BUATLAH APA PUN PMX. SELAGI SIMPAN MENTERI TAK GUNA, HARI HARI KENA MAKI.

 











Saya mulakan pagi Jumaat yang mulia ini dengan membuat tinjauan inisiatif Jualan Termurah MADANI di Lembah Makanan, Bandar Perda di Seberang Jaya, Pulau Pinang. Jualan ini menekankan barangan-barangan dijual lebih rendah daripada harga pasaran untuk memberi lebih kuasa beli kepada rakyat tatkala dihimpit dengan kelonjakan sara hidup.


Seperti saya ibrarkan, Jualan Termurah MADANI ini afdhal diperluaskan di seantero negara dan dikerapkan lagi anjurannya. Saya berterima kasih kepada Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) yang memerah keringat menjayakan Jualan Termurah MADANI, termasuk di Bandar Perda ini.


Saya akui keperitan rakyat mengendong beban kos sara hidup yang kian melonjak.


Saya berharap Jualan Termurah MADANI dapat sedikit sebanyak meringankan beban rakyat di saat getir ini.


#MalaysiaMADANI



No comments: