1) SANGAT Setuju dgn Dr. Abu Hafiz Salleh Hudin kerana JELAS bila mana PMX dan Kerajaan Perpaduan MADANI diserang, dihina dgn pelbagai tuduhan, tohmahan, fitnah, Naratif PALSU seperti KUNUN Islam terancam, amal plurisme, liberal, sekular, munafik, kafir, DAJJAL yg jelas berbaur TAKFIRI bagai, puak agensi-agensi Agama tu hanya mendiamkan diri TIDAK mempertahankan pun PMX dan Kerajaan Perpaduan MADANI.
2) Tidak pula agensi-agensi berkenaan berusaha mewar-warkan ke seluruh Rakyat akan kejayaan Kerajaan Perpaduan MADANI meningkatkan syiar Islam di Malaysia. Muft-mufti kecuali seorg dua berdiam diri walau Mentega telah mohon mereka tampil aktif beri pandangan hukum kpd khalayak umum.
3) Skrg mereka TETIBA AKTIF utk berbalah dgn Rakyat yg menolak sektorian dan mempertahankan tindakan mereka MENYESATKAN golongan selain dari golongan mereka. Apa agaknya nasib Tuanku Raja Perlis dan Mufti Perlis yg TAK BERANI pula mereka itu ISYTIHARKAN SESAT?? Apa agaknya status sheikh-sheikh di negara Arab apabila datang ke sini?? Apa status ucapan-ucapan PMX yg sering memetik pandangan Almarhum Syeikh Dr. Yusof Al Qaradawi?? Mereka itu sekadar berani berkias-kias atau 'kenen-kenen" shj bhw TAFSIRAN mereka "MENGELUARKAN ajaran SESAT" dari ASWJ tanpa mampu menjawap soalan orang ramai dgn tuntas.
4) Masihkah kita TAK nampak siapa sebenarnya golongan itu? JUJURnya saya TIDAK peduli dgn maki hamun dari rakan sendiri atau kehilangan kawan dalam mempertahankan sesuatu yg HAK kerana yakin di depan Allah SWT nanti kita semua akan dipertanggungjawabkan. Islam itu datang dgn keadaan terasing, kembali terasing dan sesungguhnya beruntunglah mereka yg terasing. Sbb itu saya tidak teruja mengikuti Majoriti sebaliknya mencari, menyelidik, mengkaji dan menuruti KEBENARAN meskipun jika itu bermakna saya terasing atau dipulaukan.
5) Saya sependapat dgn pendirian Maulana Mohamad Asri Yusoff bhw ini tindakan menzalimi dan menafikan hak satu golongan yg lain. Memaksa tanpa perbincangan, musyawarah dan wacana dgn SEMUA yg TERKESAN. Menyokong golongan atau kaum kita menindas dan menzalimi golongan yg lain adalah Assobiyyah sbb itu saya bersungguh-sungguh enggan menyokong kerja memaksa, menindas dan menafikan hak org lain kerana saya BUKAN Assobiyyah. Rasulullah SAW tidak akan akui umatnya akan org yg mengajak atau berjuang di landasan Assobiyyah.
6) Rakyat marhaen atau org awam TIDAK tahu pun bab aliran dan selama ini mereka aman damai beramal soleh. Skrg Rakyat mahu diseret ke kancah perbalahan, pertelingkahan politik / siasah, ijtihad dan pandangan berselindungkan Hujah Agama dan Aqidah.
7) Tahukah kita bahawa Talbis Iblis itu bisa shj terjadi kepada org alim sekalipun?? Bila gagal menghasut supaya org alim lakukan maksiat, maka Iblis akan HASUT bhw mereka lah TERPALING BENAR, paling disayangi Allah, ujub dgn ibadah, perasan kaedah mereka shj yg benar, enggan terima perbezaan, memandang rendah pada amal ibadah org lain dan menambah-nambah hal yg tidak ada dgn keyakinan bhw itu akan mendekatkan diri mereka pada Allah. Abdurrahman bin Muljam ketika mahu dihukum bunuh sekali pun masih menganggap bhw tindakannya menbunuh Saiyidina Ali R.A. kununnya ia ibadah, pengorbanan dan sesuatu yg mulia disisi Islam. Demikian bahayanya hasutan Iblis.
8 ) Even Tuan Guru Hj Hadi Awang yg puak tu hormati pun TIDAK SETUJU. Kita masih tak nampak lagi?? Kadang2 saya terfikir adakah TEORI kaedah mencetuskan perpecahan di kalangan umat, cipta keresahan umum, kegelisahan awam dan pertelingkahan masyarakat serta huru harakan keadaan bagi menjatuhkan PMX itu akan benar-benar berhasil?? Musykil bukan?🤔
9) Semoga Allah merahmati Malaysia dan mengampunkan Rakyat negara ini yg sepatutnya menuju "baldatun toyyibatun warobbun ghofur" yg seharusnya INKLUSIF dan menanggapi sikap meraikan kepelbagaian. MEYAKINI bahawa GERAK HATI saya benar, sama seperti rancangan cocok mencocok semua org dulu, "Ya Allah...aku berlepas diri dari FITNAH ini dan Natijah yg bakal terjadi kerananya". 🤲🤲🤲
Wallahualam.
-Zus Din
02112024