Pembangkang sepakat teruskan hubungan baik Malaysia-Indonesia |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 1 Sept: Pihak pembangkang Malaysia dan Indonesia sepakat untuk meneruskan dan memperbaiki hubungan baik antara kedua-dua negara, kata Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa. Kesepakatan itu dicapai dalam satu pertemuan di antara beberapa Ahli Parlimen PAS dan wakil Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) di bangunan Parlimen, hari ini. "Kita mengadakan perbincangan mengenai beberapa perkembangan terkini yang sedang berlaku yang berkaitan hubungan antara kedua negara tanpa menafikan segala usaha baik yang telah dilakukan oleh kedua-dua pemerintah Indonesia dan Malaysia. "Pertemuan ini adalah sebagai satu lagi usaha yang dimainkan oleh ahli Parlimen untuk memastikan hubungan baik berkekalan dan beberapa isu telah kita bangkitkan tadi dan kita masuk kepada tahap memperbaiki dan menjernihkan hubungan baik melalui usaha ahli parlimen pembangkang," kata Nasharudin kepada pemberita selepas pertemuan hampir sejam itu. Kenyataan ini menggambarkan bahawa buangkan sikap angkuh antara kerajaan Malaysia dan rakyat Indonesia. Martabat bangsa Indonesia ini yang akhi-akhir ini dilihat mengancam rakyat Indonesia akibat berbagai penganiayaan yang berlaku keatas rakyat mereka di bumi Malaysia.Tindakan sesetengah pihak yang mengguakan rakyat Indonesia sebagai hamba,pelacur,dan berbagai lagi kegiatan yang tidak bermoral menjadikan rakyat Indonesia merasa marah . |