DIUGUT PAS! GELEKAN SEDIA KELUAR PN? LEBAI PAS MAKIN BESAR KEPALA!



Tindakan memutuskan hubungan dengan Gerakan yang dibayangkan seorang pemimpin PAS hanya akan menjadikan imej Perikatan Nasional (PN) dilihat lebih konservatif atau ‘berhaluan kanan’, kata seorang penganalisis. Lau Zhe Wei dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata PN memerlukan Gerakan untuk menonjolkan gabungan itu mewakili semua kaum, walaupun hakikatnya rakan dalam PN itu tidak mampu menyumbang banyak dalam menarik sokongan bukan Melayu. “Kalau PN ekstrem nak tendang Gerakan keluar, mudah saja sebab parti itu bukan membantu sangat…cumanya tu akan menjadikan imej PN lebih berhaluan kanan iaitu lebih konservatif. Di Malaysia (gabungan dengan imej itu) agak susah untuk bertahan, katanya kepada FMT, mengulas perbezaan pendapat antara Gerakan dan PAS berhubung derma syarikat arak kepada sekolah jenis kebangsaan cina (SJKC). =============================================================================== Gerakan tidak teragak-agak keluar daripada Perikatan Nasional (PN) berikutan pendirian sekutunya dalam gabungan itu berhubung kontroversi pengumpulan dana sekolah Cina, kata Oh Tong Keong. Timbalan presiden parti itu berkata, Gerakan kekal teguh menyokong dan mempertahankan usaha sekolah Cina mengumpul dana walaupun terdapat ancaman yang tidak munasabah daripada sekutunya dalam gabungan itu. Beliau berkata sedemikian susulan kontroversi berhubung pengumpulan dana sekolah Cina yang tercetus berikutan kritikan PAS terhadap seorang timbalan menteri yang dilihat menerima cek cura bernilai RM3 juta terpapar logo Tiger Beer pada sebuah majlis kutipan dana. Sama seperti Gerakan pernah berundur daripada Barisan Nasional (BN) untuk menentang rasuah dan salah guna kuasa, kami tidak akan teragak-agak keluar (PN) jika sekutu kami (dalam gabungan) terus mempamerkan ekstremisme agama dan melanggar hak orang bukan Islam, katanya dalam kenyataan.



No comments: