DAP Ajak Rakyat Beramai-Ramai Daftar Sebagai Pemilih Di Saat-Saat Akhir....Tumbangkan Barisan Nasional Ganti Pakatan Rakyat




KUALA LUMPUR 17 OGOS : Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua menggesa seluruh warganegara Malaysia yang belum berkesempatan mendaftar sebagai pemilih meluangkan masa untuk berbuat demikian di beberapa lokasi yang akan disediakan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Menurut beliau, Kempen Pendaftaran Pengundi anjuran DAP yang dijadualkan pada 20 hingga 21 ogos ini adalah peluang terbaik kepada anggota masyarakat untuk mendaftar sebagai pengundi sebelum pilihan raya umum ke 13 - yang dianggarkan berlangsung pada Mac tahun hadapan.

"15 September depan secara rasminya ialah hari terakhir untuk kami mengantar senarai pengundi baru, sekiranya ia telah digazetkan untuk pilihan raya pada suku pertama tahun hadapan yang dijangkakan pada Mac mahupun April hadapan, jadi ini ialah peluang terakhir kepada pengundi yang cukup syarat untuk mendaftar bertindak mendaftarkan diri mereka sebagai pengundi baru untuk sama-sama mengambil bahagian sebagai pengundi pada pilihan raya akan datang,"kata pada satu sidang media khas di Ibu Pejabat DAP hari ini.

Mutakhir ini pelbagai penemuan yang meragukan dalam senarai daftar pemilih didedahkan oleh orang perseorangan dan parti politik.

Nama Mismah menjadi perhatian apabila rekod dalam talian Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada 2 Ogos lalu menunjukkannya seorang penduduk tetap (PR) tetapi disenaraikan dalam daftar pemilih untuk pilihan raya.

Lebih banyak kontroversi muncul apabila selepas empat jam dilaporkan Malaysiakini, status baru ibu kepada empat anak itu bertukar daripada kad pengenalan merah (PR) kepada biru (warganegara).

Tidak cukup dengan itu, seorang bernama 'Kg Baru'juga direkodkan sebagai pemilih berdaftar namun apabila diperiksa, nombor kad pengenalan Kg Baru adalah milik Noraini Binti Abdullah.

Malah terdapat juga pendedahan tentang beberapa nombor kad pengenalan dalam rekod SPR, adalah tidak wujud.

Melihat kepada kecelaruan inilah kata Tony, DAP dan Pakatan Rakyat katanya menggesa seluruh warganegara Malaysia yang benar-benar layak mengundi supaya sedar akan kepentingan menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara.

"Saya berharap warganegara yang benar-benar warganegara, yang lahir di Malaysia, daftarkanlah diri dalam memastikan suara anda semua dapat disampaikan dengan saluran yang dipanggil pilihan raya,"katanya lagi.

Berikut ialah senarai lokasi pendaftaran di serata Kuala Lumpur dan Selangor yang dibuka bermula 20 hingga 21 Ogos depan :-


1. BANGSAR

UOA Bangsar Carrefour Selatan ~ 10 pagi - 5 petang

2. BATANG KALI

A. Pasar Tani Batang Kali ~ pukul 8 pagi - 12:00 tghari
B. Econsave Batang Kali ~ 12 tghari -7 malam

3. CHERAS

20 Ogos (Sabtu): Pasar Pagi Taman Kenanga ~ 08 pagi - 11 pagi
21 Ogos (Ahad): Pasar Pagi Taman Midah ~ 08 pagi - 11 pagi

4. DESA PETALING (Seputeh)

Ogos 20 (Sabtu): Giant, Desa Petaling ~ 10 pagi - 5 petang

5. KAJANG

Metro Kajang Shopping Centre (Food Court Tingkat 4) ~ 11:30-21:00

6. KAPAR

44, Jalan Besar Kapar, Kapar (per sebelah Bookshop Popular) ~ 09:00-03:00

7. KLANG

Klang Parade (Ren Ren Bookshop, 1st Floor) ~ 10 pagi - 10 malam

8. PANDAN

21 Ogos (Ahad): Pasar Pagi Taman Muda ~ 08 pagi - 11 pagi

9. PETALING JAYA

A. 1Utama Shopping Centre (1st Floor, Oval) ~ 10 pagi - 10 malam
B. Tropicana City Mall (LG, berhampiran hangat Sweet) ~ 10 pagi - 10 malam

10. PUCHONG

Ogos 20 (Sabtu): IOI Mall (Ground Floor, Old Wing) ~ 10 pagi - 10 malam
21 Ogos (Ahad): IOI Mall (Ground Floor, Old Wing) ~ 10 pagi - jam 3 petang

11. SALAK SELATAN (Seputeh)

21 Ogos (Ahad): Pasar Pagi Salak Selatan Kampung Baru ~ 09 pagi - 12 tghari

12. SEKINCHAN

21 Ogos (Ahad): Sheng Hui Restaurant ~ 08 pagi - 12 tghari

13. SUBANG JAYA

Empire Membeli-belah Galeri (P1, eskalator berhampiran) ~ 10 pagi - 10 malam