PMX SUMBANG BANTUAN BUAT SATHIYA.

 

Setiausaha Politik saudara Farhan Fauzi telah menziarahi pelawak veteran tersohor, Sathiya Periasamy atau lebih dikenali sebagai Sathiya di kediamannya baru-baru ini, selepas dimaklumkan beliau telah diserang penyakit angin ahmar.






Alhamdulillah saya dimaklumkan saudara Sathiya masih mampu tersenyum dan pelakon sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu ini sempat berbicara terkait perjalan seninya. Namun beliau masih memerlukan rawatan berkala dan tahap kesihatannya perlu sentiasa dipantau.


Sebelum pulang, saudara Farhan telah menghulurkan sumbangan bagi pihak saya bagi mengurangkan beban kos perubatan yang perlu ditanggung. 


Semoga saudara Sathiya kembali pulih secepat mungkin dan dipermudahkan urusan, sekali gus dapat terus berkarya serta berbakti kepada dunia seni tanah air.


#MalaysiaMADANI



No comments: