KENAPA MAHATHIR BENCI ANWAR. DAN RAKYAT BENCI MAHATHIR

 Image may contain: 3 people, text that says "TIGA PEMIMPIN POLITIK PALING DIBENCI DI MALAYSIA 1 AZMIN ALI 90.63% 2 MUHYIDDIN YASSIN 3 MAHATHIR MOHAMAD 75.56% 65.60% Kajian pada Oktober Ka.a.2r 2020 oleh Kuala Lumpur School of Artificial Intelligence (KLSAI)."

TUN Dr Mahathir seorang pelakon yang hebat.

Bakat lakonan yang hebat itu menjadikan beliau seorang ahli politik yang hebat.

Beliau dan keluarga juga sering didakwa banyak pihak sebagai amat kaya raya.

Selain dakwaan kekayaan luar biasa beliau dan anak-anaknya, para kroni juga dan sahabat beliau juga dikatakan menumpang kesenangan yang luar biasa.

Perwatakan sebenar Mahathir ialah beliau seorang yang kuat berdendam.

Beliau seorang yang digeruni ketika menjadi Perdana Menteri ke-4 dahulu.

Hanya Bekas Timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah berani memberikan sedikit tentangan namun berakhir dengan buruk sekali natijahnya.

Selain Datuk Seri Najib Tun Razak, Anwar sehingga kini menjadi seorang yang amat dibenci Mahathir.

Mengapa? Adakah kerana Anwar didakwa gemar meliwat budak muda? Rasanya pemikiran separa liberal Mahathir tidak peduli sangat pun dakwaan itu.

Justeru apa punca Anwar dibenci sehingga kini sehingga dinafikan janji untuk diberikan jawatan Perdana Menteri andai Pakatan Harapan menang PRU14?

Pada satu temuramah dengan sebuah stesen televisyen Indonesia (tonton video di bawah) beberapa tahun lalu, Anwar mendedahkan punca kemarahan itu.

Anwar memberitahu (membuat dakwaan) hos rancangan berkenaan, beliau selaku Menteri Kewangan melihat berbilion dollar duit Malaysia dicuri Mahathir.

Beliau mendakwa melihat sendiri pencurian wang keluar dan masuk berlaku.

Tidak tahan dengan situasi itu, Anwar mendakwa telah menasihatkan Mahathir agar berundur dari jawatan Perdana Menteri pada ketika itu.

Anwar berkata, tindakan beliau menghalang kecurian wang tersebut telah menimbulkan kesusahan kepada bukan hanya kepada Mahathir, tetapi juga keluarga dan para kroni beliau.

Jelas Anwar, beliau bukan seorang yang rakus jawatan Perdana Menteri, tetapi tidak sabar melihat pencurian yang berlaku.

Keadaan itu menyebabkan beliau tampil melawan Mahathir.

Kalau benar dakwaan ini, maka sekarang kita faham punca Mahathir sangat marah kepada Anwar. –

MYNEWSHUB

Bukan itu sahaja , malahan Mahathir menggunakan kroni dan juga media bagi mengekang musuh politiknya. Masih ramai yang hidup kini,  tanya Mat Sabu, Mahfuz, Ezam, malah ramai lagi yang mnjadi mangsa politik beliau.

Apa yang amat terkesan dan kemudian orang memujinya ialah kerana kepura puraan beliau berdamai dengan Anwar. Para reformis gembira dan bersetuju walau masih curiga.

Akhirnya kecurigaan itulah berakhir dengan betul apabila kecurigaan itu terserlah. Mahathir gagal untuk memperbaiki imejnya untuk disanjung sebagai bekas PM yang disanjung, tetapi kini dibenci oleh rakyat negaranya.

Bicara sahaja bab kerugian..banyak jika disenaraikan..hanya Anwar tahu kerugian yang dilakukan Mahathir.Kerana itu Anwar mesti dihalang dari memegang kerusi no 1 negara kerana kecurigaan beliau yang kemungkinannya berakhir diSungai Buloh atau dirumah sahaja.




No comments: