SAMPAI BILA NAK KURUNG RAKYAT, UBAH STRATEGI TANGANI COVID


Panas! Pemimpin Umno cabar Adun Bersatu, kalau berani tariklah sokongan terhadap kerajaan Johor

 Panas! Pemimpin Umno cabar Adun Bersatu, kalau berani tariklah sokongan terhadap kerajaan Johor

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi, mencabar empat Adun Bersatu Johor untuk menarik sokongan terhadap kerajaan di negeri itu bagi membuktikan mereka benar-benar berani.

Jika tidak, katanya, ancaman yang dilakukan mereka itu sekadar “hangat-hangat tahi ayam.”

“Saya cabar empat Adun (Bersatu Johor) itu supaya lakukannya (tarik sokongan) dengan segera dan jangan hangat-hangat tahi ayam,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Pada masa sama Mohd Puad berkata, dia yakin ada beberapa Adun Bersatu Johor yang sudah bersedia meninggalkan parti mereka untuk menyertai Umno.

“Ia bukan lagi rahsia, mereka tunggu masa yang sesuai saja,” katanya lagi.

Mohd Puad berkata demikian sebagai mengulas kenyataan empat Adun Bersatu yang menyatakan kesediaan mereka menarik sokongan terhadap kerajaan Johor jika Umno terus mendesak presiden mereka, Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai perdana menteri.

Untuk rekod, kerajaan Johor diketuai oleh Umno namun parti itu bergantung kepada sokongan Bersatu untuk kekal menguasai DUN. Kegagalan mendapat sokongan itu akan menyebabkan kerajaan boleh bertukar sekali lagi.

Pada 7 Julai lalu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi telah mengumumkan MT parti itu bersetuju untuk menarik balik sokongan mereka kepada Muhyiddin, dan menggesa kerajaan sementara dibentuk untuk mengambil alih.

Kata Puad, ketika ini Muhyiddin bukan saja gagal sebagai perdana menteri malah juga sebagai presiden partinya.

“Muhyiddin gagal menambah ahli, gagal menambah cawangan dan gagal menambah bahagian Bersatu di seluruh negara.

“Bersatu menjadi parti yang tidak dinamik,” katanya.

Tambah Mohd Puad, Umno pula sebaliknya mempunyai tujuh sebab kukuh untuk membatalkan sokongan mereka terhadap Muhyiddin yang juga bekas menteri besar Johor itu.

“Maka apa alasan kukuh empat Adun Bersatu itu mahu menarik sokongan kepada menteri besar Johor?” soalnya. “Sudah tentu ia dibuat atas dasar balas dendam. Tindakan mereka itu nanti pasti jadi seperti senjata makan tuan kepada Muhyiddin,” katanya.

Jelas Puad, umum juga mengetahui bahawa Pengerusi Umno Johor, Hasni Mohammad, adalah menteri besar yang berjaya.

“Sewaktu Covid-19, dia fokus membantu rakyat yang terkesan, bahkan dia paling cepat mengumumkan sidang DUN Johor akan dibuat pada 12 Ogos setelah Yang di-Pertuan Agong bertitah mengenainya.

“Sedangkan Muhyiddin pula masih mencari alasan untuk memberi tarikh sidang parlimen,” katanya

Kerajaan Johor pimpinan Hasni ketika ini mempunyai 29 kerusi manakala Pakatan Harapan 27 kerusi.

Jika seorang Adun menarik sokongan daripada PN akan menjadikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) PN dan PH masing-masing 28 kerusi sekali gus DUN Johor akan tergantung atau boleh dibubarkan.

PAS ‘ZERO’ RASUAH?

Vaksin Sinovac | Sedia berdepan gelombang baharu COVID-19



Pembangun dan pengeluar vaksin dari China, Sinovac Biotech Co. Limited bersedia untuk berdepan gelombang baharu lonjakan kes global ekoran kemunculan varian baharu virus COVID-19. Mereka kini menghasilkan vaksin yang lebih kuat, selain daripada terus meningkatkan produktiviti untuk memenuhi permintaan pelanggannya dari seluruh dunia.

MEMlLUKAN – VIDEO VIRAL RAKYAT MERAYU TIDAK DIENDAHKAN KERAJAAN!

TERBAIK!!! Zamil Ibrahim Sampai Bila Rakyat Hendak Dikurung?? ( KATAK )

ĤÁŅÁT! NAH! BUKTl AZMIN ÁLl DÁLÁNG SEGALANYA!



Apa sudah jadi? Paling best, bila kes baru harian melebihi 9,000 sehari, Menteri Kanan yang didakwa menjadi penyebab utama kes meningkat macam nak gila kerana pendirian pro-kilang beliau, seronok berada di luar negara dan sempat melancong ke Hagia Sophia, Turki! Ini ulasan dan laporan kami di YB Viral.

Anwar Ibrahim: Saya Bersama Rakan-Rakan & Rakyat Menuntut Perdana Menter...JIKA KILANG DIMILIKI SAUDAGAR MAHAKAYA ?



Ini video beberapa hari lepas. Tgk DSAI persoalkan apakah kilang dimiliki "saudagar maha kaya" sehinggakan #KERAjaanPNCirit takut utk menutupnya??

Byk kali dah aku sebut pasal industri ini kebanyakannya dimiliki Kapitalis OLIGARCHY yg bersedia saman Kerajaan Negeri kalau ditutup tanpa proper channel seperti MITI dan KKM.

Benda ini Real. Jgn nafikan begitu shj. #KERAjaanPNGagal ini mesti bertggjwb. DSAI dan PH menggesa #PMCirit dan Kabinetnya letak jawatan.

- Zus Din

14 Julai 2021


AZMIN KENA MAKI LAGI.JOM TONTON KENAPA



Entah macam mana situasi wabak pandemik negara menjadi semakin teruk. Memang patut pun Rakyat marah. Kami dengar kem Azmin menggelupur mahu video viral menunjukkan beratus penduduk di sebuah kawasan di Shah Alam terpaksa beratur berjam-jam untuk menjalani ujian dan memaki hamun Azmin kerana dipercayai terjangkit daripada pekerja-perkerja kilang yang berdekatan, dipadam dari media sosial.


RENTASAN 927 | PANAS!!! KINI PRESIDEN PAS PAKSA UMNO BERBAIK SEMULA DENG...




MENARIK DALAM RENTASAN 927


1. MENTERI TAK PERLU ‘MELENCONG’ KE HAGIA SOPHIA 2. KKM - BERKATA BENARLAH WALAUPUN PAHIT 3. APABILA PERAMPAS TAKUT HILANG KUASA



Anwar Ibrahim: Masalah Wabak Yang Terus Gagal Di Bawah Kerajaan Hari Ini

FITENAH DAN PELESU...MAKAN SAMAN BARU TAU...!!!!!

 May be an image of 1 person and text that says "Sinar Selasa 13Julai તાાઠઠતા our cari Q Annuar Musa dedah gambar Ahmad Zahid langgar SOP TUAN ದ uarMusa Makan hlebih Annuar Musa @AnnuarMusa 15h Makan sedulang memang sedap..lebih lebih lagi kalau dpt dining di restoran musim PKP. FITNAH TERDESAK SANGAT KE? SAMPAI FITNAH! GAMBAR YANG TULAR DIAMBIL PADA JULY 2018 Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebaliknya menjelaskan, PRU15 hanya boleh diadakan selepas negara mencapai imunisasi kelompok dengan menyerahkan kembali mandat kepada rakyat membentuk sebuah kerajaan yang stabil agar Malaysia bangkit dari kesan pandemik Covid-19."

JANGAN PULANG PULANG LAGI KE MALAYSIA

 

JUST DON'T COMEBACK!

Just dont comeback. Whether you embezzled money over the years or not you will answer to Allah. You may escape incarceration here but you will never suceed there. Just dont comeback to Malaysia!

Malaysia is better without you!

 May be an image of 1 person, outdoors, tree and text that says "haflinnazriaziz 2h was elected as MP tor Padang Rengas in 1995, have since contested in the same constituency for 6 terms NDEFEATED with a comfortable majority. rural seat 80% of voters are Malays, Muslims and Village folks. So don't teach me how to serve and work for my rakyat in PADANG RENGAS. NOT for you and DONT care. Nazri Aziz Send message"

PUISI : SOMBONGNYA MEREKA


May be an image of 4 people, including Tarmizi Mohd Jam and text that says "PELINGKUP NEGARA"



KAK IDA ABDULLAH


SOMBONGNYA MEREKA DENGAN RAKYAT SEOLAH TIADA KIAMAT!

TIDAK PEDULI, TIADA RASA BERSALAH SEOLAH TIADA HISAB DAN NERACA.

MANA ULAMA PENASIHAT UMARA? BISUKAH SEMUA?

MANA ITTAQULLAH YANG KALIAN SENTIASA INGATKAN JEMAAH?

ADAKAH KALIAN SENDIRI TIDAK LAGI MEMPERCAYA?

YA ALLAH KEPADA MU KAMI MENGADU AKAN HAMBA-HAMBA MU YANG GAGAL MELAKSANA AMANAH.

ULAMA-ULAMA MUNAFIK, MENJUAL AYAT-AYAT MU DEMI KEDUDUKAN SELESA DAN BERMEWAH-MEWAH.

YA ALLAH PANDANGLAH MEREKA YANG SUDAH HILANG KASIH DARI HATI, HANYA HALOBA DAN PENTINGKAN DIRI DIGANTI.

YA ALLAH KAMI HANYA MAMPU BERSERAH KEPADA MU. TIADA LAGI DAYA DAN KEKUATAN KECUALI DENGAN MU.

 

Siri Senandung Reformasi DIA ABAH DEN

 

May be an image of 6 people and text




Tebalnyalah Kulit Muka Semuanya.

Mempertahankan Maruah Melayu

menyemai benih dendam di ladang kesumat

Mempertahankan Maruah Melayu

membaja kemunafikan tanpa ada rasa malu

Mempertahankan Maruah Melayu

berhuma amarah kebencian nanti tuailah darah

Mempertahankan Maruah Melayu

Mempersenda Melayu bijaksananya dianggap dungu

Yang dungu adalah Melayu Lembu Pawah makan dedak

Yang bangang adalah Melayu pengampu yang merapu

Yang tongong adalah Melayu pencium tangan bossku

Melayu sedemikian

bolehlah diperkononkan dikongkalikongkan

Melayu sedemikian

Bolehlah Zainal Keling kelentong ajar goreng kangkung

Melayu sedemikian

Bolehlah sang sifu amanat ancam nak sunatkan sekali lagi

Melayu sedemikian

Bolehlah sang tua lidah tiga perkununkan perbangangkan

Akan tetapi

bagi Melayu yang bermaruah

bagi Melayu yang taat kepada Allah

bagi Melayu yang menjunjung nilai murni

bagi Melayu yang cerdik bijaksana bijaksini

bagi Melayu yang minta rezeki dari Allah bukan dari rasuah

bagi Melayu yang menyembah Allah tidak menyembah bedebah

bagi Melayu begini

sekaliannya yang Melayu bermurni hati berhemah berbudi

bagi kami sekalian yang Melayu yang tidak bodoh macam lembu

Maruah Melayu Tidak Perlu dipertahankan

Kerana Maruah Melayu di kalangan kami

Jitu indah kami julang dengan megah

kerana kami adalah Melayu bijaksana

pandai menimbang bijak berkongsi bahara

Maruah Melayu Kami amat mulia amat terhormat

Rasa megah gagahnya Maruah Melayu

di kalangan kami yang bermaruah telah kami terjemahkan

melalui undi dalam PRU 14 yang keramat dan abadi itu.

Mempatahankan Maruah Melayu

pekampungan Melayu yang memperkununkan Melayu

perhimpunan Melayu yang sedang dimahkamah-rasuahkan

perkumpulan Melayu

yang bohong bila berbicara

yang mungkir bila berjanji

yang khianat bila dipercayai.

Begitulah selamba badak terpekik melalak.

demikianlah takde rasa malu langsung

tebalnyalah kulit muka semuanya.

yassinsalleh

9.10.2019

Bukit Tugu Negara

Hak Cipta © 2019 yassinsalleh

Semua Hak Terpelihara.

 

RAKYAT PANIK, PEMIMPIN BERCUTI KE SANA SINI

 

Bijak carta kes seharian dimainkan



May be an image of text that says "STATUS TERKINI COVID-19 MALAYSIA KES BAHARU MENGIKUT NEGERI KEDAH 13.7.2021 497 PERLIS ប IENTAMINDINDAMLINIA 0 KELANTAN 211 P.PINANG 234 TERENGGANU 93 LABUAN 60 PERAK 329 SELANGOR 5,263 N.SEMBILAN 1,033 K.LUMPUR 1,521 PAHANG 321 PUTRAJAYA 77 MELAKA 323 SABAH JOHOR 239 406 SARAWAK 472 Jumlah kes baharu 11,079 Jumlah hkeseluruhan kes 855,949 SUMBER:CPRCKEBANGSAAN SUMBER CPRCKEBANGSAAN comms@moh"


Carta harian ini berlegar di wall media sosial. Akhirnya rakyat semakin panik. Ia kita patut panik kerana ramai yg mati. Tapi adakah kita melihat pemimpin2 kita panik atau merana seperti kita?

Situasi kita sgt teruk walaupun sudah setahun lamanya. Penduduk kita bukan seperti India cecah angka billion, Amerika 300 juta, Indonesia 250 juta yg sukar dikawal... tetapi mengapa kita begitu teruk? Itu persoalannya skg.

Ya rakyat sudah berkorban utk PKP, PKPP, PKPD... hilang keluarga terdekat samada kerana Covid atau bunuh diri, hilang pekerjaan dan perniagaan... berdisiplin memakai, tidak bertemu keluarga berbulan malah ada bertahun... apakah ia masih salah rakyat?

Bagi saya carta ini tidak harus dipersembahkan kpd rakyat. Singapura khabarnya sudah tidak menghebahkan lagi... malah negara2 lain hanya menunjukkan carta jumlah vaksinasi dan mereka yg sembuh sebagai psikologi rakyat jgn panik. Yg patut kerajaan lakukan skg ialah segerakan vaksinasi.

Mengapa jgn timbulkan suasana panik? Sebab pemimpin tidak panik. Pemimpin boleh bawa keluarga bercuti ke Turki, Paris, Mesir, NZ, bawa janda ke sana sini dan malah boleh bernikah di kala rakyat ramai yg bunuh diri kerana hilang punca pendapatan.

Mereka simpan kita di dlm rumah mereka bebas ke sana sini berseronoo dgn keluarga dan wanita idaman. Khabarnya juga sibuk project direct nego ratusan juta, sibuk berikan pangkat sana sini gunakan wang rakyat... mereka tak ambil peduli pun sebenarnya atau mereka tak panik pun.

Mereka asyik dgn projek dan bagaimana mengekalkan kuasa, mereka lupa utk menyediakan kelengkapan hospital utk Pandemik ini. Mereka lupa utk uruskan dgn baik persiapan pandemik ini.

Hari ini carta ini keluar ramai yg terkejut dan panik... bijak kerajaan.

 

BANYAK LAGI PEMBERSIHAN HARUS ZAHID HAMIDI LAKUKAN, ANNUAR MUSA YANG TERAWAL KONGSI AUDIO RAKAMAN SEMESTINYA DISIASAT

 

Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi hari ini memecat Ahli Parlimen Pasar Salak, Tajuddin Abdul Rahman daripada jawatannya sebagai Pengarah Pilihanraya UMNO.

Jawatan tersebut kini dipegang oleh Mohamad Hasan, Timbalan Presiden UMNO yang juga Pengerusi War Room UMNO serta BN.

Walaupun ramai yang melihat pemecatan Tajuddin itu berikutan kritikannya terhadap pucuk pimpinan UMNO setelah tersebarnya audio rakamannya dalam mesyuarat MT pada 7 Julai lalu, hakikat yang perlu disedari, tindakan diambil terhadap bekas Pengerusi Prasarana yang dipecat sebelumnya oleh Menteri Kewangan itu adalah kerana faktor kesetiaan.

Lantaran kecondongannya yang begitu ketara kebelakangan ini kepada Mahiaddin Md Yasin, tidak munasabah lagi jawatan Pengarah Pilihanraya UMNO disandang olehnya.

Jawatan Pengarah Pilihanraya UMNO semestinya dipegang oleh pemimpin yang setia kepada parti dan pucuk pimpinan, bukan setia untuk memastikan Mahiaddin terus kekal sebagai Perdana Menteri.

Maka, tindakan Zahid Hamidi memecatnya bukan saja tepat, malah suatu tindakan terpuji untuk membersihkan parti.

Sebelum ini, Zahid Hamidi juga telah memecat Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung BN dan Shahidan Kassim daripada jawatan Pengerusi UMNO Perlis.

Pemecatan kedua-dua mereka juga ada kaitan dengan faktor kesetiaan serta sebahagian usaha membersihkan partiZ

Untuk memastikan UMNO kembali dominan, lebih-lebih lagi setelah memutuskan menarik sokongan terhadap Mahiaddin, membersihkan parti daripada unsur-unsur ketidaksetiaan adalah sangat penting.

Ketidaksetiaan tidak boleh dibiarkan wujud dalam UMNO, bahkan dalam mana-mana parti kerana ia akan menghalang usaha untuk mencapai kejayaan.

Dalam hal ini, Zahid Hamidi tidak harus berhenti daripada terus melakukan pembersihan kerana kalau dilihat perkembangan terkini di mana audio rakaman mesyuarat MT pun boleh dibocorkan, banyak lagi tindakan harus dilakukannya.

Selepas Tajuddin, jika ada lagi yang perlu dipecat atau diambil tindakan, jangan takut melakukannya.

Elemen tiada kesetiaan, curang terhadap perjuangan dan lebih condong kepada lawan di kalangan ahli MT sendiri harus dibendung sehabis-habisnya.

Audio rakaman mesyuarat MT yang baru-baru ini dibocorkan dan seterusnya didedahkan di media sosial, sudah pasti ia dilakukan oleh kalangan ahli MT sendiri.

Kalau bukan ahli MT UMNO sendiri yang merakamnya, siapa lagi?

Tambahan lagi, dengan mesyuarat dilakukan melalui aplikasi zoom, bukan saja mana-mana ahli MT bebas melakukan rakaman, malah kalau mahu, sesiapa saja boleh juga mengajak orang lain berada di sebelahnya untuk turut sama meneliti perjalanan mesyuarat.

Dan melihat bagaimana ia dibocor dan didedahkan satu demi satu di media sosial, tidak mustahil sebenarnya rakaman penuh mesyuarat MT itu turut dihantar satu salinan kepada pengetahuan Mahiaddin.

Lebih buruk daripada segala itu, Annuar Musa, bekas Setiausaha Agung UMNO, bekas Ketua Penerangan UMNO dan bekas ahli MT UMNO adalah antara yang paling awal meviralkan audio rakaman tersebut di media sosial.

Apakah dalam hal ini, dengan segala jawatan penting yang pernah dipegangnya, beliau tidak tahu bahawa adalah salah dari segi disiplin dan etika mendedahkan butiran mesyuarat MT kepada umum?

Meski beliau mendakwa memperolehinya daripada ‘bilik sebelah’ dan melalui kiriman orang lain kepadanya, perkara itu harus disiasat dengan teliti dan hingga ke akar umbi.

Zahid Hamidi harus mengarahkan siasatan lanjut dilakukan terhadap Annuar tentang bagaimana beliau yang bukan ahli MT UMNO boleh menjadi antara yang paling awal memperolehi audio rakaman itu, seterusnya mendedahkannya dalam media sosial.

Apakah mendedahkan dalam media sosial bukan suatu kesalahan yang boleh diambil tindakan?

Kepada Zahid Hamidi, jangan berhenti setakat memecat beberapa pemimpin, dengan terbaru Tajuddin, dalam usaha untuk membersihkan parti.

Selepas UMNO memutuskan menarik sokongan terhadap Perdana Menteri dan tentunya banyak lagi asakan harus dilakukan untuk memastikan Mahiaddin dapat diundurkan, bermakna lebih banyak lagi pembersihan harus dilakukannya kerana mereka yang ingin mempertahankan jawatan dan kedudukan peribadi, bukan memikir kelangsungan masa depan parti, tidak akan berhenti dengan cara-cara kotornya. 

(ShahbudinHusin 13/07/2021)


KAU TAK LEH PAKAI LA TAJUDDIN..LOYAR BURUK...

 


Umno tak beritahu saya bukan lagi Pengarah Pilihan Raya, kata Tajuddin




Tajuddin Abdul Rahman (kanan) ketika menerima surat pelantikan sebagai Pengarah Pilihan Raya Umno daripada Presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi, November lalu.

PETALING JAYA: Tajuddin Abdul Rahman, yang digugurkan daripada jawatan Pengarah Pilihan Raya Umno hari ini berkata, beliau tidak dimaklumkan mengenai perkara itu sebaliknya hanya menyedarinya selepas diberitahu menantunya.

“Menantu lelaki memaklumkan saya selepas membaca mengenainya di dalam talian,” katanya kepada FMT, sambil menambah beliau tidak tahu sebab digugurkan daripada jawatan itu.

“Saya harap bukan disebabkan rakaman audio yang bocor memaparkan saya menyuarakan pandangan kepada Presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi.”

Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata, beliau sekadar menyuarakan pendapat, dan menganggap itu sesuatu yang ‘selamat’ dilakukan dalam pertemuan tertutup.

“Tidakkah orang boleh mempunyai pendapat berbeza? Bukan sekadar berkata ‘ya, ya, ya.’ Saya memberikan pandangan dan terpulanglah kepada mereka untuk membuat keputusan,” katanya.

Tajuddin menganggap sayang jika itulah punca di sebalik penyingkirannya berkenaan, kerana membayangkan seolah-olah “perbezaan pendapat tidak dapat diterima” kepemimpinan parti.

Dalam rakaman 15 minit itu, Tajuddin didengar berkata bukan masa yang sesuai untuk Umno menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Beliau turut didengar berkata, parti telah bersetuju menarik balik sokongan terhadap kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN) dan bukannya Muhyiddin saja, manakala Umno memerlukan setahun lagi untuk bersedia menghadapi pilihan raya umum ke-15.

Terdahulu hari ini, Umno mengumumkan Timbalan Presiden Mohamad Hasan yang lebih mesra digelar Tok Mat akan mengambil alih sebagai Pengarah Pilihan Raya.

Sementara itu, Tajuddin memberitahu FMT, beliau lega tidak lagi memegang jawatan itu.

“Bagus. Ia meringankan beban saya,” katanya sambil mendoakan yang terbaik untuk Mohamad.

Tajuddin berkata, menggalas tanggungjawab Pengarah Pilihan Raya Umno bukan mudah memandangkan perlu menggunakan wang sendiri untuk menganjurkan mesyuarat, selain membantu aktiviti serta pertemuan di peringkat bahagian seperti menyerahkan bakul makanan.

“Selama ini saya bekerja begitu keras. Saya menyokong parti menggunakan wang sendiri. Tiada wang dari parti,” katanya dengan menambah beliau juga menganjurkan mesyuarat berkaitan dengan Muafakat Nasional, iaitu gandingan melibatkan Umno dan PAS.

#AWANI745 13 Julai 2021

EXCO Perak mahu penguatkuasa ambil tindakan lambakan gelandangan dan peminta sedekah di bank

 EXCO Perak mahu penguatkuasa ambil tindakan lambakan gelandangan dan peminta sedekah di bank

Penguatkuasaan lebih tegas akan dijalankan untuk membendung isu lambakan gelandangan dan peminta sedekah yang dikatakan semakin ramai di bank sekitar bandar raya Ipoh.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan NGO Perak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin berkata peningkatan trend tersebut disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pandemik COVID-19.

“Kita melihat pattern ini disebabkan oleh PKP, bukan saja gelandangan yang menghadapi masalah kesukaran hidup, hinggakan semua rakyat pun saya rasa alaminya.

“Kalau tidak masakan ada kempen bendera putih, jadi maksudnya bukan saja gelandangan tetapi ia memberi kesan kepada semua golongan.

“Mereka (gelandangan) tertumpu di bank kerana di situ strategik dan ramai ke bank. Ada aktiviti manusia, mereka berharap serba sedikit sumbangan di situ,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pusat Penempatan Gelandangan (PPG) Sementara Kinta semasa tempoh PKP 3.0 di sini pada Selasa

Ujar Dr Wan Norashikin lagi, perkara itu juga akan dilihat secara menyeluruh dengan kerjasama pelbagai agensi dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Kita akan bersama-sama dengan pihak PDRM, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk rangka aktiviti penguatkuasaan.

“Pihak JKM mengenali siapa sebenarnya yang gelandangan atau tidak, bukan semuanya gelandangan kerana ada antara mereka yang tinggal bersama adik beradik dan sebagainya.

“Kita juga dapati golongan gelandangan bertambah ketika PKP, bukan saja di bank tetapi di pasar raya dan taman permainan,” katanya lagi.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai lambakan gelandangan dan peminta sedekah di beberapa kawasan bank sekitar bandar raya Ipoh.

Sementara itu, beliau berkata seramai 14 orang daripada 24 penghuni PPG Sementara di situ akan menerima suntikan vaksin dalam masa terdekat.

Katanya, pemilihan itu berdasarkan kesesuaian dan tahap kesihatan gelandangan untuk divaksinasi.

