Bekalan air di Selangor pulih, gangguan akibat sabotaj?

 

Gangguan bekalan air tidak berjadual di Selangor dan Wilayah Persekutuan pulih pada pagi ini.

Menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan pagi ini memaklumkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang telah beroperasi semula pada jam 2.40 pagi tadi secara berperingkat-peringkat setelah bacaan 0 TON sebanyak tiga kali berturut-turut direkodkan.

"Sehingga jam 7.00 pagi ini, keempat-empat LRA telah selesai melaksanakaaktiviti pencucian dan pengepaman di setiap bahagian dalam proses rawatan di LRA bagi memastikan kualiti air yang dibekalkan adalah bersih dan selamat mengikut piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Air Selangor telah melakukan pengesahan kualiti air di setiap bahagian dalam proses rawatan air serta kolam-kolam imbangan dan telah disahkan tiada bau oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara," kata LUAS dalam satu kenyataan.




Bagaimanapun, Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau serta Hal Ehwal Orang Asal Selangor, Hee Loy Sian semalam berkata, terdapat unsur-unsur sabotaj dalam gangguan bekalan air terbaharu kali ini.

Katanya, insiden pencemaran itu juga didapati berlaku antara jam 7 hingga 10 pagi memandangkan dalam tempoh sebelumnya, bacaan air di Sungai Gong dan Sungai Sembah merekodkan bacaan 0 TON.

Punca pencemaran didakwa berasal daripada loji kumbahan di Taman Perumahan Velox, Rawang

"Pada jam 2 pagi hingga 6 pagi, bacaan air di Sungai Gong dan Sungai Sembah adalah 0 TON dan kejadian ini mungkin berlaku antara jam 7 hingga 10 pagi.

"Disebabkan itu, kita syaki ada unsur sabotaj dalam insiden kali ini kerana tinjaun mendapati berlaku pembuangan cecair pelarut di dalam lubang kumbahan IWK," katanya ketika perbahasan usul peruntukan pembangunan Belanjawan Selangor 2021 sewaktu Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor

Dalam sesi perbahasan itu juga Hee menegaskan pihak Kerajaan Negeri akan membuat laporan polis berhubung tindakan sabotaj berkenaan.

Terdahulu, LRA Rantau Panjang, Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 ditutup jam 6 petang semalam susulan pencemaran bau seakan bahan pelarut.

 

No comments: