DIPERGUNA PAS! ADUN REMBIA KENA MINTA TOLONG PAS BAYAR RM100JUTA DENDA J...


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia dari UMNO, Datuk Muhamad Jailani Khamis dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan Pas atas tindakannya `melompat’ parti. Saranan sinis itu susulan perjanjian dan akujanji ditandatangani oleh semua calon Barisan Nasional (BN) yang menang pada pilihan raya, wajib membayar denda RM100 juta kerana mengkhianati parti. “Adun Rembia kena minta sokongan kepada Pas melalui tabung Milo yang mungkin digerakkan ke seluruh negara untuk memastikan cukup RM100 juta,” kata seorang TikTokers. Pada 16 Julai lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengumumkan Muhamad Jailani yang sebelum ini digantung keahlian dalam UMNO, sah menyertai Pas berkuat kuasa Jun tahun lalu. Jailani menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) atas tiket PKR. Dia adalah antara empat ADUN Pakatan Harapan (PH) yang melompat menyokong BN bagi mengambil alih pentadbiran negeri pada Mac 2020. Wakil rakyat berkenaan dikatakan dipecat PKR, sebelum mengumumkan menyertai UMNO bagi membolehkan dipilih bertanding semula mewakili BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 20 November 2021.



No comments: