PERGINYA SEORANG YB YANG BANYAK BERJASA



Orang ramai berebut-rebut untuk mengusung jenazah beliau.




Jenazah di usung keluar dari rumah beliau di Permatang Pasir .Saat sedih dan puluhan ribu hadir untuk menziarahi Allahyarham.




Ustaz Salleh Man sebagai Pesuruh Jaya PAS negeri menjadi pengganti sebagai tuan rumah menyambut ketibaan tetamu khas menziarahi jenazah Yb Datuk Hamdan.





DSAI turut hadir menziarahi dan bemesra dengan penduduk.Manakala Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub juga hadir.




YB Azizan Razak ,Menteri Besar Kedah diiringi Ustaz salleh Man dan juga menyambut ketibaan DSAI.





PERMATANG PAUH-Kehilangan YB Datuk Hamdan memang dirasai oleh penduduk Permatang pauh kerana jasa dan kemesraan beliau sebagai wakil rakyat selama 3 penggal.Bukan tugas beliau sebagai wakil rakyat di kenang, akan tetapi sebagai wakil rakyat yang memang mesra rakyat dan mudah di dekati dan juga senang untuk berbicara.

Kini beliau pergi meninggalkan rakyat Permatang Pauh dan pengganti seperti beliaun perlu diganti.Mungkin ada calon yang difikirkan sesuai buat PAS untuk meletak anak tepatan sebagai calon untuk menggantikan Allahyarham Datuk Hamdan....Alfatihah..semoga Tuhan mencucuri rahmat keatas beliau.



Ribuan rakyat hadir mengiringi beliau kerana semuanya penuh yakin bahawa Allahyarham mesra rakyat disepanjang khidmat beliau sebagai wakil rakyat di bawah parlimen Permatang PauhSebutlah nama Hamdan , semua percaya beliau seorang wakil rakyat yang amanah,jujur baik dan mesra.


"Kita mahu wakil rakyat sebegini yang menggantikan beliau di kawasan ini.sukar untuk dicari ganti ,tetapi ada ,namun pimpinan perlu menentukannya.Masih awal untuk kami bercakap soal ini buat masa ini.dan kita tidak mahu wakil yang di pilih nanti jauh sangat dari allahyarham baik dari segi pergaulan dengan penduduk dan juga masayarkat serta baik" demikian tegas seorang penduduk yang di temui.




DSAI"Saya mengenali beliau ketika bersama-sama dalam ABIM dan beliau seorang yang baik dan bekerja kuat"Anwar kelihatan sedih dengan pemergian seorang sahabat di Permatang Pauh.

Turut hadir pimpinan DSAI , PAS Dr Hatta Ramli,YB Dr Mujahid Yusuf,Menteri besar Kedah Yb Azizan Razak,Pimpinan DAP LimGuan Eng,pimpinan PKR negeri dan juga penyokong dalam dan luar kawasan.


No comments: