PH di depan 100 kerusi, PN main taktik kotor tuduh komunis, masuk neraka - Rafizi


 Berbaki 4 hari sebelum hari membuang undi Pakatan Harapan (PH) terus mendahului sokongan dengan kebanyakan pemerhati politik meramalkan PH akan memperolehi 95 - 100 kerusi.


Bagaimanapun menurut Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli, PN dan BN yang terdesak kini menggunakan pelbagai taktik kotor untuk mengelirukan para pengundi terutamanya orang Melayu.


"PH sekarang berada di tempat pertama dalam negara. Laporan mana pun sekarang letakkan PH di tempat pertama. Yang berbeza jumlah kerusi kita menangi. Ada yang kata 90, ada kata 95. Laporan Merdeka Centre kata 99 kerusi, ada yang kata kita lepasi 100 kerusi.


"Kita ada 5 hari tetapi ada sebab kenapa kita ada di depan. Contohnya apa isu besar sepanjang kempen hampir 7 - 8 hari ini? Isu besar yang dibawa PH ialah soal calon mestilah ada rekod baik, bersih, integriti, tua, muda.


"Sebab itu kita isytihar harta," katanya dalam ceramah Jelajah Trak Ayuh Malaysia di Parlimen Batu Pahat, malam tadi.


Pengarah Pilihanraya KEADILAN itu justeru mempersoalkan sikap BN dan PN yang enggan mengisytiharkan harta sebelum masuk pilihan raya.


Katanya, perisytiharan harta penting bagi memastikan harta waktil rakyat tidak bertambah mendadak selepas mereka mendapat kuasa.


"Di peringkat PN, Pas bila kita isytihar harta apa jawapan dia? Timbalan MB Kelantan kata dia malu tak ada duit. Nak jadi wakil rakyat jangan malu. Adam Adli di Hang Tuah Jaya dia memang tak ada duit pun.


"Kita minta isytihar harta ini supaya yang nak jadi wakil ini tidak curi duit macam dalam Umno, PN atau keluarga Malaysia.


"Biar wakil rakyat lebih hati hati. Presiden Pas Hj Hadi pula kata itu kerja bodoh. Siapa yang bodoh? Ahli politik yang nak sembunyikan (harta) atau yang isytihar macam kami, bodoh. Saya yakin kami lagi cerdik kerana rakyat mahu wakil rakyat dan pimpinan yang bersih.


"Misalnya calon kita Onn Abu Bakar (Batu Pahat) memang miskin, dia tak ada harta. Jadi rakyat boleh tengok. Calon PH sangat berbeza dari Umno BN.


"Ini kalau kita tengok Ketua Pemuda Umno, kelayakan tak ada, sekolah tingkatan 5, bisnes tak ada, cakap tak pandai tetapi kereta 20 biji. Orang tanya macam mana ada kereta 20 biji," katanya.


Selain itu, Rafizi mempersoalkan sikap Pas yang menggunakan taktik kempen kuno dengan melabelkan DAP komunis dan undi sokong BN atau PH masuk neraka.


"Semasa Pas bersama sama dengan DAP dan PKR lawan Umno BN orang paling banyak peluk DAP, bukan PKR tetapi orang Pas.


"Masa tu tak timbul DAP komunis. Sekarang DAP komunis. Masa MCA, Umno berbaik baik dengan Parti Komunis China tak ada masalah komunis.


"Masa Najib berkawan baik, projek besar negara pergi ke syarikat milik kerajaan China. Masuk pilihan raya, musuh nombor satu DAP komunis.


"Kita cerita pasal gaji, peluang ekonomi PN - Pas cakap pasal komunis. Mereka tambah lagi api orang Melayu undi PH dan BN masuk neraka. Kita bincang nak selesai masalah rakyat, kita akui ekonomi negara dalam bahaya.


