LAMA SUNGGUH JADI MAHACAI ATOK

 



Ini lagi sorang. Bila DS Anwar bersuara, cepat betul dia berkomentar. Kadir Jasin kata DS Anwar masih dalam lipatan masa dan beban lampau. Dia suruh DS Anwar move on.

Rasanya Kadir ni marah sebab DS Anwar ungkitkan kejahatan Mahathir. Paha Mahathir kena cubit, paha Kadir pulak yang terasa sakitnya ye?

Tapi apa salah DS Anwar ungkit? Sebab baru-baru ini Mahathir dah menyerang pentadbiran DS Anwar. Katanya pentadbiran DS Anwar ini tak utamakan Melayu.

Sedangkan selama 22 tahun dan 22 bulan Mahathir berkuasa, orang Melayu tetap ketinggalan. Jika ada pun, hanyalah segelintir yang berjaya. Itupun dari kalangan kroni Mahathir juga.

Tiba-tiba dah tak ada kuasa, baru nak cakap Melayu ketinggalan. Masa jadi PM dulu apa yang Mahathir tak kutuk Melayu? Pemalas la. Haprak la. Banyak lagilah kalau nak dihitung.

DS Anwar dah lama move on. Beliau dah maafkan Mahathir pada tahun 2018. Punyalah baik hati DS Anwar, siap sokong Mahathir jadi PM interim.

Tapi lepas dapat kuasa, apa yang Mahathir buat? Dan bila hilang kuasa, DS Anwar dijadikan sebagai sasaran. Sedangkan DS Anwar tak sentuh pun dia.

Kadir tak perlu nak sensitif sangat. Ucapan itu pun dibuat dalam kongres parti. DS Anwar berucap pun sebagai presiden parti. Bukan sebagai PM. Orang luar tak payah nak menyampuk.

Kadir juga sentuh tentang Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution yang berikan pengecualian kepada UMNO dalam soal pemilihan presiden dan timbalan presiden.

Apa yang Kadir sakit hati? Kata Kadir orang ramai boleh terima BN kerjasama dengan PH tak tidak dalam soal kedua jawatan itu tak dipertandingkan.

Siapa orang ramai tu? Kalau bukan ahli UMNO, tak payah nak sibuk. Ahli UMNO pun terima. Buktinya, kem Zahid menang besar dalam pemilihan yang sedang berlangsung sekarang.

Zaman dah berubah. Mungkin Kadir dulu cakapnya kedengaran hebat. Tapi sekarang, dah makin ramai rakyat yang celik politik. Ramai yang lebih hebat pemikiran mereka berbanding Kadir.

Jadi, adalah lebih baik kalau Kadir diam dan tumpu kepada kehidupan peribadi. Biar generasi sekarang uruskan politik semasa. Guane boh?

Raja Gelap

.

 

No comments: