HUBUNGAN PAS, BERSATU TAK GUNA DITERUSKAN LAGI





25 Mei 2026
Seperti pasangan artis atau selebriti yang dalam proses berpisah di mana setiap hari mereka asyik berbalas tuduhan melalui media sosial, begitulah lebih kurang umpamanya hubungan PAS dan Bersatu sekarang ini.
PAS dan Bersatu yang dulunya adalah pasangan sehati sejiwa dalam PN, tetapi kini semua detik-detik manis hanya tinggal kenangan.
Jika pasangan artis atau selebriti yang berbalah secara terbuka itu boleh dikata semua hubungan berakhir dengan perceraian, PAS dan Bersatu juga tidak harus berharap lebih daripada itu.
Realitinya apa yang berlaku antara PAS dan Bersatu sekarang ialah fasa untuk mereka berpisah dan mencari haluan masing-masing.
Selepas Haji Hadi Awang memberi amaran mahu “mengajar” dan ingin mengkaji hubungannya dengan Bersatu sambil menyenaraikan beberapa perkara yang membuatkan parti itu berasa kecewa, jawapan Biro Politik Bersatu bukan sekadar memberi penjelasan, bahkan secara tersirat turut menghentam PAS.
Ertinya, daripada pimpinan atas hingga ke bawah sudah mula secara terbuka berbalah.
Pemain media sosial kedua-dua belah pihak pula, masing-masing tidak bertapis lagi dalam melakukan serangan.
Dengan itu, adalah lebih baik PAS dan Bersatu segera memutuskan saja hubungan mereka dan hentikanlah berbalah secara terbuka selagi kedua-duanya masih tinggal di rumah yang dinamakan “Perikatan Nasional”.
Selepas berpisah nanti, kalau berbalah dan bergaduh setiap hari pun ia bukan lagi perkara pelik di mata umum.
Hakikatnya, tiada guna lagi dipertahankan hubungan yang ada jika kemesraan sudah tiada.
Berpisah dan membawa haluan masing-masing adalah lebih baik, sama ada untuk PAS mahu pun buat Bersatu.
Kalau sebelum ini ada pihak dalam Bersatu yang menyebut kemenangan PAS pada PRU15 lalu adalah kerana banyaknya dana yang disumbangkan Bersatu, manakala PAS pula mengatakan Bersatu hanya ramai calon tetapi jentera pilihan raya adalah disumbangkan parti Islam itu, hanya dengan berpisah saja jalan tengah yang paling sesuai untuk melenturkan keegoan masing-masing:
Setelah ini, tengoklah siapa yang masih boleh tegak berdiri mempertahankan perjuangan parti masing-masing.
Lagi pun, dengar kata, baik PAS mahu pun Bersatu, mereka seperti sudah ada pilihan hati masing-masing yang dirasakan lebih cantik untuk dijadikan pasangan selepas ini.
Selain PAS lebih cenderung untuk bersama Team Reset yang diketuai Hamzah Zainuddin, parti itu juga nampaknya lebih cenderung untuk berkawan semula dengan UMNO.
Kenyataan Haji Hadi yang meluahkan rasa kesal dengan keputusan Bersatu menarik balik Akuan Bersumpah menyokong tindakan 14 Adun UMNO menarik sokongan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan adalah petunjuk jelas PAS mahu memulakan hubungan dengan UMNO.
“Alasan-alasan yang diberi kita tak boleh terima, UMNO tak tarik. Mengapa Bersatu tarik balik?,” ujar Haji Hadi mempersoalkan tindakan Bersatu.
Bersatu pula sejak akhir-akhir ini mula diperkatakan tentang sikapnya yang makin lunak terhadap Anwar Ibrahim dan kerajaan madani.
Bahkan heboh juga diperkatakan tentang adanya pertemuan pemimpin tertentu Bersatu dengan pemimpin PKR yang diperkatakan berlaku di Tokyo beberapa bulan lalu.
Menariknya, sehingga ini tiada sebarang penafian daripada Bersatu mengenai pertemuan di Jepun itu, meskipun ia banyak diperkatakan di media sosial dan ceramah-ceramah.
Di samping itu, berikutan Rafizi Ramli sudah keluar daripda PKR dan menubuhkan Bersama serta membuatkan Anwar seperti hilang hulubalang, mula kedengaran suara-suara dalam PKR yang merasakan alangkah baiknya jika Kumpulan Azmin Ali kembali semula ke dalam parti itu.
Pun begitu, memandangkan Azmin sudah memegang jawatan kanan dalam Bersatu, jika beliau ingin kembali ke dalam PKR, tentulah kecil tapak tangan, sebesar-besar dulang pun sedia ditadahkan jika kembalinya itu dibawa sekali Bersatu bersamanya.
Maka itu, baik PAS atau Bersatu, berpisah dan membawa haluan demi kebahagiaan masing-masing adalah pilihan yang jauh lebih baik buat merekaZ
Perbalahan dan pergaduhan kali ini meninggal bekas yang besar di hati masing-masing dan tiada guna lagi mempertahankan hubungan jika rasa benci dalam hati sudah melebihi rasa cinta. - ShahbudinHusin 25Mei2026.





PANAS! PELAWAK UMNO ANGKUH DISEKOLAHKAN!LUPA BANTUAN KERAJAAN PUSAT!


 

PMX kena hentam, tapi eksport Malaysia pecah rekod?


 


Prestasi perdagangan Malaysia bagi empat bulan pertama tahun ini disifatkan luar biasa apabila negara mencatat rekod tertinggi baharu bagi jumlah perdagangan, eksport, import serta lebihan dagangan.

Timbalan Menteri Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Sim Tze Tzin berkata pencapaian itu menunjukkan hasil usaha kerajaan MADANI menarik pelaburan sejak tiga tahun lalu kini mula diterjemahkan kepada pertumbuhan ekonomi sebenar.

Menurut beliau, sejak hari pertama memegang jawatan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi fokus besar terhadap usaha menarik pelaburan asing dan domestik ke Malaysia.

Katanya, sepanjang tiga tahun pentadbiran kerajaan MADANI, Malaysia berjaya merekodkan pencapaian pelaburan tertinggi dalam sejarah negara.

Berdasarkan data dikongsikan beliau, Malaysia merekodkan pelaburan diluluskan sebanyak RM329.5 bilion pada 2023, meningkat kepada RM384.4 bilion pada 2024 dan RM426.7 bilion pada 2025.

“Secara keseluruhan, Malaysia memperoleh RM1.14 trilion pelaburan diluluskan di bawah pentadbiran PMX,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Menurut Sim, projek pelaburan lazimnya mengambil masa sebelum kesan ekonominya dapat dilihat sepenuhnya kerana melibatkan proses pengambilan tanah, pembinaan kilang, pemasangan mesin, pengambilan pekerja dan operasi pengeluaran.

Namun katanya, selepas tiga tahun, hasil pelaburan itu kini mula dapat dilihat menerusi prestasi perdagangan negara.

Bagi tempoh Januari hingga April 2026, jumlah perdagangan Malaysia melepasi paras RM1 trilion lebih awal berbanding tahun sebelumnya.

Malaysia mencatat jumlah perdagangan sebanyak RM1.127 trilion dengan eksport mencecah RM609.31 bilion, manakala import pula RM517.40 bilion.

Dalam masa sama, lebihan dagangan negara melonjak kepada RM91.92 bilion iaitu hampir dua kali ganda berbanding tempoh sama tahun lalu.

Menurut beliau, semua indikator utama perdagangan negara mencatat paras tertinggi pernah direkodkan bagi tempoh Januari hingga April.

“The equation is simple: more investment, more factories, more exports, stronger trade surplus and more wealth generated in Malaysia,” katanya.

Beliau berkata prestasi itu membuktikan hasil usaha kerajaan dalam memperkukuh ekonomi negara termasuk peranan dimainkan MITI, Malaysian Investment Development Authority (MIDA), Malaysia External Trade Development Corporation (Matrade) serta agensi berkaitan lain.

Sim turut menyindir pembangkang yang menurutnya terus menyerang Perdana Menteri walaupun pencapaian ekonomi negara menunjukkan perkembangan positif.

Katanya, negeri-negeri yang ditadbir pembangkang juga menerima manfaat daripada momentum ekonomi Malaysia ketika ini.


Bil melambung, gagal urus air, rakyat Terengganu ‘hujani’ kemarahan di media sosial







 


Isu kerugian air tidak berhasil (NRW) di Terengganu yang dianggarkan mencecah RM200 juta setahun terus mengundang kemarahan rakyat apabila ramai pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa terhadap pengurusan kerajaan negeri.

Tinjauan di Facebook mendapati rata-rata netizen mempersoalkan mengapa masalah asas seperti paip bocor dan infrastruktur usang masih gagal diselesaikan walaupun rakyat kini berdepan kenaikan tarif air yang tinggi.

Seorang pengguna Facebook, Sweet Chameleon, mendakwa kerja-kerja penukaran paip lama yang aktif dilakukan sebelum ini dilihat semakin perlahan selepas pertukaran kerajaan negeri.

“Dulu boleh nampak jalan banyak dikorek sebab tukar paip di beberapa kawasan. Tapi sekarang macam terhenti. Apa-apa alasan pun akhirnya rakyat juga yang terbeban,” katanya.

Seorang lagi pengguna, Mohd Faizul, berkata rakyat sudah terlalu lama mendengar alasan berkaitan kebocoran paip namun masalah sebenar masih berulang tanpa penyelesaian menyeluruh.

“Dari tahun lepas bil air melambung. Rakyat pula kena tanggung bil tinggi sedangkan masalah bocor tak selesai-selesai,” katanya.

Nada sama turut disuarakan Azman Man yang mempersoalkan kewajaran kenaikan tarif air ketika masalah pengurusan masih belum diatasi.

Menurutnya, isu kehilangan air tidak boleh dijadikan alasan mudah untuk memindahkan beban kepada pengguna.

“Air lama tak naik zaman dulu, tapi sekarang tarif naik tinggi. Kerajaan kena kaji betul-betul punca sebenar,” katanya.

Dalam masa sama, ada pengguna yang mengkritik kepimpinan negeri kerana didakwa gagal memberi keutamaan terhadap isu bekalan air walaupun ia merupakan keperluan asas rakyat.

Azha Ramli pula menyindir bahawa pemimpin yang sering membawa imej kepimpinan agama sepatutnya lebih cekap mengurus kebajikan asas rakyat termasuk bekalan air.

“Jaga bekalan air negeri sendiri pun gagal,” katanya ringkas.

Kerosakan infrastruktur

Sementara itu, Hafizuddin Abd Rahman mendakwa terdapat kerosakan infrastruktur yang dibiarkan terlalu lama tanpa tindakan pembaikan kekal.

