RATU FITNAH KANTOI MEMFITNAH! MP MACHANG MEMALUKAN DIRI SENDIRI!


Hebat penangan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang gemar penyokong pembangkang panggil ‘Papanon’ apabila boleh dikaitkan dengan penutupan kilang besar di Jepun. Hanya membaca tajuk berita sahaja, seorang tentera siber pro Perikatan Nasional (PN) sekaligus dipercayai orang Pas menganggap pentadbiran PMX sebagai teruk. “Zaman papanon memang teruk,” tulis Ratu Naga sambal berkongsikan laporan berita bertajuk, “Bisnes rugi RM5.8 bilion, jenama Sharp tutup kilang terakhir”. Ratu Naga atau nama sebenarnya Syarul Ema Rena Abu Samah berkata demikian menerusi hantarannya di Facebook semalam. Laporan berita itu mendedahkan bagaimana gergasi elektronik Sharp Corporation memutuskan untuk menutup kilang panel TV LCD mereka di Osaka, Jepun. Namun, Ratu Naga dilihat membuat hantaran seolah-olah mengatakan Perdana Menteri Anwar gagal. Susulan itu, penyedia kandungan media sosial pro PN itu dihujani kecaman dan sindiran orang ramai.




No comments: