UMno....KAKI BULI.JANGAN SOKONG UMANO YANG ZALIM.
- Guru dipecat dakwa dapat borang Umno
- Dis 3 2012
- dikemaskini Guru
agama sementara dari Labuan yang dipecat JAWI selepas menghadiri
ceramah Pakatan Rakyat, mendakwa menerima borang keahlian Umno selepas
ditelefon seorang pemimpin Umno setempat.
Pastikan tiada rakyat derita dizalimi seperti saya – Anwar
(Oleh Aisha Geoffrey)
PASIR SALAK 3 Dis: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tiada seorang
pun rakyat bakal menerima nasib dan kezaliman sama seperti dialaminya
sepanjang 14 tahun ini.
“Dulu, istana mana yang saya tak pernah pergi? Santapan mana yang
saya tak pernah makan? Darjah kebesaran dari negeri mana saya tak dapat?
Sabah, Perak, Pulau Pinang.
“Kemudian
saya dimasukkan ke penjara enam tahun. Dipukul, dihina, dari pakaian
penuh sehingga telanjang, diberi makanan dalam plastik dan dibaling
seperti anjing,” katanya menimbulkan suasana sayu 3,000 rakyat Pasir
Salak pada ceramah Jelajah Merdeka Rakyat malam tadi.
“Sampai saya rasa ‘give-up’, saya nak menyerah terus, tapi ada
seorang tok guru datang dan nasihatkan agar jangan mengalah,” kata Ketua
Umum KEADILAN berkongsi pengalamannya bermula menjadi seorang pemangku
Perdana Menteri hingga dipenjarakan oleh Umno BN di Sungai Buloh.
Menurut Anwar, tok guru tersebut menyatakan, jalan kebenaran dan
kebaikan itu sentiasa mendapat ujian sebagaimana para nabi dan sahabat.
“Tok Guru itu juga beritahu, tak ramai yang ada pengalaman seperti
saya dan minta saya jadikan semua itu pengajaran. Dia juga minta jika
saya menjadi pemimpin, jangan biarkan nasib yang sama menimpa seorang
pun rakyat,” sambungnya.
“Saya dah rasa apa itu kezaliman, penderitaan. Saya rasa kesengsaraan
Wan Azizah (isteri) dan anak-anak. Saya dihina di media perdana
hari-hari selama 14 tahun,” cerita Ketua Pembangkang lagi.
“Saya doa, mudah-mudahan saya terima semua ujian itu kerana saya dalam usaha untuk membuat kebaikan.
“Saya boleh maafkan semua kezaliman, tapi saya akan ingat apa ertinya
dizalimi berbelas tahun. Saya akan pastikan tiada seorang pun rakyat
Malaysia rasa dan alami sakit derita itu,” katanya disambut tepukan
gemuruh hadirin.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=40526