Beliau mendakwa di satu kawasan di Besut, sistem sambungan sementara masih digunakan bertahun-tahun tanpa penyelesaian menyeluruh.

“Yang rosak tak dibaiki, tapi wayar pintas sementara sudah masuk dua tiga tahun,” katanya.

Ada juga netizen yang mula membandingkan situasi semasa dengan pentadbiran terdahulu yang menurut mereka lebih agresif melakukan kerja penggantian paip lama bagi mengurangkan kadar kebocoran.

Malah sebahagian pengguna secara terbuka menyatakan harapan supaya berlaku perubahan kepimpinan negeri sekiranya masalah asas rakyat terus gagal ditangani.

Terdahulu, kumpulan Greater Terengganu Development mendakwa Terengganu mengalami kerugian sekitar RM200 juta setahun akibat masalah NRW, dengan 70 peratus berpunca daripada paip usang dan bocor manakala selebihnya melibatkan kerosakan meter serta kecurian air.

Kumpulan itu turut mendakwa sekiranya sebahagian masalah berkenaan dapat diselesaikan lebih awal, rakyat mungkin tidak perlu menanggung kenaikan bil air hampir sekali ganda bermula tahun lalu.



Hari Raya Aidiladha bukan sekadar tentang ibadah korban, tetapi membawa pengertian besar tentang keikhlasan, ketaatan dan pengorbanan dalam kehidupan.

 

Hari Raya Aidiladha bukan sekadar tentang ibadah korban, tetapi membawa pengertian besar tentang keikhlasan, ketaatan dan pengorbanan dalam kehidupan.

Peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S menjadi ibrah yang cukup besar buat umat Islam ,bagaimana seorang ayah diuji dengan perintah Allah SWT, dan bagaimana seorang anak menerima ketentuan itu dengan penuh keimanan serta ketaatan. Dari kisah inilah lahirnya pengajaran tentang keyakinan, kesabaran dan pengorbanan demi sesuatu yang lebih besar nilainya.

Aidiladha juga mengingatkan kita bahawa nilai pengorbanan bukan hanya pada ibadah korban semata-mata, tetapi turut diterjemahkan dalam kehidupan seharian ,membantu insan yang memerlukan, menjaga hubungan sesama masyarakat serta berkongsi rezeki dengan penuh keikhlasan.

Dalam suasana sambutan ini, semoga kita semua terus diberikan kesihatan, ketenangan dan keberkatan bersama keluarga serta insan tersayang. Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima Allah SWT dan menjadi asbab kebaikan buat kita semua.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H.
Maaf zahir dan batin.

Ikhlas daripada
Pusat Khidmat Saifuddin Nasution Ismail




PAS BERSATU MAKIN PANAS


 

DAH NAMPAK UMNO TERUS NAK BUANG BERSATU....MASA BANYAK DUIT..KEMAIN PELUK


 

BARU TAHU SIAPA PAS


 

PAS SEDAR BERSATU BUKAN RAKAN


 

𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗦𝗢𝗨𝗡𝗗 𝗛𝗔𝗝𝗜 𝗛𝗔𝗗𝗜: 𝗧𝗔𝗞 𝗛𝗔𝗗𝗜𝗥 𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧, 𝗦𝗜𝗕𝗨𝗞 𝗩𝗘𝗧𝗢 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗟𝗨𝗔𝗥


Ahmad Mursi



1. BERSATU bengang apabila Haji Hadi membuat tuduhan terbuka di media. Maka semalam BERSATU juga terpaksa menjawab melalui media.
2. PAS selalu mengajar bahawa Islam menuntut musyawarah. Tetapi perangai Haji Hadi sendiri pelik: tidak hadir mesyuarat, kemudian menghentam dari luar dan cuba memveto keputusan secara terbuka.
3. BERSATU kata mereka sudah beberapa kali cuba berhubung untuk mendapatkan pendirian PAS, tetapi PAS tidak memberi maklum balas jelas. Kemudian, PAS pula menuduh BERSATU bergerak sendiri.
4. Dalam isu Perlis, Raja Perlis telah memanggil Haji Hadi dan Muhyiddin menghadap. Muhyiddin boleh hadir, tetapi Haji Hadi pula tidak dapat hadir.
5. Setakat ini, serangan Haji Hadi masih berkisar tindakan politik BERSATU. Saya yakin, tidak lama lagi kita akan melihat serangan berbentuk hukum agama, dalil dan sirah pula untuk menggambarkan betapa “tidak Islamnya” BERSATU.
6. Kerana bagi PAS, dalil agama sentiasa memihak kepada PAS dan bertentangan dengan musuh PAS.
7. Pola ini berlaku dalam hampir semua pakatan politik PAS di bawah Haji Hadi, sama ada dengan PKR, UMNO, DAP dan lain-lain.
8. Muhyiddin mungkin perlu merangkak ke rumah Haji Hadi di Rusila untuk merayu kepadanya, serta melayan dia seperti Ayatollah, kerana itulah pattern sebelum ini.
9. Itu pun belum tentu Muhyiddin akan dilayan dengan baik. Mungkin juga diherdik seperti PMX dahulu semasa era Pakatan Rakyat.
10. Dalam huru-hara ini, kelibat Samsuri sebagai Pengerusi PN langsung tidak nampak kerana dia hanya posmen Haji Hadi. Adanya seperti tiada.