"Undi PH masuk neraka ini dia masuk gol sendiri. Saya di Kemaman, Hj Hadi di Marang. Saya membesar zaman Pas keras. Orang Melayu sokong BN boleh jadi kafir. Saya sempat lihat keluarga pecah belah, kalau buat kenduri Umno, Pas tak pergi. Takut makan tak halal. Itu zaman 1980an, kita ingat 2020 tak timbul dah undi parti tertentu masuk neraka," katanya sinis.


Oleh itu, Rafizi menyeru orang Melayu Johor menolak calon PN - BN secara besar besaran dalam PRU ke 15 ini dan menghadkan parti parti tersebut mendapat beberapa kerusi sahaja agar mereka berubah menjadi lebih baik dalam PRU akan datang.

SUARA ANAK MUDA- BUKTIKAN ANWAR MENJADI PIMPINAN KITA KERANA KERJA KERAS BELIAU DAN KELAYAKKAN BELIAU


 

SIAPA KOMUNIS- JOM DENGAN PAKAR SEJARAH INI DEDAHKAN


 

JOM DENGAR JELAS KENCING HANCING PAS


 

DENGAR ULASAN MAMAT INI - TN IBRAHIM HANYA NAFI-TAPI BUKTI TETAP ADA


 

ISU ABU CHIN PENG : SIAPA YANG BAWA MASUK ? Dari mana gabungan MCA dan MIC? Bukan kawan UMNO? Mana puak PAS? Takkan asyik nak hentam DAP.


 

ULASAN SIKAP PIMPINAN TAKFIRI PAS : Pangkah PH masuk neraka ? Pas sahkan pemikiran ekstrim yang meraka anuti. Tolah PasPN


 

ISU MENGKAFIRKAN ORANG LAIN- PAS HARUS BERTANGGUNGJAWAB

 


MEMBAZIR UNDI PN, LEPAS PRU BUAT KERAJAAN DENGAN BN


PH BERI ROYALTI MINYAK TERENGGANU, BN – PN TARIK BALIK?


KHIANAT TERHADAP TULISAN JAWI : PAS ,UMNO DAN BERSATU SEBARKAN TUDUHAN KEPADA DAP. YANG NAK TERANGKAN KEPADA MASYARAKAT CINA MENGENAI JAWI IALAH DAP . GERAKAN DAN MCA DI BACKUP OLEH BERSATU , UMNO DAN PAS.


 

ANGKAT SEMULA EKONOMI, KEMBALIKAN PELUANG PEKERJAAN


HEBAT MAHASISWA UNIMAP...BALIK KEMPEN UNDI PH

 

FAHMI REZA


Mahasiswa UNIMAP sanggup duduk tepi jalan kat luar kampus untuk belajar pasal sistem demokrasi. #KelasDemokrasi.




NAK BAGI LAGI KA PARTI NI JADI KERAJAAN ? KITA SEBAGAI RAKYAT KENA FIKIR KAN KEHIDUPAN KITA. INI TELUR AYAM PUN TAK ADA..MACAMANA NAK BAGI LAGI DEPA PERINTAH.CAP AYAM JA SEMUA NI

 


ISU UTAMA YANG SERINGKALI DITIUP .PEMBODOHAN OLEH PEJUANG BANGSA

 











DONG ZONG

Setiap kali pilihanraya, isu pertubuhan Dong Zong akan diguna. DS Ismail Sabri dulu masa jadi Ketua Pembangkang siap minta Dong Zong diharamkan.

Ramai forward pada saya, video propaganda setengah pihak kaitkan Dong Zong dengan DAP dan PH. Tambah isu sekolah vernekular dan pengiktirafan sijil UEC.

Kata mereka Dong Zong sama racist dengan DAP. Eloklah diharamkan sekali.

Tapi yang hairan bin ajaib. Kalau kita betul2 buat kajian dan due-d:

1. DAP siap bertelagah dengan Dong Zong, MCA yang back up

2. PM dulu kata suruh haram Dong Zong, bila dia naik jadi PM pulak, Kerajaan bagi sumbangan kepada pertubuhan ini, RM15juta untuk sekolah persendirian Cina melalui DZ

3. Isu Jawi, MCA dan Dong Zong yang marah sangat, DAP pulak yang back up.

4. BN siap masukkan pengiktirafan sijil UEC dalam manifesto dan DZ hargai.

Saya ada juga tak berkenan dengan DAP ni. Tapi we have to call spade a spade.

MCA dalam diam bantu Dong Zong dapat apa yang mereka mahu, tapi Melayu tak tahu. Dok diulang lah DAP tu boogeyman sepanjang zaman. MCA pula disucikan.

About time, orang Melayu kita tersedar, DAP dan MCA sama saja. Fight untuk orang Cina. Tapi satu ditohmah macam2, satu lagi ditatang manja.

Yang pasti, bab DZ ini orang kita dibodohkan sentiasa. Terutamanya oleh pejuang bangsa. Cuma, makin ramai sudah tersedar. Ini semua hanya propaganda nak berkuasa. Dimainkan isu kaum dan agama.

#lawanpembodohan #manabaikkitasokong #manasalahkitabantah

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

ANWAR YANG LUAR BIASA…


 Bagi mereka yang mengikuti kempen PRU15 yang sedang berlangsung sekarang, pasti menyedari bahawa berbanding ketua-ketua parti yang lain, Anwar Ibrahim adalah yang paling aktif sekali.

Setiap hari dan tanpa rehat, beliau akan menjelajah di negeri yang berbeza untuk menjalankan kerja kempennya, selain tidak melupai Tambun, kawasan di mana beliau bertanding kali ini.

Di setiap negeri yang dikunjunginya itu, biasanya sudah diatur lima atau enam program yang perlu dihadirinya daripada pagi hinggalah lewat malam.

Dalam setiap program yang dihadirinya itu, selain beramah mesra dengan pengundi, Anwar juga akan menyampaikan ucapannya yang paling kurang selama setengah jam di setiap program.

Sebagaimana biasa juga, ucapannya sentiasa penuh semangat dan bertenaga untuk meyakinkan pengundi agar melakukan perubahan dan memenangkan PH dalam pengundian PRU15 pada 19 November ini.

Melihat Anwar berkempen dan ke sana sini bagai lipas kudung setiap hari, bukan saja tenaganya terlihat luar biasa, bahkan seperti tiada istilah penat dalam dirinya.

Walhal usianya kini sudah mencecah 75 tahun, bukan muda macam dulu lagi.

Beliau pula melakukan kempen dengan aktif itu sejak sebelum hari penamaan calon lagi.

Oleh kerana hari mengundi ada berbaki lima hari lagi, dijangka Anwar akan terus ligat ke seluruh negara dengan program kempennya sehinggalah ke malam akhir sebelum hari pengundian.

Bergerak dari satu negeri ke satu negeri, kemudian menghadiri lima atau enam program bertemu rakyat dan berceramah hingga lewat malam dan esoknya kena bertolak ke negeri lain untuk meneruskan rutin yang sama, hakikatnya ia bukanlah tugas yang mudah untuk dilakukan.

Tambahan lagi, dalam usianya seperti sekarang, apa yang dilakukan Anwar itu belum tentu mampu dilakukan oleh orang yang lebih muda daripadanya.

Itulah Anwar, sejak dulu begitulah keaktifan dan kegigihan yang ditunjukkan, cuma yang mengkagumkan, dengan peredaran masa, tenaganya sebagai manusia tentulah tidak sama seperti 10 atau 15 tahun sebelum ini.

Dalam perbualan dengan beberapa orang, ramai yang melahirkan kekaguman atas semangat dan stamina yang ditunjukkan Anwar itu.

Ternampak iltizamnya untuk membawa perubahan kepada negara ini amat membara.

Seorang kenalan yang baru berusia 60 tahun berkata, bukan saja dia tidak mampu melakukan seperti Anwar itu, malah melihat Pengerusi PH itu ke sana sini pun sudah membuatkannya terasa penat.

Yang hairannya juga, kata beliau, dalam setiap penampilannya sama ada bertemu rakyat, pergi ke masjid atau menyampaikan ceramah, wajah Anwar sentiasa ceria dan tidak menampakkan ada stress sama sekali.

Begitu dengan rakan-rakan dalam komuniti ekonomi dan perniagaan, turut tidak terkecuali meneliti dengan rapat kempen yang sedang dilakukan Anwar sekarang ini.

Kata mereka, kegigihan Presiden PKR yang luar biasa itu memberi harapan yang baik kepada masa depan negara jika ditakdirkan beliau berjaya menjadi Perdana Menteri.

Sebagai bakal ketua kerajaan, kita bukan saja memerlukan seorang yang berpengetahuan, dekat dengan rakyat, mempunyai hubungan antarabangsa yang baik serta beberapa ciri yang lain lagi, kesediaan bekerja keras serta gigih adalah tunjang utamanya kerana negara sedang berdepan pelbagai masalah yang serius ketika ini, kata seorang ahli perniagaan yang berjaya di ibu negara.

Anwar memang ada kelebihan dalam soal itu dan saya yakin rakyat akan menilai kelebihan itu demi masa depan mereka, tegasnya lagi.– ShahbudinHusin 14/11/2022.



Pesanan ahli ilmuan. Mengenai PRU15 kali ini. #pru #15- DARI AHLI AGAMA TERSOHOR-BANGUN MALAM SOLAT DOAKAN ANWAR MENJADI PM 10


 

ADA CALON PN MEMPERTIKAIKAN RUU355- KITA DENGAR TAK SUARA DARI PAS ?


 

ANIMASI TERKINI DARI ZUNAR : PANDUAN UNTUK PENGUNDI BARU- BAGAIMANA MAHU JADIKAN ANWAR PM 10


 

KERJASAMA PARTI KOMUNIS CHINA DENGAN UMNO- TUUU DIAAAA AIHHHH.....KOMENEH RUPANYA..KAH..KAH....WOIIII KOMENEH MASUK MALAYA


 

MASUK KAWASAN TEBUK DALAM HUTAN SANA....MANA DEPA TAU BAB KEMANUSIAAN. NYOK SETAN DAN KOKO BERAPA KILO JUAI DEPA TAU LA KAWASAN TU

 


Shamsul Iskandar dakwa diugut, poster disabotaj.




Antara poster calon Pakatan Harapan, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang disabotaj dan dirosakkan.

BAGAN DATUK: Calon Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Bagan Datuk, Shamsul Iskandar Mohd Akin mendakwa dirinya dan jentera gabungan itu berdepan provokasi berbentuk ugutan ketika berkempen bagi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Tetapi, katanya, keadaan berjaya dikawal anggota keselamatan dan mereka tidak membuat laporan polis.

“Ada individu memberi amaran kepada saya, berjaga-jaga masuk kampung. Kami juga terima ugutan dan sebagainya, tetapi saya tidak melayan provokasi sedemikian dan kami ada anggota keselamatan yang mengawal keadaan,” katanya kepada FMT.

Selain provokasi berbentuk ugutan, beliau berkata, posternya juga dirosakkan.

“Dalam mesyuarat terakhir bersama wakil parti dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan polis, kita nyatakan kita tidak mahu ada insiden merosakkan harta benda, poster dan sebagainya.

“Kita harus hentikan sabotaj ini semua, suburkan budaya politik yang harmoni,” katanya mengulas insiden sabotaj poster PH baru-baru ini.

Parlimen Bagan Datuk menyaksikan pertembungan empat penjuru membabitkan Shamsul, calon Barisan Nasional, Ahmad Zahid Hamidi, calon Perikatan Nasional, Muhammad Faiz Na’aman serta calon bebas, Mohamed Tawfik Ismail.

Shamsul pernah diberi gelaran “Giant killer” selepas mengalahkan bekas ketua menteri Melaka di kerusi Parlimen Bukit Katil pada PRU 2013 dan berjaya mempertahankan kerusi itu pada 2018, ketika ia ditukar nama kepada Hang Tuah Jaya.

WARTAWAN UMNO TANYA NAK PROVOKASI- PAKCIK NI BIJAK MENJAWAB- INI CONTOH GOLONGAN TUA YANG SEKOLAH.


 

LAIN KALI TAK PAYAH MELAWAT LA KAWASAN UMNO TU. BUKAN DEPA TAU HAPA....BAGI JA WAKIL RAKYAT DIA MELAWAT...TUA TUA NI SUSAH NAK AJAR DAH DAN NAK BAGI FAHAM

 

Insiden dihalau penduduk, Maszlee mohon maaF

FMT Reporters
 -

Dalam klip video, Maszlee Malik berkata tindakan penduduk kampung yang memarahinya tidak mencerminkan sikap semua ahli Umno secara keseluruhan.

PETALING JAYA: Bekas Ahli Parlimen Simpang Renggam Maszlee Malik memohon maaf kerana keterlanjuran kata-katanya yang mendakwa seolah-olah ahli Umno dan penyokongnya semua bersikap sama, susulan kemarahan penduduk kampung ketika beliau melawat pusat pemindahan sementara pagi semalam.

Maszlee berkata tindakan penduduk itu, yang didakwanya adalah penyokong Umno, tidak mencerminkan sikap semua ahli Umno secara keseluruhannya.

Dalam video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya petang semalam, Maszlee berkata beliau memberi reaksi kurang baik susulan insiden berkenaan.

Beliau kemudian menyebut Ketua Umno Johor Hasni Mohammad sebagai contoh sikap profesional yang menjunjung imej positif Umno.

Video insiden itu yang tersebar di media sosial menunjukkan Maszlee memberitahu dilarang masuk ke pusat pemindahan sementara Sungai Linau.

Seorang warga emas lelaki juga dilihat menjerit ke arah Maszlee dan bertanyakan bekas menteri itu apa yang beliau lakukan untuk membantu penduduk setempat.

Dua anggota polis kemudiannya menenangkan lelaki itu dan mengiringinya keluar dari sana.

Kemudian, seorang lagi lelaki dilihat mendekati Maszlee dan memberitahunya bahawa ahli politik tidak dibenarkan berada di kawasan itu.

Dia meminta Maszlee, yang juga calon Pakatan Harapan (PH) Simpang Renggam untuk meninggalkan kawasan terbabit.

Nafas baru Bukit Gantang, Fakhruldin azam bela nelayan Kuala Sepetang

 

Nafas baru Bukit Gantang, Fakhruldin azam bela nelayan Kuala Sepetang

Nafas baru Bukit Gantang, Fakhruldin azam bela nelayan Kuala Sepetang

Dr Fakhruldin berkata beliau berazam untuk memastikan nasib nelayan di Kuala Sepetang di bela dan taraf hidup mereka perlu dipertingkatkan.

Beliau yang merupakan calon bagi Parlimen P.059 Bukit Gantang itu turut menyatakan pelbagai perancangan telah disusun dan akan diteliti bagi memastikan bukan sahaja nelayan di Kuala Sepetang dapat meningkatkan pengeluaran hasil laut mereka, malah usahawan makanan berasaskan hasil laut di kawasan itu juga perlu mendapat latihan yang sepatutnya bagi mengembangkan lagi produk mereka.

“Saya yakin dan percaya, pelbagai usaha boleh kita lakukan untuk penduduk di sini. Bukan sahaja berkaitan urusan mata pencarian mereka, malah bantuan-bantuan lain,(seperti) nak baiki rumah, biasiswa anak sekolah, kursus usahawan,“ katanya.

Salah seorang pengusaha produk makanan berasaskan hasil laut di kawasan berkenaan, Zahari bin Shahrom, menyatakan dirinya sangat berhasrat produk yang dihasilkan dapat menembusi pasaran ke seluruh Malaysia dan bukan sahaja tertumpu kepada penduduk kampungnya sahaja.

Antara produk yang di keluarkan oleh Zahari ialah belacan, ikan kering, ikan masin, sotong kering dan pelbagai lagi produk hasil laut yang lain.

“Memang ada(kursus usahawan), kita akan teliti nanti. Kita dedahkan macam mana aspek pembungkusan, pemasaran dan tak mustahil kita pergi lagi jauh, contohnya bagaimana untuk dapatkan sijil halal,“ Kata Dr Fakhruldin yang melawat perkampungan nelayan Kuala Sepetang hari ini.

Tambahnya lagi, lebih banyak yang boleh beliau usahakan sekiranya diberi peluang dalam PRU15 kali ini.

Calon Pakatan Harapan(PH) itu yang sekarang dalam rangka berkempen ke ketiga-tiga DUN merupakan Mantan Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Perak dan pernah menyandang jawatan Ketua Eksekutif, Institut Darul Ridzuan.

Kuala Sepetang merupakan salah satu kawasan Dewan Undangan Negeri(DUN) di dalam kawasan Parlimen Bukit Gantang selain dua lagi DUN iaitu Changkat Jering dan Trong.

Gempar! Khairy dakwa Umno dah sesat

 

Gempar! Khairy dakwa Umno dah sesat

Gempar! Khairy dakwa Umno dah sesat

Calon Barisan Nasional (BN) Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin, menggelar dirinya sebagai “reformis Umno”, selain mendakwa parti itu sudah “sesat dan perlu kembali ke pangkal jalan”.

Katanya, justeru beliau mahu mengembalikan Umno menjadi wadah perjuangan yang boleh dibanggakan orang Melayu seperti satu ketika dulu.

Beliau berkata, sehubungan itu, perkara pertama perlu dilakukan adalah memenangi Sungai Buloh dan seterusnya memastikan Ismail Sabri Yaakob kembali menjadi perdana menteri.

“Cuma Umno (kini) dah sesat, dan kena kembali ke pangkal jalan. Kena ‘fix’ (perbaiki) balik Umno ni lagi, perbetulkan Umno. Dan saya bukan ‘yes man’.

“Pertama, saya nak menang pilihan raya ini, nak pastikan Ismail Sabri kembali menjadi perdana menteri, selepas itu kita bersihkan balik Umno dan BN, kita cuci balik.

“Saya seorang reformis dalam Umno, tak boleh kunci mulut, sebab itu (agaknya) saya dihantar ke Sungai Buloh,” katanya menurut Astro Awani.

Menteri kesihatan itu mengakui bertanding di Sungai Buloh merupakan cabaran terbesar dalam karier politiknya, selain menyatakan beliau bukan seperti pemimpin lain dalam Umno yang hanya berani memilih bertanding di kawasan selamat.

“Buat kali pertama, ada wakil daripada parti saya yang memegang jawatan di dalam Jemaah Menteri, yang berani untuk bertanding (di kawasan tidak selamat) di Selangor.

“Selama ini tokoh besar dalam parti saya selalu cuba, dan memilih kawasan yang selamat. Sebab itu tidak ada saingan yang hebat di Selangor. Kalau dulu yang menang Tan Sri Noh Omar saja. Itu pun di Tanjung Karang.

“Nak datang sedikit bandar macam Sungai Buloh tak ada siapa yang berani. Kuala Selangor pun tiada yang berani, kecuali Tengku Zafrul pergi ke Kuala Selangor. Walaupun ada sedikit kenyataan saya dan presiden (yang berbeza), akhirnya saya juga yang pilih untuk lawan di sini,” katanya.


R.E.F.O.R.M.A.S.I- KITA BOLEH.JOM KITA UBAH