PROGRAM TAUTAN KASIH RAMADHAN

DARI KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN PERMATANG PAUH


Salam Ramadhan, Dewan Muslimat PAS Kawasan Permatang Pauh pada Ramadan kali ini akan mengadakan Program Tautan Kasih Ramadhan. Program ini diadakan atas dasar kasih sayang muslimat terhadap masyarakat terutama dalam usaha membela nasib ibu-ibu tunggal. Dalam program ini sejumlah 24 keluarga ibu tunggal telah dipilih dari seluruh kawasan Permatang Pauh. Setiap ibu tunggal akan diberi sumbangan berupa wang saguhati dan hamper barangan keperluan bagi menyambut Aidil Fitri .Selain itu, setiap anak-anak mereka akan diberi wang saguhati Hari Raya .

Insya Allah program ini akan diadakan pada 20hb. September 2008 iaitu Sabtu jam 5 ptg di perkarangan Dewan Hj Zabidi, belakang Masjid Batu. Sempena majlis ini , pihak Dewan Muslimat berbesar hati mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim.