PN dapat balik tiga negeri iaitu Kelantan, Tganu dan Kedah. PH/Perpaduan pun sama dapat kembali negeri Sgor, P.Pinang dan N.Sembilan.
PM takde sebab kena letak jawatan kerana dia dipilih oleh seramai 148 MP dlm parlimen, bukannya dipilih oleh Adun.
Zahid pun tak perlu letak jawatan kerana dia dah dpt sokongan lebih 90% perwakilan umno dlm phimpunan agung Umno yg lalu. Kebanyakan negeri lain pun masih dikuasai oleh kerajaan perpaduan termasuk di Sabah dan Sarawak. Mana negeri yang dikuasai oleh Bersatu? Habuk pun tarak !!
Yang perlu letak jawatan sepatutnya Muhyidin dan Hadi Awang kerana cita2 dia utk rampas Selangor dan N.Sembilan telah gagal. Undi popular pula menunjukkan jumlah undi keseluruhan dimenangi oleh PH/Perpaduan dengan kelebihan lebih kurang 17K berbanding undi keseluruhan yang diperolehi oleh PN. Berbelas calon dari PN yang hilang deposit, manakala semua calon dari PH/Perpaduan tiada yg hilang deposit.
Hakikatnya, Abah Cow mulai rasa gementar kerana PMX telah berjanji bahawa semua kes kluster mahkamah akan disegerakan selepas PRN. Mana kan tidak, menantu beliau sendiri telah diburu oleh SPRM. Itu yang menyebabkan Abah Cow meroyan siang malam minta PMX letak jawatan !!
WFAUZDIN NS