Tiba di Pulau Pinang hari ini dan terus ke program Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 (HPPK 2024) bersama ribuan pelbagai lapisan masyarakat dalam suasana penuh harmoni dan meriah.
Golongan penjaja dan peniaga kecil sentiasa dekat di hati saya dan peluang ini saya gunakan untuk mendekati mereka sambil bertegur sapa serta melihat sendiri produk yang ditawarkan.
Hitam putih kehidupan rakyat termasuk golongan penjaja dan peniaga kecil perlu dirasai khususnya permasalahan dihadapi dari segi kos sara hidup dan bantuan kewangan demi survival, kemandirian ekonomi dan industri kecil dan sederhana (IKS).
Sempat saya titipkan pesanan dalam ucapan perasmian supaya golongan penjaja dan peniaga kecil terus memainkan peranan bagi membantu memacu ekonomi negara ke tahap yang lebih baik lagi.
Saya maklumkan, penyasaran subsidi yang dilaksana kerajaan merupakan antara langkah penjimatan dalam urusan perbelanjaan negara hatta ia memberi tumpuan kepada golongan berpendapatan rendah, selain membantu membangun kelompok penjaja dan peniaga kecil.
#MalaysiaMADANI