Apa pendapat GM berkenaan status media sdra Mahathir yg kata dirinya kalah PRU,
tp kerajaan takut kpd dia ekoran program proklamasi yg nak di buatnya asyik
tertunda.
Pertama, kami & kerajaan bukan takut, tp
dah rasa naik kesian dgn umoq 98 masih lg nak berpolitik. Ya, kami silap
langkah dgn harapan nak satukan gergasi yg bergaduh dapat perbaiki hubungan dgn
Anwar dan pd masa sama bulehlah buat kebaikan dan insaf diri dari terbelenggu jauh.
Bila dh berjaya jd kerajaan & di pilih
jadi PM PRU14, dapat ja kuasa auto kenyangkan kroni2. Bangsa Melayu ketika itu,
di perlekehkan dgn pelbagai kosa kata.
Kedua, hal kata dewan2 yg batal tempahan
program proklamasi tu & fitnah kunun Anwar takut dgn beliau tu...kami ada
curiga sedikit. Kami lihat, parti PIS lebai yg buat pelbagai program tu senang
ja nak mengutuk Anwar & kerajaan. Tak pula nak batal mana2 dewan yg di
tempah.
Apakah program proklamasi Melayu itu tidak
dapat sambutan, kemudian nak tutup malu di tudingnya jari ke Anwar &
Kerajaan Malaysia ?
Bangsa Melayu di Langkawi itu pun menolak
Mahathir dlm peti undi hingga kalah teruk. Apakah mungkin di sebabkan Melayu
muak dgn perangai politiknya yg tak habis, program proklamasi yg tak dapat
sambutan hingga terpaksa batalkan dewan sendiri & kilas kegagalan kpd org
lain ?
Cukuplah...sudahlah. Dah 2x jadi PM, mana
mungkin masih gagal nak selamatkan Melayu. Berpuluh tahun dlm umno jadi PM,
kemudian di beri peluang dlm PH di PRU14...masih gagal selamatkan org Melayu
?
Kalau gagal...di mana kesilapannya?
Apa punca gagal ?
Puncanya, nak selamatkan kroni elit. Kroni
elit berbangsa cina di beri projek besar, kroni berbangsa Melayu juga
dapat...bukan tak dapat langsung. Tp ia lebih kpd mempergunakan org Melayu sbg
proksinya saja.
Hat Melayu yg lain, dikatakan lemah...bodoh
& tak pandai. Nak pandai mcm mana, dah itu acuan resamnya di ajar kpd
bangsa Melayu puluhan tahun!
Bg kami, Mahathir itu ada kebaikannya yg di
buat dlm pembangunan negara. Itu mmg kami akui dan tidak nafikan.
Cuma rakyat terutama bangsa Melayu kesian, dh
tua sangat tp masih lg nak berpolitik & mencatur. Pabila diri itu masih
keras kepala nak politik kunun dia segalanya betul...akhirnya rakyat tunjukkan
jalan keluar. Bertanding ahli parlimen Langkawi rakyat tolak, buat proklamasi
di dewan rakyat taknak datang, itu saja caranya nak ajar.
Bukan rakyat benci, tp dh naik rasa kesian
masih lg gagah nak cari harta dunia pd umur hampir 100 tahun.