Ramai
yang tertanya-tanya mengenai kemunculan serentak pendedahan 'berani
mati' peniaga permaidani, Deepak dan Musa Hassan pada ketika Umno sedang
rancak mengadakan Perhimpunan Agung Umno 2012 mereka.
Dalam 'pek pendedahan berkembar'
ini, Deepak mendedahkan perihal penglibatan keluarga Najib bagi
membantu membersihkan kekotoran yang ditinggalkan oleh surat Akuan
Bersumpah (SD) Penyiasat Persendirian Balasubramaniam yang mengaitkan
keluarga Najib dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuyaa.