CARA MENJAWAB PUN RAKYAT FAHAM SEBAB TAKUT NAK BERDEBAT

 


Panas! Calon Ketua Menteri dari BN takut berdebat?


Panas! Calon Ketua Menteri dari BN takut berdebat?


Ketua Menteri sementara Melaka, Sulaiman Md Ali menolak cadangan pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim agar debat diadakan antara calon ketua menteri daripada tiga gabungan utama yang bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka.

Sulaiman, yang dinamakan BN sebagai calon ketua menteri jika gabungan itu memenangi PRN Melaka, memberitahu Malaysiakini dia lebih berminat untuk memberi tumpuan kepada kempen PRN, yang hanya berbaki tujuh hari.

“Tak payahlah. Kita habiskan pilihan raya ni dululah

“Kita tumpukan dulu kerja yang ada ni,” katanya kepada Malaysiakini.

Semalam, Anwar mencadangkan debat diadakan di kaca televisyen antara calon ketua menteri PH, Adly Zahari dan calon daripada BN dan PN.

Adly merupakan ketua menteri Melaka dari tahun 2018 hingga 2020.

Kelmarin, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Annuar Musa berkata kerajaan bersedia menimbang untuk memberi ruang kepada calon PRN Melaka termasuk dari pembangkang untuk berkempen menerusi saluran televisyen dan radio rasmi kerajaan.

Menurut Annuar, kerajaan memahami kesulitan dialami semua parti politik terutama calon baru untuk berkempen dalam suasana norma baru.

Bagaimanapun, PN yang terdiri daripada Bersatu, PAS, Gerakan, Star dan SAPP tidak menamakan calon bagi jawatan ketua menteri Melaka.

Naib Presiden Bersatu, Mohd Rafiq Naizamohideen, yang juga Pengerusi PN Melaka dan Pengerusi Bersatu Melaka, dipercayai antara calon ketua menteri daripada Bersatu.

Seorang lagi calon yang disebut-sebut ialah Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin, yang juga bertanding di kerusi DUN Tanjung Bidara.

Rafiq, ketika dihubungi enggan mengulas mengenai debat yang dicadangkan Anwar.

Mengenai calon ketua menteri daripada PN, dia memberitahu Malaysiakini untuk menunggu pengumuman daripada pengerusi PN, Muhyiddin Yassin.




Kenyataan Media Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Johor: Cabaran Shahrir Samad kepada Bersatu seolah ingkar titah Sultan Johor


 Kenyataan Media Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Johor: Cabaran Shahrir Samad kepada Bersatu seolah ingkar titah Sultan Johor


13 November 2021


1. Cabaran Ketua UMNO bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad kepada presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar parti itu menarik sokongan kepada menteri besar Datuk Hasni Mohammad seolah ingkar kepada titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.


2. Baginda Sultan Ibrahim sebelum ini telah bertitah ketika merasmikan pembukaan Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Persidangan Keempat DUN Johor ke-14 agar semua parti politik di negeri ini tidak melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan ketidakstabilan politik berlaku.


3. Lalu apa keperluan Shahrir Samad mencabar BERSATU untuk tarik sokongan kepada Menteri Besar? Apakah Shahrir Samad cuba menggagalkan titah Sultan Ibrahim?


4. Sebagai sebahagian daripada kerajaan, sepatutnya Shahrir Samad berkerjasama erat dengan BERSATU berbanding mengeluarkan kenyataan mencabar Mahiaddin menjatuhkan kerajaan negeri.


5. Masakan Shahrir Samad tidak tahu pilihanraya negeri akan terpaksa diadakan sekiranya cabaran itu disambut Mahiaddin?


6. Cukup-cukuplah dengan adegan UMNO-BERSATU saling bercakaran dan saling menjatuhkan. Di peringkat pusat UMNO menjatuhkan Mahiaddin, di peringkat negeri Perak, UMNO menjatuhkan Ahmad Faizal Azumu, di Melaka pula pemimpin UMNO sendiri yang menjatuhkan kerajaan. Takkan UMNO-BERSATU nak ulang adegan semua ini di Johor?


7. Dalam keadaan pandemik COVID-19 yang masih melanda negara ketika ini, sewajarnya kita semua saling kerjasama memikirkan tentang kebajikan rakyat serta mencari solusi bagi membaiki kedudukan ekonomi dan hentikan segala percaturan politik merebut kuasa.


Sekian. 


Faezuddin Puad,

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Johor



WALAUNCAI TETAP BODO


 www.zunar.my

HADI PANTUN PRN MELAKA- W.FAUDZIN BALAS PANTUN HADI




Mula-mula kita dengar pantun Hadi. Dia jual, aku beli pantun dia;


Buah salak buah kedondong,
Kumpul semua dalam baldi,
Puak lebai kaki pembohong,
Jangan sekali diberi undi.

Di atas robohan kota melaka,
Papan cengal kita tegakkan,
Puak lebai memang celaka,
Jual agama demi jawatan.
😁😁



KITA SEMUA KENA TANGGUNG KERANA DIA BUAT HUTANG-www.zunar.my



Kita Semua Kena Tanggung Hutang, kerana Dia Buat Hutang!

Please Share.

More @ www.zunar.my

VIDEO PENDEK PRN MELAKA- LEBAI FITNAH TH


 

VIDEO PENDEK KEMPEN PRN MELAKA


 

VIDEO PENDEK KEMPEN PRN MELAKA


 

VIDEO PENDEK KEMPEN PRN MELAKA


 

VIDEO PENDEK KEMPEN PRN MELAKA


 

VIDEO PENDEK PRN MELAKA


 

VIDEO PENDEK KEMPEN PRN MELAKA


 

VIDEO PENDEK KEMPEN PRN MELAKA


 

Adakah Umno bersaing dalam ruang politik yang sesak?

 

MUSTAFF K ANUAR


Jika ada keperluan untuk perpaduan orang Melayu, ia patut berlegar di sekitar prinsip penting melibatkan keadilan, kepercayaan, belas ihsan serta kasih kepada orang miskin dan tertindas




Parti Kuasa Rakyat yang dilihat merentasi kaum serta berideologi sosialis dilancarkan baru-baru ini manakala tokoh Umno Tengku Razaleigh Hamzah pula cuba untuk menghidupkan semula Umno Lama.

Perkembangan ini cukup mengkhuatirkan timbalan presiden Umno, Mahdzir Khalid kerana beliau merasakan ruang politik di Malaysia sudah terlalu banyak parti berasaskan Melayu.

Menteri luar bandar ini gusar ia akan membahagi serta memecahkan perpaduan Melayu, yang, pada fikirannya, tidak baik kepada keseluruhan masyarakat.

Parti Kuasa Rakyat dipimpin oleh abang kepada Ismail Sabri Yaakob iaitu Kamarazaman Yaakob.

Melayu, pada Mahdzir, hanya memerlukan Umno, bagi meneruskan dan mempertahankan kepentingan mereka seperti yang seringkali dilaungkan.

Namun, begitulah lumrah demokrasi dengan kebebasan untuk keterlibatan, yang bermakna sesiapa pun dapat membentuk parti politik jika mereka mempunyai sumber untuk melakukannya.

Di dalam ‘pasar’ politik inilah parti akan bersaing untuk memenangi minda dan hati pengundi bagi memenuhi kemahuan mereka untuk memegang tampuk kuasa.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter

·         Become an Aliran member

Begitulah, secara teorinya. Muda yang baru dibentuk masih berusaha untuk didaftarkan secara sah oleh Jabatan Pendaftaran, yang jatuh di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri. Menafikan partinya untuk wujud dan bersaing di lapangan pengundian sesuatu yang tidak demokratik.

Berlatarbelakangkan hal ini, pujian perlu diberikan kepada anggota jawatankuasa pusat Umno Mohd Puad Zarkashi yang menyatakan kerajaan perlu meluluskan pendaftaran Muda.

Beliau menambah bahawa kerajaan tidak patut gentar kepada presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Ia patut membenarkan parti baru ini untuk mencari tapak di lapangan politik Malaysia.

Berkongsi pendapatnya, Mahdzir nampak tegas menyatakan secara tersirat bahawa Umno patut mempunyai monopoli terhadap sokongan politik dan kesetiaan masyarakat Melayu pada ketika ini.

Atau dengan kata lain, Melayu perlu dilihat seperti apa adanya, atau secara salahnya, sebuah kolektif monolitik.

Seperti komuniti etnik lainnya, jelas bahawa kerencaman wujud di dalam masyarakat Melayu itu sendiri.

Umno sendiri yang terpecah, merupakan contoh jelas, apatah lagi sekarang, bahawa tiada makna terhadap perpaduan Melayu yang digembar-gemburkan itu.

Misalnya, terdapat orang Melayu yang termakan dengan nasionalisme etno-keagamaan manakala ada yang dilihat terbuka pada kerencaman etnik dan inklusif. Ada juga yang suka songlap manakala ramai yang menolak kelakuan sebegitu.

Jika ada keperluan untuk perpaduan orang Melayu, ia patut berlegar di sekitar prinsip penting melibatkan keadilan, kepercayaan, belas ihsan serta kasih kepada orang miskin dan tertindas, seperti pada kebebasan.

Prinsip sebegini juga pastinya dapat menyatukan warga Malaysia dari pelbagai etnik – pendekatan perpaduan merentas kaum. Ini menjelaskan mengapa terdapat ahli politik Melayu yang memimpin atau menyertai parti yang tertarik kepada idea ke-Malaysia-an yang sejagat.

Apa yang ditanggapi sebagai kesesakan dalam ruang politik, tidaklah begitu sesak seperti yang digambarkan sebenarnya kerana, secara kualitatif dan ideologinya, kebanyakan parti berasaskan Melayu mempunyai jampi yang sama iaitu “Melayu, agama dan tanah air”.

Dalam kata lain, Umno terpaksa bersaing dengan parti lain yang juga mahu mempertahankan Melayu – cuba bernafas dengan yang lain dalam kolam yang sama.

Terlalu banyak yang dah disebut dan dilakukan atas nama Melayu selama ini, yang seringkali meninggalkan Melayu tetap miskin, serta juga bumiputera lainnya, mengakibatkan mereka terpinga-pinga mengapa mereka masih tertinggal secara sosioekonominya.

Kerana itulah jika mereka mahu terus hidup secara politiknya, parti seperti Umno seperti mahu membezakan diri mereka dari yang lainnya dengan berusaha untuk membawa suara mereka yang miskin dan terpinggir, bukannya elit yang berkuasa dan kaya.

Apatah lagi, ramai yang terdesak dan terdedah sekarang dapat membezakan politikus yang benar-benar dan acah-acah mahu berkhidmat kepada rakyat Malaysia dalam keadaan epidemik Covid.

Barangkali, ia sesuatu yang berguna jika kita dapat memerhati adakah lapangan politik itu sebenarnya sesak dengan politikus yang meletakkan kepentingan peribadi mereka berbanding rakyat. – The Malaysian Insight

Terjemahan oleh: Zikri Rahman

 

KISAH BURUNG TIONG

 

norshidah mohd daud


Menitik air mata Kak Ani bila baca Ayoh Chik kena maki camni

Kahkahkahkahkahkahkahkahkahkah

May be an image of 1 person and text that says "Zaharin Mohd Yasin 2h・ Haji Hadi Awang jangan jadi burung tiong. Jangan pandai komen. UMNO tidak mahu kerjasama dengan Parti Bersatu. Kamu dahulukan contoh, terima Amanah jadi rakan strategi PAS. Baru kami dalam UMNO akan berkerjasama dengan Parti Bersatu. Kamu harap serban besar.. otak kosong.- zmy 593 109 Comments 21 Shares"

ISU SOSIAL OFF POLITIK : KES JUMPA POCONG PULAK

 



[VIDEO] Pegawai Kesihatan jumpa pocong tengah jalan




Umum mengetahui, tugas sebagai pegawai kesihatan merupakan pekerjaan yang dikira sukar serta perlu berkorban nyawa serta masa dalam memberikan komitmen dalam sesuatu tugas.

Hal itu kerana kematian atau kemalangan adalah perkara yang sukar dijangka dan mereka akan sentiasa bersiap sedia walaupun terpaksa bertugas hingga lewat pagi.

Namun, disebalik susah payah mereka, terdapat juga beberapa kejadian mistik yang pernah berlaku kepada mereka sehingga ada yang berjaya merakam ‘kejadian’ itu.

Pegawai Kesihatan terkejut, lihat penampakan pocong di tengah jalan

Perkara sama turut berlaku kepada seorang pegawai kesihatan yang telah berkongsikan pengalaman seram yang berlaku terhadap rakannya ketika bertugas pada lewat pagi.

Pegawai Kesihatan jumpa pocong tengah jalan

Menerusi hantaran dari pengguna Twitter bernama @MA Kg. Pisang, dia telah memuat naik sebuah rakaman memaparkan penampakan pocong yang berdiri di hadapan sesebuah rumah.

Bercerita mengenai kejadian, rakannya telah menerima panggilan dari Call Centre pada pukul 2 pagi bagi mengesahkan kematian terhadap satu jenazah dan perlu datang ke rumahnya.

Dia juga turut menghubungi pemandu ambulans bagi melakukan persiapan untuk berangkat sambil mengenakan pakaian pelindung diri (PPE).

Setibanya di rumah arwah, pemandu mengalami kesukaran untuk meletakkan kenderaan oleh sebab terlalu ramai orang berkumpul dan menyuruhkan rakannya untuk turun terlebih dahulu untuk selesaikan urusan jenazah.

Pemandu Ambulans tergamam, beranikan diri rakam penampakan

Ketika sudah berjaya mendapatkan parking, pemandu tersebut dikejutkan dengan penampakan pocong yang berdiri di tengah jalan ketika dalam perjalanan menuju ke rumah tersebut.

Dalam keadaan yang tergamam, dia terus memberanikan diri dengan mengeluarkan telefon pintarnya sebelum merakam penampakan itu yang jelas kelihatan sambil disinari bawah cahaya lampu jalan.

Walaubagaimanapun, pemandu itu hanya bertindak seperti tiada apa-apa yang berlaku nak meneruskan pekerjaannya sehinggalah pulang dari rumah berkenaan. Dia hanya memberitahu rakannya ketika sampai ke kilinik.

Menurut hantaran itu juga, dia turut merahsiakan tempat serta lokasi kejadian bagi menghormati arwah selain turut berharap agar kita semua sentiasa dilindungi dari gangguan Jin dan Syaitan.

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut dengan perkongsian itu selain berharap agar segala urusan pegawai kesihatan itu sentiasa dipermudahkan.

BANYAK MAJIKAN HAPRAK! ISU DOKTOR KONTRAK KITA MACAM NAK HALAU KE UK/BER...

MUHYIDDIN KATA TAK SEDIA KERAJAAN JATUH PADA ANWAR IBRAHIM,LIM KIT SIANG...

RENTASAN 1006 | PANAS!!! KES FGV: KERAJAAN UMNO-BN HANYA TINGGALKAN 'SIS...






