ISHHHH- TAK APA LAH SEDIAKAN AIR SEWAJARNYA. MASIH KEKALKAN KERAJAAN NEGERI.....

 

Sediakan air bersih, ramai akan bayar bil, Kelantan diberitahu




Rakyat Kelantan dilaporkan gagal membayar bil berjumlah lebih RM28.5 juta kepada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

PETALING JAYA: Air paip yang keruh dan bekalan tidak teratur menjadi punca ramai penduduk Kelantan enggan membayar bil air mereka, kata Charles Santiago, bekas pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Beliau berkata, pihak berkuasa negeri mesti meningkatkan kualiti dan bekalan air jika mereka mahu rakyat membayarnya.

Santiago memberitahu FMT, isu air di Kelantan telah diketahui sejak bertahun-tahun.

Pada Rabu, dilaporkan sebanyak RM28.5 juta bil air gagal dibayar oleh penduduk kepada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) setakat 30 Sept lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Kelantan, Azami Mohd Nor, berkata RM18.4 juta adalah tunggakan semasa pengguna.

Santiago berkata, pihak berkuasa Kelantan mesti memperbaharui pengurusan sumber air dan menambah baik perkhidmatan mereka.

“Jika ia berlaku sekali sahaja (perkhidmatan yang teruk), rakyat bersedia memaafkannya. Tetapi ia adalah masalah yang berterusan dan rakyat tidak dapat menerimanya.”

Naib Presiden Pergerakan Pengguna Malaysia Beninder Johl berkata, ramai di Kelantan sedang bergelut dengan kos sara hidup yang tinggi, dan AKSB harus mencari cara untuk menggalakkan orang ramai membayar bil mereka.

Katanya, syarikat itu perlu melibatkan diri dengan pengguna untuk meningkatkan kesedaran tentang proses bekalan air dan kepentingan menyelesaikan bil mereka.

No comments: