SHAH ALAM 17 OGOS: Meletakkan pemimpin pembangkang mengetuai jawatankuasa khas parlimen (PSC) mengenai reformasi pilihan raya adalah bertujuan untuk mengelakkan manipulasi pihak berkepentingan, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.
"Kalau jawatankuasa itu diketuai oleh Umno atau orang yang rapat dengan pimpinan kerajaan sekarang, sudah tentu ada risiko (iaitu) agenda jawatankuasa tersebut disalahguna untuk melengah-lengahkan dan juga memberi kelebihan (kepada Umno-BN)," katanya ketika dihubungi Tv Selangor.
Beliau diminta mengulas respon terhadap tujuh syarat yang dikemukakan Pakatan Rakyat semalam bersabit penubuhan PSC yang diumumkan Perdana Menteri Najib Razak Isnin lalu bagi mengatasi kepincangan dalam sistem pilihan raya.
Menurut Rafizi, kesangsian terhadap ketelusan Najib semakin meningkat apabila perdana menteri itu gagal mengotakan janjinya terhadap tuntutan rakyat untuk berkumpul di Stadium Merdeka ketika himpunan Bersih 9 Julai lalu.
Malah beliau turut menyatakan kekhuatirannya sekiranya jawatankuasa 'bi-partisan' itu nanti hanya bertujuan untuk meredakan kemarahan rakyat yang sedang memuncak terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) walhal berniat melengah-lengahkan reformasi pilihan raya.
"Rakyat mahukan jawapan dan tindakan daripada mereka (kerajaan). Jadi saya rasa Najib sekurang-kurangnya perlu memberi tindakbalas. Tapi tindakbalas yang bagaimana? Kalau ianya hanya pengumuman, kemudian tidak ada tindakan konkrit dan melangkah ke pilihan raya umum tanpa melakukan perubahan yang dituntut oleh Bersih.
"Ini yang dikatakan tindakan melengah-lengahkan sehingga rakyat terlupa sehingga mengalihkan pandangan rakyat daripada terus fokus untuk mendedahkan penipuan yang berlaku," ujarnya.
Pakatan Rakyat semalam mengemukakan tujuh syarat sebelum menyokong penubuhan jawatankuasa khas itu bagi tujuan reformasi pilihan raya termasuk melantik pemimpin pembangkang mengetuainya, memberi kuasa dan kewangan secukupnya kepada jawatankuasa itu.
Selain itu, gagasan itu turut mencadangkan agar siasatan melibatkan badan audit bebas antarabangsa, pengutaraan lapan tuntutan Bersih 2.0, kajian tatacara pilihan raya, wujudkan unit pengurusan program dan penambahbaikan ini mestilah ditamat, diumum dan dilaksanakan secara menyeluruh sebelum pilihan raya umum.
Sementara itu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Nazri Aziz dalam kenyataannya memberi jaminan bahawa kerajaan akan menyelesaikan ketempangan sistem pilihan raya secepat mungkin melalui jawatankuasa itu nanti.
Jawatankuasa itu katanya akan menyediakan laporan masalah pilihan raya untuk dibincangkan dengan SPR sebelum dihantar kepada pejabat Peguam Negara untuk disemak.
Seterusnya rombakan tersebut akan diluluskan oleh kabinet sebelum dibentangkan ke parlimen untuk dijadikan undang-undang.
Sambil menyifatkan ia satu proses yang panjang, Nazri bagaimanapun berkata, Pilihan Raya Umum ke 13 perlu dilaksanakan sebelum bulan Mac 2013, dan tarikh penting itu hanya ada dalam pengetahuan Perdana Menteri.
Dalam pada itu, Razifi turut berpendapat kredibiliti SPR yang berkait rapat dengan Umno-BN menyebabkan parti pemerintah itu berusaha untuk mengalih perhatian rakyat dari terus menyalahkan agensi berkenaan.
"Bagi saya mereka bukan peduli pandangan rakyat terhadap SPR tapi peduli bagaimana kesan kemarahan rakyat tentang manipulasi pilihan raya, kesannya terhadap undi Umno-BN nanti," katanya lagi.
Oleh itu katanya, Najib katanya haruslah menunjukkan komitmen sepenuhnya dalam membaik pulih sistem pilihan raya negara ini melalui jawatankuasa khas yang dibentuknya ini terutama dalam aspek daftar pemilih sebelum parlimen dibubarkan.