Pas dikecam gara-gara optimis kononnya undi anak muda akan memihak kepada Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada 26 April depan.
Reaksi itu membanjiri ruangan komentar dalam hantaran di Facebook Pemuda Pas Malaysia hari ini yang memetik kenyataan Ketua Pemuda Pas Perak, Hafez Sabri.
“Jentera Pemuda Pas/PN tumpu kerja-kerja memastikan kemenangan calon mewakili Pas/PN untuk PRK DUN Ayer Kuning,” katanya yang juga ADUN Manjoi.
Rata-rata mengkritik dan menyindir Pas termasuk mengaitkan dengan kegagalan kerajaan Pas yang sudah 34 tahun menguasai Kelantan untuk menyiapkan Terminal Bas Kota Bharu (KB Sentral) pun tidak mampu.
“Stesen bas pun ngendeng orang untuk binakan. Tapi bila pilihan raya sembang nak rebut jawatan. Dah dapat jawatan tiba-tiba jadi dungu.
“Bila dah menang mula merapu dan jadi pasu bunga. Urus Kelantan pun hancur siap nak suruh Kerajaan Pusat bina stesen bas.

“Optimis untuk kemunduran. Kalau atas mereka pun dah tak bijak, yang bawah, apatah lagi.
“Optimis untuk menipu pengundi muda yang jahil,” demikian antara sindiran warganet.
Dalam masa sama, kecaman turut mengaitkan dengan fenomena anak muda di Kelantan dan Terengganu yang berhijrah ke Selangor, Pulau Pinang dan Johor untuk mencari pekerjaan.
Pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning ditetapkan pada 26 April depan manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 12 dan 22 April.
Calon Pas ketika itu, Muhamamd Noor Farid Zainal hanya mendapat 6,812 undi iaitu 29.03 peratus daripada keseluruhan pemilih manakala calon AMANAH, Mohd Nazri Hashim memperoleh 6,875 undi (29.30 peratus).
No comments:
Post a Comment