Oleh:Amiruddin Ahmad
PKR negeri Pulau Pinang membuat rombakan dalam jawatankuasa perhubungan negerinya dengan menggugurkan dua daripada tiga timbalan pengerusinya, termasuk Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin.Seorang lagi timbalan pengerusi PKR negeri yang digugurkan ialah exco kerajaan negeri, Law Choo Kiang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BukitTambun.
Tempat Mohd Fairus digantikan oleh Dr Mansor Othman manakala Law digantikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk, Tan Hock Leong. Sementara itu Datuk Zahrain Mohamed Hashim kekal sebagai pengerusi PKR negeri manakala Adun Batu Uban, S Raveentharan kekal sebagai timbalan pengerusi negeri.Mustaffa Kamal dikembalikan ke jawatan setiausaha Perhubungan negeri yang sebelum ini diambilalih oleh YB Malek.Jawatan ketua Pemuda PKR negeri yang kosong sebelum ini diisi ahli Parlimen Balik Pulau, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff .Semua perlantikan ini di persetujui oleh pansihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sementara itu Mustafa Kamal Mohd Yusoff atau lebih mesra dengan panggilan Pak Mus mengekalkan jawatan setiausaha perhubungan negeri, manakala Mohamed Fauzi Noordin kekal sebagai penolong setiausaha. Sebelum ini Setiausaha perhubungan negeri di ambil alih oleh YB Malek selepas pilihanraya umum lalu dan memegangnya sehingga pilihanraya kecil Parlimen Parmatang Pauh .Jawatan tersebut kemudiannya di kembalikan semula kepada Mustaffa Kamal selepas pilihanraya kecil Permatang Pauh 26 Ogos lalu.Dua lagi penolong setiausaha merupakan muka baru iaitu, Lim Boo Chang dan M Nyanasegaran.Perlantikan Lim Boo Chang yang merupakan bekas ADUN Dato Kramat selama 2 penggal bagi kerusi MCA. Beliau menyertai PKR beberapa tahun lalu.Beliau adalah seorang peguam dan banyak berjasa ketika membebaskan tahanan pilihanraya semasa pilihanraya kecil Permatang Pauh yang lalu dan melakukan kerja-kerja secara sukarela untuk PKR negeri. Manakala Diong Chong Mee dilantik sebagai timbalan ketua Wanita negeri.
Menurut Dato’ Zahrain , perhubungan negeri memutuskan bahawa semua exco kerajaan negeri dari PKR, tidak boleh memegang sebarang jawatan tertinggi parti di peringkat negeri.
Katanya, ia melibatkan jawatan pengerusi, timbalan pengerusi, setiausaha dan ketua penerangan.
Menurutnya, rombakan itu bertujuan untuk memantap prestasi jawatankuasa perhubungan negeri, selain YB-YB yang dilantik akan dapat menumpukan perhatian yang lebih kepada budang tugas dan tanggungjawab kepada rakyat.
"Ia dilakukan supaya exco dapat memberi fokus kepada urusan kerajaan negeri dan khidmat kepada rakyar," tambahnya
Sementara itu ketika menghubungi Setiausaha Perhubungan PKR negeri , Mustaffa Kamal atau Pak Mus , beliau menjelaskan bahawa “ Soal menggugurkan mana-mana kepimpinan adalah tidak timbul .Ianya adalah untuk menumpukan perhatian kepada kerja kerja dalam kerajaan negeri yang memerlukan perhatian dan tidak langsung menjejaskan PKR negeri Ini adalah kerana perlantikan ini memberi ruang kepada YB-YB untuk menumpukan perhatian kepimpinan dan kerja –kerja yang lebih kepada masyarakat dan rakyat , malah YB Fairus, di lantik dalam jawatankuasa perhubungan negeri .”
Menurut Pak Mus lagi amalan sebegini telah berlaku lama dalam parti . Misalnya Dr Mansor pernah menjadi pengerusi perhubungan negeri sebelum Dato Zaharin begitu juga dengan beliau sendiri pernah menjadi Setiuasaha Perhubungan Negeri dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri.
“Pembahagian dan rombakan dalam perhubungan negeri adalah perkara biasa.malah keadaan akan menjadi lebih kukuh dari masa-masa yang lepas.” Demikian jelas Pak Mus Lagi.
Menurut Mustaffa Kamal lagi, “Permainan media masa yang menggembar gemburkan kononnya berkaitan prestasi YB-YB PKR lemah adalah tidak benar malah mereka YB-YB yang dilantik sebagai Exco boleh memberi tumpuan yang lebih dan saya rasa itu satu mainan politik dan kita tidak perlu terperangkap dengan media semasa , malah perhubungan PKR lebih kukuh,erat dan InsyaAllah akan mengukukuhkan parti dan untuk memberi perhatian yang lebih untuk masa depan.” Demikian jelas Pak Mus lagi.