𝗗𝗔𝗛 𝟯 𝗠𝗜𝗡𝗚𝗚𝗨 𝗛𝗜𝗡𝗔 𝗦𝗔𝗛𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗡𝗔𝗕𝗜, 𝗡𝗜𝗞 𝗭𝗔𝗪𝗔𝗪𝗜 𝗠𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗦𝗨 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗦𝗬𝗨𝗥𝗔 𝗨𝗟𝗔𝗠𝗔 𝗣𝗔𝗦

 



Ahmad Mursi


1. Majlis Syura Ulama PAS ni badan tertinggi PAS dalam hal hukum-hakam.
2. Isu ini bukan fitnah. Dia sendiri sudah mohon maaf. Haji Hadi dan Dewan Ulama pun tegur. Maknanya memang ada benda salah yang berlaku.
3. Cuma masalahnya, kesalahan di ruang awam macam ini tak cukup selesai dengan “saya mohon maaf”. Tapi mesti ada unsur 'iqab — hukuman atau tindakan — supaya jadi pengajaran.
4. Ironinya, di Terengganu sendiri, PAS dan Nik Zawawi sebagai ADUN Kuala Besut, pada tahun 2001 pernah menggubal enakmen yang jadikan penghinaan agama sebagai satu kesalahan syariah.
5. Jadi kalau PAS benar-benar serius, paling kurang Nik Zawawi patut dilucutkan daripada keahlian dan jawatan Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS.
6. Tapi sampai sekarang PAS masih biarkan dia. Ini seolah-olah beri mesej bahawa menghina sahabat Nabi bukan kesalahan besar bagi mereka.
7. Haji Hadi pula cuba cover dengan kata Nik Zawawi terpengaruh dengan penulisan sejarah yang memburukkan sahabat.
8. Kalau betul begitu, sebutlah kitab sejarah mana yang jelas memburukkan Saidina Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali dan Hamzah di zaman Jahiliyyah. Kitab Syiah? Kitab Khawarij?
9. Nik Zawawi dikatakan ada PhD. Takkan dia tak dilatih untuk semak sumbernya sebelum bawa cerita besar macam ini ke ruang awam?
10. Sebab itu, penggunaan imej “ulama” dalam politik PAS ini sebenarnya satu penghinaan kepada kesarjanaan Islam itu sendiri.
11. Bukan semua orang yang pakai imej ulama benar-benar ada disiplin ilmu, amanah ilmiah dan akhlak seorang ulama. Ada yang sekadar menunggang imej ulama untuk politik.
12. Islam bukan cuma ajar kita hormat ulama akhirat. Islam juga ajar kita berhati-hati dengan ulama su’ — orang berilmu yang salah guna agama walaupun nampak alim.





ZIKIR TAK PAYAH IKLAN


 

INI YANG HANNAH CAKAP. RASA DIA NI PROFF KOT DOK FITNAH


 

BERSATU MERISIK KERJASAMA PAKATAN HARAPAN? APA CERITA SEBENARNYA!


 

TINGGAL PUN TAK APA...DULU DULU TAK PERNAH NAMPAK MUKA PUN


 

BUKAN MACAM KO...PANDAI CARI NAJIS BABI SAHAJA. KERJA KUAT TAK MAU.

 


Fadli Saari



Alhamdulillah walaupun PMX tidak mengambil gaji, tetapi beliau tetap menyumbangkan 80 ekor lembu percuma untuk asnaf di Permatang Pauh. Mulianya hati beliau.







Bolehkah sesiapa beritahu saya bagaimana nak dapatkan sumbangan PMX juga untuk rakyat di Pasir Mas, tidak dapat dengan jumlah ini pun, jumlah hampir sama pun tak mengapa.


Atas nama parti Keadilan pun tidak mengapa, asalkan rakyat dapat manfaat. Lagipun selepas PRU16 nanti, Keadilan Insya Allah tidak berpeluang lagi melakukan amalan sebegini…





ANWAR SEDAR TIADA MANUSIA SEMPURNA




 Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikul. Lega Bila Ada Pemimpin Yang Letakkan Ego Ke Tepi Demi Kita. 






Sebagai rakyat biasa, kadang-kadang kita rasa lelah. Di tengah-tengah himpitan kos sara hidup dan ketidaktentuan, kita tak perlukan pemimpin yang pandai berjanji bulan dan bintang, tapi hilang bila tiba masa susah. Kita cuma nak rasa selamat. Kita nak tahu nasib keluarga kita terbela. 


Sebab itu, bila Perdana Menteri sendiri bersuara, "Saya sedar tiada manusia yang sempurna...", ia mengetuk pintu hati kita. Ini bukan retorik politik. Ini adalah luahan jujur seorang nakhoda yang sedar akan beratnya badai yang sedang merempuh kapal kita. 


Ditekan dengan cabaran ekonomi global, dicemuh apabila terpaksa membuat keputusan sukar, beliau tidak melarikan diri. Beliau telan segala kritikan dan terus bekerja. Kenapa? Kerana, seperti yang dikatakannya, "Amanah ini tetap saya galas dengan seluruh jiwa raga."


Keputusan Kerajaan hari ini, dari merombak ekonomi hinggalah menyasarkan bantuan kepada yang benar-benar hak, mungkin pahit pada awalnya. Namun ia adalah perisai yang sedang dibina agar anak-anak kita nanti tidak mewarisi hutang dan kepincangan sistem masa lalu. 


Pemimpin yang berani mengaku kekurangan adalah pemimpin yang sentiasa bekerja keras untuk memperbaikinya. Berikan ruang. Berikan sokongan. Mari kita pertahankan kestabilan ini dan bina kembali sebuah Malaysia yang teguh untuk kita semua. 🇲🇾💪





BUNGA KHIANAT DAH ADA..

 

T. Abah


Inilah bunga² PAS akan khianat BERSATU dan PN akan berpecah sepertimana PAS pernah khianati UMNO lalu MN berpecah hancur berkecai.


Fitnah, khianat, adu domba, menghina, pecah belah melayu hobi PAS.





BEZANYA TEAM WALAUN DAN PH.



Syam Ghaz


 Kami tak pertikai pun Muhammad Sanusi Md Nor ambik duit dari mana untuk bagi lembu korban. Kenapa walaun pertikai bila PMX dan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bagi lembu? Itulah bezanya walaun dengan kami, orang buat perkara baik tak perlulah nak pertikai.





SANUSI OH SANUSI!!..


SR



 SANUSI OH SANUSI!!..






Punyalah nak tunjuk kononnya dia tu hebat dan boleh mengepak, laporan kewangan negeri pun DIA MENIPU?


Boleh la pulak dia 'ADJUST' & lapor ikut style dia.


Bukannya nak ikut piawai dan standard yang digunapakai oleh kerajaan pusat dan semua kerajaan negeri yang lain.




SENARAI BANTUAN DI BAWAH KERAJAAN PMX (DATUK SERI ANWAR IBRAHIM)






1)   Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

2)   Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

3)   Bantuan Awal Persekolahan

4)   Bantuan Khas Kewangan

5)   Bantuan Khas Aidilfitri

6)   Bantuan Bakul Rahmah

7)   eMadani / eTunai Belia Rahmah

8)   eWallet RM100 M40 & B40

9)   Baucar Perlindungan Tenang

10) Subsidi Barangan Asas

11) Diskaun Bil Elektrik

12) Program Menu Rahmah

13) Jualan Rahmah (PJR)

14) Skim Perlindungan MySalam

15) Skim Peka B40

16) Saringan Kesihatan Percuma

17) Rawatan Mental & Psikososial

18) Bantuan OKU

19) Program MySTEP

20) Bantuan Rumah Perlindungan

21) Diskaun Bayaran PTPTN

22) Penangguhan Bayaran PTPTN

23) Baucar Buku / eBaucar Pelajar

24) Elaun Latihan Industri

25) Bantuan MyBrain15

26) Subsidi Yuran TASKA/TADIKA

27) Insentif PERKESO Graduan TVET

28) Bayaran Latihan Pekerja Gig

29) Dana IPR (Inisiatif Pendapatan Rakyat)

30) Dana TEKUN / AIM

31) Dana Usahawan Tani

32) Geran Padanan Usahawan Muda

33)Kredit Mikro MADANI

34)Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)

35)Latihan Kemahiran & TVET

36)Pas MY50 / MY100

37)Diskaun Pengangkutan Pelajar & Warga Emas

38)Tambang Percuma OKU

39)Bas Percuma Wilayah

40)Skim Perumahan MADANI

41)Bina Rumah Mesra Rakyat

42)Subsidi Pesawah

43)Insentif Harga Getah (IPG)

44)Insentif Pengeluaran Lateks (IPL)

45)Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

46)Subsidi Baja & Racun

47)Bantuan Input Pertanian

48)Elaun Sara Hidup Nelayan

49)Insentif Tangkapan Laut & Darat

50)Elaun Pekebun Kecil

51)Program Rezeki Tani MADANI

52)Elaun Imam

53)Elaun Bilal

54)Elaun Siak

55)Elaun Guru KAFA

56)Bantuan Sekolah Agama Rakyat

57)Peruntukan Masjid & Surau

58)Sumbangan Maal Hijrah

59)Insentif Khas Guru KAFA

60)Bantuan Khas Penjawat Awam

61)Bantuan Khas Pesara Kerajaan

62)Bayaran Khas Gred 56 ke bawah

63)Kenaikan Elaun ITKA

64)Insentif Awal Aidilfitri

65)Geran PMKS One-Off RM1,000

66)CahayaMata Keluarga Malaysia

67)MyBAS50 (Johor Bahru)

68)Pengecualian Duti Setem Rumah Pertama

69)Penstrukturan Subsidi Diesel & RON95

70)Bantuan Tunai Diesel Bersasar

71)Pembatalan Kebankrapan Golongan Rentan

72)Dividen Tambahan & Had Pelaburan ASB/ASB2

73)Penambahbaikan/ kenaikan Gaji Penjawat Awam 15%

74)Wujudkan gaji minima penjawat awam baharu/swasta.

75)Banyak lagi lah, letih pulak nak taip... hahahaha Terbaik DSAI


🟢 Kerajaan MADANI bukan sekadar janji – tapi terbukti memberi manfaat langsung kepada rakyat pelbagai lapisan.


#MalaysiaMadani




PI KAT BERSATU LA....SEBAB KATANYA DULU DULU BERSATU YANG BAGI.

 


Ary Early






Panas weii Panas🔥🔥🔥.. Pegawai Ustaz Muhammad Fawwaz Mohamad Jan dah bersuara isu Dana pilihanraya, Hafis Alias Albaghoni beliau juga merupakan Naib Ketua pemuda PAS Pulau Pinang...


Dana pilihanraya turun kt sapa weii .?? 


YDP Pas kawasan kah..??


Ketua bahagian BERSATU kah..??


Agak2 hangpa yang Arif bab ini.. agak2 sapa yang terima dana.. sekiranya benar apa yang dikatakan..??





PUNYA NAK UNDI CINA...

 


SUDAH SUDAH LA PAS...NOKHTAH UNTUK SESIAPA MAHU BEKERJASAMA.


 

Pagi pagi dah buat lawak kat Pak Tuan😂😂😂







Sembang Orang Kedah ka @ Sembang ‘Mohong’ Orang Kedah ni? Konon wujud “skandal RM11 juta”, pagi pagi duk canang, siap poster, tambahlah video dan live bagi lebih menyakinkan takdak masalah… rakyat memang berhak tau. jika ada kesalahan sila laporkan. 


Tapi Pak Tuan hairan juga. Kenapa tak sekalikan masuk bab projek-projek zaman PAS era Ustaz Azizan dan secpolnya Abam Nusi yang melibatkan puluhan juta ringgit, terus sunyi sepi? 


1. Skandal PEMBINAAN UNIShAM paksa kerajaan negeri buat pinjaman bank komersial berpuluh juta menyebabkan kerajaan negeri hampir muflis, 


2. Skandal LADANG RAKYAT hanya tinggal nama, balak dan hasil hutan yang dijarah dan dibogelkan sehingga kini tak berjawab.


3, PROJEK LADANG GETAH PKNK di PAPUA NEW GUINEA berjuta hilang yang sampai hari ini rakyat masih tertanya-tanya mana hasilnya. Itu semua berlaku dalam tempoh hanya satu penggal PAS memerintah Kedah dari 2008 hingga 2013. Itu bukan skandal kah?


Kalau kononnya RM11 juta yang hujung pangkalnya pun belum dijelaskan sepenuhnya boleh terus dilabel “skandal”, maka ukuran yang sama mesti dipakai kepada semua. 


Jangan sebab gagal jawab isu-isu semasa melibatkan projek dan infrastruktur rakyat hari ini, tiba-tiba korek cerita lama dan sensasikan sekerat-sekerat untuk cipta persepsi. Nampak sangat cuba alih perhatian.


Rakyat Kedah bukan lupa dan bodoh. Depa cuma diam dan perhati. Kalau nak buka fail, buka semua fail. Jangan cipta konon wujud fail RM11 juta sambil sorok fail-fail puluhan juta zaman PAS yang akhirnya terpaksa diselesaikan dan dibersihkan oleh kerajaan BN selepas itu.


Dah jadi kerajaan, bertindaklah macam kerajaan. Jangan masih berpolitik macam pembangkang yang tiap-tiap hari cari alasan dan diversion. Bayar upah kepada penulis2 upahan dan wujudkan page ‘bohong’ orang Kedah. 


Soalan rakyat hari ini jawab dulu. Yang itu pun banyak lagi yang masih tergantung.


Sembang ‘muhong’ orang Kedah mohon pesan kat bos bos Muhammad Sanusi Md Nor dan Zulkifli Yahaya  ya. 😂😂😂😂😂


#sembangpaktuan

#panaihtakpajangankoyak

#bukamulutbohong

#greaterkedah





POLITIK PAS HANYA BERPECAH ..TIADA YANG LAMA.


 

LEKEH LA KO YB......YB HAFIZAH SEKOLAHKAN YB QAZAF


 

PANAS! PECAT ZAWAWI SEGERA! SAMSURI PULA MULA DIPERSOALKAN ADAKAH HANYA BONEKA HIDUP?!


 

Taktik baru ‘songlap’ minyak subsidi RON95 tular


 


Tular di media sosial seorang individu menawarkan khidmat membeli kuota petrol RON95 bersubsidi daripada pemilik yang mahu “menjual” baki kuota BUDI95 mereka.

Perkara itu terbongkar menerusi perkongsian seorang pengguna di platform X yang memuat naik tangkap layar memaparkan individu terbabit secara terbuka mengajak orang ramai menjual kuota petrol subsidi masing-masing.

Lebih mengejutkan, individu itu didakwa menawarkan bayaran RM150 bagi setiap 200 liter kuota, manakala kuota 150 liter pula dibeli pada harga RM100.

Situasi itu mencetuskan kebimbangan ramai apabila gambar yang dikongsi turut menunjukkan MyKad pemilik diserahkan kepada pembeli bagi membolehkan urusan pembelian kuota dilakukan.

Orang ramai mengecam perbuatan itu kerana ia bukan sahaja menipu subsidi kerajaan, malah turut membuka ruang kepada penyalahgunaan MyKad.

Selain itu ada yang mendakwa perbuatan ini seperti taktik penyeludupan bahan api berskala besar, memandangkan kuota yang dikumpul daripada ramai individu boleh disalurkan semula untuk keuntungan haram.

Untuk rekod, menerusi program BUDI95, setiap rakyat Malaysia yang memiliki lesen memandu layak mendapat 200 liter RON95 pada harga subsidi RM1.99 seliter, dengan maklumat kuota tersebut disimpan dalam kad pengenalan (MyKad) pemilik. 

Penggunaan melebihi had itu akan dikenakan harga pasaran tanpa subsidi sebanyak RM3.87 seliter.




PUASA HARI ARAFAH


 

PAS terima laporan akar umbi BERSATU cenderung bersama 'Team Reset'

 


KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Jawatankuasa PAS Pusat semalam, antara lain dikatakan menerima laporan pesuruhjaya negeri mengenai gerakan akar umbi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang dilihat cenderung bersama Team Reset pimpinan bekas Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Sumber memberitahu BH, beberapa pimpinan negeri PAS melaporkan perkembangan itu turut memberi kesan langsung kepada kestabilan dan kekuatan jentera Perikatan Nasional (PN) pada peringkat akar umbi, khususnya dalam menghadapi persiapan menuju Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Mesyuarat bermula pada jam 11 pagi itu berlangsung di Sri Iman, Kuala Terengganu, iaitu kediaman rasmi Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dri Ahmad Samsuri Mokhtar.

Mesyuarat dipengerusikan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, itu turut menerima laporan mengenai situasi politik membabitkan PN daripada semua pesuruhjaya negeri.

Ia termasuk kedudukan akar umbi BERSATU dan tahap kecenderungan sokongan terhadap Team Reset.

Berdasarkan laporan yang dibentang, majoriti negeri dikatakan memberi gambaran kurang memihak kepada pimpinan semasa BERSATU apabila didakwa berlaku pembubaran banyak bahagian dan cawangan parti itu.

"Wujud kebimbangan bahawa konflik dalaman BERSATU yang berpanjangan boleh menjejaskan keyakinan penyokong PN serta melemahkan koordinasi antara parti komponen," katanya kepada BH, semalam.

Mesyuarat semalam antara lain memberi tumpuan utama kepada perkembangan terkini hubungan antara PAS dan BERSATU, khususnya berkaitan kemelut dalaman membabitkan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan kumpulan Team Reset.

Foto hiasan
Foto hiasan

Pertimbang putus hubungan 

Pada mesyuarat itu juga, PAS dikatakan mempertimbang langkah untuk memutuskan hubungan politik dengan BERSATU dalam tempoh terdekat sekiranya ketegangan sedia ada gagal diselesaikan.

Katanya, langkah itu mungkin dipertimbang susulan pandangan beberapa pimpinan PAS bahawa hubungan parti itu dengan BERSATU kini semakin kritikal.

"Sebarang keputusan muktamad belum dibuat dan perkara terbabit masih berada pada peringkat penelitian serta kajian dalaman.

"Sebarang tindakan besar berkaitan hal ini perlu melalui beberapa proses penting, termasuk perbincangan dalam Mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS selaku badan tertinggi parti sebelum sebarang keputusan rasmi mengenainya katanya.

Sumber memaklumkan, mesyuarat juga membincangkan mengenai ketegangan yang berlaku dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) PN pada 16 Mei lalu, mengenai permohonan empat parti Melayu lain untuk menyertai PN.

Katanya, wakil PAS dalam mesyuarat terbabit mengambil pendekatan mengalah dan tidak memanjangkan pertikaian dengan wakil BERSATU demi mengelak situasi menjadi 'lebih panas'.

"Mesyuarat ini turut membincangkan isu penarikan semula Surat Akuan Bersumpah (SD) membabitkan dua wakil rakyat BERSATU di Negeri Sembilan yang didakwa dibuat tanpa rundingan atau makluman kepada pimpinan tertinggi PN Pusat.

"Tindakan terbabit dianggap tidak menghormati semangat muafakat dan rundingan dalam gabungan," katanya.

Hubungan PAS dan BERSATU kembali tegang apabila Abdul Hadi dilaporkan berkata, PAS akan menilai semula kerjasama dengan BERSATU susulan beberapa tindakan parti diterajui Muhyiddin itu yang dilihat melanggar semangat setia kawan parti komponen PN.

Ketetapan itu dibuat susulan siri tindakan BERSATU yang disifatkan kurang menyenangkan partinya.






HARAKAHDAILY MENYANGGAH TUAN IBRAHIM?






Maka telah selesailah persidangan dewan negeri Pahang pada Jumaat lepas. Persidangan yang mendapat liputan meluas seluruh negara hanya kerana isu harga nasi lemak. Tidak cukup dengan isu itu, pihak PAS rupanya masih dalam kekeliruan.


Sebaik selesai persidangan, YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man selaku ketua pembangkang menyatakan bahawa pihak beliau berpuas hati dengan sidang kali ini kerana ia berjalan dengan lancar. Memang tidak dinafikan persidangan kali ini amat meriah dengan pelbagai penghujahan sama ada dari pihak kerajaan atau pun pembangkang. 


Namun tidak tahu apa maklumat yang disampaikan oleh Suffi Kamari, salah seorang wartawan Harakahdaily yang hadir semasa sidang tersebut, tajuk berita di Harakhadaily menyebut bahawa sidang dewan Pahang kali ini adalah hambar. Tidak pasti apa yang menjadikan ia hambar kerana seramai 33 orang ahli dewan mendapat peluang untuk bercakap, tidak dicampur lagi dengan sessi soalan bertulis, soalan lisan dan soalan tambahan semasa persidangan. 


Ataukah Harakahdaily dan seluruh editorialnya sengaja ingin bertentangan pendapat dengan Tuan Ibrahim? Mungkinkah mereka merasakan pandangan Tuan Ibrahim sudah tidak relevan dengan pelan media pihak PAS yang ditunjangi oleh Harakahdaily?  Mungkin juga sudah ada tokoh lain yang dirasakan lebih berwibawa untuk menggantikan Tuan Ibrahim yang kelihatan semakin pudar ditelan zaman?


Persaingan dan persengketaan dalaman PAS memang tidak dapat dinafikan lagi. Beberapa tokoh muda sudah mula berpencak silat untuk menaiki hiraki kepimpinan dalam parti. Paling ketara ialah dua orang Menteri Besar yang cukup tersohor seperti Samsuri dan Sanusi. Ketokohan mereka berdua ini terserlah dan kelihatan mampu menggantikan tempat Tuan Ibrahim, kalau pun bukan menggantikan Hadi Awang di kerusi kepresidenan PAS mutakhir ini. 


Kepada Tuan Ibrahim, beliau bolehlah merangka pelan politik selanjutnya. Sudah heboh juga menyatakan bahawa beliau bercadang untuk kekal di Pahang dan tidak lagi bertanding di Kelantan bagi membuktikan kehebatan kepimpinan beliau sekalu pengerusi PN Pahang. Selain itu, jika di kerusi DUN, beliau juga katanya berhajat untuk berpindah ke Jengka, tapak asal beliau sejak 1999. Mengharapkan ada tuah di situ.


Walau apa pun gerakan seterusnya, Tuan Ibrahim dan PAS di Pahang memang sentiasa merasa kurang selesa dan masih tidak ketentuan arah. Khidmat yang disampaikan oleh kerajaan BN Pahang memang cukup cemerlang dan sukar untuk ditewaskan dengan retorik politik semasa. Percanggahan dengan Harakahdaily ini juga mungkin akan menjadi beban tambahan kepadanya.


KALAM INSAN.


#penunggangagama #pas #politics #malaysia #PNBEST #politicsnews





KEH KEH ...JANGAN TUNGGU LAMA LAMA

 

Aman Muhammad


Dah tu buat PAS buat apa lagi?

Keluarlan PN tu.

Pnegecut.

:)





Persahabatan dan politik



Hannah Yeoh


1. Saya menerima berita peletakan jawatan Rafizi dan Nik Nazmi dengan rasa sedih.


2. Tulisan ini khas ditujukan buat Nik. Saya mengenali beliau sejak pencalonan pertama saya pada tahun 2008. Kami sama-sama bertanding di kerusi DUN di bawah Parlimen Kelana Jaya. Ketika itu kami masih muda, kurang pengalaman dan tidak ramai yang menjangka kemenangan kami. Namun pilihan raya itulah yang mengubah landskap politik Selangor dan Malaysia.


3. Tahun demi tahun, kami membesar bersama dalam politik. Apabila saya dilantik sebagai Speaker Dewan Negeri Selangor, Nik menjadi Timbalan Speaker. Beliaulah antara yang banyak mendorong saya memperkenalkan program ADUN Muda Selangor untuk para pelajar muda.


4. Kami juga pernah bersama menghadiri program kepimpinan Komanwel di United Kingdom dan Australia. Banyak forum, wawancara dan program kami lalui bersama. Anak sulung kami juga sebaya. Saya masih ingat ketika hamil anak pertama dan menghadiri kursus di London bersama Nik, saya mengidam kangkung belacan. Nik sanggup berjalan bersama saya mencari restoran Malaysia yang menjual hidangan itu.


5. Ketika buku saya, Becoming Hannah, difitnah oleh pihak tidak bertanggungjawab, Nik tampil mempertahankan saya dan buku tersebut. Beliau juga hadir memberi keterangan di mahkamah untuk saya.


6. Selepas 10 tahun berkhidmat di Selangor, kami berdua meninggalkan kerusi DUN masing-masing. Pada tahun 2018, kami bertanding di Kuala Lumpur dan dipilih sebagai Ahli Parlimen. Kami juga memperjuangkan isu pemeliharaan Taman Rimba Kiara dan Bukit Dinding di kawasan masing-masing.


7. Pada tahun 2022, kami sama-sama dilantik ke dalam Kabinet Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Nik seorang Menteri yang baik. Sebab itu saya turut berasa sedih apabila beliau melepaskan jawatan sebagai Menteri dan kini sebagai Ahli Parlimen Setiawangsa.


8. Sepanjang 18 tahun dalam politik, saya telah melalui beberapa perpisahan dengan sahabat politik yang memilih haluan berbeza termasuk Syed Saddiq, Amira Aisya (MUDA), Shafie Apdal, Darell Leiking, Mohd Azis Bin Jamman (Warisan) dan kini Rafizi Ramli serta Nik melalui Bersama. Saya doakan yang terbaik buat mereka.


9. Dalam pilihan raya, kita bertanding mengikut undang-undang dan bersaing secara profesional. Akan ada yang menang dan kalah. Politik Malaysia telah banyak berubah dalam tempoh dua dekad ini. Hanya kerana kita tidak lagi berkongsi logo parti atau berada di pentas yang sama, itu tidak bermaksud kita perlu membenci antara satu sama lain.


10. Penyokong semua pihak terutama generasi muda, perlu memahami perkara ini. Berkempenlah atas dasar dan idea, bukan serangan peribadi. Jangan terlalu ghairah menjatuhkan sesama sendiri sehingga hilang nilai hormat dan kemanusiaan. Pada akhirnya, ramai daripada kita sebenarnya mahukan Malaysia yang lebih baik iaitu bebas rasuah, tidak dipisahkan oleh politik perkauman, dan lebih selamat untuk generasi akan datang.


11. Apabila bendera sudah diturunkan dan pentas politik kembali sunyi, yang tinggal ialah nilai persahabatan dan ihsan sesama manusia. Dalam politik, kita perlu tahu siapa musuh sebenar. Tiada gunanya menang satu pertempuran tetapi kalah dalam perjuangan yang lebih besar. Malaysia berhak mendapat kepimpinan politik terbaik, baik di pihak kerajaan mahupun pembangkang.


12. Semoga Tuhan memberkati usaha kita.