Apabila Ezam Mohd Nor mengumumkan keputusan menyertai Pas, saya mulai rasa tertipu dengan prinsip perjuangannya.
Ternyata Ezam pentingkan dirinya semata-mata dan sanggup pergunakan sebahagian rakan-rakan reformis lamanya untuk kepentingan dirinya. Dari seorang pendukung reformasi kononnya, pembenci diktator Mahathir, si korup Azmin, Muhyidin dan yang beliau gelar penunggang agama iaitu Pas, akhirnya Ezam terkulai layu dipangkuan mereka.
Ezam kecewa kerana tidak diterima di dalam Keadilan. Beberapa parti disertainya selepas kekecewaan itu iaitu parti Berjasa, PRM dan akhirnya bersekongkol dengan parti di dalam PN, iaitu gerombolan pengkhianat terdiri dari tuan penasihat SG4, Mahathir, Muhyidin, Hamzah dan Azmin. Pas berada di bawah PN yang dipimpin oleh Muhyidin dan Pas juga bersama Mahathir. Tidak jijikkah Ezam bersama gerombolan seperti ini?
Ya, Anwar Ibrahim tidak sempurna dan beliau masih mengejar masa untuk merealisasikan reformasi atau Islah sedaya upayanya. Apakah Ezam tidak melihat perubahan yang telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim dalam tempuh dua tahun ini? Apakah Ezam masih percaya pentadbiran kerajaan tebuk atap PN 33 bulan itu lebih baik dari sekarang? Berlaku jujurlah Ezam.
Paling saya tidak boleh terima bila mendengar ucapan pertamanya selepas dia menyertai Pas. Mulutnya kembali menjadi "kotor dan jijik' bila mengungkapkan isu liwat yang mahu ditujukan kepada PMX. Kami masih ingat di dalam ucapan kamu sewaktu dalam program jelajah Gerak98, kamu telah memohon maaf kepada Anwar Ibrahim dan keluarga atas segala yang pernah kamu perkatakan terhadapnya sewaktu kamu di dalam Umno dahulu. Apakah kamu lupa? Apakah demi mahu mengampu dan menjilat Pas agar diberikan tempat maka kamu sanggup melakukan perbuatan jijik itu? Mahu dianggap hero hanya berbekalkan fitnah peribadi terhadap Anwar yang kamu sendiri telah mohon maaf?
Wallahi, tidak perlu Anwar berhadapan dengan kamu si anjing kurap. Cukup dan memadai saya bekas anak didik kamu di dalam Gerak98 akan berhadapan dengan kamu.
Kalau si saka tua Mahathir dan lebai Hadi itu pun kami lawan, kami tiada masalah untuk berhadapan dengan anjing kurap jalanan yang mencari makan seperti kamu.
Andainya kamu gagal mendapat tempat di dalam Pas kerana Pas hanya mahu menunggang kamu, parti mana lagi yang kamu akan sertai?
Kita bertemu nanti, Ezam.
WFAUZDIN NS