MENARIK DALAM RENTASAN 1006

1. KEMPEN PILIHAN RAYA NEGERI MELAKA TIDAK ADIL 2. WARNA BIRU YANG BERCELARU 3. PLAN EKONOMI PH RINGANKAN BEBAN RAKYAT 4. SUDAH TERLAMBAT UNTUK UMNO





TONTON CHEGU AYAM JADI BARUA . MANA KES PINTU GERBANG DAN KUBAH SEMBURI...

IKUTKAN GAMBAR GAMBAR INI NAMPAKNYA SOP NI SEMACAM JA BERKEMPEN...TAK KENA DENDA KAH ???

 

Di PRN Melaka - SOP kata tidak boleh berkempen. Tapi, ini semua kebetulan saja bak kata Nuar Muso. Menteri kebetulan terserempak dgn program ni. Eh, kebetulan pulak si Rauf montel calon Bn ada kat situ dan kebetulan dia tak pakai Mask. Ehhh...kebetulan si Noraini, ketua wanita Umno pun ada di situ.

Bukan kempen tau. Kebetulan!!
Rakyat Melaka, korang dah kenal Umno kan? Tahu perangai dia kan? Korang pun kenal Perikatan Nasional kan? Dua parti ini 2x5 saja, ibarat kentut dengan taik.
Tiada pilihan. Rakyat Melaka perlu tunjukkan maruah, kuburkan Umno, Bn, Pas, Bersatu, PN dalam satu lubang kubur. Buktikan sikap pahlawan lima bersaudara di Melaka.

W. FAUDZIN




DR RORA BAKAL MUFTI ?


NORMAN RADZUAN


May be an image of 1 person and headscarf



Heboh kononnya Dr Rora disebut sebut bakal menjadi Mufti Perak. Maka tak senang duduk la Imam lebai-lebai surau dan masjid. Baru padan muka Tok Peti yg kononnya kuat semangat keMelayuannya. Tok Peti tak tahu puak-puak ni sangat anti dengan Tok Peti & The Gang.
Dulu sy pernah ingin membawa Tok Peti, Dr Rora dan beberapa cendiakawan agama....sampai saya kena panggil ke pejabat OBJ ( Orang Besar Jajahan ). OBJ tunjukkan petisyen bantahan Persatuan Iman-iman surau dan beberapa buah masjid. Sedangkan ketika arwah Tan Sri Harussani merupakan Mufti ketika itu yang saya temui sendiri telah beri keizinan.
Tanya saya... saya suka Dr Rora jika benarlah beliau dilantik menjadi Mufti Perak kerana keintelektualan beliau. Sesuai dengan Sultan negeri Perak yg baginda dikenali sebagai insan intelektual. Lagipun Dr Rora berbeza dgn Tok Peti yang agak rasis akhir-akhir ini. Geng lebai jenis belajar tak habis tak boleh berhujah terus hentam Wahabi la.
Mcm mereka hentam UMNO dulu kafir, Amanah barua Cina, Anwar nak bawa Malaysia 'bebas beragama' dan skg boleh izinkan lesen air arak produk tempatan ok saja...tak apa. Baru dengar cerita sahaja Rora disebut sebut bakal menjadi Mufti dan belum confirm lagi pun dah kepanasan... hamPas.

AGAK AGAK NYANYUK KA TIDAK NI?

 May be a Twitter screenshot of 3 people and text that says "Abdul Hadi Awang @abdulhadiawang Kepada rakyat Melaka, undilah Perikatan Nasional supaya negeri Melaka ini diselamatkan daripada kerosakan yang dilakukan oleh Pakatan Harapan. Pentas PRN Melaka, 11 November 2021 P KATAN HAL LAL SAL ATAN ONAL RIKATAN"

RUGI BESAR JIKA PN TIDAK NAMAKAN CALON KETUA MENTERINYA


 Dalam tiga parti utama yang bertanding dalam PRN Melaka sekarang ini, hanya PN yang masih belum lagi menamakan calon Ketua Menterinya.

BN telah mengumumkan Sulaiman Md Ali, Ketua Menteri sementara yang ada sekarang akan terus dikekalkan lagi jika gabungan itu menang pada pengundian 20 November ini.

PH pula mengumumkan Adly Zahari, Pengerusi PH Melaka sebagai calon yang akan diketengahkan sebagai Ketua Menteri.

Tetapi, PN secara jelas memaklumkan tidak akan mengumumkan siapa yang menjadi calon Ketua Menteri mewakili gabungan itu.

Diberitakan, mereka mahu menjadikan siapa calon Ketua Menteri PN itu sebagai misteri buat ketika ini, walaupun ada beberapa nama dikatakan telah dikenalpasti.

Soalnya, kenapa PN mahu berahsia dan menjadikannya misteri?

Bukankah calon Ketua Menteri itu penting didedahkan supaya rakyat mengetahui serta dalam masa yang sama boleh menilai kelayakannya sebagai bakal ketua kerajaan negeri?

Kalau tidak diumumkan, bagaimana rakyat mahu menilainya?

Jika tiada calon Ketua Menteri yang diumumkan, bagaimanakah juga rakyat ada keyakinan terhadap PN untuk mentadbir Melaka?

Tentulah mustahil keyakinan atau undi hendak diberi kepada PN kalau tidak diketahui siapa bakal jadi Ketua Menterinya.

Sebab itu, PN sebenarnya telah melakukan kesilapan besar dengan enggan menamakan siapa calon Ketua Menteri mereka.

Di mata umum, dengan sikap sedemikian, pengundi lebih mudah beranggapan bahawa PN tiada calon yang berkelayakan untuk diketengahkan yang bermakna gabungan itu tidak bersedia untuk menjadi kerajaan negeri.

Apabila dilihat tidak bersedia, ertinya lebih sukar untuk rakyat memberi undi kepada PN.

Mahu tidak mahu dan sama ada boleh menang atau tidak, PN sebetulnya tidak boleh lari daripada keperluan menamakan calon Ketua Menterinya.

Selain lebih mungkin tidak diberi undi kerana rakyat tidak yakin, lebih penting lagi, dengan menamakan calon berkenaan juga akan membolehkan pemimpin yang dinamakan itu mencipta rekod tersendiri dalam pencapaian karier politiknya.

Dengan dinamakan sebagai calon dan kemudian ditakdirkan PN menang PRN Melaka ini, maka pemimpin berkenaan akan lebih mudah menjadi Ketua Menteri yang sebenar.

Bila PN kalah pula, setidak-tidaknya pemimpin berkenaan ada rekod pernah dinamakan sebagai calon Ketua Menteri, meski partinya tidak menang pilihanraya.

Kepada anak cucu kemudiannya, bolehlah juga membanggakan diri sebagai “bekas bakal Ketua Menteri Melaka”.

Tetapi, kalau dinamakan sebagai calon Ketua Menteri pun tak pernah, bertanding pula kalah, apa yang mereka nak banggakan di kemudian hari kepada anak cucu?

Tak kesiankah Mahiaddin kepada mereka? – ShahbudinHusin 12/11/2021.



SUKAR KEMPEN DI MELAKA, MUNGKIN PENGUNDI TIDAK KELUAR MENGUNDI?


CALON PAKAI BAJU LOGO PH DIKOMPAUN RM4,000


MANIFESTO PH PALING LENGKAP BERBANDING BN, PN


‘Kita ada pencuri royalti pasir di Melaka ini’

 


Oleh FAZLI RADZI / November 12, 2021

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron mengulangi dakwaannya ada pihak tertentu yang menipu Kerajaan Persekutuan berkaitan royalti pasir laut.

Beliau sebelum ini pernah memberitahu hal tersebut kepada bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari.

“Saya pernah kata kepada Adly, ada golongan yang mencuri royalti pasir. Kita ada pencuri royalti pasir di Melaka ini.

“Royalti pasir ini perlu dibayar kepada kerajaan Pusat. Siapa yang bayar? Pemegang permit pasir. Tetapi hari ini pemegang permit pasir itu tidak membayar harga yang sepatutnya. Dia menipu kerajaan pusat,” tegasnya.

Bekas Ketua Menteri selama lima tahun bermula 2013 yang menggantikan Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam itu berkata demikian dalam temubual eksklusif malam tadi bersama Youtuber Jeming Hassan.

Idris (kiri) ketika ditemubual Jeming malam tadi.

Idris, 55, berkata, memang ada pihak yang mengesahkan penipuan royalti pasir laut itu bahkan penipu terbabit difahamkan telah memusnahkan fail berkaitan projek mengorek pasir bagi mengelak penyelewengan dikesan pihak berkuasa.

“Pengisytiharannya (jumlah pasir laut yang dilombong dan dilambakkan di darat) kepada kerajaan pusat kurang. Orang itu telah mencuri duit awam hampir ratusan juta ringgit.

“Memang ada kecurian. Ada orang lapor kepada saya. Kebetulan ketika saya bawa isu ini dalam sidang DUN, saya mendapat laporan ada yang membakar dokumen-dokumen untuk menghilangkan bukti di bawah pengisytiharan tersebut.

“Ini adalah suatu jenayah,” tegasnya sambil memetik terjemahan Surah ar-Rum, ayat 41 iaitu, “Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka lakukan supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).”

Untuk rekod, Idris calon Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berdepan pertembungan enam penjuru di DUN Asahan pada 20 November ini.

Calon Ketua Menteri BN enggan berdebat

 

politik

Sulaiman Md Ali, Ketua Menteri sementara Melaka enggan menerima cadangan pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim agar debat diadakan antara calon ketua menteri daripada tiga gabungan utama yang bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka.

Memetik laporan Malaysiakini, beliau dicalonkan sebagai ketua menteri oleh Barisan Nasional (BN) jika gabungan itu memenangi PRN Melaka dan dia lebih berminat untuk memberi tumpuan kepada kempen PRN.

“Tak payahlah. Kita habiskan pilihan raya ni dululah.

“Kita tumpukan dulu kerja yang ada ni,” katanya kepada Malaysiakini.

Calon Ketua Menteri BN enggan berdebat

Ketua Menteri sementara Melaka, Sulaiman Md Ali

Sebelum ini, Anwar mencadangkan agar debat diadakan di kaca televisyen antara calon ketua menteri PH, Adly Zahari dan calon daripada BN dan PN.

Annuar Musa yang Menteri Komunikasi dan Multimedia turut berkata kerajaan bersedia menimbang untuk memberi ruang kepada calon PRN Melaka termasuk dari pembangkang untuk berkempen menerusi saluran televisyen dan radio rasmi kerajaan.

Ujarnya, kerajaan memahami kesulitan dialami semua parti politik terutama calon baru untuk berkempen dalam suasana norma baru.

PN yang terdiri daripada Bersatu, PAS, Gerakan, Star dan SAPP belum lagi memberi nama calon bagi jawatan ketua menteri Melaka.

Bagaimanapun, terdapat desas-desus yang mengatakan Naib Presiden Bersatu, Mohd Rafiq Naizamohideen, yang juga Pengerusi PN Melaka dan Pengerusi Bersatu Melaka bakal dicalonkan sebagai ketua menteri daripada Bersatu.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin, yang juga bertanding di kerusi DUN Tanjung Bidara juga turut disebut-sebut sebagai calon.

Rafiq, ketika dihubungi enggan mengulas mengenai debat yang dicadangkan Anwar dan memberitahu Malaysiakini untuk menunggu pengumuman daripada pengerusi PN, Muhyiddin Yassin mengenai calon ketua menteri daripada PN.