KOTA LAMA






Dalam banyak2 keputusan. Keputusan Kota Lama di Kelantan yang paling menarik perhatian saya. 


Semalam, seorang calon wanita dari parti Amanah memenangi kerusi ini dengan majoriti tipis 202 undi. 


Seorang wanita menang di lubuk PAS, bukan dari BN ya! Tapi dari Pakatan Harapan. 


Ini satu perkembangan yang sihat untuk demokrasi Malaysia. Wanita luar parti PAS ada tempat walaupun di Kelantan! 


Menunjukkan suatu perkara, woman is the future, for now, for Malaysia. 


Bila lelaki terlalu beretorik politik dan caci maki lawan, wanita hanya diam dan bekerja. Tengokkan Menteri UG, YB Fadhlina Sidek dan Dr Zaliha Mustafa. 


Kita boleh belajar dari Indonesia. Selepas kegagalan Presiden Nadhatul Ulamak Gus Dur, yang menyatu padukan negara ialah Megawati Sukarnoputri. Anak perempuan bekas Presiden Indonesia. 


Saya bila tengok Gelombang Sanusi, yang boleh kasi fight bukannya Mahfuz Omar atau Saifuddin N. Ia akan jadi “politics of bigger balls” (mind my language). Tak lut punya. Sebab fence sitters akan muak jua. 


Namun kalau letak wanita berkaliber, bawa politik baru untuk Malaysia, mungkin kita ada harapan. Gelombang Sanusi yang mengarut itu boleh diseimbangkan. 


UG patut letak lebih ramai pemimpin wanita di barisan hadapan. 


Percayalah, wanita ialah masa depan. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki



No comments: