Kabinet kecil dan melantik dua TPM, satu untuk Borneo adalah dua
perkara yang berbeza.
Saiz kabinet dikecilkan untuk elakkan pembaziran. Manakala TPM
Borneo pula untuk memastikan rakyat Malaysia di sebelah Borneo tidak
ketinggalan dalam segala hal.
Ini adalah pengiktiran. Kita boleh lihat selama ini cukup kurang
pemimpin dari sana yang diangkat memegang jawatan utama dalam kabinet. Jadi ini
adalah sesuatu yang perlu.
Tuan Ibrahim dan PAS/PN jaki kenapa?
Ini bukti yang PN tak cakna tentang kebajikan rakyat sebelah
Borneo. Sampai nak lantik TPM Borneo pun jadi persoalan. Mujurlah GPS tarik
balik sokongan kepada PN. Kalau tak, rugi rakyat Sabah/Sarawak.
Dan ia juga menunjukkan yang mereka ini tak kenal isu. Tahunya
nak membangkang sahaja. Benda yang elok pun mereka bangkang. Manipulasikan agar
dapat tipu rakyat supaya menyokong mereka.
Kalau begini caranya, memang tak la kalau dia nak jadi
pembangkang berwibawa jadi bewakpower boleh la kot. Apa lagi kalau dia
memerintah.
Kontang idea, tak faham isu dan pakar manipulasi. Confirm rakyat
akan rugi. Guane boh?
Raja Gelap