SIAP SEDIA UNTUK JADI KAPIR ..KAH..KAH

 

Panas! Penganalisis politik jangka Pas dan Umno akan kembali bertembung

Panas! Penganalisis politik jangka Pas dan Umno akan kembali bertembung

Pertembungan antara Umno dan PAS untuk meraih undi dan sokongan rakyat kini tidak lagi dapat dielakkan selepas mengambil kira pendirian Umno yang menarik semula sokongan terhadap Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, kata penganalisis.

Penganalisis sosiopolitik dari Universiti Malaya, Awang Azman Pawi berkata, PAS sudah menjanjikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Muhyiddin.

“Konflik antara Umno dan Bersatu dijangka semakin panas selepas darurat tamat pada 1 Ogos ini, jadi sudah tidak dapat dielak bahawa PAS dan Umno akan berlawan,” katanya.

Awang Azman berkata, keputusan PAS menyokong Muhyiddin dianggap sebagai meninggalkan Umno dan Muafakat Nasional (MN) kerana PAS kelihatan lebih selesa bersama Bersatu pimpinan Muhyiddin.

“Bagaimanapun, jika Umno tidak bersatu dalam memperjuangkan pendirian parti itu terutamanya mereka yang menentang keputusan parti, maka akar umbi akan menghukum mereka.

“Ini sekali gus memberi kesan kepada prestasi Umno pada pilihan raya umum akan datang (PRU15),” katanya.

Beliau percaya bahawa selagi perdana menteri berkuasa, PAS akan terus menyokong Muhyiddin, walaupun keadaan ini akan berubah setelah pembubaran parlimen.

Sebelumnya, keputusan Umno untuk menarik sokongan terhadap Muhyiddin dikritik oleh Mursyidul Am PAS Hashim Jasin, yang mengatakan bahawa keputusan ini melemahkan usaha untuk menyatukan ummah dan mempengaruhi hubungan antara kedua rakan di MN.

Walau bagaimanapun, Puad Zarkashi, ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, menolak dakwaan ini, dengan mengatakan bahawa jika PAS memandang serius kesatuan itu, parti itu tidak akan berpaling daripada Umno dan bergabung dengan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin oleh Bersatu.

Pada masa yang sama, seorang lagi penganalisis, Azmi Hassan, tidak bersetuju bahawa Umno merosakkan perpaduan masyarakat Islam. Bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia itu mengatakan bahawa hasil pilihan raya kecil menunjukkan kerjasama antara UMNO dan PAS berjalan lancar di bawah panji Muafakat Nasiona.

Dr. Azmi Hasan

“Mengatakan Umno sedang memusnahkan kesatuan ummah adalah tidak tepat, sedangkan PAS sedia tahu Umno dan Bersatu adalah musuh semula jadi kerana mahu meraih kelompok undi yang sama, termasuk tuntutan kerusi,” katanya.

Beliau tidak yakin pendirian PAS kekal bersama PN akan menyebabkannya kehilangan undi, namun ia mungkin didorong prestasi tidak memberangsangkan menteri dan timbalan menterinya dalam kerajaan.

“Menteri dan timbalan menteri daripada PAS dilihat sangat senyap, saya berpandangan ini akan menyebabkannya kehilangan undi,” katanya.

Tambah Azmi, PAS diramal kekal bersama Bersatu pada PRU15, walaupun tindakan berkenaan membawa risiko besar buat mereka kerana ini bermakna mereka akan berdepan musuhnya yang paling ketat, iaitu Umno.


Menteri Agama Lena kah ? Ini lah kerja kamu : MGNews: Zakat Hina Saya! Pihak Gereja Yang Bantu Hampir 9 Tahun


Tiga ibu tunggal yang mendakwa diri mereka tidak mendapat bantuan sewajarnya daripada pihak berwajib dalam sidang media yang dianjurkan oleh aktivis Kramat di Ukay Perdana, Ampang

SEBAB TAK ADA UMNO DAN PAS DI SANA

 

PAP di Singapore tu ok jer layan melayu disana. Tak ada pun sultan Singapore nak payung melayu Singapore.

In fact melayu Singapore lagi kehadapan dari melayu disini. Kerja mereka rasanya lagi efficient, seorang melayu Singapore boleh buat kerja 5 orang melayu disini.

Pemimpin-pemimpin  UMPAS adalah puak yg juara memomokkan isu perkauman. Pada hal yg melahap harta melayu orang melayu juga!


May be an image of 1 person and text that says "Tan Sri Dato Dr Hj Mujeebudeen @TSDMujeebudeen jujur kata saya sbg bekas Ahli Umno apa yg Parti DAP buat utk Masyrakat Melayu adalah 100% LEBIH BAIK drpd apa yg dibuat oleh UNMO/BN selama ini dlm segi BANTUAN kpd Majlis Agama, Tahfiz, Ibu Tunggal, Petani & Nelayan kini Anak2 Muda Melayu mula muncul sbg Pemimpin2 DAP. Translate Tweet 4:36 pm 11 Jul 20 Twitter Web App"


 

TUTUP LAH KILANG TU DEMI RAKYAT

 May be an image of text that says "LIVE ο 13K Cት t SIDANG SIANGMEDIA MEDIA onferenca MEDIA Kesian frontliners. Kesian KKM. Rakyat semua terkesan dgn pandemik Tolonglah kerajaan buat pkp mcm tahun lepas. Frontliners lumpuh, kerajaan pun akan lumpuh. Ami Nur Syamimi ORG NAK BERANAK PUN FIKIR KALI TAU TAK. ELOK ELOK PERGI HOSP -VE NANTI BERSALIN DAH DISCHARGE +VE MACAM MANA?!!!?!??!?!? JAWAB TUTUP LAH KILANG TU HAWAU Norazlin Kamaruddin Kalau full lockdown.. Mungkin Bolih turun cepat sikit... See More KEMENTERIAN KESIHATAN SIDANG MEDIA KHAS YB MENTERI... See More 265"

APA LAGI YANG TAK KENA

 

Tak cukup menteri kanan dah ada TPM, tak cukup menteri vaksin tambah tengku zafrul jadi menteri PPN.....

SR

 


Tok Mat dilantik Pengarah Pilihanraya Umno ganti Tajuddin

 Terkini !!! Tok Mat dilantik Pengarah Pilihanraya Umno ganti Tajuddin

Tok Mat dilantik Pengarah Pilihanraya Umno ganti Tajuddin.

Beberapa hari selepas lantang mengkritik kepimpinan tertinggi Umno, parti itu mengumumkan kedudukan Tajuddin Abdul Rahman selaku pengarah pilihan raya parti itu digantikan.

Tugas itu kini diserahkan kepada Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan.

Mohamad Hasan.

Pertukaran itu diumumkan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dan berkuat kuasa serta-merta.

Menurut Ahmad Zahid, Mohamad ketika ini juga menjalankan tugas sebagai pengerusi War Room BN dan Umno.

“Penstrukturan semula Jabatan Pilihan Raya Umno ini bagi memperkukuhkan organisasi di setiap peringkat parti dan akar umbi,” katanya.

Asalnya Tajuddin dilihat menjadi orang yang dipercayai Ahmad Zahid apabila dilantik ke jawatan penting itu pada 4 Nov tahun lalu dengan tugas menyediakan parti menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Ia berlaku ketika ada ura-ura Umno mahu bekerjasama dengan menyokong Presiden PKR Anwar Ibrahim dilantik menjadi perdana menteri menggantikan Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun Tajuddin mula menampakkan tanda dia tidak sependapat dengan Ahmad Zahid selepas ahli parlimen Bagan Datuk itu mengumumkan pendirian parti untuk menarik sokongan ahli parlimen mereka daripada Muhyiddin pada 8 Julai lalu.

Semasa membacakan keputusan Majlis Tertinggi Umno itu, Ahmad Zahid juga meminta Muhyiddin berundur dari jawatan perdana menteri secara terhormat.

Semalam pula tersebar audio suara Tajuddin mendakwa keputusan Umno menarik diri daripada menyokong Muhyiddin bukan keputusan Perhimpunan Agong Umno.

Ahli parlimen Pasir Salah itu juga mempersoal tindakan pemimpin tertinggi Umno kerana tidak menyatakan ucapan tahniah kepada naib presiden mereka, Ismail Sabri Yaakob, yang dilantik menjadi timbalan perdana menteri.

Katanya, perbuatan sedemikian seolah-olah pucuk pimpinan parti itu tidak bersetuju dengan pelantikan itu.

Menurut Ahmad Zahid, Umno membuat pelantikan baru bagi memudahkan proses membuat keputusan dalam parti.

“Dengan kedudukan Mohamad sebagai timbalan pengerusi BN, ia akan memudahkan proses membuat keputusan dalam soal persiapan pilihan raya yang melibatkan semua parti-parti komponen,” katanya.