen
kepada para perwakilan untuk dibuat pilihan sama ada 'Sokong penuh Umno
meskipun tidak dipilih calon' atau 'Masih sokong Umno meskipun tidak
dipilih calon' atau 'Tidak akan kerja masa PRU-13' atau 'Saya akan
sabotaj Umno-BN' dan terakhir 'Saya akan lompat parti'.